Selasa, 9 November 2010

"Kaki kasut Muhyiddin pun tak basah, nak cakap apa"

MB Kedah yang 'geram' dengan Timbalan Perdana Menteri dalam isu banjir di Kedah yang tuduh Kerajaan Negeri Kedah lepas tangan berkata;

“TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah.

Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin untuk mengunjungi kawasan banjir di Kedah.

“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” kata Azizan, sambil menambah bahawa timbalan perdana menteri telah pergi ke tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.-Harakahdaily Banjir: MB Kedah bidas publisiti murahan Muhyiddin.

Semalam saya tengok tv Ketua Putera Umno kata ,"kerajaan Pas Kedah kena bagi kerjasama tanpa kira fahaman politik." Bukan kerajaan Pas Kedah tapi kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Umno-Bn cuba buruk-burukkan nama Pas dengan sebut Kerajaan Pas setiap kali pemimpin Umno muncul dalam media pro Umno mengenai banjir di Kedah.

Di Perlis yang turut dilanda banjir yang teruk adakah Kerajaan Umno-Bn di Perlis dapat tolong semua mangsa banjir dengan sempurna. Negeri besaq 'kelemboi' pun tak terjaga tapi main 'politik banjir' yang lebih.

Untuk pengetahuan semua bantuan daripada NGO (MUSLIM CARE) di Selangor sedang menguruskan penghantaran bekalan makanan dan peralatan keperluan rumah untuk mangsa banjir di Kedah/Perlis yang dijangka dihantar pada hari jumaat akan datang.

7 ulasan:

  1. Aik!! Hang nak bebal pa azizan oi...Umno kan adik beradik hang ..... layanla... Hang kan duk layan manja puak Umno dalam pentadbiran hang..aku bagi penyepak kang...pelaq punya MB

    BalasPadam
  2. Mana dia muka Mahazir Khalid, Shafie Apdal ketika air bah landa Kedah?Last minit bila air dah surut baru tunjuk muka. Kenyang la Timbalan Pengerusi umno Kedah yang 'handle'duit nak bagi mangsa banjir.

    Majlis Ketua Kampung lantikan kerajaan negeri yang kutip nama mangsa banjir tak diiktiraf JKKP. Kata berjuang Melayu, Melayu haprak!Banjir pun main politik gila babi!

    BalasPadam
  3. sembang lebih nooooooooooooooooo

    BalasPadam
  4. Uiihhh...marah sakan puak lebai nampak...tau puuunn....Banjir waktu BN dulu.., sakan juga hangpa duk mengata..Ini semua bala la..Pimpinan mengarut la..banyak dosa.. Bantuan sapa-sapa pun, hangpa pakat tibai saja..pakat chelapak berebut..terha tu dah..

    Ha.!! La ni..hangpa tak mau sebut bala pulak dah..Kut-kut la..Ka..hangpa tak pikiaq dah pasai syariat Islam yg duk canang merata kampung dulu.. Yalah..kuasa dah buleh dah..satu habuk pun tarak..Yang aku nampak puak keliling Azizan duk mengebat bergaya..hangpa geng lebai bawahan saja duk serupa tu jugak..serupa pokka..tercengang-cengang...

    BalasPadam
  5. Jabatan Kebajikan Masyarakat ambil peruntukkan negeri untuk bagi kepada mangsa banjir lepas tu puak-puak Umno pi dok tebiang celah kakitangan JKM kata Umno bagi siap pasang bendera lagi..muka tak malu

    BalasPadam
  6. Muka tak malu tak pa lagi.. Elok sikit daripada puak PAS yg tak dak teloq nak pi tegoq MB ulaq kapak depa... Sat ulaq kapak..sat bangau..

    Tak malu pulak dulu duk rheyau sakan judi maksiat berleluasa.., lani duk makin parah lagi ada la..
    Kalau dah berkuasa.., tapi serupa tak ada kuasa..baik hangpa pi join tabligh..usung periuk belanga merata..ka..pi meniaga toyu..cap muka azizan..sambil makan nasi., sambil duk perhati botoi toyu..

    BalasPadam
  7. salam...
    ampa semua nak komen berpada pada la...yang dok p maki mb kedah tu bokpa???x suka x pyah dk maki la...p jadi truih...haih....perangai tu biaq elok ckit??

    BalasPadam