Jumaat, 26 November 2010

Perencah sup Umno Selangor : Noh Omar dan Mat Ezam calon baru Umno Selangor?

Malaysiakini- Umno Selangor : Noh ketua, Ezam ketua penerangan;

Penyusunan semula kepemimpinan Umno Selangor dijangka menyaksikan Datuk Seri Noh Omar dilantik sebagai pengerusi perhubungan negeri.

Jawatan timbalan pengerusi perhubungan yang dikosongkan Noh pula akan diisi oleh Abdul Shukor Idrus (kini merupakan ketua penerangan Umno negeri itu), menurut tulisan ringkas yang disiarkan semalam di sebuah laman blog pro-Umno.Baca lagi di sini.

Noh Omar nampak lebih gedebe daripada Khir Toyo sebab tu punyai peluang cerah ketuai Umno Selangor yang kini bermasalah sesama sendiri. Ezam pulak kaki hentam bekas bosnya Anwar Ibrahim sehingga diangkat jadi senator. Apa yang nak diterang si Ezam jika jadi Ketua Penerangan Umno Selangor selain daripada menceritakan keaiban bekas bosnya dulu?

Jika benar inilah ramuan perencah sup Umno Selangor yang paling teruk gandingannya. Umno akan terus berkocak kerana Umno Selangor pun bukan suka sangat dengan gelagat Mat Ezam dan Noh Omar. Khir Toyo nak dicampak kemana?

Umno Selangor dengan tema 'Selamatkan Selangor' , akan jadi kerja selamat menyelamatkan sesama pemimpin Umno yang tak suka dengan dua orang ni.

1 ulasan:

  1. Nampaknya UMNO Selangor sudah kehabisan tokoh pemimpin sampai terpaksa kutip sisa2 PKR. Tak sangka Noh Omar tak bagi perhatian langsong kepada pemimpin seperti ...khir toyo, satim diman, rahman pahlil zain mohamad dan banyak lagi ketua2 bahagian umno selangor yang boleh dilantik jadi ketua penerangan Umno daripada di lantik ezam mat nor.Sahlah selangor tak boleh dimenangi oleh UMNO/BN.pada PRU13 ini.

    BalasPadam