FB beliau;
Tarbiah Pas Yang Dinamik
Idris Hj Ahmad
27/6/13
Pas semakin membesar dengan kebanjiran ahli-ahli baru semakin ramai. Kemasukan Pas daripada pelbagai latar belakang aliran, pemikiran dan ideologi. Pas berpendirian semua manusia berpotensi untuk ditarbiah ke jalan Islam asalkan ada kemahuan. Ustaz Harun Taib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat menyatakan Pas diibaratkan hospital, semua pesakit diterima untuk diubat. Ada yang berpenyakit kusta, taun, demam panas, semuanya mesti dirawat. Walau pun nampak pelik! Inilah realiti Pas. Pas berpendirian ummah mesti diselamatkan dalam apa keadaan. Oleh itu tapisan kepada mereka yang hendak masuk Pas terlalu longgar. Terbukti, apa yang dilakukan oleh Pas tepat sehingga berjaya membentuk individu Muslim yang baik walau pun dahulu berperangai jahiliah.
Potensi baik yang masih ada kepada mana-mana individu jangan disia-siakan. Berpegang dengan prinsip seperti Sabda Rasulullah SAW " Kamu terbaik di zaman jahiliah dan terbaik di zaman Islam, apabila faham agama"
Pas sebagai sebuah gerakan ummah. Ahlinya daripada ada Phd hingga yang tidak gosok gigi. Inilah kelebihan Pas. Pas tidak memilih orang-orang tertentu sahaja untuk menganggotai Pas. Sebaliknya apabila seorang itu Islam, cukup umur maka ia layak menyertai Pas. Apabila borang Pas diisi maka ia sudah berbaih untuk mematuhi dan bersedia untuk mengikuti peraturan yang terdapat di dalam Perlembagaan Pas.
Apa yang penting kesediaan setiap individu untuk ditarbiah oleh parti. Apabila seorang menyertai Pas dia perlu faham kenapa beliau menyertai Pas. Baru dia sedar kenapa dia bersama dengan Pas. Pas bukan parti politik sahaja, tetapi sebagai sebuah gerakan Islam. Inilah kelainan Pas. Menyertai Pas dengan kesedaran bukan dengan semangat semata-mata. Oleh itu perlu mereka memahami Islam dan dasar perjuangan.
Tarbiah dapat menjadikan ahli faham erti perjuangan dan bersedia untuk berdiri dan rebah, ketika menang dan kalah.



