Rabu, 20 Julai 2011

Tiang layar kapal kerajaan perpaduan patah apabila Hadi Awang dan Mat Sabu ditangkap


Saya tak mau komen apa-apa cuma nak copy paste pandangan blogger paling hit Hishamuddin Rais (tukartiub.blogspot.com) isu 9 Julai yang menulis seperti berikut;

Pasti ada yang akan menyoal – kapal mana yang telah kita bakar pada 9 Julai yang lalu?

Senyum dan senyumlah. Kapal yang telah kita bakar pada 9 Julai ialah Kapal Kerajaan Perpaduan. Seperti Tariq ibni Ziyad – pada 9 Julai dahulu segala mimpi, segala angan-angan untuk mengundur pulang ke Tangier telah musnah. Segala mimpi, segala angan-angan untuk Pas dan United Malay National Organisation menubuhkan Kerajaan Perpaduan telah terbakar di Lebuh Pudu, di Jalan Petaling dan di Dataran May Bank.


Tembakan gas pemedih mata di terowong stesen bas KL Sentral adalah mancis api yang membakar Kerajaan Perrpaduan. Apabila Hadi Awang ditangkap dan Mat Sabu dilanggar kereta polis ini adalah keruntuhan tiang layar Kapal Kerajaan Perpaduan.
Kita telah menyeberang Sungai Rubicon, kita telah melintasi Garis Maginot dan kita telah membakar Kapal Perpaduan.

Kini kita sedang berada dalam dunia yang baru. Kita berada dalam wilayah yang memungkinkan kita menamatkan Malapetaka yng menghimpap kita semenjak 31 1957 dahulu. Di belakang kita ialah Takut di hadapan kita ialah Puterajaya yang subur dan menjanjikan untuk diambil
.(TT) Baca semua di sini.

2 ulasan:

  1. Kenapa lain yang berlaku lain pula yang dinyatakan?. Apakah nilai pemimpin jika sudah jauh berkata tapi tetap menyorok kebenaran ?
    Video klip sebagai bukti apa yang terang apa yang terjadi. Dua pemimpin hanya digari untuk deri nasi beriani.....

    Terima kasih diucapkan kerana layanan yang tersayang. Jauh dihati terasa geram tapi catatan azali menyerlah bayangan....walahualam

    BalasPadam
  2. Harap sangat Pas jangan bersubhat dengan orang yang buat maksiat, jauhilah demi kesejahteraan. Tentang maksiat walaupun maksiat itu dari dalam parti sendiri atau parti bersekutu. Jangan kuman di seberang nampak, tapi gajah di depan tak nampak. Hentikan kemungkaran, cerita2 yg tak pasti,boleh jadi itu pembohongan demi menyelamatkan tengkuk orang berkepentingan.

    BalasPadam