Jumaat, 4 November 2011

Kerajaan flip-flop budak sekolah jadi mangsa

Pelajar PPSMI diberi pilihan teruskan dalam BI-Malaysiakini

Kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.

"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.

"Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan  berharap dengan keputusan membenarkan kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan ibu bapa.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan yakin dengan keputusan itu, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan terjejas.

Dengan pemansuhan PPSMI kelak, beliau berkata murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sementara itu, Muhyiddin berkata kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah  melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia.
Beliau berkata kajian menunjukkan kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

"Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.
"Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan," katanya.
  
Menurutnya, hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian menunjukkan pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual dengan murid-murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
  
"Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris," katanya.

Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid, Muhyiddin berkata pelbagai inisiatif baru dan lebih efektif sedang dilaksanakan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Antara inisiatif itu, katanya ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan daripada segi penyediaan guru.
  
Inisiatif lain termasuk pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, katanya.
- Bernama   

Berkaitan;
PPSMI sekolah rendah mansuh 2017, sekolah menengah 2021-M'insider
Dr Mahathir berkata Najib masih boleh selamatkan PPSMI-M'insider

Tun Madey akan pertahankan apa saja yang beliau lakukan.Samaada betul atau tidak baik atau buruk itu beliau tak peduli janji apa yang beliau telah gariskan mesti dan wajib diteruskan.

Siapa mau bunuh Najib di Mekah?

PM Najib dan Bik Mama diberi kawalan ketat semasa berada di Mekah.Siapa mau bunuh Najib atau PM Najib saja-saja minta supaya beliau diberi kawalan ketat walaupun depan Kaabah?Siapa mau rompak mereka berdua?Kenapa begitu takut semasa berada di rumah Allah SWT?Baca juga di sini.

Khamis, 3 November 2011

Talian hayat Umno pengundi pos, peneroka Felda, Felcra dan orang kampung yang buta maklumat

Rakyat cerdik , tak 'makan' putar belit Umno-Harakahdaily

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno BN berada dalam keadaan nazak sekarang. Katanya, cubaan mereka untuk menggunakan senjata 3R iaitu 'racist, religion, royal' ternyata gagal mempengaruhi majoriti rakyat supaya menyokong mereka.
Ini, katanya kerana rakyat sudah matang dan faham bahawa semua itu hanyalah permainan politik Umno BN yang sudah ketandusan isu, sengaja memutarbelit fakta untuk kepentingan politik mereka.
"Pada mulanya mereka rasa rakyat bersama mereka, tetapi akhirnya mereka sedar bahawa rakyat sudah semakin sedar permainan politik Umno BN.
"Mereka cuba menggunakan isu komunis untuk menarik sokongan orang Melayu, tapi isu ini akhir tak 'makan', mereka mainkan isu agama untuk menakutkan orang Cina, juga tak 'makan', akhirnya mereka gagal menipu rakyat, rakyat sudah cerdik," ujar Mohamad.
Beliau berkata Umno BN menggunakan isu perkauman melayu, MCA menggunakan isu perkauman Cina dan MIC menggunakan isu perkauman India untuk mendapat undi.
"Mereka memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Melayu, Cina dan India. Tetapi sekarang rakyat sudah faham. Kalau ada 10 orang Cina yang mengundi hanya seorang sahaja yang sokong BN itupun kerana tersilap," tambahnya.
Menurutnya, kini Umno hanya tinggal satu talian hayat iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan Felcra, orang-orang kampung yang buta maklumat dan orang-orang miskin yang boleh dibeli dan digula-gulakan dengan benda dan duit.
"Umno BN sudah benar-benar nazak mereka hanya bergantung kepada talian hayar mereka yang terakhir iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan Felcra, orang kampung yang buta maklumat serta orang-orang miskin  yang mereka boleh beli dan beri benda serta duit," katanya.-Harakahdaily

Duit zakat untuk lawan Pas, Melayu miskin merempat di Gereja

Guna wang zakat untuk burukkan Pas?-Harakahdaily

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberikan penjelasan kerana didakwa menggunakan wang zakat untuk memburukkan PAS. Mahfuz berkata, beliau mempunyai bukti Jamil Khir mengeluarkan arahan kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk 'Bukti Pas bukan parti Islam'.
Sambil menujukkan salinan surat arahan, Jamil Khir didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.
"Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang Pas guna wang zakat?.
"Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik Umno," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ni.
Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.
Buku itu pula diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Petikan surat itu berbunyi ‘sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit, ’‘Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,’ kenyataan surat itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.
Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.
Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas perdana menteri dan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.
"Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada brainwash untuk mereka dan mebmuruk-burukkan PAS atas nama program Jakim," kata beliau.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pernah membangkitkan perkara tesebut pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat namun Jamil Khir tidak memberikan sebarang penjelasan.Harakahdaily

Apabila timbul isu orang Melayu miskin merempat di Gereja dengan dapatkan bantuan daripada Gereja beberapa bulan lalu kecoh kata orang Melayu Islam dah murtad keluar agama Maka dibuat himpunan sejuta umat (Himpun) untuk selamatkan akidah orang Islam yang didakwa murtad keluar daripada Islam.

Tu belum kira lagi kisah para amil yang bawa lari duit kutipan zakat untuk kayakan diri sendiri.Semua kaki seleweng daripada atas sampai bawah.tapi ni semua halal bagi gerombolan asalkan yang buat kerja ni penyokong gerombolan.Duit zakat juga digunakan untuk perbesarkan bangunan jabatan agama dengan kos berjuta ringgit bukan nak tolong sangat Melayu Islam miskin dan merempat.
 

Rabu, 2 November 2011

Malaysia yang mengamalkan pelantikan politik di universiti - adalah lebih teruk daripada di Afrika Selatan semasa era apartheid, kata pensyarah USM

'Ahli akademik Malaysia seperti 'warganegara kelas kedua'-Malaysiakini

Ahli akademik - kecewa terhadap pelanggaran hak kebebasan mereka, khususnya penindasan terhadap Prof Abdul Aziz Bari - dengan keras mengkritik suasana akademik di Malaysia, yang menurut mereka, membuahkan intelek yang menjadi pak turut dan tidak kritikal.

Pensyarah USM, Wan Manan Wan Muda berkata di Malaysia hari ini, ia bukannya memberikan kebebasan yang lebih besar seperti di Jepun dan Indonesia, di mana hak akademik dilindungi dalam perlembagaan, tetapi sebaliknya, ahli akademik negara ini dilayan seperti "warganegara kelas kedua".

Bercakap dalam satu forum di Universiti Malaya malam tadi, beliau berkata, di Jepun, ahli akademik dan pelajar universiti diberi kebebasan yang lebih kerana mereka dilihat sebagai lebih waras.

Bagaimanapun, katanya, di sini ahli akademik merupakan warganegara kelas kedua di mana mereka tidak boleh bercakap, membuat komen, kenyataan akhbar atau mengkritik pihak universiti.

Lebih buruk lagi, katanya, keadaan di Malaysia - yang mengamalkan pelantikan politik di universiti - adalah lebih teruk daripada di Afrika Selatan semasa era apartheid.

Katanya, keadaan dalam bidang akademik di Malaysia tidak banyak berubah sejak tahun 1985, yang menurutnya, adalah kemuncak bagi perjuangan untuk kebebasan akademik di negara ini.

Wan Manan berkata, ketika itu, pensyarah USM, Hashim Hussein Yaacob dan Rohana Ariffin, masing-masing telah dipecat dan diturunkan pangkat kerana membuat kenyataan kepada media, dan ia mencetuskan bantahan di kalangan ahli akademik.

Menurutnya lagi, kira-kira satu pertiga daripada 140 orang yang menandatangani kenyataan menyokong Abdul Aziz adalah orang yang sama yang bangun menyokong Hashim dan Rohana.

Sementara itu, prof madya Zaharom Nain dari Universiti ottingham berkata bahawa keadaan ini disebabkan oleh "sosialisasi" ahli akademik baru, yang kebanyakan mereka telah "ditapis" dari awal.-Malaysiakini

Penyakit Pak Lah dah berjangkit kepada Najib

PM Malaysia Najib Razak gambar atas tidur ketika mengikuti Sidang CHOGM di Perth, Sabtu (30/10). (FOTO ANTARA/REUTERS/Ron D'Raine/djo/11).Gambar bawah ialah Pak Lah semasa jadi PM.Serupakan tiada beza cuma nama dan muka sahaja berbeza tapi 'penyakit' yang depa dapat serupa...penyakit zzzzzzz.

Kepada pemimpin PR pulak jangan syok sangat tengok kelaku yang memalukan ini di peringkat antarabangsa.Hang pa pun sama kalau buat perangai macam ni.

Piket dan demo dulu baru cakap

Ahli akdemik cadang mahu berarak ke Putrajaya-M'kini

Forum yang membincangkan kebebasan akademik di Universiti Malaya malam tadi bertukar menjadi mesyuarat bagi ahli-ahli akademik yang berang dengan apa yang berlaku kepada rakan sekerja mereka, pensyarah undang-undang Profesor Abdul Aziz Bari menuntut tindakan.

Sambil membidas, apa yang mereka sifatkan sebagai lantikan politik dalam bidang akademik dan cubaan ‘menutup mulut’ mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan, kira-kira 30 ahli akdemik dari universiti awam dan swasta mengemukakan beberapa cadangan.

Ini termasuk supaya berarak di jalan-jalan bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

"Jika kita boleh mendapatkan 1,000 ahli akademik berarak ke Putrajaya, saya rasa kerajaan akan mendengar suara kami," kata felo penyelidik kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Denison Jayasooria yang mendapat ilham berdasarkan perarakan peguam-peguam pada 2007.

Denison berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan yang diluahkan oleh Isham Pawan Ahmad dari Universiti Islam Antarabangsa yang berkata hanya 60 daripada 2,000 kakitangan akademik universiti, itu telah menandatangani kenyataan akhbar sebagai sokongan kepada Abdul Aziz.

"Jika kita berjumpa rektor dengan hanya 60 nama, ini amat memalukan," kata Isham yang merupakan seorang profesor madya.

Beliau juga membidas Majlis Profesor Negara yang dikatakan bertanggungjawap berhubung keadaan hari ini.

"Kita mungkin boleh dapatkan beberapa profesor dalam majlis itu untuk menyokong kebebasan akademik yang lebih tinggi supaya kita boleh memalukan majlis itu (kerana tidak membuat  pendirian mengenai isu tersebut)," katanya.

Felo kanan penyelidikan Universiti Malaya, Muhammad Ikmal Mohd Said pula mencadangkan penubuhan sebuah Dewan, seperti yang ditubuhkan oleh ahli-ahli akademik di kampus universiti itu pada 1985 sebagai tindak balas berhubung pemecatan dan penurunan pangkat dua rakan sekerja mereka.

"Tiap-tiap persatuan akademik perlu menggerakkan, contohnya, menubuhkan sebuah Dewan bagi menunjukkan kuasa ahli akademik mengenai isu ini. Semacam satu demonstrasi," kata Ikmal tetapi bimbang hanya segelintir akan hadir.-M'kini

Berkaitan;
MTUC:Kami sanggup batal piket jika Putrajaya sedia gugur pindaan-M'insider

Semua mahu ke Putrajaya.PR mahu ke Putrajaya.Kaum buruh dan akademik dah tak puas hati dengan BN.Cakap saja tak guna.Buat dulu , demo dan piket dulu.Kalau cakap saja tak jadi. Ha Ha.Baru padan muka Najib-Rosmah.

Malaysia dah nak bangkrap Bik Mama semakin sakan boros berbelanja

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala kata Malaysia masih ada risiko jadi muflis.Sebelumnya pada 27 Mei 2010 Malaysiakini melaporkan Idris Jala kata Subsidi berterusan :M'sia bangkrap 9 tahun lagi dan akan jadi macam Greece negara yang muflis di Eropah.Muflis tu bangkrap la.

Hutang kebangsaan Malaysia meningkat 12.3 peratus untuk mencecah RM407 bilion tahun lalu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu.

Kita rakyat diberitahu Malaysia akan bangkrap oleh Idris Jala tapi kita juga tengok dan lihat bagaimana 'Bik Mama n son' boros berbelanja sakan.Tah daripada mana depa dapat duit beli cincin RM24 juta, beli beg berjenama, berbelanja RM 487,000 beli mutiara di Australia sempena sidang negara Komanwel kita pun terbeliak biji mata.Anak Bik Mama pula shopping RM195,000 di sebuah gedung terkemuka di Australia.


Puak ni ada pikir pasal Malaysia nak muflis atau bangkrap?Semakin didakwa Malaysia nak bangkrap semakin menjadi-jadi 'Bik Mama n son' shopping gila-gila beb!Depa dua beranak pakat berlawan shopping nak tengok siapa menang berbelanja kita rakyat bergelut dengan harga ayam mahal, daging mahal, tol keliling pinggang .Ada dua beranak ni ambik kisah nasib rakyat?


Bik Mama n son berbelanja boros di luarnegara, yang dalam negeri pulak perabih duit rakyat sampai RM250 juta bela lembu feedlot yang babitkan laki dan anak menteri yang juga Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.Bela lembu guna duit rakyat boleh rugi tu pun dabik dada nak bela nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi!


Tak payahlah cakap pasal nak bela orang Melayu wooii! bela lembu pun rugi berjuta-juta.Umno-BN perabih duit rakyat macam penyamun agih-agihkan hasil rompakan.

Selasa, 1 November 2011

'Perasuah suka naik haji'

Nak tambah sikit; Perasuah suka naik haji.Anak bini suka joli.Macam-macam boleh beli.Hidup senang anak bini.Harta rakyat untuk kroni.
Sajak di atas oleh Zunar.

Dah dekat pilihanraya 'kitar semula' dapat jadi senator

Lapor Malaysiakini Bekas 'rakan tenis' Anwar dilantik senator (klik) dan themalaysian insider juga melaporkan Datuk Nalla dilantik senator , angkat sumpah esok (klik).

Ini Nalla ialah Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) mesra BN.Berapa bulan saja Nalla akan jadi senator sebab pru dah dekat?Nak ambik hati orang India angkat Nalla jadi senator.Dulu team Anwar kini kaki serang Anwar macam Mat Ezam yang dapat jadi senator bila masuk tong Umno.

Banyak barang recycle dikutip BN untuk penuhkan tong BN yang penuh dengan sampah sarap.Apa kata orang MIC yang jadi rakan setia Umno-BN?Tarak kecik hati ka?Dah lama dalam BN tak dapat jadi senator hihi.Barang recycle juga yang laku ha ha.Boleh kawan dengan Zul Noordin Kulim, Zahrain Penang dan geng katak yang sewaktu dengannya.

Warga emas Selangor shopping RM100 anak Najib shopping RM180,000 di Australia?

KerajaanNegeri Selangor  buat program 'Jom Shopping' untuk warga
emas di Selangor bersama wakil rakyat sebanyak RM100 di pasaraya
tapi anak perempuan PM Najib dilaporkan berbelanja $60,000 (RM180,000) di Australia semasa persidangan negara-negara Komanwel.

Berkaitan;
Anak perempuan Najib belanja RM180,000 di Australia-Keadilandaily.com
PM dikritik, anak gadisnya didakwa berbelanja RM200K-Malaysiakini
Rosmah 'Wanita Pertama ' beli mutiara RM487,000 di Australia?-KeadilanDaily
Anak gadis Najib belanja RM195,000 dari sumber sahih-Keadilandaily
NONE

Lembu feedlot:'Jual kandang pun tak pa bukan duit sendiri tapi duit rakyat'

Mari kita baca apa kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar yang bebal , bela keluarga Shahrizat Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat yang dapat tender projek lembu feedlot yang dilaporkan berlaku penyelewengan RM250 juta dalam laporan audit negara 2010.Kata Noh Omar "Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.

Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.

"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.
Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.

"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.-Malaysiakini Projek feedlot RM 73 juta diakui milik keluarga Shahrizat.

Ya meniaga tak salah tapi bukan laki kepada Shahrizat boleh dapatka projek tu.Dah dapat pelingkup pula wang rakyat.Nak lingkup ..lingkuplah janji duit dapat.Jual kandang pun  tak pa meniaga duit rakyat bukan duit sendiri.Berani SPRM siasat sampai jatuh-jatuh bangunan kes lembu feedlot ni?Pi la siasat kalau berani!

Noh Omar cakap dalam bahasa yang bebal , ingat senang rakyat nak percaya cakap -cakap bodoh macam lembu ni .