Ekoran beberapa dakwaan yang dibuat Pengarah Strategik PKR, Rafizi
Ramli, tentang hubungan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan peniaga balak
Sabah, Michael Chia, Timbalan Perdana Menteri hari ini menggesa pemimpin
PKR itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa daripada menuduh
perkara yang bukan-bukan tanpa asas yang kukuh.
Tan Sri Muhyiddin Yassinmenegaskan pihak pembangkang agar tidak menjatuhkan hukuman hanya
kerana terdapat satu pihak menuduh, sebaliknya ia perlu di bawa kepada
pihak berkuasa untuk dilihat dari aspek perundangan.
“Pihak pembangkang akan kemuka macam-macam ... kalau dia (Rafizi)
fikir tidak berapa tepat, kemuka kepada polis, SPRM (Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia) boleh siasat, kita jangan jatuhkan hukuman
kerana satu pihak menuduh,” tegas Muhyiddin, yang juga Menteri
Pelajaran.
“Jangan mudah buat ‘judgement’, ia mesti dilihat dari prinsip kebertanggungjawaban dan undang-undang.”
Laporan
The Malaysian Insider semalam menyebut Rafizi
mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk bersikap
“gentleman” dan mengikut jejak langkah bekas rakan Kabinetnya, Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mengambil cuti berikutan hubungannya
Michael Chia.
Chia baru-baru ini dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah melibatkan
Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selepas badan pencegahan rasuah
Hong Kong mendapati beliau cuba untuk menyeludup wang ke Malaysia,
dikatakan sebagai “dana politik” untuk Umno Sabah dan bukan wang
peribadi Musa.
Rafizi memberitahu Nazri, yang baru-baru ini menggelarkan dirinya
sendiri sebagai “menteri undang-undang nombor satu”, mungkin akan
didapati bersalah kerana beliau adalah menteri yang memberitahu Parlimen
bahawa Musa telah dibebaskan dari tuduhan rasuah.
Menjelaskan perkara tersebut, Muhyiddin menegaskan negara ini
mempunyai sistem perundangan dan tindakan Rafizi mengemukakan tuduhan
terlalu awal adalah tidak tepat.
“Kita ada sistem, ada undang-undang, tapi kita jangan buat dakwaan
awal,” tegas Muhyiddin kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan
Khas Guru Malaysia anjuran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) di sini.
Rafizi dalam sidang media sebelum ini menolak kenyataan Nazri bahawa
tidak ada perselisihan kepentingan apabila anaknya menggunakan Hummer
milik Chia, dengan mengatakan Nazri mempunyai pengaruh yang kuat dalam
Parlimen.
Nazri bagaimanapun tidak menafikan atau mengatakan bahawa anaknya
menggunakan Hummer milik Chia, sebaliknya beliau berkata tidak ada
salahnya jika ianya betul.
Menteri itu juga berkata tidak perselisihan kepentingan dalam hal
ini, dan mengatakan beliau tidak menyiasat atau membersihkan nama Chia
dalam kes rasuah itu.
Menurut Rafizi lagi, satu laporan akan dibuat kepada SPRM terhadap
Nazri dan keluarganya pada Isnin ini, dengan tuduhan Chia memberi anak
menteri tersebut kenderaan mewah bagi membebaskan dirinya dari tuduhan
rasuah.
Dalam sidang media sebelum ini, Rafizi telah memaparkan tujuh video
pengintipan sebagai bukti tambahan dengan video yang menunjukkan
keluarga Nedim menggunakan kenderaan mewah Chia.
Video itu menunjukkan perjalanan Hummer tersebut dari kediaman
kondominium mewah di Damansara Heights itu, di mana Nedim dan
keluarganya dikatakan tinggal di rumah tersebut.
Rafizi juga menunjukkan dalam video tersebut kereta Audi hijau, yang
didakwa dipandu oleh Nedim, dan Toyota Vellfire hitam yang dipandu oleh
isterinya.
Menurut Rafizi, kenderaan Hummer tersebut selalunya digunakan oleh
pemandu peribadi keluarga dan pengawal peribadi mereka dan digunakan
untuk kenderaan “menyimpan barang”.
Bagaimanapun, tidak ada satu video memaparkan Nedim atau ahli keluarganya.-M'insider
Mari kita pakat lihat siapa yang akan tumbang macam Shahrizat yang terpalit dengan skandal NFC RM250 juta.Ingat.. TPM Muhyiidin pun dah lama teringin nak jadi PM, ni la masanya nak jadi jaguh bersuara isu Nazri yang didiamkan Najib.Isu NFC Muhyiddin dan Noh Omar juga kena tibai bukan saja Sharizat.TPM Muhyiddin sedar akan perkara ini malah Nazri sendiri jadi jaguh untuk jatuhkan Shahrizat sebagai Menteri Wanita dengan meminta Shahrizat pulangkan duit NFC RM250 juta.Duit kalau jatuh dalam lubuk yang banyak buaya ingat boleh dapat balik ka?
Kita tengok nanti apabila Rafizi buat laporan kepada SPRM adakah Nazri akan bercuti untuk kerjakan umrah macam Shahrizat.Beranikah SPRM siasat Nazri mai kita pakat tengok adegan seterusnya.
Cuba pikir syaitan mana mau bagi pakai kereta mewah beratus ribu ringgit kalau tak dapat habuan.Bukan ada hubungan adik beradik dan pertalian darah, bukan pak tiri dan saudara tiri Nazri.
Team Muhyiddin kini mau lakukan sesuatu keajaiban terus memacu ke depan kot-kot masih ada peluang jadi PM selepas pru 13 kerana kini Najib nampak sangat lemah untuk memimpin Umno-BN.Kita pulak jangan lupa untuk hapuskan ,bunuh kuasa syaitan dalam pru 13 akan datang.Biarkan puak syaitan berkelahi sesama sendiri..
Bukan takat Noh Omar dan Shahrizat suka dengan idea Muhyiddin tapi Tun Madey yang jadi 'musuh' Nazri juga turut gembira .Nazri pasti kena kali ni .Malaysia Today kata PM must answer.Baca di sini.