Sabtu, 20 November 2010

Himpunan Bersih:Hakim celikkan mata rakyat yang buta undang-undang

Semasa Himpunan Bersih 2007 saya turut hadir dan berada di lokasi Masjid Jamek Kuala Lumpur menuju ke Istana Negara.

Himpunan Bersih adalah satu himpunan rakyat yang paling besar menuntut Suruhanjaya Pilihanraya melakukan perubahan dalam proses pengundian dalam pilihanraya di negara ini.

Semalam (Jumaat) Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah membebaskan kesemua 17 orang yang didakwa berhimpun secara haram dalam himpunan Bersih yang dianggap 'haram' oleh kerajaan Umno-Bn.Kata Hakim yang memutuskan bahawa yang dituduh dalam Himpunan Bersih tidak bersalah seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider;

Hakim Jagjit dalam penghakimannya berkata, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh ke-16 iaitu Mohamad dan tertuduh ke-17 iaitu Chua mendapati, pihak pendakwaan hanya bergantung kepada pita rakaman semata-mata dan tiada keterangan saksi menunjukkan kedua-dua tertuduh berhimpun di Istana Negara yang boleh memudaratkan kepentingan awam.

“Kedua-dua tertuduh berada di situ (Istana Negara) untuk menyerahkan memorandum kepada pihak istana dan mereka telah diberikan masa yang secukupnya oleh pihak polis untuk menyerahkan memorandum itu dan selepas menyerahkannya

mereka beredar. Maka tidak timbul isu enggan bersurai dan wujudnya perhimpunan haram di tempat itu,” katanya.

Selain itu, penangkapan kedua-kedua tertuduh turut dipersoalkan kerana tangkapan dibuat jauh dari Istana Negara. Mohamad Sabu ditangkap di Tol Juru, Pulau Pinang manakala Chua ditangkap di Johor Bahru.

Bagi tertuduh ke-10 iaitu Gobalakrishnan, Jagjit berkata tiada keterangan oleh mana-mana saksi yang menunjukkan tertuduh terlibat dalam perhimpunan di Jalan Tun Perak di sini kerana pihak pendakwaan hanya bergantung kepada video rakaman semata-mata.

“Dalam video rakaman menunjukkan kehadiran tertuduh, namun tiada keterangan saksi pendakwaan yang mengatakan bahawa tertuduh terlibat dalam perhimpunan itu. Di dalam video itu juga menunjukkan tertuduh tidak berpakaian berwarna kuning ataupun merah yang tertera perkataan “Bersih” ataupun “Unit Amal”. Persoalannya, bagaimana nak mengaitkan tertuduh terlibat dalam perhimpunan tersebut,” katanya.

Bagi 14 tertuduh yang lain yang ditangkap di beberapa lokasi seperti Masjid Negara dan Jalan Raja Laut di sini telah menunjukkan kehadiran mereka di situ, bagaimanapun pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kehadiran mereka mengganggu ketenteraman awam.

“Saya berpendapat orang awam berhak berada di dalam masjid kerana ia merupakan tempat beribadat dan tiada sesiapapun yang berhak menyuruh mereka keluar daripada masjid dan apa jua halangan daripada berada dalam masjid adalah

satu perbuatan yang melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu melanggar kebebasan beragama,” katanya.-TMI

Hakim telah berjaya celikkan mata rakyat, otak rakyat yang tidak begitu faham undang-undang tentang hak-hak berhimpun secara aman tanpa berlaku sebarang insiden yang melibatkan kehilangan nyawa macam kumpulan 'baju merah' di Thailand. Pihak berkuasa seperti polis jangan bekerja mengikut telunjuk Umno-Bn yang rakus mencengkam rakyat daripada berhimpun secara aman.

Berkaitan;
Demo 'haram':2 MP, 15 lagi dibebas-Malaysiakini
Himpunan Bersih:Mohammad Sabu 16 lagi dibebaskan-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. taklimat tentang undang2 bkaitan hak rakyat perlu diadakan di setiap peringkat zon, kampung, daerah dan lain2 supaya rakyat xmdh tertipu dgn hak masing2

    BalasPadam