Sabtu, 3 November 2012

Shahrizat, Noh Omar tentu suka bila TPM Muhyiddin suruh Rafizi lapor SPRM,Polis isu Nazri


Bawa isu Nazri, Michael Chia kepada pihak berkuasa, kata Muhyiddin-M'insider

 Ekoran beberapa dakwaan yang dibuat Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, tentang hubungan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan peniaga balak Sabah, Michael Chia, Timbalan Perdana Menteri hari ini menggesa pemimpin PKR itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa daripada menuduh perkara yang bukan-bukan tanpa asas yang kukuh.
 Tan Sri Muhyiddin Yassinmenegaskan pihak pembangkang agar tidak menjatuhkan hukuman hanya kerana terdapat satu pihak menuduh, sebaliknya ia perlu di bawa kepada pihak berkuasa untuk dilihat dari aspek perundangan.
“Pihak pembangkang akan kemuka macam-macam ...  kalau dia (Rafizi) fikir tidak berapa tepat, kemuka kepada polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) boleh siasat, kita jangan jatuhkan hukuman kerana satu pihak menuduh,” tegas Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran.
“Jangan mudah buat ‘judgement’, ia mesti dilihat dari prinsip kebertanggungjawaban dan undang-undang.”
Laporan The Malaysian Insider semalam menyebut Rafizi mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk bersikap “gentleman” dan mengikut jejak langkah bekas rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mengambil cuti berikutan  hubungannya Michael Chia.
Chia baru-baru ini dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selepas badan pencegahan rasuah Hong Kong mendapati beliau cuba untuk menyeludup wang ke Malaysia, dikatakan sebagai “dana politik” untuk Umno Sabah dan bukan wang peribadi Musa.
Rafizi memberitahu Nazri, yang baru-baru ini menggelarkan dirinya sendiri sebagai “menteri undang-undang nombor satu”, mungkin akan didapati bersalah kerana beliau adalah menteri yang memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibebaskan dari tuduhan rasuah.
Menjelaskan perkara tersebut, Muhyiddin menegaskan negara ini mempunyai sistem perundangan dan tindakan Rafizi mengemukakan tuduhan terlalu awal adalah tidak tepat.
“Kita ada sistem, ada undang-undang, tapi kita jangan  buat dakwaan awal,” tegas Muhyiddin kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Khas Guru Malaysia anjuran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini.
Rafizi dalam sidang media sebelum ini menolak kenyataan Nazri bahawa tidak ada perselisihan kepentingan apabila anaknya menggunakan Hummer milik Chia, dengan mengatakan Nazri mempunyai pengaruh yang kuat dalam Parlimen.
Nazri bagaimanapun tidak menafikan atau mengatakan bahawa anaknya menggunakan Hummer milik Chia, sebaliknya beliau berkata tidak ada salahnya jika ianya betul.
Menteri itu juga berkata tidak perselisihan kepentingan dalam hal ini, dan mengatakan beliau tidak menyiasat atau membersihkan nama Chia dalam kes rasuah itu.
Menurut Rafizi lagi, satu laporan akan dibuat kepada SPRM terhadap Nazri dan keluarganya pada Isnin ini, dengan tuduhan Chia memberi anak menteri tersebut kenderaan mewah bagi membebaskan dirinya dari tuduhan rasuah.
Dalam sidang media sebelum ini, Rafizi telah memaparkan tujuh video pengintipan sebagai bukti tambahan dengan video  yang menunjukkan keluarga Nedim menggunakan kenderaan mewah Chia.
Video itu menunjukkan perjalanan Hummer tersebut dari kediaman kondominium mewah di Damansara Heights itu, di mana Nedim dan keluarganya dikatakan tinggal di rumah tersebut.
Rafizi juga menunjukkan dalam video tersebut kereta Audi hijau, yang didakwa dipandu oleh Nedim, dan Toyota Vellfire hitam yang dipandu oleh isterinya.
Menurut Rafizi, kenderaan Hummer tersebut selalunya digunakan oleh pemandu peribadi keluarga dan pengawal peribadi mereka dan digunakan untuk kenderaan “menyimpan barang”.
Bagaimanapun, tidak ada satu video memaparkan Nedim atau ahli keluarganya.-M'insider

Mari kita pakat lihat siapa yang akan tumbang macam Shahrizat yang terpalit dengan skandal NFC RM250 juta.Ingat.. TPM Muhyiidin pun dah lama teringin nak jadi PM, ni la masanya nak jadi jaguh bersuara isu Nazri yang didiamkan Najib.Isu NFC Muhyiddin dan Noh Omar juga kena tibai bukan saja Sharizat.TPM Muhyiddin sedar akan perkara ini malah Nazri sendiri jadi jaguh untuk jatuhkan Shahrizat sebagai Menteri Wanita dengan meminta Shahrizat pulangkan duit NFC RM250 juta.Duit kalau jatuh dalam lubuk yang banyak buaya ingat boleh dapat balik ka?

Kita tengok nanti apabila Rafizi buat laporan kepada SPRM adakah Nazri akan bercuti untuk kerjakan umrah macam Shahrizat.Beranikah SPRM siasat Nazri mai kita pakat tengok adegan seterusnya.

Cuba pikir syaitan mana mau bagi pakai kereta mewah beratus ribu ringgit kalau tak dapat habuan.Bukan ada hubungan adik beradik dan pertalian darah, bukan pak tiri dan saudara tiri Nazri.

Team Muhyiddin kini mau lakukan sesuatu keajaiban terus memacu ke depan kot-kot masih ada peluang jadi PM selepas pru 13 kerana kini Najib nampak sangat lemah untuk memimpin Umno-BN.Kita pulak jangan lupa untuk hapuskan ,bunuh kuasa syaitan dalam pru 13 akan datang.Biarkan puak syaitan berkelahi sesama sendiri..

Bukan takat Noh Omar dan Shahrizat suka dengan idea Muhyiddin tapi Tun Madey yang jadi 'musuh' Nazri juga turut gembira .Nazri pasti kena kali ni .Malaysia Today kata PM must answer.Baca di sini.

1 ulasan:

  1. HAMPA NI UMNO.BN.2X5 AJA HANG KATA DEKAT AKU ,AKU KATA DEKAT HANG, 2 2 SERUPA, INI MACAM KALU MESTI MAU TUKAR....

    BalasPadam