Selasa, 23 November 2010

Meloya tekak tengok berita tempatan

Kerajaan Umno-Bn yang kuasai kerajaan pusat macam dah tak sabar nak buat pilihanraya umum ke 13 sejak menang prk di Batu Sapi dan prk Galas. Dada Umno-Bn kembang luas dengan bangga anggap rakyat dah kembali sokong Umno-Bn untuk terus perintah Malaysia buat selama-lamanya selepas pru 13.

Negeri idaman Umno -Bn ialah negeri Selangor yang jatuh kepada PR dalam pru 12 yang lalu.Selangor dan lain-lain negeri yang jatuh ke tangan PR baru berusia lebih kurang 2 tahun 8 bulan tapi gendang pilhanraya umum ke 13 bertiup kencang akan diadakan pada tahun depan sekitar April 2011.

Media yang dikuasai kerajaan seperti RTM mahupun media Umno setiap hari buat laporan negatif mengenai PR supaya rakyat jadi benci kepada PR. Buka lah siaran berita RTM , TV3 mahu pun siaran berbayar Astro semua agenda mereka sama jadi pencacai, penjilat, pak yet Umno -BN seumur hidup sampai kita yang tengok rasa muak dengan berita tempatan.

Berita utama mesti cerita PKR bergaduh, berkelahi sesama sendiri rebut jawatan, lepas tu laporan Dap perintah Pulau Pinang 'siksa' dan abaikan orang Melayu Pulau Pinang yang sengsara hidup sejak zaman Cina Gerakan perintah Pulau Pinang bersama Umno dulu. Ibaratnya Umno mahu orang Melayu percaya yang zalimi Melayu Pulau Pinang ialah Dap bukan kerajaan Gerakan -Umno yang berpuluh tahun perintah Pulau Pinang.

Hanya si tolol dan si pekak badak percaya dengan siaran propaganda kerajaan Umno-Bn yang langsung tak berani berdebat secara 'live' mengenai isu -isu semasa dengan PR dalam media utama tempatan.Kerajaan Umno-Bn amat pengecut dan penakut untuk berdebat isu- isu semasa dalam TV dengan isu yang ditimbulkan mereka.

Umno -Bn hanya akan jemput bekas-bekas pemimpin PR yang lompat parti, keluar parti untuk busuk-busukkan parti yang pernah mereka jilat dulu dan kembali memuji Umno-Bn sebagai propaganda dalam RTM dan TV3. Kata nak menuju negara maju pi mampos la, banjir dah habis tapi dalam TV dok politikkan isu banjir di Kedah sampai hari ni, macam la negeri Perlis tu jamu kenyang semua cukup makan kepada mangsa banjir. Interview pulak mangsa banjir yang karat Umno walaupun rumah tenggelam dok puji Umno setengah mampoih tak sedar -sedar diri banjir mai bukan kira Umno-Pas!

Selagi orang Melayu tak sedar diri kata parti Umno tu penipu besar , pengkhianat bangsa dan agama nombor satu selagi tu lah Umno terus seronok perintah negara ini bersama MIC, MCA yang semakin berani hina agama Islam . Isu -isu yang libatkan komponen BN hina Islam tak dikeluarkan berita dalam tv sebab kerajaan Umno-Bn hanya amalkan penjilat parti itu saja boleh masuk dalam tv.

3 ulasan:

  1. "Datuk Seri Najib Tun Razak kata satu laporan akhbar kononnya beliau akan mengadakan rombakan Kabinet dan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini adalah khabar angin semata-mata"....lapor dari sinar harian...betul ke???

    BalasPadam
  2. assalammualaikum.......eemmmmmmmmmmmmmmmm, puas sungguh tengokan saudara meluahkan rasa kurang senang dengan kerajaan hari ini. Ya la tu, tapi apakah saudara sendiri yakin jika ba menjadi kerajaan nanti ianya akan membebaskan semua media dalam keadaan yang tidak dikawal? saudara rasa yakin apakah ba akan menggunakan demokerasi secara telus? saudara yakin yang ba tidak akan mempolitikkan sesuatu keadaan?

    BalasPadam
  3. Bayu,
    Jangan jadi katak bawah tempurung 52 tahun Bn perintah rakyat disumbat dengan dakyah dan pembohongan anda tak nampak ker..

    Jika M'sia mahu ikut demokrasi Amerika atau Britain kerjaan merka silih bertukar ganti antara Demokrat dan Republikan, Parti Buruh ini yang kita mahu ..yang mana tak bgus kita tukar ini yang patut rakyat M'sia lakukan bukan trus mnerus BN monopoli perintah M'sia.

    BalasPadam