Sabtu, 13 November 2010

Umno di Selangor pemerintah atau pembangkang?

The Malaysian Insider- Umno Selangor mahu Najib kekal pengerusi negeri;

Badan Perhubungan Umno Selangor menyatakan pendirian sebulat suara meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal mengetuai Badan Perhubungan Umno negeri ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata keputusan itu dibuat setelah kesemua 22 ketua bahagian Umno negeri tersebut bersetuju dengan keputusan tersebut dalam mesyuarat pada Rabu lepas.

Kesemua ketua Umno bahagian negeri itu merasakan bahawa kepimpinan Najib yang juga Presiden Umno amat diperlukan dalam usaha meningkatkan lagi sokongan serta kepercayaan rakyat terhadap parti itu, katanya.

Beliau berkata malah Selangor merupakan sebuah negeri yang disifatkan sebagai ‘jantung’ kepada pertumbuhan negara ini lebih-lebih lagi dalam usaha merampas semula negeri itu daripada pembangkang.

“Maka, kita merasakan adalah wajar Datuk Seri Najib terus memainkan peranannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.

“Ketika ini Selangor berada di tangan pembangkang. Untuk memperkuatkan lagi keyakinan serta sokongan rakyat terhadap parti, kita merasakan adalah sesuai agar beliau terus kekal mengetuai Umno negeri ini,” katanya ketika di hubungi di sini hari ini.

1 ulasan:

  1. umno ni mimpi lg kot...Selangor la ni milik pimpinan Pakatan Rakyat..PR skrg ni pemerintah..bkn lagi pembangkang..UMNO yg pembangkang la ni

    BalasPadam