Sabtu, 7 September 2013

Penyandang jawatan Tim Pres dan Naib Presiden Pas akan kecundang dalam muktamar Pas datang?

Penyandang jawatan Tim Pres Pas Haji Muhammad Sabu dijangka dapat tentangan sengit kali ni daripada tim ulama yang dijangka bawa masuk muka baru diperingkat nasional iaitu Nik Amar yang juga TMB Kelantan.Ada juga ura-ura bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man juga berminat dengan jawatan tersebut sekiranya Nik Amar tidak bertanding jawatan Tim Pres dalam pemilihan pucuk pimpinan Pas dalam muktamar akan datang.

Golongan yang pro ulama dan ustaz kini termasuk di peringkat Pemuda sedang bekerja keras dengan mengadakan pelbagai program seperti Liqa dan Multaqa sebagai kempen secara halus untuk naikkan golongan ustaz dan ulama dalam pucuk pimpinan tertinggi Pas.Tambah-tambah pulak pungkoq jadi semakin kembang kerana ramai tim ustaz menang dalam pru 13 yang lalu!

Seterusnya bagi perebutan jawatan Naib-Naib Presiden tim pro ulama sudah ada nama senarai calon yang dijangka dinaikkan duduk kerusi Naib-Naib Presiden,antara nama yang disebut-sebut ialah Ustaz Abu Bakar Chik,Ustaz Idris Ahmad dan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menentang tim bukan ulama iaitu Husam Musa,Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub yang kini memegang jawatan Naib Presiden.

Jawatan Presiden Pas dijangka tiada pertandingan dan terus kekal di tangan TGHA.

Sementara itu Murshidul Am Pas TGNA dilaporkan berkata ,"Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak itu (yang membezakan), mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya.
"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan dia kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya.

Bayangkan jika Tim Pres Ustaz,Naib-Naib Presiden ustaz,AJk Pas Pusat ustaz dan ustazah..syok la!

Bayangkan jugak jika yanga ada gelaran ustaz dah nazak dan kritikal tapi masih menang jawatan YDP kawasan nak kira lagu mana.Yang bodo bukan yang dilantik tapi silap orang yang memilih konon-kononya perjuangan Islam ni tak ada persaraan..awat..kalau tak ada jawatan ingat tak boleh berjuang?

13 ulasan:

  1. benar Pas perlukan kepimpinan ulamak, jangan lah calon kesemua ahli yang pandai bersyarah, pilih lah bolih buat dasar. zaman nabi dulu pun sahabatx yang yerdiri dari berbagaix kepakaran. baru lah beloh di terjemahkan menjadi sasuatu yang diharapkan olih penyokong.

    BalasPadam
  2. cuba bayangkan sekiranya Hj.Muhamad Sabu,Husam Musa,Salehudin Ayub,Mahfuz Omar,tidaka ada apa juga jawatan dalam Pas,sudah tentu penyokong mereka dari golongan tua dan muda ramai yang akan kecewa disebabkan permainan politik Ustaz-usataz muda yang berfikiran menentang arus perjuangan.Tunggu dan lihat apa akan jadi pada parti Pas
    ,

    BalasPadam
  3. kalau takut nak siarkan komen saya.Jangan ada ruang catat ulasan.

    BalasPadam
  4. kalau dah sakit nak berjuang mcm org sihat? org tak ada kaki mcm mana nak berjuang? bila dah tak sihat tu elok la berundur...

    BalasPadam
  5. selamat tinggal pas,kam i bukan ulamak,kam i tak layak jadi ahli pas,pas hanya untuk ulamak

    BalasPadam
  6. Realitinya golongan ustaz dalam PAS kurang bijak mengatur kerja dan seringkali gagal memanfaatkan kedudukan utk kepentingan Islam dan parti. Lebih malang lagi jika Mohd Ammar di angkat menjadi Naib Presiden atau seumpamanya, setakat rekod yg ada beliau gagal menggunakan kedudukannya sejak dlm saf eksko Kerajaan Kelantan lagi utk meningkatkan Islam di dalam bidang kuasanya. Malah lebioh teruk lagi YIK gagal di uruskan serta beliau tidak berfungsi langsung dalam memartabatkan pendidikan Islam di bawah kelolaan kerajaan negeri. Berfikirlah wahai perwakilan, jgn mudah terpersona dgn golongan ustaz yg 'nbampak bijak berkata-kata'. Moga perwakilan PAS memastikan Moha Ammar tidak berjaya dlm usaha nya utk menduduki jawatan Naib Presiden PAS. Malang PAS berkepimpinankan dia sepertimana malangnya rakyat Kelantan berkepiomnpinankan dia selaku eksko Pendidikan duilu. Lanipun Kerajaan Kelantan takdapun sebarang program yg membanggakan melainkan meneruskan program Kerajaan DSahulu yg mereka dakwa tidak effisyen. WQaLlahu'aklam.

    BalasPadam
  7. Nak jadi mcm Kedah dan Terengganu?...silakan lah. Dan yg terutamanya buang slogan 'PAS FOR ALL'. Korang buat betul2 jemaah yg kepimpinan dan ahli2nya seratus peratus so called 'ustaz'. Buktikan kemampuan korang membina ekonomi korang dlm jemaah korang. Kemudian boleh korang mendabik dada bahawa korang yg terbaik. Sebagai contoh kemampuan korang mentadbir ekonomi korang...'KOHILAL'. Boleh?.

    BalasPadam
  8. Kalau Begitu Teruskan Wahai puak2 Muda..Percaturan Kamu Yang Megikut Nafsu Mengejar Jawatan..PAS Akan KeBelakang 15Tahun

    BalasPadam
  9. Kaum2 cina india trmasuk kaum melayu yg profesional & br'IQ tggi cenderung kpd PAS adalah kerana kepimpinan Mat Sabu Husam Nizar Khalid Mujahid Dr.Dzul Dr.Hatta Dr.Rani Dr.Lolo Dr.Mariah Shalehudin Mahfudz dll..

    Selain drp Nik Aziz yg dianggap sbg ulamak & diminati pelbagai kaum..adakah Hadi Awang Haron Din Idris Ahmad Nik Amar Tantawi Abduh & ustaz/lebai2 yg lain diminati ramai??

    Harakah WAJIB berani buat "SURVEY" keatas majoriti rakyat yg pelbagai kaum adakah Hadi Awang&Co mmiliki pengaruh yg 'HEBAT' supaya dpt mmbuka mata & "mata HATI" semua pehak!

    Jgn biarkan "ego" taksub & 'PERASAN' mmbelengu kebodohan dgn mmbuta tuli seolah2 berpijak ddunia asing,dgn mmbelakangkan bukti/FAKTA yg ada ddepan mata!?

    Dgn "SURVEY" sgl bukti/FAKTA akan hadir ddepan mata!

    Nota: Nape Nik Aziz sja yg mnjd TARIKAN pelbagai kaum dr kalangan ulamak??

    Nape Nik Aziz saja yg 'ngam' dgn golongan profesional???

    Nape?!

    BalasPadam
  10. Kenapa keluarkan artikal ini yang tersirat untuk bahan kempenan golongan agama dlm PAS? Ada baik dan lemah golongan agama ni. Baiknya, ceramah mereka selalu membawa contoh-contoh kehebatan para pejuang agama zaman nabi dulu. Semangat pendengar naik berkobar-kobar! Setakat tu saja laaa! Lemahnya kumpulan ini ialah kurang ilmu pentadbiran dan flip-flop dlm membuat keputusan bila berhadapan situasi kritikal. Harapan saya, sepadukan tenaga golongan2 dlm PAS, insyallah akan mantap. Ketepikan yang berfikiran oppitunis macam Din cap AYAM!

    BalasPadam
  11. Kalangan Professional dah mula jauhkan diri dari PAS ketika PRU 13 dan selepas PRU 13 kerana karenah kalangan ulama, ustaz dan pemuda yang nampak jelas bermusohan dengan professional. Saya yakin telah mulai ramai kembali secara diam diam membantu membetulkan kembali pemerintahan BN dan tidak mustahil PRU 14, PAS bakal dapat 4 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN sahaja seluruh malaysia.

    BalasPadam
  12. masa ni sangat2 gentir kpd sesiapa sahaja yang sayangkan parti..dari mula ug(isu kerajaan perpaduan lagi)golongan yg gelar diri2 mereka sendiri sbgai ulama dah cuba berbagai cara nak cantas pejuang2 parti..supaya hasrat kerajaan ug terbentuk. apabila tg.n.aziz cantas, mula timbul mcm cerita..sampai ada yang bergelar ulama ni mengeluar kata2 kesat serta mengamgap tg n.aziz nyanyok..pejuang ni dah keluar masuk jil..kerana pertahan parti, takada seorg pun yg mengelarkan diri sbgi ulama ni masuk jil..dan kita cabar supaya dalam muktamar ni pas buat satu resolusi keluar dari pr. kerana selama ini pun apa sahaja yang dibuat oleh pr tak dapat kata senadar dari saf kepimpinan ustaz2 ni..dan jelas pr tak pernah ujud d terengganu..paling malang berlakunya pertindihan kerusi baru2 ni..siapa yg spatutnya bertanggung jawab..dan amat jelas kalau geng2 ustaz cabuk yg dah jadi lebeliti kpd parti pegang teraju parti..maknanya nazak la pas...

    BalasPadam
  13. Kata orang tua-tua...

    Ikut nafsu akibatnya lesu...

    Ikut rasa akibatnya binasa...

    Siapa aku "hantam"?

    Lu pikir la sendiri!

    BalasPadam