Jumaat, 8 Julai 2011

Dengar apa kata si kaki putarbelit dan si penipu bila bercakap

Demontrasi dalam stadium- Utusan Meloya 23/5/2011

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi kaedah itu soal keselamatan sepanjang demonstrasi yang berlangsung di stadium terbabit akan dipantau sepenuhnya oleh polis.

"Untuk tujuan itu (demonstrasi di stadium) kita akan pinda akta tertentu dan bawa ke Kabinet melalui Peguam Negara untuk kelulusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang merancang untuk mengadakan demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai depan.

Parti Pas merupakan antara penganjur Bersih selain PKR, DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, yang pernah mengadakan demonstrasi di tempat-tempat awam dan jalanan sebelum ini.-Meloya

Sekarang tidak ada apa lagi yang boleh semua dah haram.Guna jalanraya haram, guna stadium haram.Cakap berbolang-baling, kejap boleh kejap tak boleh! Memang depa dah separuh gila.Bila hilang kuasa terus jadi gila.

Polis kata kena apply permit, bila minta permit tak dapat.Bila tak bagi permit kata perhimpunan haram.Semua haram tiada yang haram, melainkan haram belaka.

Malaysia berada dalam rangking mana sekarang ini tentang kebebasan bersuara?Setaraf dunia ketiga dan mundur, negara maju atau tiada yang mampu setaraf Malaysia ..ha ha

2 ulasan:

  1. sepatutnya dr dulu lagi raja2 menegur kesilapan dan kebiadapan umno kpd institiusi diraja dan rakyat, setelah nasi menjadi bubur barulah sultan mizan bersuara,dimana raja2 yg lain nya sunyi sepi spt mulut digam? lihat sajalah pelbagai kezaliman, penyalahan menguna kuasa dan penghinaan terhadap islam. walaupun begitu raja2 masih lagi membisu.

    BalasPadam
  2. Respect Tuanku Mizan..org muda lah katakan.. :)

    BalasPadam