Selasa, 5 Januari 2010

Umno Peralat Agama Untuk Tipu Orang Melayu

Pendirian Pas mengenai isu Kalimah Allah sudahpun dijelaskan iaitu bukan Islam atau orang kafir boleh guna Kalimah Allah dan tidak mahu isu tersebut dipolitikkan. Sapa lagi yang akan berpolitik guna isu itu kalau bukan Umno.

Semua pihak menunggu-nunggu keputusan Pas itu yang dibuat secara bersama oleh pimpinan tertinggi Pas dan demi agama Islam yang diperjuangkan Pas sudah tentu keputusan itu dibuat berdasarkan hujah yang kukuh berdasarkan Al-Quran dan Hadis bukannya berdasarkan hawanafsu untuk tarik kepercayaan orang bukan Islam terhadap Pas.

Mana ulama-ulama yang pro Umno dan mufti yang bersekongkol dengan Umno dalam isu Kalimah Allah ini.Mengapa mereka lambat buat keputusan. Adakah mereka menunggu selepas Pas buat keputusan baru mereka nak buat kenyataan?Adakah Umno mahu perangkap Pas dalam isu Kalimah Allah ini?

Dulu Umno menuduh Pas adalah parti Komunis dengan tujuan supaya orang Melayu tidak menyokong Pas. Selepas itu Umno menuduh Pas parti Ekstrem dan pengganas dengan tujuan nak menjauhkan orang bukan Islam menyokong Pas. Itu cerita dulu-dulu.

Sekarang zaman dah berubah orang bukan Islam dah berani menyokong Pas ini yang membimbangkan Umno.Umno terpaksa cari jalan supaya Pas tidak terus disokong oleh orang bukan Islam.Umno sedar sekiranya orang bukan Islam terus bersama Pas dalam pilihanraya akan datang Umno akan lingkup dan hilang kelayakkan untuk kuasai Kerajaan Pusat.

Sekarang undi Melayu kepada Pas tidak berubah dan Umno ambil kesempatan ini untuk terus memperdaya orang-orang Melayu supaya terus menyokong Umno dalam pilihanraya akan datang. Dulu Umno tuduh Pas peralatkan agama agar orang Melayu menyokong Pas sekarang tuduhan itu digunakan Umno untuk peralatkan orang Melayu dengan guna isu agama seolah-olah Umno lah perjuangkan Islam untuk orang Melayu.Ini yang patut disedari oleh orang-orang Melayu dengan agenda politik Umno.

Kalau ahli Umno yang juga bekas Pengarah Yadim, Ust Nakhaie Hj Ahmad pun pertikaikan bini PM Najib yang tidak menutup aurat (Tak pakai tudung) apalah sangat dengan Pm Najib nak perjuangkan agama kalau bini sendiri tak dapat ditarbiahkan sebagai seorang pemimpin negara umat Islam.

Dasar pendidikan yang ada yang diajar tidak mampu menjadi benteng untuk menguatkan akidah umat Islam di Malaysia sebab itu kita merasa tergugat bila isu yang libatkan agama muncul tanpa disangka-sangka. Masing-masing jadi terkejut dan mula menuding jari antara satu sama lain.Kita tidak mampu untuk mengatasinya ,jadi lemah dan menuduh pihak yang menyokong sebagai talibarut dan agen pihak tertentu.Apa yang kita buat bila ratusan ribu umat Melayu -Islam murtad?Kalau setakat cakap 'Tragedi Natrah' akan berulang, mengetap bibir geram tak ketawan hala apa yang kita dapat?Yang murtad keluar daripada agama Islam kita biarkan saja. Ini yang sepatutnya diperangi habis-habisan. Ini yang dilakukan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bila diangkat jadi Khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Pendirian Pas Isu Kalimah Allah

Pas Pusat yang bermesyuarat malam tadi mengambil keputusan pada dasarnya bersetuju penggunaan Kalimah Allah oleh orang yang bukan Islam tetapi dalam masa yang sama tidak menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan dan menimbulkan suasana yang tidak harmoni di kalangan masyarakat yang pelbagai agama.

Laporan harakahdaily berkata;

Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,"kata kenyataan itu.

PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.

"PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam," katanya lagi..Baca di sini

Malaysiakini pula membuat laporan;


PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud:

Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.-Pas tolak tindakan agresif dan provokatif

Baca juga PAS: Bukan Islam boleh guna perkataan 'Allah'-malaysian Insider

Isnin, 4 Januari 2010

Kerajaan Negeri Berhak Halang Penyalahgunaan Kalimah Allah-MB Selangor


Kerajaan Selangor berhak menyekat dan menghalang mana-mana pihak dari menyalahgunakan kalimah Allah untuk tujuan jahat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan pasti bertindak keatas mana-mana individu yang menggunakan nama Allah untuk merosakkan kesucian agama Islam.

“ Untuk negeri pada saya ialah proses pelaksanaan atau keupayaan untuk menggunakan. Tetapi jika negeri mendapati ianya menghalang atau ada terdapat satu motif merosakkan agama Islam dan kerajaan negeri boleh tidak membenarkan perkara itu berlaku”, ujar Khalid.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Catholic Herald baru-baru ini.

Khalid menggesa semua pihak untuk bertenang dan menegaskan polemik ini dibincang dan diperhalusi di peringkat Persekutuan.

“ Tapi walau bagaimanapun, perkara ini perlulah dibincangkan di peringkat persekutuan, tetapi di bahagian negeri jika didapati perkara-perkara yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan yang akan memberi kesan negatif kepada agama Islam sudah tentulah kerajaan negeri mempunyai kuasa pentadbiran untuk menyekat berlakunya perkara tersebut”.

TVSelangor.com

Khalid Samad Amal Politik Beringus- Zulkifli Nordin

Nampaknya isu Kalimah Allah terus diperdebatkan antara Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu.Zulkifli lebih bersifat menyerang dan dengan penuh semangat berkobar-kobar menghentam Khalid Samad yang dikatakan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar The Herald guna Kalimah Allah dalam penerbitannya.Mereka berdua adalah daripada parti dalam gabungan Pakatan Rakyat tapi punya pandangan yang berbeza dengan masing-masing menggunakan hujah-hujah yang menggunakan ayat -ayat Quran untuk kuatkan pandangan masing-masing.

Kata Zul dalam blog beliau;

Saya mengambil sikap yang mudah. Siapa yang menghina Islam, maka mereka adalah musuh saya walaupun duduk satu parti dengan saya. Sesiapa yang membela dan mempertahankan Islam adalah sahabat saya walaupun berlainan parti. Dan saya sedikit pun tidak gentar atau takut dengan celaan mereka yang mencela. Saya tetap akan berkata yang hak walaupun pahit untuk ditelan. Yang penting Islam mesti dipertahankan, maruah umat Islam mesti dibela "at all cost"!!

Sekiranya ulasan dan komen saya tidak betul, sila tunjukkan dimana ianya tidak betul berdasarkan hujah, nas, dalil dan bukti serta fakta. Kalau setakat melabel pandangan saya sebagai pro UMNO tanpa nas, fakta dan dalil, saya kira itu adalah sekadar pilitik hingusan yang langsung tidak menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Saya ingat pelajar Tadika Pasti lebih bijak dalam hal ini. Tetapi begitulah cara politik murahan yang di amal oleh segelintir manusia.Baca komen terbaru Yb Zul - Politik Ingusan YB Khalid. Zul juga terus mendesak agar Khalid Samad terus keluar daripada parti Pas.

Kata Khalid Samad dalam blog beliau pula;
Isu kalimah ‘Allah’ kembali mendapat perhatian umum semenjak keputusan mahkamah untuk membenarkan majalah ‘The Christian Herald’ menggunakannya. Ada yang menyatakan saya menyokong malah menggalakkan penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat Kristian. Sebenarnya kenyataan tersebut tidak benar. Saya tidak menyokong ataupun menggalakkannya. Saya sekadar menyatakan bahawa penggunaan kalimah tersebut oleh masyarakat bukan Islam merupakan satu perkara yang diharuskan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan kebiasaan masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Arab.

Diperenggan yang lain Khalid Samad berkata;

Di antara bukti bahawa masyarakat Jahilliyah menggunakan kalimah Allah adalah dalam kisah surat perjanjian pemulauan kaum Bani Hashim oleh kaum Quraisy di mana akhirnya surat perjanjian tersebut telah habis dimakan serangga. Yang tinggal hanya mukaddimah surat tersebut yang berbunyi, “BismikaLlahhumma” atau ‘Dengan namamu Allah, Tuhan kami’.

Walaupun kaum Musyrikin zaman Nabi (SAW) percaya pada Allah dan menggunakan kalimah ‘Allah’, ini tidak bermakna mereka telah Muslim. Mereka tetap kafir musyrik walaupun mereka percaya kepada Allah dan menggunakan kalimat ‘Allah’. Yang menjadikan mereka musyrik adalah kerana mereka mensyirikkan Allah dengan mengadakan tuhan-tuhan lain yang turut disembah.Baca tulisan Khalid Samad dalam blog beliau yang terbaru- Isu Kalimah


Kepada Mufti-Mufti dan Ulama kerajaan yang makan gaji dan elaun jangan hanya berdiam diri tunggu dan lihat saja. Maju ke depan untuk bersuara jangan hanya tau campurtangan urusan politik saja bab ini kenapa dah seminggu tak kata apa?

Tambahan..kata pula Peguam Pas Hanipa Maidin

Dengan hormat saya berpendapat dalam menafsirkan mana-mana peruntukkan Perlembagaan Mahkamah tidak harus dikawal oleh bukti dan keterangan semata-mata. Penafsiran Perlembagaan tidak sama seperti menafsirkan seperti mana-mana Akta atau Enakmen.

Dalam hal ini Hakim Lau Bee Lan seharusnya menafsirkan apa yang dimaksudkan dengan istilah menjejaskan ketenteraman awam di dalam Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Bagi menafsirkan frasa tersebut Hakim Lau Bee Lan tidak boleh lari dari memahami ketinggian nilai kalimah Allah dari perspektif orang Islam yang mana ianya hanya bermaksud Tuhan yang esa.

Oleh itu penggunaan kalimah itu di dalam maknaya yang lain sudah pasti berpotensi tinggi mengundang kemarahan orang Islam sekaligius berpotensi mewujudkan satu ancaman kepada ketenteraman awam.

Orang Kristian tidak seharusnya resah jika kalimah Allah itu tidak dibenarkan digunakan atas alasan kepentingan awam. Mungkin pada masa hadapan penggunaan kalimah ini, yang dibenarkan oleh ajaran Islam, tidak menjejaskan ketenteraman awam sekaligus boleh dibenarkan.

Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.
Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin UMNO yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini.Baca lanjut di sini

Baca juga
Kalimah Allah:KDN Failkan Rayuan-Malaysian Insider
Pak Lah:Segera jelaskan isu Kalimah Allah-Malaysian Insider
Dr Asri:Tidak Wajar bukan Islam dihalang guna 'Allah' rujuk Tuhan-Malaysian Insider
Pribumi Perkasa rancang prote Jumaat ini-malaysiakini
Pemuda Umno S'langor Tangguh Perhimpunan-malaysiakini
Penentang tidak konsiten,kata Mujahid-malaysiakini

Tak Boleh Paksa Tapi Takut Salah Guna- Mat Sabu

Tadi dok sembang dengan Mat Sabu AJK Pas Pusat, aku pun tanya mengenai Kalimah Allah yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diguna pakai dalam akhbar Kristian ,The Herald.

Kata Mat Sabu Allah dalam pengertian Islam ialah yang Esa tidak ada dua atau tiga hanya satu.Allah itu hanya untuk orang Islam tapi kita tidak boleh nak menghalang kalau orang bukan Islam hendak menggunakannya.

Beliau memetik ayat Quran dalam Surah Al-Ikhlas yang bermaksud;

Katakanlah: "Dialah Allah ,Yang Maha Esa." Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia Tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia."

Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya pihak Kristian meletakkan Kalimah Allah 3 dalam 1 yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam terutamanya anak-anak muda Melayu yang dah jauh terpesong daripada ajaran Islam yang jahil tentang agama, ini yang beliau bimbangkan.

Bagaimana sekiranya Kalimah Allah itu sama dengan Jesus 0f Lord itu yang beliau pertikaikan.Beliau juga tidak bersetuju dengan 'puak-puak bangang' yang jadikan isu Allah sebagai satu isu untuk naikkan semangat Melayu untuk dijadikan modal politik murahan.Mereka cuba mengaut keuntungan politik untuk pilihanraya akan datang.

Menarik
Jangan Terlalu Laju, Bahaya!-Bila Sauh Dibongkar

Ahad, 3 Januari 2010

Kalimah Allah Umno Mau Hudud Umno Tolak

Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin (depan, lima dari kiri) bersama sebahagian dari Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Negeri dan pemimpin UMNO bahagian mengangkat tangan sebagai tanda membantah penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly di hadapan Masjid At-Takwa di Mak Mandin, Seberang Perai, semalam.-Utusan Malaysia.

Apabila Umno dan sekutunya Ngo yang pro Umno melenting termasuk 'orang ' yang kasihan kepada Umno turut menyokong Umno dalam isu kalimah Allah aku hanya menganggap itu hanyalah gambaran orang munafik yang mengaku beriman kepada Allah sebenarnya mereka bukannya orang yang beriman. Kepada pemimpin Pas pula yang bersetuju akhbar Kristian itu guna kalimah Allah andainya dengan tujuan nak jaga hati orang kafir sebab tu bersetuju itu aku tak setuju. Jika kalimah Allah itu memang boleh digunakan oleh orang kafir berdasarkan hujah Al-Quran dan Hadis itu aku setuju.

Adakah Ngo -ngo Melayu dan Umno merasa terhina dan tercabar dengan kumpulan 'Black Metal' yang amalkan budaya Syaitan dengan kencing atas Quran, berzina atas Quran, pijak Quran dan puja Syaitan . Puak-puak ni terdiri daripada anak-anak muda Melayu beragama Islam.Apa tindakan Umno terhadap isu ini?

Apa nak dihairankan dengan orang munafik yang solat belakang Nabi Muhammad SAW macam Abdullah bin Ubai. Buat masjid pun Nabi suruh bakar. Apa nak dihairankan dengan Umno yang tolak Hukum Hudud di Kelantan dan juga Trengganu sehingga sampai sekarang tak terlaksana.Kalau Umno betul-betul nak kepada Kalimah Allah nak kepada Hukum Allah tolong desak supaya Kerajaan Persekutuan benarkan Hukum Hudud dilaksanakan di Kelantan. Tu baru betoi.Kalau Pas Kelantan pula kata tak mampu nak laksana bila Kerajaan Pusat kata boleh aku pun tak sokong Pas dah.

Apa isu pun kalau Umno sentuh bab Agama memang ada agenda politik . Kalau Umno kata tak ada agenda politik tu bohong namanya. Umno boleh cakap keluar 'buahTai chi' dan 'buah kun tau' untuk dipercayai rakyat.Hakikatnya Umno sendiri pada satu masa dulu nak buang perkataan Islam pada Parti Pas tapi tak kesampaian kerana semua jabatan Agama Islam ada perkataan ISLAM. Bagaimana pula dengan kalimah Allah yang ada pada pakaian seragam polis yang dipakai oleh orang yang bukan Islam? Tu nak kira macam mana?



"Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?"-Surah Al-Munafiqun Ayat 4

Baca juga
Nik Aziz:Tidak salah bukan Islam guna kalimah Allah-malaysian Insider
Ngo Buat Laporan Polis-malaysiakini
Kalimah Allah:PM akan mengadap Agong-malaysiakini





Sabtu, 2 Januari 2010

Gambar-Gambar Kemalangan Bas Sani Express Yang Menyayat Hati

Ini gambar-gambar kemalangan Bas Sani Express yang menyayat hati yang diemail kedalam blog aku untuk tontonan bersama.

1.jpg


2.jpg


3.jpg


4.jpg


5.jpg


6.jpg


10.jpg


7.jpg


8.jpg


9.jpg


11.jpg


12.jpg


13.jpg


14.jpg


15.jpg


16.jpg


17.jpg


18.jpg


Hakim Augistine Paul Dah Mati

Nampaknya awal tahun baru ni banyak 'orang besar' dah meninggal dunia. Selepas Bekas Presiden Indonesia, Gus Dur meninggal dunia, menyusul pula 'Tok Mat' atau Mohammad Rahmat bekas Menteri Penerangan, terkini Hakim Mahkamah Persekutuan pula meninggal dunia hari ini iaitu Augistine Paul.

Lapor malaysian Insider;

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul yang menjadi perhatian dalam kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun yang lalu meninggal dunia hari ini.

Mendiang berusia 64 tahun.

Punca kematian tidak diketahui tetapi mendiang telah terlantar sakit untuk tempoh yang lama.

Upacara pengebumian akan berlangsung esok. Baca di sini

Malang Bertimpa-Timpa

Pembukaan sambutan Tahun Baru Masehi 2010 bagi kalendar Pas agak mendukacitakan. Agak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang menyuruh Kerajaan Negeri membayar ganti rugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat Timbermine.Satu jumlah gantirugi paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

Murshidul Am Pas yang juga MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz hadapi macam-macam kemelut yang bertimpa-timpa ,lepas satu belum selesai datang pula isu dan 'bala' yang tak di sangka-sangka. Allah betul-betul menguji Tok Guru setelah hampir 20 tahun menjadi MB Kelantan. Selama jadi MB Kelantan inilah yang dirasakan ujian yang amat berat bagi Tok Guru.

Bermula dengan 'Haji Taja' sehingga Tok Guru tak jadi ke Mekah untuk kerjakan Haji, isu menantu Tok Guru yang menimbulkan fitnah dalm PMBK, isu Dr Rosli Pemuda Pas Kelantan yang dikepung mertua walaupun bersifat peribadi telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi yang negatif terhadap Pas di Kelantan. Semua ini ujian Tuhan..Ujian buat Pas di Kelantan.

Lapor Sinar Harian;

Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, keputusan mahkamah itu membuktikan BN tidak upayatadbir negeri hingga menyebabkan kerajaan pimpinan Pas terpaksa menanggung segala masalah.

“Orang lain buang sampah, kita kena sapu. Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai (memerintah),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.
Nik Aziz berkata, beliau sedar isu itu pernah dibangkitkan dengan menyatakan Pas sudah menjual negeri kepada Singapura.

Namun, katanya, ketika parti itu mendapat kuasa d:ari rakyat, mereka juga tidak menyelesaikan isu itu hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman.

:“Waktu itu, saya balik dari Mesir pada 1962 dan 1967, saya masuk Pas dan bertanding. Ketika itu timbul cerita Pas Kelantan gadai negeri kepada Singapura. Ini cerita disebarkan sekitar 1970-an,

“Cerita ketika itu timbul Pas gadai kepada tauke Singapura (syarikat) Timbermine, mereka (BN) kata nak tebus balik jika undi (BN), kalu tak undi akan digadai selamanya.

“Benda ini masuk dalam kepala rakyat. Mereka yang melakukannya setengahnya sudah mati. Akhirnya undilah (menang) kita sangka tebus dah, tapi tidak lagi. Buktinya kita kena bayar RM800 juta, mereka tipu, ni wang ihsan nak tipu pula,” katanya. -Sinar harian

Baca juga
Usah Camputangan Urusan Pas-Sinar harian

Jumaat, 1 Januari 2010

Adun Anak Bukit Bagi Sumbangan Di Dun Bukit Kayu Hitam

Hanya sekadar tolong cerita berita semasa nak tolong kawan-kawan minta tolong siarkan..

Pas Zon Changlon bersama Majlis Ketua Kampung (MKK) telah bagi sumbangan untuk pelajar cemerlang UPSR dan PMR 2009. Turut mendapat sumbangan ialah pelajar miskin dan tidak berkemampuan.Majlis penyampaian itu diadakan di Surau Batu 15, Jalan Sintuk, UUM.

Pelajar cemerlang UPSR dan PMR telah mendapat hadiah beg sekolah, wang tunai dan sijil penghargaan .Seramai 250 pelajar miskin pula mendapat bantuan beg sekolah dan juga basikal untuk keperluan harian mereka ke sekolah.

Sumbangan disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah Ir Amiruddin Hamzah yang juga adun Anak Bukit. Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa , agama dan juga fahaman politik.
Ramai ibu-bapa yang merasa terharu atas sumbangan yang diberikan walaupun tidak seberapa nilainya. Dun Bukit Kayu Hitam dimenangi Umno-Bn iaitu Zaini Jaafar.



Majlis Ketua Kampung ambil kesempatan bergambar beramai-ramai bersama Exco Ir Amiruddin selepas majlis selesai.

Umno Penjenayah Besar Di Memali

Terlebih dulu nak ucap takziah kepada keluarga bekas Menteri Penerangan , Datuk Mohammed Rahmat yang dah kembali kerahmatullah awal pagi tadi.


Siapa sebenarnya penjenayah antara Ibrahim Libya dan pengikutnya atau pihak berkuasa yang membunuh orang tanpa rasa bersalah dengan memuntahkan peluru-peluru yang menusuk jantung dan kepala orang yang belum pasti bersalah dan mereka tidak ada senjata di Memali pada 19 november 1985?

Perkara ini diungkitkan kembali kerana pihak polis telah menukilkan dalam Muzium Polis bahawa Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai penjenayah.Mengungkitkan kembali peristiwa Memali dengan memahatkan kata-kata berunsur penjenayah ke atas mereka yang syahid itu samalah seperti mencurah petrol kedalam api yang sedang marak.

Malaysian Insider dalam laporannya mendedahkan seperti berikut;
Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Jan 1 — Pemimpin Pemuda PAS mendakwa maklumat di Muzium Polis Diraja Malaysia di ibu negara menggambarkan Ibrahim Libya dan pengikut yang terlibat dalam peristima Memali lebih dua dekad lalu sebagai "penjenayah".

Sehubungan itu Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Aris Fezul Ismail berkata kepimpinan PAS pusat perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk membetulkan maklumat tersebut yang dikhuatiri pihaknya akan memberi tafsiran yang jauh berbeza.

"Bagaimana Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya boleh disebut sebagai penjenayah sedangkan Mahkamah Tinggi Alor Star sudah memutuskan sebaliknya dan Tuanku Sultan Kedah juga sudah berkenan melawat perkuburan mereka.

"Ini menghina mahkamah dan menghina perkenan Tuanku Sultan,” kata Aris Fezul yang melawat muzium itu baru-baru ini.

Permintaan itu turut disebarkan menerusi blog tukul besi.

Maklumat tentang tragedi Memali di muzium tersebut antara lain menyatakan bahawa "pada 19 Nov 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya di Kampung Memali, Mukim Siang, Baling, Kedah.

"Mereka menggunakan kanak-kanak dan wanita sebagai benteng pertahanan diri setelah mengetahui kedatangan pihak polis.

"Dua buah kereta perisai terpaksa digunakan untuk merempuh masuk ke kawasan kediaman ketua mereka.

"Pihak polis terpaksa memisahkan wanita dan kanak-kanak daripada mereka sebelum serbuan dilakukan. Dengan laungan “ALLAHU AKHBAR” mereka menyerang pasukan polis dengan menggunakan senjata seperti lastik, panah beracun, ..."baca di sini seterusnya.

Mahkamah Tinggi Alor Star telah memutuskan bahawa 14 orang yang menjadi mangsa tersebut bukan penjenayah dan memerintahkan supaya kerajaan membayar pampasan kepada balu-balu mereka.

Semasa kejadian yang menyayat hati itu berlaku Tun Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia dan Musa Hitam adalah orang yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.Kalau mahkamah dunia pun Umno tak boleh terima insyAllah mahkamah yang lebih besar dan Agung di Padang Mahsyar kelak akan menghukum kamu semua wahai umno dan pemimpin-pemimpin kamu yang membunuh Ulama dan orang yang belajar agama tanpa rasa salah dan berdosa. Kamu dan balaci-balaci kamu dan pak yet kamu akan dihitung oleh Allah walaupun sebesar biji sawi Allah tetap mengambil kira.

Sebab tu aku tak dapat terima Umno dan sekutunya bila timbul pemimpin Pas nak UG dengan UMNO! Kita jangan jadi pemimpin yang buloq atau yang tamak dengan janji manis Umno yang sentiasa memasang jerangkap samar untuk hancurkan Pas.

Serambi Mekah Dilanda Celaka

Selamat Tahun Baru Masehi 2010 buat semua rakyat Malaysia dan juga semua pembaca blog aku yang tak seberapa ini. Bertambah lagi umur kita , makin berkurang kudrat kita tapi hidup kena teruskan.Perjuangan kena diteruskan dan berkata benar walaupun pahit kita kena terima. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar.

Yang paling gembira sambut tahun baru masehi ialah anak-anak muda yang tunggu detik 12 malam dan menunggu tembakan bunga api selepas itu bergembira sampai ke pagi tidur jantan dan betina yang bukan mahram mereka ,berzina ,mabuk dan sebagainya.Itukah anak muda Satu Malaysia yang jadi kebanggaan kita untuk jadi pemimpin masa depan?Nauzubillah min za lik..

Sempena tahun baru 2010 ini PM Najib hadiahkan kecelakaan dengan kenaikkan gula sebanyak 0.20 sekilogram buat rakyat Malaysia yang memang jadi hantu gula tapi yang kaya ialah krono-kroni Raja Gula. Ada yang kata naik 0.20 sen tak mengapa ingatkan naik dua kali ganda itu yang kita marah! Ya la Malaysia rakyatnya baik-baik belaka,kaya -kaya belaka apa nak dikisah dengan 0.20 sen besaq taik mata pun tak ada. Kalau luar negara dan kecoh dah,tunjuk perasaan merata jalan marah naik harga sesuka hati walaupun nilainya 0.20 sen. Mereka rakyat prihatin dan bermaruah.Otak mereka lagi maju kalau melibatkan hak-hak rakyat jika dizalimi pemerintah.

Lapor Bernama;

Penjaja kecil di ibu negara bimbang kenaikan harga gula akan menjejas pendapatan mereka ekoran kenaikan harga barang jualan.

Berkuatkuasa 12 tengah malam Khamis, harga gula dinaikkan 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM.175 di Sabah dan Sarawak.-Bernama-Penjaja Bimbang gula Lebih Mahal Jejas Pendapatan

Apa yang berlaku di Kelantan negeri yang bergelar Serambi Mekah lagi celaka dan mencelakakan. Dalam dok sibuk dengan blog dan blogger yang celaka tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita Kerajaan Negeri Kelantan kena bayar RM 800 juta kepada sebuah syarikat balak oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Banyak tuu mana nak pi cari duit sebanyak tu nak bayar kat syarikat balak tu! Kerajaan Negeri yang sedang berjuang minta Kerajaan Pusat bayar royalti yang bernilai berbilion ringgit tak dapat yang dapat ialah 'bala dan celaka' sisa-sisa peninggalan kerajaan terdahulu (Umno).

Sudahlah royalti tak dapat yang dapat wang ehsan atau duit sedekah yang akan dibayar kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)yang dikuasai kepala-kepala Umno mulai tahun ini oleh kerajaan persekutuan. Kenyanglah Kepala kepala Umno di Kelantan yang miskin Kerajaan Negeri tak dapat apa. Umno buat taik Pas dapat busuknya.

Malaysiakini melaporkan;
Kerajaan negeri itu semalam diperintahkan membayar jumlah tersebut kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar perjanjian yang dibuat antara kedua-duanya.

Menurut laporan akhbar hari ini, kerajaan negeri diperintah membayar membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

"Perjanjian ini dibuat pada 1964, kemudiannya dibatalkan pada Mac 1975 di bawah pentadbiran kerajaan BN. Menteri besar BN pada masa itu ialah Datuk Mohamed Nasir," kata Husam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Baca di sini

Berkaitan
Husam:Ganti rugiRM800 juta masalah diwarisi era Umno-Bn-malaysian Insider
Najib ampuh ,rakyat lumpuh-penarik beca