Malam tadi dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di seksyen 24, Shah Alam Adun Sekinchan (Dap)Ng Suee Lim kata beliau tidak cakap fitnah dalam isu pemilikan tanah oleh pemimpin Umno-BN di Selangor.Kata Ng Suee Lim,"Saya tidak cakap fitnah.Saya ditarbiah oleh Pas sejak 4 tahun setengah yang lalu jangan cakap fitnah.Saya tahu dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh dalam Islam."
Ceramah Ng Suee Lim yang pandai bercakap bahasa Banjar dan Jawa berjaya memikat orangramai yang mendengar ceramah beliau.Kata Ng Suee Lim lagi ,"Kita akan londehkan Umno-BN Selangor tak lama lagi.Jangan bagi Umno-BN tawan Selangor.Tobat lahum jangan bagi."
"Saya cabar Umno-BN bagi balik tanah yang mereka sapu.Tapi mereka diam tak kata apa.Umno munafik dalam Islam jika tak bagi balik tanah yang mereka sapu",kata Ng Suee Lim.
Ng Suee Lim juga cabar SB (special branch) yang hadir dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat itu catit apa yang beliau cakap."SB tolong catit Noh Omar sapu tanah 30 ekar.Depan Melayu cakap Hidup Melayu.Belakang Melayu sapu tanah.Ini Yb Ng Suee Lim cakap",kata Ng .Ng juga kata beliau akan buat laporan kepada SPRM terhadap Khir Toyo dan Noh Omar dalam masa terdekat.
Isu berkaitan;
Adun Kuang bohong, tapak tadika dibina bangunan komersial-Selangorku.com
'BN rebut tanah bernilai RM20 juta di Selangor'-Malaysiakini
Umno juga 'rakyat' tak salah untuk miliki tanah awam, kata Adun Kuang-M'insider
tgk pd ucapan dia tu mmg betol di di tarbiah PAS, tgk pd perangai noh rembat tanah tu mmg sah dia di tarbiah umnu
BalasPadam