Selasa, 21 Disember 2010
Siapa main siapa?
Media Umno pun kutip sampah yang dibuang PKR yang suka menghentam bekas partinya dan PR ikut nak terkeluaq dari mulut Zul Noordin , ahli parlimen Kulim Bandar Baharu yang dah tak laku dan rakyat pun dah buat tak tahu dengan Zul.Sesuatu yang Zul suka sebut ialah 'pak jenggoat' yang ditujukan kepada Pas yang katanya suka ikut cakap DAP. Zul pun ada 'jenggoat'. Hanya 'jenggoat' Zul saja yang nampak alim!
Kata Zul tu dalam Utusan Malaysia Online yang petik kenyataan Zul dalam blog beliau;
Masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.
Beliau meminta penduduk Islam melihat apa yang berlaku di Singapura, bagaimana umat Islam di negara tersebut dipinggirkan selepas menjadi alat kepada bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew dan parti PAP untuk memperoleh kuasa.
"Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.Baca di sini.
Kalau DAP tak mau kepada Islam Umno kata DAP anti Islam, bila parti itu mula berjinak-jinak dengan Islam Umno kata DAP cuma nak main silap mata.Adakah Gerakan lebih baik daripada DAP layan orang Melayu di Pulau Pinang?
Si pengkhianat kata dia bukan pengkhianat Melayu tapi menuduh pihak lain sebagai pengkhianat. Orang Melayu di Pulau Pinang kalau puji Lim Guan Eng perintah Pulau Pinang itu dianggap sudah kena main dengan DAP tapi kalau Gerakan yang perintah Pulau Pinang haa itu baru betul-betul punya jaga hak Melayu Pulau Pinang.
Islam bukan hak Pas, PKR, Umno dan sapa-sapa pun tapi Islam ialah agama disisi Allah SWT. Kita tak boleh nak paksa orang lain amalkan Islam sebagai cara hidup. Kalau kita benci dengan ajaran Islam sedangkan orang bukan Islam nak tiru gaya hidup Islam salah ka?Siapa yang nak buang perkataan Islam kepada pertubuhan Islam di Malaysia?Umno atau siapa? Siapa main siapa?
Baca juga;
Negara Islam:Nik Aziz ucap tahniah pada Karpal-Harakahdaily
Saman untuk pertahan kebenaran-Harakahdaily
Isnin, 20 Disember 2010
Dun Tenang: Perkasa tak turun yang turun 'Perkasa Umno'

Cuba hang pa baca apa Brahim Ali kata tentang nak turun atau tak turun kempen di prk Dun Tenang. Berputar-putar, berbelit belit macam ular sawa. Mungkin ni agaknya kelaku para ahli parlimen yang kata depa sebagai bebas tapi pro Umno.
Perkasa pimpinan Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali memutuskan untuk berkecuali dan tidak akan berkempen membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor.
Wakil rakyat itu berkata, Perkasa tidak mahu terlibat dalam kempen membantu BN memandangkan kebanyakan ahlinya juga adalah ahli Umno. Perkasa juga tidak turun berkempen untuk membantu BN di Galas, yang menurunkan calon Umno bulan lalu. Ia aktif berkempen untuk calon BN di Hulu Selangor, Bagan Pinang dan Manek Urai.
“Perkasa mahu kekal sebagai pertubuhan yang berkecuali,” kata Ibrahim (gambar) kepada The Malaysian Insider.
“Kita ada ramai ahli Umno. Jadi, adalah lebih baik Perkasa bertindak berkecuali (di DUN Tenang),” kata beliau lagi. Perkasa walaupun tidak berkempen di Galas, tetapi membenarkan ahli-ahlinya membantu mana-mana parti pilihan mereka termasuk Umno.
Beberapa bulan sebelum pilihan raya kecil DUN Galas, Perkasa berhadapan dengan kritikan bahawa perjuangannya, yang lantang memfokus kepentingan orang Melayu dan tindakan afirmatif Bumiputera, dikhuatiri akan menghakis sokongan bukan Melayu kepada BN.
Calon BN Abdul Aziz Yusoff merampas kerusi Galas daripada PAS dengan majoriti 1,190 undi. Ketika ditanya sejauh mana Perkasa akan kekal berkecuali dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang, Ibrahim menekankan, pertubuhan berusia dua tahun itu hanya akan menyertai kempen sebagai ahli Umno atau orang perseorangan.
“Itu hak mereka untuk berkempen dalam kapasiti sebagai orang perseorangan, sebagai ahli Umno atau sebagai ahli pertubuhan lain.
“Tetapi ahli-ahli Perkasa tidak boleh mengatakan ‘saya ahli Perkasa dan saya menyokong calon ini,” kata wakil rakyat Pasir Mas, Kelantan ini.
Ibrahim, bekas ahli Umno yang memenangi kerusi Pasir Mas pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS juga berkata, beliau akan menyertai kempen Tenang atas kapasiti sebagai anggota perundangan jika mahu berbuat demikian.
“Saya tidak pasti sama ada saya akan pergi ke sana atau tidak. Tetapi, jikapun saya berucap menyokong bagi mana-mana calon, saya akan bercakap sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, bukan sebagai Presiden Perkasa,” kata Ibrahim lagi.
Ketika ditanya sama ada ahli-ahli Perkasa akan memberikan sokongan sekiranya Umno meletakkan semula calon di Tenang, Ibrahim berkata: “Saya fikir begitu kerana kira-kira 95 peratus ahli Perkasa dari Johor adalah ahli Umno.”
“Tetapi Perkasa sebagai sebuah pertubuhan tidak akan terlibat dalam pilihan raya ini. Perkasa mahu kekal sebagai satu pertubuhan berkecuali,” katanya lagi.
Menurut Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali, terdapat 30,000 ahli Perkasa di Johor. “Di Johor, ada kira-kria 30,000 ahli. Di Segamat, ada sekitar 5,000 orang, kira-kira 1,000 ahli di Tenang,” kata Syed Hassan.-The Malaysian Insider- Perkasa mahu berkecuali di Dun Tenang.
Adakah semua pemimpin Pas contohi TGNA?
Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang untuk menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan Islam.
"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini.-Harakahdaily.
Tu cara hidup Tok Guru sebagai pemimpin Pas sebagai contoh kepada ahli dan penyokong Pas. Bagaimana dengan lain-lain pemimpin Pas?Adakah mereka sanggup tiru cara hidup Tok Guru yang tak sayangkan duitnya untuk parti?Memang mereka ada menyumbang kepada parti tapi jika hidup bermewah sebagai pemimpin Pas , pemimpin parti Islam ia akan dianggap sama macam pemimpin Umno!Agak-agak Dr Asri nak pilih parti apa?

Adakah Dr Asri Zainal Abidin bekas mufti Perlis akan menyertai pertubuhan politik? Politik corak mana bekas mufti tu nak pilih? Pas, PKR atau Umno?Kalau Dr Asri masuk Umno bermakna beliau akan bersama golongan muda yang dikatakan ulama masuk Umno. Zaman la cukup senang nak digelar ulama.Habis ngaji kat Al-Azhar , Arab Saudi, Jordan dah boleh dipanggil ulama.
Asri akan umum parti pilihannya apabila PRU 13 dipanggil-The Malaysian Insider
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan membuat keputusan parti politik yang beliau hendak sokong apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.
“Pilihan raya umum pun belum dipanggil, dan apabila pilihan raya umum diadakan, saya akan menyatakan parti yang saya akan sokong nanti,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.
Mohd Asri menghadiri majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan Dewan Millenium di sini dan dilihat menghabiskan masa sehingga tengah hari tadi mengikuti perjalanan konvensyen.
Ketika ditanya sama ada keputusan itu bermakna akan menyertai mana-mana parti kelak, Mohd Asri berkata, “tengok dulu. Saya sedang melihat..”
“Perkara itu saya masih memikirkan, saya sedang melihat perkembangan politik, iklim dan cuaca politik negara ini,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini dengan senyuman.
Ini kali pertama beliau menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun Mohd Asri bukan asing dalam majlis-majlis anjuran Umno dan PAS. Beliau pernah menghadiri muktamar agung tahunan PAS yang diadakan di Kota Baru Jun lalu. Akhir Jun lalu, Mohd Asri menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang dan “tidak bercadang untuk memilih jalan itu” walaupun disebut-sebut akan memasuki Umno.
“Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik,” kata beliau ketika itu. Ulama yang dilihat sebagai aliran pemikiran ‘progresif’ ini menjadi tumpuan aktif Umno dan PAS sejak lebih setahun lalu.
Beliau telah memberi bayangan sedang memikirkan perkara tersebut sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun pada pertemuan hari ini, Mohd Asri memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berharap Kelantan akan kekal ditadbir oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum ke-13.
“Kelantan mesti ditadbir oleh Datuk Nik Aziz, PAS sebab beliau sudah membuktikan pentadbiran Kelantan sebagai pentadbiran contoh, yang harus diamalkan oleh mana-mana parti yang memerintah negara ini,” katanya.-TMI.
Berkaitan;
Asri:Tahan 200 pengikut Syiah bukti Malaysia tuju era Talibanisasi-TMI
Tempat Solat Hentian Sebelah Rawang Berbau Wap Najis
Semalam (Ahad) sewaktu dalam perjalanan pulang arah ke Selatan saya melihat banyak kenderaan di tempat rehat macam musim perayaan. Saya singgah di hentian rehat Ulu Bernam untuk solat maghrib tapi melihat begitu ramai orang , parking kereta pun susah saya teruskan perjalanan dan singgah di hentian sebelah Rawang untuk solat. Bagaimanapun hentian sebelah Rawang pun ramai orang jugak. Saya tidak teruskan perjalanan lalu ke tempat wuduk untuk solat.
Hentian sebelah Rawang arah Selatan ni sama macam hentian sebelah yang lain sediakan sebuah pondok kecil untuk solat berukuran lebih kurang 8 kali 8 dan terbuka.Orang ramai terpaksa beratur dan tunggu giliran untuk solat disebabkan ruang yang disediakan untuk solat begitu sempit. Solat pun dalam keadaan tergesa-gesa kerana ada yang menunggu di belakang.Ada yang solat di kaki lima pondok kecil kerana tidak mahu tunggu giliran.
Tu satu bab . Tengah nak solat bau wap najis mula meresap masuk ke dalam lubang hidung kerana pondok kecil untuk solat tu berhampiran dengan tandas wanita.Ni yang tak tahan ni.Sepatutnya pihak PLUS memikirkan tempat yang lebih sesuai untuk solat dan sediakan tempat solat berasingan untuk lelaki dan wanita di hentian sebelah Rawang ini kerana hanya ada satu saja tempat solat di hentian sebelah Rawang.Oleh kerana hentian sebelah Rawang arah Selatan jadi tumpuan orangramai pihak PLUS(Projek Lebuhraya Utara-Selatan) sepatutnya mengutamakan keselesaan pengguna lebuhraya jangan hanya pandai tambahkan tempat untuk kencing dan berak tapi tempat untuk solat hanya ala kadar saja.
Sabtu, 18 Disember 2010
Konvensyen PR, Al-Quran sebagai pedoman-TGNA
KENYATAAN RASMI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas
Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.
Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.
Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.
Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):
Bermaksud: “...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara...”
Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya: “Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari.”
Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):
Maksudnya: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya”
Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.
Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.
Kota Baharu, Kelantan.
12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.
Harakahdaily
Jumaat, 17 Disember 2010
Pandikar 'Speaker Buah Dadu'
Semalam, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendakwa Pandikar bertindak mengikut arahan dikeluarkan Nazri, dakwaan dinafikan oleh menteri itu.
“Kita berhadapan dengan cerita Ali Baba Bujang Lapok yang mana ketua penyamun (Nazri) dan sarjan pendek (Pandikar).
“Dalam cerita ini sarjan pendek mendengar arahan yang dikeluarkan ketua peyamun. Kita boleh tengok selepas menyamun sarjan pendek ini pergi membaling dadu. Dadu ini semua nombor dua sahaja.
“Dia baling hanya tiga kali sambil menjerit ‘siapa yang kena’, samalah macam kes ini keputusan cepat dibuat dan sarjan pendek tidak tunggu lama untuk membuat keputusan. Kalau dia baling dadu lebih tiga kali nanti dia pula yang kena,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
Mahfuz berkata demikian dengan mengulas keputusan Parlimen yang menggantung empat wakil rakyat Pakatan Rakyat semalam.Baca lagi di sini.
Usul PR semua ditolak , usul Umno-Bn terima bahas, ini memang kerja gila sebagai Speaker Parlimen.Muka yang keluar dalam tv pulak semua pencacai Umno mesti komen sokong Umno kata tak beradab dan tak pernah berlaku selama ini dalam dewan yang mulia konon!Larat ka nak sabar kalau asyik tolak, tolak, tolak, BN punya usul 'online' terus jadi! gila memang gila punya Speaker.
Semangat demokrasi Dewan Rakyat sudah 'simpang siur' kata Aziz Bari
“Penggantungan ini menunjukkan sistem demokrasi kita sudah simpang-siur, sekejap boleh (gantung) dan sekejap tidak.
“Sekarang Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) pula bakal dibawa ke mahkamah apabila semangat demokrasi di Dewan Rakyat serta dahulu di DUN Perak tidak dihormati dan dilanggar oleh wakil rakyat yang tidak faham undang-undang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, soal Aziz , memandangkan Anwar bersedia mendedahkan mengenai bukti-bukti dakwaannya sebelum ini mengapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tidak membenarnya membuat penjelasan.
“Mengapa terus digantung selama enam bulan sedangkan tindakkan itu tidak memberi kebaikan kepada sebuah Dewan yang mementingkan demokrasi,” kata beliau.
Oleh itu katanya lagi, adakah Umno hendak menggunakan Parlimen untuk melarikan diri daripada isu APCO dan konsep 1 Malaysia, yang kebanyakan orang awam mengaitkannya dengan slogan One Israel kerana itulah anggapan yang terus cuba dinafikan di Dewan Rakyat.
Malah menurut Aziz, walaupun ada ketetapan untuk seseorang Speaker Dewan Rakyat menggunakan peruntukan Peraturan Mesyuarat 44, tetapi Ketua Pembangkang di Parlimen tarafnya harus dilihat seperti “ketua kerajaan”, yang bertindak sebagai semak dan imbang serta melaksanakan prinsip demokrasi.
“Apakah semangat ini mahu dibunuh dalam Dewan Rakyat juga,” katanya.
“Persoalannya sekarang, mengapa di Dewan Rakyat hari ini, seseorang wakil rakyat boleh terus digantung oleh seorang Speaker sedangkan di Perak sebelum ini tidak boleh.
“Tetapi dibawa ke mahkamah walaupun tidak harus sebenarnya satu-satu urusan di DUN atau Dewan Rakyat diputuskan semula di mahkamah,” katanya lagi.-TMI.
Berkaitan;
Karpal:Saya kelas ketiga tapi Nazri tiada kelas-Malaysiakini
Anwar:Penggantungan MP bukti pencabulan kuasa-Malaysiakini
Gantung:Pemimpin Umno panas pendedahan PR-Harakahdaily
Umno BN pertonton kerakusan kuasa-Harakahdaily
Adun Tenang meninggal dunia , buka laluan pilihanraya kecil ke 14

Ketua Umno Labis itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.10 pagi di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini - di mana Allahyarham dirawat sejak hampir sebulan lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Wakil rakyat dari Johor itu dimasukkan ke Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November.
Sulaiman, 59, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada pukul 12.45 tengah malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Yaakop dan tujuh anak.
Wakil rakyat Umno itu telah menjadi wakil rakyat selama dua penggal.
Jenazah Sulaiman terlebih dahulu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Ubudian Ampang Tasik sebelum dibawa ke Labis untuk dikebumikan.
Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
DUN Tenang berada dalam bahagian Parlimen Labis, yang menjadi kubu kuat Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan kini disandang oleh anaknya, Chua Tee Yong.
Satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Labis ialah Bekok yang turut dimenangi BN.-The Malaysian Insider. Baca lagi di sini.
Takziah buat keluarga Allahyarham..
Berkaitan;
Adun Tenang, Sulaiman Taha meninggal dunia -Malaysakini
Khamis, 16 Disember 2010
"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya perjuangkan Islam"-TGNA
"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini.
Tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.
"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.
Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu-Harakahdaily.
"Umno buat saya seperti duduk di tepi jamban"-Datuk Karim Ghani

Bekas pemimpin Umno Sabah yang juga individu yang bertanggungjawab membawa parti dari Semenanjung ke negeri itu, Datuk Karim Ghani secara rasmi menyertai PKR.
Biaqpila sapa nak masuk parti apa pun tu hak masing-masing. Macam juga Datuk Zaid Ibrahim keluar parti PKR masuk parti AKIM , tukar nama jadi parti KITA terus boleh jadi Presiden kan untung!
Kata Datuk Karim Ghani tu yang masuk PKR (gambar daripada Malaysiakini);
Pakatan telah berjanji akan mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak dan berjanji akan menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada kedua-dua negeri ini," kata Karim.
"Ini sama seperti yang saya nyatakan dalam surat perletakkan jawatan kepada Umno Sabah.
"Umno buat saya seperti duduk di tepi 'jamban'," perlinya.
Karim berkata, janji bahawa autonomi Sabah akan dihormati akan membantu ahli Usno bangkit menentang Parti Bersatu Sabah (PBS).-Malaysiakini Pengasas Umno Sabah, Karim Ghani sertai PKR.(klik baca semua).