Petang kelmarin saya pergi ziarah Hj Muhammad Sabu Timbalan Presiden Pas (gambar) di rumahnya di seksyen 19 , Shah Alam.Kebetulan time saya datang dalam pukul 6.45 petang tak ada siapa di rumahnya hanya isterinya Kak Normah saja yang ada.
Di tepi sofa yang Mat Sabu duduk ada sebatang tongkat dan kerusia roda.Dia cuba bangun untuk berdiri untuk tunjuk kata boleh berdiri tapi memang tak ada kudrat.Mat Sabu dilanggar kenderaan polis jenis Land Rover pada 9 julai lalu hari DEMO Bersih 2.0 berlangsung ketika bermotosikal dan alami kecederaan di bahagian lutut yang agak teruk dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Sambil bersembang Mat Sabu kata Malaysia sekarang menanggung malu yang amat sangat kepada dunia luar kerana layan demo Bersih 2.0 dengan begitu zalim.Malah jiran kita Singapura dan Indonesia turut kutuk Malaysia kerana bersikap zalim kepada demo Bersih 2.0 9 julai lalu.
Kata Mat Sabu lagi, "Sekarang ni dalam dunia ni hanya ada dua negara saja yang amalkan undang-undang jakun (undang-undang rimba) iaitu Malaysia dan Myanmar.Cukup teruk.Malaysia lagi teruk daripada Mynmar, pakai baju kuning pun tangkap."
Mat Sabu juga menegaskan sekiranya 8 tuntutan Bersih 2.0 tak ditunaikan kemungkinan besar dalam masa terdekat satu lagi demo besar-besaran akan berlaku.Mat Sabu juga mempersoalkan sikap polis yang bekerja untuk Umno bukan berkhidmat untuk rakyat."Polis yang bekerja untuk Umno kena ingat, kalau BN tumbang sekali dengan polis tumbang tapi jika polis berkhidmat untuk rakyat mereka akan kekal.Sebagai contoh polis bekerja untuk Umno ialah semasa pihak Umno berdemontrasi atas jambatan Pulau Pinang hingga jalan sesak hingga 4 jam tapi pihak polis hanya tengok dan lihat saja tak buat apa-apa tindakan.Ini menunjukkan polis bekerja untuk Umno." kata Mat Sabu.
Kak Normah pula memberitahu beberapa hari sebelum demo Bersih 2.0 polis ada datang ke rumah mencari suaminya tapi Mat Sabu tiada di rumah.Pihak polis meminta kad pengenalan Kak Normah tapi tak diberikan.
Sambil dok sembang saya bertanya kepada Mat Sabu, "Bang Mat..macam mana ni orang dok heboh pasai cincin Rosmah berpuluh juta yang diimport daripada USA.?"
Jawab Mat Sabu sambil berseloroh, "Uhhh habaq pi la kata berapa puluh juta pun orang kita yang tak reti apa akan jawab...alaaaa biaq pi la dia ada duit..dia boleh beli."
Mengakhiri perbualan Mat Sabu kata ,"Baru sebulan jadi Timbalan Presiden dah kena tangkap dan tak boleh berjalan." Saya kata kat Mat Sabu bergurau, "Baru sebulan Bang Mat jadi TP bukan takat Bang Mat kena tangkap Presiden Pas pun kena tangkap."
Menarik;
Suhakam jamin siasat dakwaan 'pesta pukul rakyat'-Free Malaysia Today
Bersih 2.0:Suhakam dakwa tindakan polis cabuli hak asasi -M'insider
Polis tindak melampau ke atas peserta Bersih 2.0, kata Majlis Peguam-M'insider
Bersih 2.0:Malaysia perlekeh demokrasi , kata PBB-M'insider
inilah pengorbanan yg dlakukan oleh pimpinan2 kt utk menuntuk PILIHANRAYA BERSIH...UMNO apa dorg bt...takat duduk kat uma, tgk tv kmdian kecam org yg joint BERSIH dan bila masuk hospital NAJIB kata pimpinan hanya berlakon bila kena gas dah mleper..cba NAJIB kena@hidu gas tsbut..tgk dia tahan ke x..ntah2 teruk lg dr tu kot...mga USt Mat Sabu tbh tas ujian dan cpat sembuh utk mneruskan perjuangn mnegakkan ISLAM..amin
BalasPadamTim. Presiden PAS tak boleh ckp Jakun sebab Jakun tu salah satu bangsa Orang Asli.. ini telah menyentuh sensitiviti kaum..mcm mana nk dpt sokongan Orang Asli klu macam tu..Kena perbetulkan balik lh..
BalasPadamJakun dalam kontek bahasa Melayu, tidak bermaksud menghina sesuatu bangsa tetapi orang yang kehairanan, bertindak pelik sangat.....memanglah secara tidak sengaja terkena juga, janganlah terasa pulak, camna pun eloklah bang Mat perbetulkan...takut tersilap lagi...secara tak sengaja
BalasPadam....beginlah tuntutan perjuangan. Perjuangan memerlukan Pengorbanan dan Pengorbanan akan membuahkan Kejayaan !!! teruskan lah berkorban para penjuang!!! sekalipun tidak dikecapi didunia akhirat tetap pasti asalkan Ikhlas sebagaimana janji Allah..........
BalasPadamya itu dia pejuang2 islam bjuang untk keling kafir..korang boleh la ajak kluarga korang pg mkn babi dgn keling tu wahahaha..pui bodoh!!
BalasPadamSekiranye Mat Sabu masuk UMNO...tak mustahil orang yang sama selama ini memuji beliau akan 360 darjah bertukar...akan mengutuk beliau seperti yang terjadi pada bekas Timb.Pas yg lepas...Dr.Nasaruddin...
BalasPadam