Saksi :Sarbaini jatuh ketika cuba tinggalkan SPRM ikut tingkap-M'insider
Saksi kedua inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane ketika cuba meninggalkan premis itu melalui tingkap.
DSP Sharul Othman Mansur dari cawangan forensik Bukit Aman yang dipanggil untuk memberi keterangan selepas balu Sarbaini berkata demikian ketika diminta mengulas kesimpulan bagaimana pegawai itu jatuh berdasarkan kedudukan mayat yang ditemui di gelanggang badminton bangunan SPRM pada 6 April lalu.
Soalan itu ditanyakan pegawai pengendali inkues Hanim Mohd Rashid.
“Saya percaya si mati (Sarbaini-gambar) terjatuh dari tingkap aras tiga (bilik pantri) berkemungkinan si mati nak keluar dari bilik SPRM melalui tingkap,” kata beliau.
“Kalau lihat dari arah bumbung (berdekatan dengan bilik pantri) ukuran jarak adalah sembilan kaki tujuh inci, jarak tingkap dan bumbung cukup dekat.
“Si mati cuba melompat ke bumbung yang berhampiran tapi tidak sampai dan jatuh ke lantai (gelanggang badminton),” katanya.
Jarak antara bilik pantri di tingkat tiga bangunan SPRM dan gelanggang badminton setinggi 10 meter.
Ditanya bagaimana Sarbaini cuba meninggalkan bilik pantri itu, Sharul Othman berkata kemungkinan bapa kepada lima anak itu bertenggek di atas sinki dalam bilik itu.
“Si mati keluar dengan bertenggek (atas sinki) dan menghulurlkan kaki ke luar tingkap, mungkin kaki kiri atau kaki kanan,” katanya.
Dalam prosiding itu, sebanyak 13 sampul mengandungi bahan bukti termasuk sepasang selipar, sebelah kasut kaki kiri, tali pinggang, bingkai cermin mata yang patah, jam tangan tanpa tali, cermin mata tanpa bingkai sebelah kanan dan tali jam kulit.
Selain itu, antara bahan bukti lain adalah kad pelawat SPRM, sampel di bahagian bawah tingkap (di bilik pantri), sampel di bahagian atas tingkap (bilik pantri), sampel cat kawalan (di bahagian luar bilik pantri), sampel serpihan dari kepala tali pinggang dan dompet Sarbaini.
Dalam siasatan forensik yang dilakukan Sharul Othman juga berkata pasukannya turut menemui kesan geseran pada kaki lima tingkap bilik pantri dipercayai daripada kepala tali pinggang Sarbaini.
“Pemeriksaan yang dibuat pada kaki lima tingkap yang terbuka terdapat kesan geseran sepanjang empat inci dan kita telah buat perbandingan dengan kaki lima di tingkap yang bersebelahan.
“Kesan geseran itu dipercayai daripada kepala tali pinggang si mati,” katanya.
Menurut Sharul, siasatan yang dilakukan pada 6 April itu turut dilanjutkan ke bilik pegawai penyiasat Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad di mana Sarbaini berada di sana sebelum insiden berlaku.
“Kemudian saya buat pemeriksaan di bilik pegawai SPRM, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad kerana si mati berada dalam bilik itu sebelum ditemui mati.
“Kami dapati bilik kemas dan tiada tanda pergelutan, kami juga buat tinjauan di aras dua dan aras empat namun tiada bahan bukti yang diambil,” katanya.
Turut dipaparkan gambar-gambar yang menimpa Sarbaini sehingga menyebabkan ahli keluarga terutamanya anak-anak menitiskan air mata.
Sharul Othman yang lengkap beruniform berkata pihaknya juga telah menemui kesan cap jari di tingkap yang terletak di bilik pantri dipercayai milik Sarbaini.
“Siasatan forensik di bilik pantri di tingkat tiga bangunan SPRM kita telah menemui empat kesan cap jari di bahagian bawah tingkap berhampiran sinki dan satu cap jari dan satu cap tapak tangan di bahagian atas tingkap.
“Kami juga menyiasat tempat pegang tingkap untuk kesan DNA tapi kita mendapati tiada kesan tapak tangan dan tapak kasut di atas sinki,” katanya.
Katanya, siasatan juga menemui serpihan tulang di lantai gelanggang badminton.
Sahrul Othman juga berkata lakonan semula insiden itu yang dilakukan pelakon lagak ngeri Hasni Razif Ramley pada 13 April menunjuk ia tidak menepati kedudukan mayat Sarbaini.
“Kami telah meletakkan tanda di atas tilam udara dan pelakon itu jatuh berhampiran tanda,” katanya.-M'insider
Kenapa arwah mesti ikut tingkap?Kenapa arwah bertenggek atas sinki?
Kenapa tidak ada kesan DNA pada tapak tangan dan tapak kasut di atas sinki?
Macam mana arwah boleh tenggek atas sinki sedangkan tidak ada kesan DNA?
Spiderman pun ada kesan cap jari..
Ha ha ha gila, gila memang gila ...dunia-dunia.. apa nak pelik pakai baju kuning pun kena tangkap, kena dakwa komunis lagi..kena tahan bawah ordinan darurat, janji si bangang percaya bulat-bulat!
Berkaitan;
Suami kata agen aniaya kerana baucer RM100 , kata balu suami-M'insider
Isteri Ahmad Sarbaini yakin suami tak bunuh diri-M'kini
nak heran apanya, sprm ka pdrm ka, sama je macam anjing, anjing kerajaan umno le katakan
BalasPadam