Isnin, 20 Jun 2011

Brahem Ali berlagak macam Raja! Perkasa nak berperang 9 Julai ini?

Selepas Presiden Perkasa Brahem Ali kata jangan rasa terkejut kalau ada kereta terbakar dan ada yang baling batu pada himpunan Bersih kini Brahem sekali lagi pukul gendang perang menakut-nakutkan penganjur himpunan Bersih 2.o dengan berkata Ibrahim : Apa saja boleh berlaku pada 9 Julai (Malaysiakini)

Adakah Brahem Ali ajak pengikut-pengikutnya berperang dengan pihak rakyat yang mahu berdemontrasi atas nama Bersih yang ada kaitan dengan isu pilihanraya?Brahem Ali kata nak pertahankan Hishamuddin Hussein Menteri Dalam Negeri, minta polis bertindak bukan setakat bagi amaran kepada penganjur Bersih 2.0, bangkitkan isu perkauman dengan bagi amaran kepada orang India dan Cina . Brahem kata kalau Bersih 2.0 tak dibatalkan orang Cina kena simpan stok makan banyak-banyak.

“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Adakah Brahem Ali nak berperang pada 9 Julai ini?Atas nama apa Brahem nak ajak pengikutnya melawan demo anjuran Bersih yang mahukan pembaharuan dalam sistem pilihanraya?Rakyat bercakap isu pilihanraya Brahem bercakap isu perkauman sempit yang malukan sendiri bangsa Melayu.Brahem ajak pengikutnya yang mungkin banyak yang tak ada pendidikan sivik terjerumus ke lembah jadikan Melayu dipandang macam 'samseng kampung dusun' saja.

Brahem bercakap macam dia Raja di Malaysia! Orang Melayu diperbodohkan Brahem Ali yang semakin semput dengan idea dan semakin seronok dan bersemangat kerana beliau anak emas Umno. Ugutan Brahem Ali hanya jadi bahan ketawa di kedai kopi dan semua orang tahu siapa Brahem Ali tambah-tambah yang undi menangkan Brahem di Pasir Mas.Cakap berdentum dentam tapi bila bunyi hon kereta pun Brahem dah kena telan ubat sakit jantung.

Persekitaran ketika majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur malam tadi.Baca di sini. — Foto oleh Jack Oo-M'insider

Baca juga;
Ambiga:Anwar , anda tak berhak batalkan himpunan Bersih 2.0-M'insider

Sabtu, 18 Jun 2011

Sajak BERSIH 2.O

Ibuku...
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku

Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..

Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..

Anak-anakku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..

Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..

Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!

Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?

Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!

Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!

Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..

Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!

Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!

Duhai sahabat-sahabat kesayanganku...
Aku akan pergi..
Aku akan berkelana..
Aku akan bermusafir..
Pada 9 Julai ini...
Menuju ke suatu arah yang pasti...

Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...

Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..

kerana..
9 Julai ini akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!

Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!

Sudikah kalian bersamaku?

nukilan khas - budakbalun 17062011-daripada blog budakbalun,blogspot.com

Bagi saya kalau polis halang himpunan Bersih 2.0 kali ini, tangkap dan lakukan kekejaman kepada para demontran imej mereka di mata dunia akan jadi bertambah buruk.Imej BN akan jadi lebih buruk dan busuk daripada telor ayam kemuruk.Adakah BN kisah dengan semua ini?Adakah BN akan jadi macam Israel pekakkan telinga lakukan kekejaman terhadap rakyat Palestine walaupun dikutuk di seluruh dunia?

'ISA tak kendurkan semangat BERSIH'-Malaysiakini

Saranan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) agar polis menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini satu ugutan keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

“Mereka mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan.

“Apa masaalah MUBARAK? Apa masalah kerajaan untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

egypt revolution mubarak steps down crowd 1Sehubungan itu, Nasrudin juga menasihatkan MUBARAK dan kerajaan BN agar tidak menjadi seperti bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara sehingga digulingkan rakyat.

“Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap,” katanya.

Menurut Nasrudin beliau sendiri akan berada di saff hadapan pada perhimpunan itu nanti dan mengingatkan kerajaan khususnya pemimpin BN supaya tidak menakut-nakutkan rakyat dengan ISA.

bersih rally 271207 04“Jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam, justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini,” katanya.

Menurut Nasrudin, himpunan BERSIH tidak meminta suatu yang merugikan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

“Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini,” katanya.

bersih rally 271207 01Pemimpin PAS itu berkata himpunan BERSIH pada 9 Julai ini diadakan setelah tuntutan pelbagai pihak yang mahu pilihan raya yang adil dan telus di negara ini tidak dilayan dengan baik oleh kerajaan dan pihak berkuasa.

Beliau juga memberikan jaminan himpunan BERSIH akan diadakan secara aman dan menggesa semua pihak termasuk peniaga supaya tidak perlu bimbang kerana tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku sekiranya mana-mana pihak termasuk polis tidak mencetuskan provokasi.

“Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah Umno dan BN, yang resah ialah Umno dan BN dan yang gundah ialah Umno dan BN.

bersih rally 271207 07“Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakanlah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa-apa,” katanya.

Beliau mengakhiri kenyataannya menggesa semua rakyat dari seluruh negara supaya melawat Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Pelancongan pada 9 hb Julai ini adalah bertemakan 'Keadilan dan Ketelusan' di samping menikmati kota raya negara kita sendiri.

“Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua,” katanya.-Malaysiakini

Baca juga Perkasa dan Pemuda Umno pakat berebut nak gagalkan himpunan Bersih 2.0.
Perkasa :Tak kisah jika Pemuda Umno mahu sendiri cabar Bersih'-M'insider


BERSIH 2.0: Ini berita anjing gigit orang

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) tetap berkeras tidak mahu berbincang dengan tuntutan Bersih yang mahukan supaya sistem pilihanraya di negara ini lebih adil dan tidak berlaku penyelewengan dan penipuan .Pengerusi SPR dengan angkuh kata,

“Kita telah memberi ruang kepada mereka untuk berunding dan mereka telah berjumpa kita November lalu untuk berbincang mengenai beberapa tuntutan kononnya bagi mewujudkan sistem pilihan raya lebih baik.

“Kita terima sesetengah pandangan mereka tetapi tidak setuju dengan beberapa tuntutan yang tidak munasabah. Mereka kata (mereka) sedia bincang. Kalau hendak bincang kenapa perlu berhimpun?

“Pintu rundingan dengan kumpulan tersebut sudah tertutup. Kita tidak tertarik lagi untuk bertemu mereka,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.-Sinar harian online Pintu Rundingan Tutup.

Ini berita yang tak mengejutkan, perkara biasa dan sudah diduga.Kita jumpa di dalam himpunan aman 9 Julai.

Apakah tuntutan Bersih seperti berikut tak munasabah?

  • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan raya. Baca juga di sini.

Tiada Pas Tanpa Nama Islam-TGNA


Apa guna Pas tanpa nama Islam! Demikian tegas Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat , ketika menjawab cabaran sesetengah pihak supaya menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas diwujudkan untuk memperjuangkan agama Islam dan adalah suatu perkara mustahil untuk menggugurkan nama dan asas perjuangan yang dipegangnya selama ini.

“Mana boleh gugur perkataan Islam, kalau gugur Islam tiada parti Pas, Melayu lebih Melayu kerana Islam, tetapi UMNO tolak Islam, khianat kepada agama dan bangsa sendiri,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaatnya di Dataran Ilmu di sini, semalam.
Sebelum ini, pelbagai pihak mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.

Antaranya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yang menjelaskan ia perlu dilakukan kerana Pas sendiri yang memberi alasan ramai orang bukan Islam keliru dan takut apabila disebut negara Islam sehingga menyebabkan parti itu menukar dasarnya kepada negara berkebajikan.

Isu itu timbul apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu, dua minggu lalu, mengumumkan parti itu akan menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan, sekali gus menimbulkan tanggapan parti itu menukar dasarnya.

Dalam pada itu, Nik Aziz menggunakan kesempatan pada kuliah Jumaat kelmarin, untuk menerangkan isu ‘negara berkebajikan’ yang diperjuangkannya kini dan dilihat sebagai salah satu usaha bagi mengelak ahlinya keliru dengan slogan tersebut.

Menurutnya, konsep negara berkebajikan bukan bermakna Pas mengubah dasar perjuangannya, sebaliknya ia adalah satu daripada program parti yang juga selaras dengan perjuangan ajaran Islam.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu gusar dengan slogan baru itu walaupun mendakwa mempunyai persamaan, tetapi inti pati yang dibawa Pas cukup berbeza.
“Buat apa nak takut, macam orang jual nasi kerabu, kalau nasi kerabu kamu lebih sedap orang akan beli, tidak perlu takut, tetapi kalau takut itu bermakna apa yang kamu jual itu tidak bernilai,” katanya.-Sinar Harian Online

Jumaat, 17 Jun 2011

Bersih 2.0: Mangkuk hayun kata bercanggah dengan Islam la pulak

Saya tak tahu nak kata apa dah jenih apa mahkluk yang bernama manusia yang ada di mukabumi Malaysia ini yang suka sangat melatah kata tu haram ni haram sebab ada kepentingan dengan pemerintah yang gila kuasa untuk berkuasa hingga dunia ni kiamat.The Malaysian Insider melaporkan YDP Yadim kata Himpunan Bersih 2.0 canggah dengan nilai Islam.

Amboiii bab demo berani bersuara kata bercanggah dengan Islam.Tangkap orang tahan bawah akta zalim ISA tanpa dibicarakan, mentekedarah rasuah jamu anak bini makan, sebar video lucah sampai tak kira waktu, SPRM dakwa orang mati dalam siasatan, skandal beli kapal selam scorpene sapu komisen beratus juta heboh sampai dibicarakan di mahkamah Perancis, rasuah dalam pilihanraya semua tu tak bercanggah dengan nilai Islam ka?Pergi mampos la dengan hujah untuk terus pegang jawatan di Yadim.

Demo Bersih tu bawa apa pi demo?Berjalan secara aman tanpa sebarang senjata sambil suarakan ketidakadilan , penyelewengan dan penipuan, bagi IC kepada warga asing supaya boleh mengundi adakah ini bercanggah dengan Islam?

Demo di Mesir , Tunisia, Libya, Jordan, Syria, Yaman semua tu ulama negara tersebut kata haram ka, kata bercanggah dengan Islam ka?Memang mangkok hayun betoiii. Ruang demokrasi di negara ini dalam kebebasan bersuara lebih teruk dan busuk berbanding jiran kita Indonesia dan Thailand.Di Indonesia tak ada fatwa karut kata demontrasi bercanggah dengan Islam.Di Thailand dok berjemur sampai sebulan pun tak pa siap berlapar lagi tapi tak ada undang-undang yang larang depa berhimpun suarakan hak mereka kepada pihak pemerintah.Baju merah nak demontrasi pun boleh , baju kuning pun boleh. Kita semua tak boleh yang boleh yang nak masuk dalam perut sendiri saja yang boleh walaupun makan benda haram.Demo sokong ISA boleh, demo sokong BN boleh tapi kalau demo lawan kerajaan secara aman beranggah dengan Islam.Kitab mana si Yadim ni bukak?

Elok la tu Perkasa dok cabar kata kalau Bersih demo kami demo, kalau Bersih batal kami batal, polis pulak kata nak tangkap awal sebelum demo, Muhyiddin pulak kata demo Bersih haram sebab tak ada permit ha ha , MUBARAK puak geng bekas wakil rakyat BN suruh cekup penganjur Bersih bawah ISA. Pemuda Umno pulak kata nak turut serta demo hari yang sama.Dulu demo Bersih 2007 Khairy Jamaludin kata demo Bersih macam beruk jalanan.La ni dia pun nak demo sama.Inilah pemikiran puak-puak yang jadi gelabah dan takut kepada bayang-bayang sendiri.Mereka jadi gabra dan hilang punca hanya kerana Demo Bersih 2.0 9 Julai.

Datang ramai-ramai ...lagi banyak ugutan lagi banyak yang bersemangat untuk turun 9 Julai nanti.

Tiga Boroi akan ajar matapelajaran seks di sekolah?

Pendidikan seks mula diajar di sekolah November ini-Utusan

Modul Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) untuk pelajar sekolah akan mula diperkenalkan kepada murid tahun satu bermula November ini.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk, Pembangunan dan Keluarga Negara (LPPKN),

Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas modul tersebut dapat diterima dengan baik oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini didedahkan dengan PKRS.

Menurutnya, pelajar sekolah rendah dan menengah akan mengikuti modul yang berbeza berdasarkan tahap usia mereka.

"Berdasarkan tinjauan dan maklumat balas yang diterima daripada pelatih PLKN seluruh negara ternyata mereka sangat gembira dengan kandungan modul itu yang mula dipelajari sejak dua hari lalu.

"Menurut mereka, modul yang dipelajari itu sangat berguna dan tidak pernah dibincangkan dengan keluarga sebelum ini,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke PLKN Benum Hill Resort dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Aminah, modul tersebut akan mula diajar kepada murid tahun satu selepas selesai peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Katanya, pendidikan itu bukan perkara baru kerana ia mengambil modul sedia ada yang diperbaharui dan digubal semula.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, para pelatih PLKN memberikan reaksi positif terhadap kandungan modul tersebut kerana mereka mendapat maklumat dengan kaedah yang betul.

"Modul tersebut lebih kepada membentuk golongan remaja yang sihat, berdaya tahan, berakhlak, bertanggungjawab serta berupaya menghadapi cabaran perubahan dalam kehidupan masa kini,'' katanya. - Utusan

Awal tahun ini kita dikejutkan dengan penyebaran video seks lucah di hotel Carcosa Sri Negara yang menghangitkan seluruh negara .Dalang penyebaran vieo lucah yang di kenali sebagai Datuk T telah mengaku bahawa mereka yang jadi dalang penyebaran video lucah yang dikatakan libatkan pemimpin pembangkang.Walaupun mereka mengaku jadi dalang sebar video lucah mereka masih kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Sebelum subjek seks diajar di sekolah tiga Datuk T telah jadi cikgu yang menayangkan video lucah kepada orang awam.Kini video seks lucah tersebut telah diedarkan ke seluruh negara.Rumah orang Melayu dapat cd, rumah orang Cina dapat cd, rumah orang India dapat cd yang mengisahkan seorang lelaki berperut boroi dan bertetek landur langgan seorang pelacur.Kini setelah video tu dah tak laku disebarkan pula kisah fitnah seks ke atas Mat Sabu Timbalan Presiden Pas yang baru.

Utusan dan media Umno lebih awal jadikan kisah lucah sebagai berita utama dan berjaya melucahkan semua lapisan umur sebelum matapelajaran seks diajar di sekolah rendah dan menengah.

Khamis, 16 Jun 2011

Minyak untuk orang kaya turun , minyak untuk rakyat tak turun

Bila membaca laporan RON 97 turun 10 sen, kali pertama sejak harganya diapung tak ada sesiapa pun rasa seronok dan bertepuk tangan.Sebab apa jadi lagu tu? Tak lain tak bukan kerana minyak RON 97 bukan rakyat biasa yang pakai dan guna .Tu minyak petrol untuk orang kaya untuk kereta mewah macam BMW, Porsche, Mercedes Benz, Roll Royce dan lain-lain kereta mewah.

Maka menteri yang berkaitan pun dengan bangganya kata ,"Tengok sapa kata minyak RON97 tak boleh turun." Woit! kalau betul nak tolong rakyat, jaga kebajikan rakyat turunkan harga minyak RON 95 bukan dok dabik dada rasa hebat turunkan minyak RON 97.

Yang pakai kereta proton, kancil , Myvi dan yang seangkatan dengannya rasa seronok ka minyak RON 97 turun 10 sen?Berapa ramai rakyat Malaysia yang pakai kereta guna minyak RON97?

Menteri ingat rakyat bodoh -bodoh belaka senang boleh tipu.Menteri lupa rakyat sedang berkira-kira mahu jatuhkan BN dalam pru 13 akan datang kerana tersangat pandai tipu dan kelentong rakyat.

Woit! rakyat dah tak mudah kena tipu dengan sogokan kain pelikat, gula dua tiga kilo, susu dua tiga tin sebagai balasan untuk pangkah dacing .Rakyat yang bodoh saja kalau dapat semua tu akan berpesan dan berwasiat pada anak cucu mereka supaya pangkah dacing sampai bila-bila.

Islam kena hina dan diperkosa Utusan, Perkasa dan Pekida tak mau mandi darahka?

Malaysiakini melaporkan Hina Islam:Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa yang ada kaitan dengan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melukis kartun yang menghina hukum Islam.

Dulu bila pelukis kartun daripada Denmark hina Islam lebih kurang 10,000 ribu umat Islam selepas solat Jumaat berdemontrasi depan Kedutaan Denmark di Kuala Lumpur sebagai bantahan.Masa tu tak wujud lagi Perkasa yang diketuai Brahem Ali yang semakin ganas dan gedebe dok gempaq keling atas cadangan Bersih 2.0 buat himpunan aman 9Julai nanti.

Perkasa hanya berani cakap besar nak pertahan bangsa Melayu tapi bila abang besar dia Utusan Malaysia hina hukum Islam , hina ulama Perkasa tak berani nak gedebe dengan Utusan.

Teringat juga kempen Utusan semasa pemilihan muktamar Pas yang lalu yang amat sayang kepada ustaz dan ulama dalam Pas tapi bila calon yang depa sokong tak naik, tak menang kini Utusan bertukar kulit kembali menyerang golongan agama dan hukum Islam.

Jika umat Islam di negara ini pakat berdemontrasi depan pejabat Utusan kerana hina hukum Islam, hina ulama mungkin sekali lagi Perkasa dan adik beradiknya akan sanggup bermandi darah pertahankan Utusan!

Bagi Umno kerja menghina Islam ini bukan perkara luar biasa bagi mereka.Memang dah jadi asam garam politik Umno cuma orang Melayu yang karat Umno tak sedar diri kata Umno parti yang jadi perosak hukum Islam.Pura -pura jaga Melayu bermatian-matian tapi hukum-hakam Islam dihina semau-maunya.

demoutusan

Baca juga;

Utusan musuhi umat Islam di sebalik topeng Melayu-Harakahdaily

Kartunis Utusan, rogol dan zina-malaysiakini

Tadbiran Najib mula tunjuk 'kuku besi', dakwa TP Pas

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah mula mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi dengan menyekat kebebasan rakyat mendapatkan keadilan terutamanya dalam menuntut sistem pilihan raya adil dan bebas.

Tegas beliau, BN yang kini diketuai Najib mula menggunakan pendekatan mengongkong kebebasan bersuara kerana bimbang akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13.

Mohamad atau lebih dikenali “Mat Sabu” menjelaskan, Pakatan Rakyat sudah pasti telah menawan Putrajaya kini sekiranya pilihan raya umum 2008 diadakan secara adil dan bebas tanpa campur tangan BN.

“Pemerintahan Malaysia seperti Singapura yang mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi, tapi di Singapura telah berlaku perubahan.

“Ketika pilihan raya Singapura bulan lalu, kita perhatikan semua pemimpin parti politik bebas untuk akses dalam media, mereka boleh gunakan radio atau televisyen untuk menyampaikan hasrat mereka.

“Tapi di Malaysia adakah perkara begitu akan berlaku? Tidak . . . media dikawal oleh kerajaan, kita tidak boleh akses kepada media, sepatutnya TV3 beri pemimpin Umno cakap sejam kemudian bagi kita boleh cakap sejam, tapi ia tidak berlaku,” katanya pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi.

Justeru beliau meminta agar seluruh rakyat Malaysia harus menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini menuntut agar pilihan raya diadakan dengan adil dan telus.

“Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti di Timur Tengah, saya sendiri tidak mahu (ia berlaku) tapi biarlah rakyat rasa puas hati terhadap pilihan raya.

“Biar rakyat rasa puas hati, BN kalah pun tiada masalah . . . Pakatan Rakyat menang pun tiada masalah,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 250 orang yang hadir.

Dalam ucapan itu, Mohamad juga berkata himpunan Bersih 2.0 terpaksa diadakan bagi mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas tanpa diperkudakan BN.

“Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 rakyat sudah lihat bahawa kerajaan BN boleh ditumbangkan tapi bolehkah kita menang tanpa pilihan raya yang adil? Tidak boleh . . . kita tidak akan boleh menang selagi pilihan raya tidak adil dan bebas.

“Sebab itu dalam Himpunan Bersih ini kita menuntut beberapa perkara yang harus dilakukan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya di negara kita diadakan dengan betul,” katanya.

Pada himpunan Bersih kali pertama yang diadakan pada 2007, badan bukan kerajaan (NGO) itu menuntut empat tuntutan utama iaitu menggunakan dakwat kekal, undi pos dikaji semula, media yang adil dan daftar automatik kepada rakyat yang berusia 21 tahun namun ia tidak dipenuhi.

Pada himpunan kali kedua ini Bersih menuntut empat tuntutan tambahan iaitu tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan, mengukuhkan institusi kerajaan, menghentikan rasuah politik dan menghindari politik kotor.

Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat berkata, pihaknya juga mahu agak pihak berkuasa terutamanya polis mengawal keadaan sepanjang perhimpinan itu diadakan bagi menjaga keselamatan.

“Kita mahu polis bekerjasama, kawal keadaan dan kita tidak mahu polis kita jadi macam polis di negara-negara Timur Tengah . . . benarkan kita mengadakan perhimpunan kita, beri kita menyampaikan hasrat kita.

“Kita bukan mahu buat huru-hara, saya percaya jika tiada pihak yang membuat provokasi sudah tentu ia boleh dijayakan,” katanya.

Himpunan Bersih 2.0 bertemakan “Walk For Democracy” dan dijangka akan disertai kira-kira 300,000 terdiri daripada NGO, parti politik dan rakyat.

Pada 2007, Bersih menggunakan slogan “Gelombang Kuning” telah menganjurkan perhimpunan aman, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara atas alasan sama.-M'insider.

Berkaitan;

Kecam Bersih 2.0:Speaker tolak usul Zahrain-Harakahdaily

Mat Sabu:'Perkasa perkara kecil , kami tak sekat Perkasa'-M'insider

Rabu, 15 Jun 2011

Terbukti-terbukti! Meloya out, Hairan out, TV3 suku out..semua dah out!

Ini berita yang menakutkan kerajaan BN.Anak muda tak tengok TV, anak muda tak tengok media arus perdana yang berada bawah ketiak BN seperti Meloya dan berita Hairan.Anak muda akan turun di jalanraya, ustaz akan turun di jalanraya..kalau tak turun memang kena sekeh! aktivis akan turun di jalanraya , profesional akan turun di jalanraya..untuk apa? yaaa tak lain tak bukan Demo Bersih 9 Julai di Kuala Lumpur. Turun jangan tak turun .Pedulikan dengan Brahem Ali diia bukan Menteri, bukan polis hanya tukang lompat dari satu pelepah ke satu pelepah.Biarkan dia terjun dengan labu-labunya.

Pemuda BN terokai ceramah, akui media arus perdana gagal-M'insider

Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.

Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.

“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.

Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.

Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.

Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13, ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.

Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.

Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.

Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).

Sementara itu, rangkaian media sosial di kalangan rakyat Malaysia telah berkembang pesat, terdapat 9.5 juta akaun Facebook sehingga Januari lalu.

Justeru, Unit Pidato telah menganjurkan kursus-kursus pemimpin akar umbi dan 415 program pidato sejak Mei 2009, mendakwa sokongan hadirin telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu.

Lokman menambah, bilangan ceramah akan ditambah bermula bulan depan sebagai pendekatan Pemuda BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata kursus yang diadakan menyentuh bagaimana untuk menarik sokongan rakyat dengan pendekatan yang berbeza termasuk daripada ceramah, majlis makan malam, debat dan demonstrasi.

“Kami juga akan memberikan latihan asas seperti bagaimana untuk menghasilkan sepanduk dan kain rentang yang berkesan, di mana maklumat penting seperti penceramah, masa dan tempat boleh dilihat dalam lima saat.

“Kadang-kadang ahli kami tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah dan tidak mampu melakukan kerja-kerja publisiti,” katanya.

Adakah Brahem Ali ada masalah mental?

Brahem Ali Presiden Perkasa semakin dilayan semakin menjadi.Tambah-tambah Brahem Ali rasa dia kebal daripada sebarang tindakan semata-mata kerana jadi kuda tunggangan Umno.Terkini Brahem Ali terus mencabar Demo Bersih 2.0 dengan berkata,

“Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, mereka bukannya mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana didakwa oleh pengkritik tetapi mahu menunjukkan pihaknya juga rakyat negara ini.

“Bersih ada agenda politik tersembunyi untuk mencetuskan huru-hara. Tiada justifikasi untuk mengerahkan ratusan ribu hanya untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menjawab semua perkara,” katanya lagi.

“Pendirian kami mudah... mereka berarak, kami berarak. Mereka batal, kami batal.

“Kami tidak mahu mereka mengatakan bahawa mereka melakukan ini atas nama rakyat. Kami juga rakyat,” katanya lagi.-Baca lanjut di sini.

Eloklah tu tiga Datuk T jadi kepala sebar video lucah yang hingga kini tak didakwa dan kini tiga lagi puak-puak mengarut ni Brahem, Zahrain dan Mat Bisol Kulim berganding bahu mahu jadi kepala pengacau demo aman Bersih 9 Julai.

Kadang-kadang terfikir juga adakah masa Brahem masuk wad hari tu beliau benar-benar sakit jantung atau tersilap masuk wad?Adakah Brahem yang semakin merapu ni ada masalah mental?

Tak rasa apa ka orang Islam murtad?


Apa dia maksud murtad dalam Islam?Menurut kitab FIQH SHAFII Jilid 11 karangan ustaz H.Idris Ahmad S.H:

"Murtad ertinya kembali dan berbalik.Menurut istilah syarak ialah orang yang keluar dari agama Islam berbalik menjadi kafir.Orang-orang yang tidak mengakui lagi salah satu dari hukum-hukum Islam, maka hukumnya adalah murtad atau kafir.Ketika itu hapuslah segala amal ibadatnya di dunia dan di akhirat., apabila ia mati dalam keadaan murtad.Murtad adalah kafir yang paling keji dari segala kekafiran.Murtad itu disebabkan oleh iktikad, perbuatan dan perkataan"
. Muka surat 460 Bab Hukum Jenayah Murtad.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud;

"Dan sesiapa diantaramu yang murtad dari agamanya lalu ia mati , sedang dia dalam kafir, maka telah habislah amalannya dunia dan akhirat.Dan orang semacam itulah yang jadi isi neraka dan mereka kekal di dalamnya".

Pedulikah kita dengan masalah murtad di kalangan umat Islam?Murtad berlaku tanpa mengenal anak siapa, samada anak tok lebai, tok imam, profesional atau ulama.Ia virus yang amat merbahaya daripada HIV atau Aids pada umat Islam.Selagi hukum Islam tidak dimartabatkan selagi itulah gejala murtad ini akan berterusan.Amat malang hukum Islam diganti dengan hukum yang berdasarkan fikiran manusia boleh settle hanya dengan denda RM1000 atau RM 2000 saja.

Berkaitan;
Jamil Khir:Permohonan murtad 135 orang diluluskan-M'kini

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

NONEBeliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.