Jumaat, 5 November 2010

'Kuda Tua ' Pengarah Pilihanraya Pas Tak Mau Letak Jawatan Ka?


Dah banyak hari tak dan nak tulis apa-apa sebab dok kalut dengan bersihkan rumah ayah dan ibu saya di kampung. Sehingga hari ni banjir masih berlaku di Kedah. Habis banjir kena bersihkan rumah pulak yang berselut dan berkelodak akibat banjir.

Ini semua bala dan musibah daripada Allah untuk hambanya dan ujian yang tiada sempadan mengajar manusia supaya menjadi lebih beriman dak bertaqwa kepadaNYA.

Kalau tidak juga jadi pengajaran supaya kita manusia tunduk dan patuh kepada hukum-hukum yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis tunggulah bala lebih dasyat akan muncul selepas ini. Bala yang datang tidak mengenal miskin kaya, darjat dan pangkat semua akan kena. Hanya kesabaran dan keimanan yang tinggi mampu menerimanya dengan penuh tabah.

Dalam dok kalut-kalut dengan musibah banjir paling dasyat kali ini di Kedah tup-tup semalam dengar beritaBN menang besar di prk Galas dan Batu Sapi. Keputusan di atas daripada Malaysiakini.

Orang Pas ada yang terkejut kalah dan ada yang tak terkejut sebab Galas memang kubu Umno .Bila dah kalah tentu Pas akan buat 'post mortem' nak bedah tengok apa punca sampai kalah dengan majoriti lebih besar daripada 2008. Kalah menang adat bertanding tapi punca kalah kena kaji , kena siasat takkan nak biaq macam tu ja.

Mungkin kita akan kata Umno-Bn yang terkenal dengan gelaran parti perasuah menang sebab tabur duit sana -sini untuk menang, ada unsur-unsur penipuan hingga ada kertas undi hanya dicetak nama calon saja tanpa lambang parti. Tu baru satu bab. Bab lain?

Diego Maradona yang jadi pujaan rakyat Argentina dipilih sebagai 'coach' atau jurulatih bolasepak pasukan kebangsaan Argentina dalam Piala Dunia yang lalu tapi bila pasukan itu gagal jadi juara Piala Dunia 2010 beliau telah dipecat daripada terus melatih pasukan kebangsaan Argentina walaupun beliau masih mahu berkhidmat sebagai jurulatih bolsepak Argentina. Beliau menerima keputusan Persekutuan Bolasepak Argentina tanpa membantah.

Tu dalam permainan bolasepak luarnegara. Mereka pentingkan jurulatih berkualiti bukannya pentingkan glamour dan pandai cakap saja tapi buat kerja hampas! Dalam politik juga bila kita tak pandai buat kerja , susun strategi 'perang pilihanraya' yang nampak tak cerdik bila dah kalah tak mau ka panglima perang pilihanraya letak jawatan bila dah kalah.

Mungkin faktor umur yang dah lanjut , otak pun dah tak berapa tajam nak lawan strategi musuh elok la letak jawatan takkan sampai ahli parti nak suruh letak baru nak letak jawatan. Dah jadi 'kuda tua' dah tak larat nak bergerak pantas turunla daripada jadi Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.

Pas akan hadapi Umno -Bn dalam pilhanraya yang lebih besar dalam pilihanraya umum yang dijangka akan disegerakan sebab BN dah menang di Galas dan Batu Sapi , kalau masih mengekalkan'kuda-kuda tua ' jadi jeneral dan panglima untuk hadapi pru akan datang Pas akan hadapi masalah besar untuk berhadapan dengan Umno-Bn parti yang 'kembali bernyawa' buat sementara waktu ini.

Elok juga kalah jadi pengajaran kepada Pas dan PR supaya muhasabah diri tidak terlajak perjuangan sebenar ialah bebaskan rakyat daripada parti Umno-Bn yang rakus dan gila kuasa.

Berkaitan;
Pas bedah siasat gagal pertahan Galas
-Harakahdaily
Galas tidak patah semangat pejuang Pas-Harakahdaily
Habuan pilihanraya :Ratusan lagi beratur untuk RM250-Malaysiakini
Nik Aziz minta penyokong Pas jangan kecewa-Malaysiakini
Orang asli antara Pas punca tumpas di Galas-Malaysiakini
Ilham Centre "Pas hilang 'istimewa', tenggelam momentum pertahan Galas-TMI
Penganalisis"Kuasai Galas , Batu Sapi bukan petanda sebenar BN 'kian kuat'-TMI

3 ulasan:

  1. Yang untung pengundi luar sahaja Pas bagi 150. Umno bagi semua yg daftar 250. Kawan aku Raya Hindu hari ni kat Gua Musang dapat 400. Untung pilihanraya kecil fasal Pas pun bayar tambang.

    BalasPadam
  2. Kalau guna hujjah kuda tua gini, maka bukan setakat Ustaz Halim tapi Tok Guru Nik Aziz jauh lebih afdal letak jawatan sebab dia jauh lebih tua dari Ustaz Halim. Tapi setuju saranan ini.

    BalasPadam
  3. Amat setuju saranan ni.Cuma untuk makluman aje,yang lantik Pengarah Pilihanraya PAS Pusat ni adalah Presiden PAS(jugak kuda tua)dan terjumlah sebagai kuda tua,termasuk Bakar Chik selaku Pengarah Saraf dan Mustafa Ali selaku S/U Agong.Kuda tua Trengganu yang pilih semua kuda-kuda tua ni.Yang bukan Trengganu cuma kuda tua dari Kelantan,Pengarah Pilihanraya.Inilah delima yang dihadapi oleh PAS,Presiden akan mempertahankan pemilihannya,walau pun PAS hanyut dilanda banjir(kekalahan teruk pada PRU ke13).

    BalasPadam