Khamis, 1 November 2012

"Ana kena balik dulu, ada hal sikit"

Saya suka duduk dalam majlis ilmu di masjid dengar kuliah-kuliah yang disampaikan oleh para ustaz tak kirala depa wahabi ka, fahaman ulama tradisional ka atau apa saja asalkan atas nama majlis ilmu saya tunggu dengar.Kalau kita tak dengar kita pun tak tau apa fahaman yang depa bawak.Tapi saya jadi tawar hebiaq untuk dengar majlis ilmu kalau ustaz tu 1Malaysia.Tapi AJK Masjid dan surau tempat saya tak ada la nak panggil ustaz 1Malaysia untuk bagi ceramah dalam masjid dan surau tempat saya.

Apa yang saya nak sebut ada ustaz yang terlalu radikal bila bagi kuliah bab amalan lepas solat.Mereka begitu lantang pertikaikan amalan umat Islam di Malaysia yang berdoa ramai-ramai lepas solat,menentang keras amalan baca surah Yaasin malam Jumaat,zikir ramai-ramai lepas solat , tidak aminkan doa dan letak tangan di bawah ketika imam berdoa.Sedangkan apabila beliau jadi imam lepas solat beliau berdoa dan para makmum angkat pula tangan untuk aminkan doa yang dibaca beliau.Beliau tak hormati hak orang lain tapi orang lain hormati hak beliau ketika berdoa! Ini apa yang saya lihat sendiri.

Bagi saya , saya tidak kisah apa saja pegangan benda-benda kecik macam ni kerana perkara yang lebih besar dan utama lawan syaitan yang dikenali.Takkan baca Yaasin malam jumaat, zikir ramai-ramai dan berdoa ramai-ramai nak dihukum macam hukum orang yang tolak Hudud dan hina hukum Islam?

Tu tak pa lagi bila masuk bab politik, bab pemerintah yang lakukan penyelewengan  bila ditanya lepas habis kuliah terus dia jawab,"Ana nak kena balik dulu..ada hal sikit."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan