Jumaat, 2 November 2012

Shahrizat tentu ketawa bila Nazri kena debik dengan Rafizi

Cara Menteri Jabatan Perdana Menteri jawab lebih kurang sama saja macam Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil yang juga bekas Menteri Wanita yang kata tak tahu menahu lakinya buat projek lembu NFC yang libatkan kerugian wang rakyat RM250 juta.Tidoq sebantal pon tak tahu apa-apa termasuklah dapat tender projek lembu feedlot NFC yang menyebabkan Shahrizat hilang jawatan sebagai Menteri Wanita yang kini disandang PM paling penakut dalam dunia Najib Razak.


Nazri: Anak saya bukan isteri, tak perlu beritahu apa dia lakukan-M'insider

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak melihat sebarang kesalahan dengan anaknya yang didakwa menggunakan kereta mewah yang dimiliki Michael Chia, dengan mengatakan hubungan Nedim dengan peniaga balak Sabah itu tidak berkaitan dengan jawatannya selaku menteri kabinet.
Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mengawal setiap pergerakan Nedim kerana beliau sudah dewasa, dan menambah jika anaknya menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan peribadi anaknya dengan Chia.
"Saya tidak tidur dengan anak saya, saya bukan homoseksual. Anak saya bukan isteri atau kekasih saya. Apa yang dia buat, dia tak perlu beritahu saya.
"Ini urusan anak saya dan Chia. Jika Chia mahu memberikan Nedim Hummer atau Ferrari, itu bukannya urusan dengan saya. Saya yang menteri, bukan anak saya," kata Nazri  kepada wartawan apabila ditemui oleh wartawan di Parlimen hari ini.
Nazri dalam jawapan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang menuduh beliau mempunyai kepentingan, mempertahankan Chia apabila anaknya, Nedim menggunakan kereta mewah atas nama Chia.
"Apa salah dia, cuba beritahu saya? Dia bukan menteri. Mana ada kepentingan. Dia anak saya," katanya lagi.

Beliau enggan mengulas apabila ditanya jika Hummer yang digunakan Nedim adalah milik Chia.

Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak perlu berkata apa-apa, berikutan pendedahan Rafizi, pemimpin PKR itu tidak dapat membuktikan apa-apa yang melibatkannya.

"Pergi tanya anak saya, saya tidak boleh cakap bagi pihak dia. Saya tak tidur dengan dia, dia ada isteri, ada anak.

"Apa yang dia buat, saya tidak tahu. Saya kenal Michael Chia, tapi apa salahnya?" katanya lagi.

Nazri baru-baru ini memberitahu Parlimen bahawa ketua menteri Sabah Datuk Musa Aman telah dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah selepas badan pencegah rasuah di Malaysia dan Hong Kong mendapati bahawa "dana politik" berjumlah RM40 juta itu diseludup ke Malaysia pada tahun 2008 bukan untuk kegunaan peribadi Musa tetapi untuk Umno Sabah.

"Saya masih lagi menteri, kawan. Ini tidak akan sakitkan saya. Saya tidak akan terjejas dengan politik kotor ini," katanya.

Tetapi Nazri tidak bercadang untuk menyaman Rafizi dari dakwaan ini, dengan berkata fitnah ini tidak akan menjejaskan nama keluarganya, dan berkata pemimpin PKR itu tidak ada kredibiliti.

"Saya seorang yang kaya, berkuasa, kacak dan berharta, apa boleh saya buat?

"Saya tidak kisah, saya popular, seperti bintang filem. Seperti selebriti, bukan seperti pelakon tempatan tetapi peringkat Hollywood. Jadi saya tak boleh buat apa-apa jika mereka mahu ikut saya," katanya lagi. -M'insider

Datuk Nazri ingat dia cerdik jawab lagu tu..Shahrizat tentu ketawa berdekah-dekah.Ingatkan aku saja yang bodoh rupanya hang pa pun serupa aku jugak...kita serupa .Datuk Nazri pernah minta Shahrizat bayar balik duit NFC RM250 juta.Shahrizat juga kena ucapkan terimakasih kepada Rafizi haha.Shahrizat selepas keluarganya terlibat lenyapkan duit NFC RM250 juta pergi ke Mekah buat umrah.Nazri bila lagi?

Lain kali Datuk Nazri Menteri di Jabatan Perdana Menteri jangan dok deras sangat cakap isu rasuah.Kalau dah sama-sama bergelumang dengan taik,sama-sama belemoih dan bau busuk pada-pada la nak kata kat orang lain.Haha.. Pungkoq sendiri pon belemoih taik dok kata pungkoq Shahrizat berak tak basuh.

Lebam-lebam pemimpin Umno kena gasak dengan Rafizi .Mula-mula Shahrizat Ketua Wanita Umno, MB Negeri 9 skandal tanah beribu ekar , Umno Sabah duit Haram RM40 juta dan terkini Datuk Nazri anaknya Nedim dapat kereta mewah SUV Hummer daripada tawkey balak Michael Chia. Semua ada bukti kukuh tapi apa tindakan SPRM?Nasib mereka tak sama macam Teoh Beng Hock dan Allahyarham Ahmad Sarbaini yang mati jatuh bangunan ketika disiasat SPRM .
Cakap takbur bukan main lagi.Takbur pasti lebur! 
Baca juga;
Rafizi gesa Nazri ikut jejak Shahrizat ambil cuti-M'kini
SUV Hammer tanda kaitan Nazri -Chia, dakwa PKR-M'kini             

3 ulasan:

  1. standard menteri umno bn bagi penjelasan

    BalasPadam
  2. tepislah mana patut mentara boleh kais
    Allah akan pergilirkan kuasa antara kamu didunia ini jangan lupa.

    BalasPadam
  3. Standard bangang nak mampus jawapan dari Menteri UMNO nih! Patutlah madey kata UMNO ni dipenuhi oleh orang Bodoh dan Bongok dari pemimpin hingga ke ahli biasa....

    BalasPadam