Sabtu, 30 Julai 2011

Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaKatanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.-Bernama


Peristiwa ini patut jadi iktibar kepada semua umat Islam.Semoga Allah SWT yang Maha Pengampun dan Maha Pemurah mengampunkan dosa beliau.Ramadan semakin hampir kepada kita..marilah kita semua umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar berpandukan Quran dan Hadis bukannya berpandukan hawa nafsu yang bermaharajalela dalam diri kita.Tiada siapapun di dunia ini mampu mengatasai kuasa Allah SWT walaupun mengaku diri mereka Tuhan.Sehebat mana pun manusia mereka hanyalah ciptaan Allah SWT Yang Maha Esa.

1 ulasan: