Selasa, 19 Julai 2011

Sapa sapa ada video Bersih 2.0 tolong bagi kepada polis

Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar meminta kepada orang ramai yang ada video Bersih 2.0 yang menunjukkan keganasan polis terhadap penunjuk perasaan pada 9 Julai lalu menyerahkannya kepada pihak polis.

Dipetik Bernama Online, kata Khalid, pihaknya juga mahu orang ramai menyerahkan mereka rakaman video berkaitan perhimpunan 9 Julai lalu untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan kempen anjuran Bersih 2.0 itu.

Khalid berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu.

“Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar,” kata beliau.-M'insider

Polis boleh minta kepada Malaysiakini, TVPas 09, CNN news, BBC news, Aljazeera.Sapa yang ada tolong bagi cepat..lepas tu kita pakat tengok apa beza dengan video Bersih 2.0 yang akan dikeluarkan oleh pihak polis dan Kementerian Penerangan idea Rais Yatim.Tahun 1985 dulu RTM ada buat lakonan semula pembunuhan di Memali..kini Rais Yatim pula mahukan RTM keluarkan video Bersih 2.0.

Takkan pihak polis pangkat tertinggi tak tahu kata anak buahnya ganas?Ha Ha..

Siapa yang suruh polis bersikap ganas terhadap rakyat yang hanya tangan kosong?Adakah pihak polis boleh tutup jalan ke Kuala Lumpur jika bukan arahan Pak Menteri dan pihak tertinggi polis?

Kenapa polis tak siasat punca kematian arwah Baharuddin yang dikatakan mati disebabkan tembakan gas pemedih mata di KLCC?

NONE

3 ulasan:

  1. Sila beri kepada Polis sesiapa yang ada rakaman video Bersih 2.0 tersebut. Selepas serah semua video berkenaan bolehlah ianya dibakul sampahkan atau diubahsuai daripada memukul atau menerajang para peserta perhimpunan kepada membantu atau menghurut kepala peserta. Kalau teruja nak serah pun tunggulah PR menang PRU 13 dahulu. Nak serah apa pun serah kepada Ketua Polis ketika itu, bukan masanya yang sesuai pada ketika ini.

    BalasPadam
  2. http://www.youtube.com/watch?v=PwJeprSOJp8

    Hang tak mau tengok Tian Chua jadi panglima jihad Melayu bangang??
    Saja ja nak cari pasal....bila dah sakit..nangis mengadu..Ptuih !! Bodoh punya melayu...

    BalasPadam
  3. Betul.....jangan serah....inilah taktik utk mengaburi mata rakyat.....kalau nak serah boleh tapi......pastikan copy banyak2.....hihihihi

    BalasPadam