Sabtu, 6 November 2010

Pas dan Umno hanya sekadar main silat pulut di Galas?

Sewaktu berkunjung ke Galas minggu lepas pada hari Ahad saya melihat suasana di Galas amat muram, nampak 'cool', tidak serancak pilihanraya Manek Urai, Bagan Pinang, dan prk Bukit Gantang. Di Bukit Gantang tanda-tanda kemenangan amat dirasai, bahang kehangatan pilihanraya begitu hebat dan ada aura yang hebat tidak seperti prk Galas hanya macam dilanggar Garuda!

Tambah-tambah bila baca laporan Malaysiakini Ku Li:Terimakasih Pas;

Pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas Tengku Razaleigh merakamkan penghargaannya kepada PAS kerana "tidak menimbulkan banyak masalah" kepadanya sepanjang 10 hari berkempen.

"Saya juga telah menasihatkan pemimpin BN supaya tidak menyentuh peribadi pemimpin lawan mereka demi menjaga pemuafakatan dalam membela hak rakyat," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Cekati selepas pengumuman kemenangan BN malam ini.

Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, beliau tidak merasakan PAS telah melancarkan serangan peribadi terhadapnya sepanjang tempoh kempen tersebut.Baca semua klik tajuk di atas.

Seorang petugas pilihanraya Pas Selangor memberitahu mereka telah diberi ingatan jangan sentuh Ku Li ketika berkempen di Galas. Beliau juga berkata program jual tiket misi munajat 40 ulama tuntut royalti minyak untuk Kelantan di Mekah telah dibatalkan semata-mata nak jaga hati Ku Li.

Adakah ada tangan-tangan ghaib dalam Pas yang berkompromi dengan Umno untuk menangkan calon pilihan Ku Li , Abdul Aziz di Galas? Ada yang kata kempen Pas di Galas hanya sekadar lepas batuk atas tangga, sat nak lawan sat tak mau lawan!

Pas dilihat lebih menjaga maruah Ku Li supaya tidak tercemar sebagai Pengarah PRK Galas BN, jika kalah habislah Ku Li.Jika calon pilihan Ku Li kalah tuntutan royalti minyak untuk Kelantan jadi terbantut sebab Ku Li juga menyokong penuh tuntutan royalti minyak untuk Kelantan.

Sebab tu Ku Li berani pertaruhkan calon Umno-Bn yang hanya berkelulusan SPM bertanding di Galas berbanding calon Pas yang berkelulusan doktor sebab dah ada 'signal' daripada Pas calon Umno akan diberi laluan mudah untuk menang.

Di prk Manek Urai walaupun calon Pas hanya berkerja sebagai penjual ikan dan diperlekehkan Umno sepanjang kempen di Manek Urai tapi Pas tetap menang walaupun hanya dengan majoriti yang kecil.

Jika benar dakwaan di atas amat malang kepada petugas-petugas pilihanraya Pas daripada seluruh negara yang tak tau apa-apa turun di Galas dengan niat yang ikhlas , bekerja keras tapi rupa-rupanya hanya sekadar main silat pulut tempat kenduri kahwin saja Pas dan Umno di prk Galas. Pas kilas Umno, Umno kilas Pas tapi tak la sampai tergeliat dan patah-patah tangan sebab tangan-tangan ghaib ada di depan mereka.

Pas kena ingat pengorbanan petugas-petugas Pas yang datang daripada luar Kelantan yang sesetengahnya bukan tak ada apa-apa kerja nak dibuat, tapi ada yang bergaji 5-6 ribu sebulan, mengambil cuti tanpa gaji demi perjuanganIslam yang dibawa Pas untuk menangkan calon Pas , Dr Zul.

Baca juga;
Galas:Pas nafi sabotaj dalaman punca gagal tapi diperangkap 'faktor Ku Li'
-TMI
Galas: Ku Li bingkas pimpin Umno -Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Aku memang pantang kalau musuh politik berpakat. Yang naya petugas dan penyokong.

    BalasPadam