Rabu, 6 Julai 2011

Perkasa oh Perkosa..awatla jadi macam ni!



Perkasa mahu berhimpun , pohon mengadap Agong-Malaysiakini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan meneruskan rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai di stadium memandangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) juga berniat berbuat demikian.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan itu merancang untuk mengadakan perhimpunan berkenaan sama ada di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau di Stadium Titiwangsa.

Sebelum itu, PERKASA akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendengar titah Seri Paduka berhubung perhimpunan berkenaan.

"Jangan ambil kira permohonan mereka saja, kita mesti diberi (layanan adil) juga," katanya lagi yang turut berasa terkejut kerana pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan diberi peluang untuk mengadap.

Ketika ditanya, Ibrahim berkata surat bagi memohon perkenan mengadap Seri Paduka telah diserahkan tengahari ini.

"Kita juga sudah minta bertemu perdana menteri esok atau lusa, harap (beliau) dapat luangkan masa," katanya lagi.

Klik video di atas .

2 ulasan:

  1. hahaha....apa jenis spesis perkasa ni. korang nak berhimpun ada kami kesah?. Ambiga jumpa agong pun korang dengki. mcm budak2 belum bersunat plak dah perangai perkasa ni.antor lak surat kat agong nak ngadap. tu ari kata, kalau buat camtu namanya biadap. kata perkasa kalau di titah baru ngadap. hahaha...akai ada ka?.

    BalasPadam
  2. ehhh depa takpa,
    bagi saja depa belarak di jalan raya pi Istana.

    Pasaipa nak tumpang tui orang lain pulak....

    Kata hebat sangat!

    BalasPadam