Selasa, 26 Julai 2011

Muhyiddin terbayang-bayang BN akan tersungkur teruk pru 13

Kata Muhyiddin Yaasin Timbalan Presiden Umno;

“Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

“Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di sini hari ini.-The Malaysian Insider PRU 13:Tinggal beberapa bulan saja lagi, kata Muhyiddin.

Kata seorang pak cik tua kepada saya, "Kalau PR menang pru 13 perintah Malaysia saya akan pergi tunai umrah.Saya akan berdoa depan Kaabah moga semua rakyat Malaysia hidup aman dan selamat di bawah kerajaan baru."Makna kata orang tua tu pun rasa tak selamat dengan kerajaan yang ada!

Lagi banyak kerajaan yang ada menyusahkan rakyat hingga pakai baju kuning Bersih 2.0 pun ditangkap dan kena lokap lagi banyak rakyat berbondong-bondong keluar daripada kepomp0ng Umno-BN.Buatlah, tangkaplah, pekakkan telinga daripada dengar suara rakyat.Rakyat bukan nak tengok video Bersih yang diambil polis tapi rakyat mahukan perubahan dalam pemerintahan!

Kenaikkan harga barang yang melampau-lampau terus menghimpit rakyat marhaen, kos sara hidup yang meningkat tidak dipedulikan pemerintah ,yang jadi keutamaan buat cerita lawak dan bodoh kepada rakyat sejak 52 tahun yang lalu.Rakyat dikhayalkan dengan peralatan mau beli senjata canggih untuk pertahanana negara.Negara mana mau serang kita?Lagi banyak senjata canggih dibeli lagi banyak komisen masuk dalam poket.

Sapa mau percaya kata kenaikan tarif elektrik tak bebankan rakyat?Kalau tak naik baru tak beban.Bangang dan bodoh punya otak.

Apa akan jadi kalau Umno-Bn kalah teruk pada pru 13 nanti?Apa yang terbayang dalam kepala Muhyiddin kalau Umno tidak lagi berkuasa di Putrajaya?Pemimpin Umno tak reti hidup susah macam rakyat.Mana nak cekau duit bayar kereta 3-4 biji, rumah bunglow mewah jutaan ringgit! Ini yang dibimbangkan pemimpin Umno kalau kalah pru 13!Nasib rakyat depa tak kisah yang penting jaga perut sendiri jadi keutamaan.

Baca juga Umno -Kesuntukan masa untuk berubah-Aspan Alias.

3 ulasan:

  1. "Rakyat dikhayalkan dengan peralatan mau beli senjata canggih untuk pertahanan negara.Negara mana mau serang kita?"

    Nie la dia org yang tulis tak pernah pk. Negara kita akan terancam oleh mana2 negara asing kerana tiada kelengkapan peperangan. Tgk apa terjadi pada Iraq?? pernah kita fikir negara tersebut akan diserang?. Kita tak boleh mengambil ringan bab pertahanan negara. Lihat negara Singapura. Kelengkapan lebih hebat daripada Malaysia.

    Saya tak pasti dalam alquran surah mana dimana allah s.w.t suruh kita mengambil berat dalam hal ini. Cari dan fahami.

    BalasPadam
  2. "Rakyat dikhayalkan dengan peralatan mau beli senjata canggih untuk pertahanan negara.Negara mana mau serang kita?"

    Nie la dia org yang tulis tak pernah pk. Negara kita akan terancam oleh mana2 negara asing kerana tiada kelengkapan peperangan. Tgk apa terjadi pada Iraq?? pernah kita fikir negara tersebut akan diserang?. Kita tak boleh mengambil ringan bab pertahanan negara. Lihat negara Singapura. Kelengkapan lebih hebat daripada Malaysia.

    Saya tak pasti dalam alquran surah mana dimana allah s.w.t suruh kita mengambil berat dalam hal ini. Cari dan fahami.

    BalasPadam
  3. saya pun tak berapa nak setuju kalau hal berkaitan pertahanan negara diremehkan.Negara islam mesti kuat, mesti ada kelengkapan perang secanggih-canggihnya, barulah negara2 luar gerun dan menghormati kita. Tapi... kita tak tahu niat sebenar disebalik pembelian senjata canggih. Kalau betul niat murni kerajaan untuk keamanan dan kesejahteraan rakyat, terimakasih banyak2.Akan tetapi kalau niat untuk mendapatkan duit komisen yang saaangat banyak, saya doakan pemimpin seperti ini mampus dengan cepat, x kira mana2 parti sekalipun.. Anda Setuju???

    BalasPadam