Selasa, 2 November 2010

Banjir di Kedah cuci dosa pemimpin khianat amanah rakyat!

Hari ini hari kedua banjir paling dasyat landa daerah Kubang Pasu yang pernah diwakili Tun Mahathir sebagai Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Tadi ketika melalui satu kawasan banjir terlihat sepasang suami isteri bergayut di belakang kenderaan berat jenis 'trailer' tanpa diketahui pemandu kenderaan berat tersebut. Lebih kurang 300 meter makcik-pak cik tersebut bergayut di belakang 'trailer' tersebut semata-mata untuk lepasi kawasan banjir.

Apabila sampai di jalan yang tidak berair kenderaan berat tersebut mula memecut laju dan saya memekik kepada pasangan suami isteri itu supaya turun dan mereka melompat turun dan terpelanting jatuh ke atas jalan tar. Kasihan..
Itulah nasib rakyat yang tidak punyai apa-apa kekayaan dan kemewahan hidup bila hadapi bala dan petaka banjir.

Apa pun ketika rakyat hadapi bala banjir ini ada pemimpin politik dan ahli parlimen yang celaka dan pentingkan diri masih bersedap-sedap di lobi-lobi resort untuk sarapan pagi macam tak ada apa yang berlaku. Ini realiti bukan bohong. Rakyat yang kesejukan perlukan bantuan itu soal kedua yang penting perut sendiri , anak bini kena jaga dulu.Memang sial ahli politik yang macam ini!

Tak kiralah ahli politik PR atau ahli politik Umno-Bn bila ada kejadian banjir mereka mula tonjolkan diri untuk berpolitik kepada mangsa banjir. Mereka ronda sambil bunyikan 'hon' tanpa hulurkan bantuan pun ada! Nak tunjuk muka saja bukan buat apa pun.
Bantuan yang dihulur lambat sampai kononnya dengan alasan yang bermacam-macam. Tempat yang patut dihulur bantuan segera pulak dikemudiankan dengan alasan enggan berpindah ke tempat yang disediakan.

Ada jabatan dan agensi penyelamat datang buat bancian lepas tu hilang ghuyub tak mai dah. Agensi lain pulak datang pun sama lepas tu hilang. Macam la mangsa banjir tu barang mainan mereka celaka sungguh!

Bala banjir yang landa Kubang Pasu dan lain-lain tempat di Kedah seolah-olah nak cuci dosa mana-mana pemimpin yang jadi khianat terhadap janji mereka dalam pilihanraya yang lalu.Dalam pilihanraya bukan main lagi berjanji sedap dan manis belaka itu dan ini bila rakyat dalam kesejukkan dan kegelapan malam tanpa bekalan elektrik yang terputus hang pa yang jadi pemimpin pikir apa woi! Hang pa bersedap-sedap makan dengan anak bini hang pa ditempat-tempat yang enak , hang pa ada pikir ka pasai rakyat yang dilanda petaka?

7 ulasan:

  1. kalau di prhatikan paras air banjir dari 1988-2010 nampaknya ada peningkatan,seolah2nya mengikut paras dosa/maksiat yg dilakukan manusia...ASTAGHFIRULLAHALAZIM

    BalasPadam
  2. INGATLAH.. Ini bukan kehendak dan kuasa manusia.Pemimpin pun manusia biasa.Yang buat dosa adalah manusia itu sendiri.bukan hanya pemimpin sasebuah pati politik.Fikir le sekali lagi

    BalasPadam
  3. Banjir kali ini lebih teruk dari 2005. Apakah mungkin ini salah satu bala buat pimpinan yang menjanjikan syariat Islam ditegakkan, tetapi apabila beroleh kemenangan, semuanya itu hanya impian???

    BalasPadam
  4. kt hdup d mka bumi bkannya tuk cr slh dan slap org lain... kt hdp d mka bumi nie sbb kt sndri yg da b'jnj dgannya(Allah).... jd kpd umat2 manusia jgan cpt melatah... seblum mencari keslahan atau kesilapn org tgk2 la keslhan dan keslap dr sendri... setiap kejadian ada hikmahnya spaya kt ingat setiap kejadian 2 adalah kekuasannya bkan krna slp dan slah org lain...

    BalasPadam
  5. anon 17:41,
    betui cakap hang tu..
    aku duk pikiaq la lani...aku silap pangkah parti ka kali tu..???
    yang duk ada lani..menyombong angkuh sakan...yang ramai duk ada keliling pulak, serupa "kerandut tak berbatu"....
    dulu sembang kemaih sangat kalau kena kat orang..

    BalasPadam
  6. Betoi..betoi..betoi Mat Aloq Staq...depa kan baru merasa dok di kerusi empik tu la menyombong tak tenta arah rasa lupa diri kot gamaknya. depa tak mau pikiaq rakyat yg dok pangkah depa ni tapi depa dok pikiaq PRU 13 boleh menang ka. janji kalu memang senang tapi nak tunai tu susah oii...sebelum cakap kena pikiaq dulu.Nak tanya mana janji yg kata nak bagi tanah dekat rakyat yg meneroka dan mengusahakan tanah hampeh pun takdak.bila pi pejabat tanah macamx alasan yg terima.depa tak pikiaq ka kita dah habis duit banyak dah usaha tanah bukan luas pun ada la 5 relong bukan nak kaya tapi cukup utk menampung makan kedarah harix.

    BalasPadam
  7. Nama rahsia sebab takut KCS potong gaji kami.8 November 2010 10:48 PTG

    Bala Allah untuk menyedarkan pemimpin kerajaan kedah yg menyokong kezaliman yg dikenakan ke atas guru guru Maktab mahmud yg ikhlas. Sedarlah wahai Taulan Rasul kamu tidak layak menjadi pemimpin kerana kamu bersekongkol dengan kezaliman kcs terhadap guru guru Maktab Mahmud.

    BalasPadam