Ahad, 7 November 2010

Umno-Bn amalkan poltik balas dendam di Kedah?

Kenapa pemimpin Umno Muhyiddin Yaasin dan Ketua Wanita Umno Sharizat Abdul Jalil dok kerja cakap banyak dalam isu banjir yang landa negeri Kedah ketika mangsa banjir dah hampir 40 ribu orang?(gambar atas adun Kubang Rotan , Nasir Mustafa di Pusat Banjir Kuala Kedah yang uruskan bantuan makanan untuk mangsa banjir yang didermakan orang ramai yang prihatin)

Bantuan tak mau hulur cakap saja lebih. Rakyat Kedah yang kena banjir bukan orang Pas dan PR saja tapi orang Umno-Bn pun kena !

Jangan suka bercakap ikut suka kalau tak tengok dengan mata kepala sendiri banjir di Kedah.

Kalau setakat nak salahkan kerajaan negeri dengan banjir yang berlaku yang libatkan jumlah berpuluh ribu mangsa mampukah kerajaan negeri mengatasinya? Kalau negara luar seperti Indonesia, Pakistan, malah sampai ke Kutub Utara dan Selatan kerajaan pusat nak tolong, tapi bila kena rakyat sendiri , bangsa sendiri menyalahkan antara satu sama lain !

Kalau negara luar kena bencana siap tubuh tabung kutip duit peringkat nasional, tv3 dan akhbar pro Umno buka tabung kutip duit nak tolong sampai nak rak.Mendayu-dayu muzik sedih dalam tv konon tuntut simpati orang ramai supaya derma kepada mereka.

Kerajaan Umno-Bn sanggup habis duit berjuta untuk menang pilihanraya kecil tapi nak habiskan duit untuk bantu mangsa banjir amat berkira . Rakyat Kedah dah nak 'lemas' , sawah padi dah jadi laut pun dok main politik balas dendam lagi ka? Rakyat Kedah yang juga sebahagian daripada Malaysia bukan wilayah autonomi telah dianak tirikan kerajaan pusat semata-mata diperintah Pakatan Rakyat.

Mampukah NGO dan orang perseorangan nak bantu mangsa banjir sampai 40 ribu orang kalau kerajaan yang kata 'rakyat didahulukan' hanya pandai bercakap kosong kepada mangsa banjir , amalkan politik balas dendam sebab kalah di Kedah daripada membantu rakyat Kedah yang dilanda musibah

Sewaktu saya ikut sahabat saya hantar bantuan kepada mangsa banjir semalam keadaan di pusat banjir amat menyedihkan serba kekurangan.Mana -mana makanan yang dihantar ke pusat banjir terus diagih-agihkan kepada mangsa banjir
oleh petugas-petugas Pas di Alor Mengkudu dan Pas Kawasan Kuala Kedah tanpa mengira fahaman politik.

NGO Muslim Care turut bagi bantuan makanan kepada mangsa banjir di kawasan Kubang Pasu di Kampung Belukar, Changlun dan Kawasan Padang Terap. Begitu juga dengan Jabatan Amal Shah Alam yang bertugas di prk Galas terus saja bergegas ke daerah Kubang Pasu untuk bersihkan rumah mangsa banjir tanpa memikirkan keletihan dan kepenatan. Tq!
Berkaitan;
Banjir Sultan Kedah lahir rasa dukacita , minta ketepi fahaman politik-TMI

Banjir:TPM minta Kedah jangan lepas tangan-Malaysiakini

Banjir:Shahrizat jangan bermain politik-Harakahdaily

Banjir: Selangor sumbang RM100 ribu pada Kedah -Harakahdaily

Pas Kedah perlu sumbangan bantu mangsa banjir
-Harakahdaily

9 ulasan:

  1. MB jugak yg syok...Rumah dia ayiaq naik takat buku lali.., tapi dia dapat penempatan ter-class, berehat di bilik VIP Kedah Medical Centre... Tak kan dia kena sakit kencing tikuih kut... Rakyat yg duk kena kencing dgn dia, ok saja...

    BalasPadam
  2. Takkan la depa seteruk tu..hang ni pun...Sayang ke MB ulaq kapak hang, takkan nak turut jadi bangau pula...cool la skit..gomen bukannya seangkuh MB...
    Ambik iktibar la perkara yg duk jadi..Sultan pun kena pikiaq jgak..dia pun nak Pas perintah..,pada masa sama KCS pun dia sayang jugak..
    Pemimpin agama kena check balik la apa yg tak kena..Amanah rakyat jangan pula dibuat azimat keramat..duk mentekedarah elaun saja rheja hangpa..mai bala macam ni.., semua pakat kena...
    Satu kedai judi pun hgpa tak dapat tarbiyah..,inikan pula nak perintah negara..

    BalasPadam
  3. Kerajaan negeri Kelantan dulu bagi RM1juta kepada negeri Johor yang teruk dilanda banjir.

    BalasPadam
  4. dulu masa pas jadi pembangkang lagi hebat taroh kerajaan bn kedah macam-macam mahfuz taroh...lani giliaq pas jadi kerajaan baru tau langit tinggi ke rendah...pemimpin ni hanya pandai buat ceramah je,,,tadbir negeri hancuis macamlah dengan penulis artikel ini..salah orang nampak...lemah sedniri sorok celah kangkang...

    BalasPadam
  5. PM pun sakit duduk VIP...

    BalasPadam
  6. seropa mat deris hat tak mau salam ngan tok guru aihh dia ni..hebat sangat bagi dia perintah..

    BalasPadam
  7. to guru pun srupa budak-budak...ambo pun tak mau sale..

    BalasPadam
  8. PM pasai dia sakit.. Azizan dia tak sakit..dia berehat pasai rumah dia naik ayiaq..Kut dia sakit ayiaq naik kepala.., tak tau la plak..Kan dia MENTERI BESAQ KEDAH....

    BalasPadam
  9. Yg si bob tengok makan tu apa hal???

    BalasPadam