Misai Merah

"Najib..jawab tuduhan-tuduhan Deepak dahulu",kata Tim Pres Pas

Tuduhan Deepak:Projek mega cah keting dalam Umno-Harakahdaily
 Pendedahan demi pendedahan Deepak Jaikishan menandakan bermulanya "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, pendedahan-pendedahan ahli perniagaan itu juga menyebabkan apa sahaja yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibalas dengan satu tempelakan sahaja iaitu "jawab Deepak dahulu"

"Najib boleh bertempik bermegah dengan beribu retorik sekalipun, tetapi apa sahaja yang beliau kata terutama sepanjang Perhimpunan Agung Umno kini akan dibalas dengan satu tempelakan sahaja sahaja iaitu 'jawab tuduhan-tuduhan Deepak dahulu'.

"Walaupun Najib buat-buat tak tahu tetapi dia tahu dan semua orang tahu bahawa apa sahaja yang dia cakap tidak ada gunanya lagi kerana orang hanya mahu dengar penjelasan beliau mengenai tuduhan-tuduhan Deepak sahaja," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan Deepak juga akan melakukan u-turn seperti yang berlaku dalam Akuan Bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam dahulu, Mohamad berkata kemungkinan itu tidak boleh ditolak kerana Najib mungkin akan menggunakan segalanya kuasanya sebagai Perdana Menteri dalam keadaan terdesak ini.

"(Isteri Najib, Datin Seri) Rosmah (Mansor) juga tak mungkin duduk sahaja dan berdiam diri dalam keadaan sekarang.

"Semua orang tahu dialah yang paling berkuasa sehingga didakwa di sana-sini bahawa (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) pun takut kepadanya.

"Dengan kuasanya yang katanya begitu hebat itu, tentu Rosmah akan buat sesuatu," kata Mohamad (gambar).

Tetapi, kata Mohamad, sama seperti kes Balasubramaniam dahulu di mana orang hanya percaya kepada SDnya yang pertama sahaja.

Mengulas lanjut mengenai apa yang disifatkannya sebagai "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," beliau berkata, semua mata kini memandang ke arah Dr Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Setakat itu sahaja saya diberitahu, semua mata memandang ke arah Dr Mahathir dan Muhyiddin bila Deepak membuat pendedahan demi pendedahan yang menyusahkan Najib," kata Mohamad.

Antara lain, Deepak mendedahkan bahawa SD kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.-Harakahdaily


5 comments:

macam-macam pendedahan dah dibuat tapi org2 dungu tetap sokong BN, dah dungu dungu juge

Universiti Thailand kalahkan Universiti Malaysia


Salam Bro,sama juga macam-macam pendedahan mengenai PAS tapi org2 bengong tetap sokong PAS,kalau dah bengong,bengong juga.Kenapa Mat Sabu tak jawab mengenai Tabung Anak2 Mangsa Memali ? Sebelum nak kata orang,tengok diri sendirilah !


Hang tu mau jawab tuduhan khalwat dulu.....


Bila dunia makin sampai kepenghujungnya keburukan serta aib saudara adalah satu keseronokan bila dapat didedahkan nauzubillah


Aib peribadi mmg haram didedahkan pada umum..tapi kalau dh melibatkan kredibiliti, integriti, amanah rakyat,salah laku, rasuah, seleweng..aib ni semua wajar didedahkan agar umum tahu dan membawa org yg terlibat ke muka pengadilan..najib nk minum arak ke..nak main perempuan ke.xsembahyang ke..tak tutup aurat ke..tu urusan dia dgn Allah..kalau dia bertaubat..xde hal..Allah boleh ampun sekelip mata..tapi dosa dia sesama makhluk xterampun selagi tidak dimaafkan oleh yg empunya badan..


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini

MALAYSIAToday

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

ASPAN ALIAS

Kopitiam Bang Nan

Debik Karmic

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Telok Bakong Online

Dewan Ulamak PAS Pusat

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

peguampas

Idris Ahmad

Khalid Samad

Bakistani

~penarik beca

hamirdin

Omak Kau!!!!

JIWOKELATE

Anak Kedah

PAS Parit Buntar (PASPB)

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Blog Start January 2009 Pageviews