Sabtu, 21 Mei 2011

Tak dapat peluk Pas Umno nak peluk Dap

Kemenangan TGHA sebagai Presiden Pas bagi penggal 2011-2013 dijadikan aset oleh puak-puak Umno untuk meneruskan agenda besar supaya Pas dapat dipeluk Umno.Bak kata orang tak dapat pegang tengkuk dapat tangkap sebelah kaki pun jadilah janji Pas yang diceraikan Umno pada tahun 1970-an dapat dinikahkan kembali untuk bersama Umno.Laporan Bernama yang disiarkan Malaysiakini Kekalnya Hadi , dekatkah Pas dengan Umno? dimainkan kembali menjelangnya Muktamar Pas pada Jun nanti.Antara lain laporan tersebut berkata 'malah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sudah bersingsing lengan dengan tekad untuk membawa PAS ke dalam BN demi perpaduan orang Melayu dan supaya orang Melayu berhenti berbalah sesama sendiri'.

Untuk apa Umno ajak Pas bersama Umno?Tentu ada sebab dan musababnya.Takkan saja-saja ajak kalau tak ada apa-apa .Adakah Umno ajak-ajak ayam untuk Pas bersama Umno kononnya demi perpaduan Melayu?Kerajaan Kelantan hingga sekarang tak dapat nikmati royalti minyak tapi dapat duit sedekah pemimpin Umno ..tu pun diberikan kepada pemimpin Umno Kelantan untuk diagih-agihkan kepada puak dan kaum kerabat sendiri sedangkan di Trenggganu rakyat Trenggganu nikmati royalti minyak yang diberikan kerajaan pusat.Terengganu kenyang dengan duit royalti , Kelantan yang juga ada minyak hanya dapat duit sedekah.Zalim sungguh!

Muhyiddin Yaasin Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno sedang mengeluh memikirkan nasib Umno-Bn dalam pru 13 akan datang.Muhyiddin Yaasin sudah merasakan bahang-bahang kehangatan pru 13 dengan beranggapan apa akan jadi dengan nasib Umno-Bn kalau kalah dalam pru 13 akan datang.Ya la 50 tahun lebih BN jadi pemerintah nikmati hidup dengan penuh senang lenang tak pernah rasa hidup susah macam rakyat yang ditekan dengan kenaikan harga barang yang semakin melampau setiap hari.Adakah Umno-Bn akan jadi pengemis jika kalah dalam pru 13?Hanya Allah SWT saja Maha Mengetahui.Kata Muhyiddin ;

“Dalam 16 pilihan raya kecil lepas, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa.

“Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi,” katanya Timbalan Perdana Menteri dipetik Bernama Online hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, BN perlu membuat persiapan lebih baik dan mantap untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun perhatian masyarakat terhadap BN dan Umno khususnya telah meningkat.

BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen pada 8 Mac 2008.

“Kita kena tanya selepas PRU-13 masihkah kita berkuasa... ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi BN.

“Kita kena selesaikan semua masalah dari bawah hingga atas,” kata Muhyiddin yang kini mengadakan lawatan kerja ke negeri-negeri menjelang pilihan raya umum ke-13.Baca di sini.

Umno juga melalui puak-puak akademik yang karat Umno turut mahu memikat Dap untuk bersama Umno.Apa pun Umno mahu jadi ketua yang lain hanya jadi macai Umno.Cara tak langsung Umno terus pegang kuasa sampai bila-bila.Jadi kesenangan hidup pemimpin Umno sejak merdeka hingga sekarang tak akan terjejas jika Pas dan Dap berjaya dijadikan macai Umno.

Umno amat suka jika jawatan Timbalan Presiden Pas terus dipegang oleh pemimpin yang ada hati yang termakan dengan sentimen gula-gula Umno iaitu 'perjuangan Melayu-Islam'.Pas melaungkan 'Pas for all' bukan hanya untuk Melayu.Terserah kepada perwakilan Pas untuk pilih siapa yang layak pegang jawatan TP Pas.Pemimpin yang jadi fitnah kepada Pas memang tidak layak jadi TP Pas.

'Bukan Perang Salib Tapi Perang Sabil'-Khalid Samad



Siapa -siapa yang faham bahasa Inggeris boleh tengok dan fahamkan apa yang disebut ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dalam wawancara di atas.

Berikut petikan dari blog Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ketika mengulas isu Presiden Perkasa Brahim Ali yang sekarang ini hanya pandai nak bermandi darah saja dalam isu 'Kristian Agama Rasmi Negara', yang dimainkan media Umno Utusan Malaysia malah sanggup mati dan langkah mayat Perkasa dulu jika sapa-sapa nak ganggu Utusan Malaysia menulis ;

PERANG SALIB DIISTIHAR!
Ada seorang Melayu beragama Islam mengistiharkan ‘perang salib’ ke atas orang Kristian. Ini pun menyebabkan saya tersengih lebar. Apa pula kerja orang Melayu Islam ini mengistiharkan ‘perang salib’? Jelas beliau ingin memperkasakan kejahilan dirinya sendiri. Untuk pengetahuannya dan mereka yang seangkatan dengannya, Perang salib atau dalam Bahasa inggerisnya, Crusade, diistiharkan oleh Pope sebagi peperangan demi kepentingan agama Kristian yang simbolnya adalah salib, maka dinamakan ‘perang salib’! itulah si Melayu Islam ni, kalau duduk diam di rumah, orang tak akan tahu yang awak tak tahu. Sekarang satu dunia tahu bahawa awak tidak tahu apa yang awak katakan!

Orang Islam istihar perang ‘sabilillah’ atau diringkaskan oleh orang Melayu kita, ‘perang sabil’. Bukan ‘perang salib’. Kalau itu pun tidak tahu, saya nasihatkan orang Melayu Islam berkenaan untuk balik rumah dan tidur sahaja, jangan menyusahkan orang lain.

Perang sabilillah ni pula maknanya ‘perang di jalan Allah’. Ianya bertujuan untuk menegakkan Islam demi keadilan untuk semua, iaitu untuk orang Islam dan juga bukan Islam. Ianya bukan untuk menegakkan ‘ketuanan’ satu kaum atas kaum yang lain. Konsep menegakkan ketuanan sesuatu kaum ke atas kaum yang lain ditolak Islam sebagai amalan zaman jahilliyyah kerana sebelum datangnya Islam. itulah yang sibuk dilakukan bangsa Arab jahilliyyah, iaitu perang untuk memenangkan kabilah masing-masing.

Hakikatnya, ummat Islam berjuang untuk menyeru manusia kepada jalan Allah, bukan dengan paksaan tetapi dengan membebaskan manusia dari kongkongan yang dikenakan ke atas mereka oleh pemerintah yang zalim. Kongkongan ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan secara bebas. Setelah kongkongan ditepikan, ditarik minat manusia melalui akhlak yang mulia dan keadilan. Bagaimana kita boleh menarik minat manusia kepada Islam kalau kita hanya mementingkan bangsa kita sendiri dan ingin menegakkan ketuanan satu bangsa ke atas bangsa lain? Akhirnya kita menjadi penghalang kepada manusia datang ke jalan Allah melalui perjuangan kita yang sempit dan songsang! Oleh itu ianya tidak lagi menjadi perjuangan ‘sabilillah’ kerana menghalau manusia dari jalan Allah dan sebaliknya menjadi ‘sabilisSyaitan’ naudzubillah. Itulah sebabnya Rasulullah (SAW) telah menafi sebagai ummat mereka yang berjuang atas dasar Assobiyyah yang ditakrif Baginda sebagai “menyokong kaum kamu atas dasar kezaliman”.Baca semua di sini.

Himpunan 10K Pemuda Pas Kelantan : 'Tolak Umno Islam Selamat'

Gambar sekitar Himpunan 10 ribu pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu sempena pelancaran Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda Pas Kelantan (iPon 10k) yang bertemakan 'Tolak Umno Islam Selamat' telah menenggelamkan 'Gelombang Merah' Umno Kelantan.

Baca juga ;
Gelombang hijau tenggelamkan gelombang merah-Harakahdaily
Saya nak solat di stadium, kapten jadi imam-Harakahdaily

Jumaat, 20 Mei 2011

Demo selamatkan nyawa manusia vs demo selamatkan nyawa Utusan



Hari ini ada dua demo di Kuala Lumpur. Satu demo nak selamatkan nyawa manusia daripada bahaya sisa radioakatif jika terbinanya kilang sisa radioaktif di Kuantan (Lynas) depan kedutaan Australia.Satu lagi demo oleh Umno-Perkasa depan kilang Utusan Malaysia nak selamatkan nyawa Utusan Malaysia akhbar Umno yang jadi tukang siarkan berita lucah, fitnah dan perkauman.Anda tengok dua -dua video di atas dan fikirkan sendiri.

Mana satu yang penting?Selamatkan nyawa manusia atau selamatkan nyawa Utusan?Perkasa yang setengah orang kata 'perkosa' sanggup mati nak pertahankan Utusan Malaysia.Kata Perkasa 'langkah mayat dulu kalau nak cari pasal dengan Utusan Malaysia'.Bagi Umno-Perkasa nyawa manusia dengan bahana kilang Lynas tak penting yang penting nyawa Utusan kena di selamatkan.Demo Umno-Perkasa ada 'Pak Budak', demo anti Lynas ada ramai anak muda.

Baca juga;
Anti Lynas:Ratusan demo depan kedutaan Australia-M'kini
Hina Utusan:langkah mayat kami, kata Perkasa-M'kini
Utusan:Pas tidak akan sahut seruan Perkasa-Harakahdaily
Anti Lynas redah hujan,polis protes di KL-M'insider

Video seks : PDRM bermain politik?

Timbalan KPN yang baru Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata jangan desak kami dedah identiti pelaku dalam isu video seks lucah yang didakwa pihak Umno dan konco-konconya sebagai Anwar Ibrahim.Sikap pihak polis yang bermain sorong papan tarik papan dalam isu video lucah telah menyebabkan rakyat semakin tertanya-tanya kenapa PDRM terus tidak mahu dedahkan siapa jantan dalam video lucah yang dimainkan talibarut Umno di Hotel Carcosa Sri Negara.Kalau PDRM kata jantan tu Anwar katakan saja kalau bukan Anwar, siapa jantan tu, siapa orangnya?Kalau nak kata video lucah tu memang tulen, memang ori tak payah pi sampai Amerika Syarikat budak ngaji tadika pun tau kata tu video lucah bukan video 'Doremon'.

Kalau PDRM dah tau kata jantan dalam video tu Anwar dah lama PDRM dedahkan kepada orangramai dan media.Masalahnya jantan dalam video tu dikatakan bukan Anwar! Anwar sendiri semalam dalam chat di yahoo berkata “Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut, ha ha,” katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.Baca di sini.

Pemilik blog Malaysia Today RPK berkata dalam blog beliau Is PDRM playing politics? ;

This is probably how many of us feel as well with regards to the ‘Anwar’ porn video issue. It is most perturbing to see the Malaysian Police or PDRM playing politics. Why does the Deputy IGP not want to tell us whether the man in the video is Anwar or not?

Is it probably because the man in the video is NOT Anwar and that is why the Deputy IGP refuses to confirm this? If it is Anwar tell us. Then we can prepare ourselves for the next stage of developments. If it is not Anwar then it is only fair that we are told.

This is not about Anwar. This is about us. We need to know so that we then know what we should do next. I am really not concerned about Anwar’s future. I am concerned about the country’s future. The entire future of the country cannot rest on just one man. And currently with this issue still hanging we just cannot more forward.

My suspicion is that the Deputy IGP refuses to confirm who the man in the video is because it is not Anwar. So he is prolonging our agony just like what Mokhtar Hashim said about those who are waiting many years in death row for their turn to die.

While on the subject of the police playing politics, let me give you another example. The Selangor state government is facing a lot of problems with premises being used for gambling, prostitution, and other vices. The problem is, the local councils can do very little if the police do not act. And in this case the police are not acting so it appears like the Selangor government is in cahoots with the underworld and crime syndicates.

The local councils have no power to arrest anyone. Only the police can do that. And if the police do not then the local councils’ hands are tied.

No doubt the local councils can try to close down those establishments. But the process is cumbersome and those establishments that are closed down just open up in a new place the very next day.

The only way to stop these vice activities is to arrest the people behind them and send them to jail. But only the police can do this. The local councils can just harass the building owners. The building owners, however, are not the ones running the prostitution or gambling dens. So no action can be taken against them.

We need the police to stop playing politics and to start doing something. I suspect the police are purposely doing nothing so that the Selangor state government gets a bad name. And the same goes for the so-called ‘Anwar’ porn video. I am sure that if it is Anwar in that video they could not wait to announce it. It is because it is not Anwar that they are refusing to tell us who the man in that video is.Baca semua di sini.

Wayang kulit Umno-Perkasa yang menjolok mata



Berikut adalah beberapa petikan ucapan Ibrahim Ali pada ceramah di Gombak minggu lalu di mana beliau membuat ugutan akan melancarkan perang salib atau jihad terhadap orang Kristian.

“Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.

" Dan di Malaysia ini, yang ramai Kristian memang orang Cina. Dan agama Kristian ini dominannya dari negara mana? Dominan agama Kristian dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat tali barut dia di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Jadi sudah masuk saf lah semua ini.

"Nik Aziz ini tuan-tuan dan puan-puan, PAS ini mereka bukan tahu apa pun. Betul lah dia alim. Bangun pagi dia mengajar kuliah subuh. Saya tahu. Saya pernah solat dengan dia, saya tahu. Memang selepas sembahyang Zuhur pukul 1 mengajar bab agama, tapi dia tidak tahu apa yang berlaku dalam dunia ini. Sekitar alam ini dia tidak tahu apa yang berlaku. Video pun dia tidak tahu apa itu. Dia tidak tahu apa. Dia hanya dengar orang bercakap.” Kata Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz pula berkata, ucapan Ibrahim itu lumrah pada masa sekarang dan tidak perlu di ambil tindakan. Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein turut mengambil pendirian yang hampir sama. Pokoknya ialah, tidak ada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim Ali.

Kenapa Ibrahim membuat ugutan perang salib atau jihad itu? Kerana Utusan Malaysia menyiarkan laporan kononnya ada konspirasi oleh paderi dan DAP untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri Kristian.

Malah Ibrahim membuat kenyataan “jihad” itu kerana, menurut beliau, Hishamuddin sendiri mengesahkan laporan Utusan itu mempunyai asas.

Kenapa Hishamudin berkata demikian? Ini kerana beliau perlu mencari alasan bagi menghalalkan tindakannya tidak mengenakan hukuman lebih keras terhadap Utusan selain daripada mengeluarkan surat teguran.

Segala perkembangan ini menjadi contoh begitu jelas bagaimana Umno, Perkasa dan Utusan Malaysia bersekongkol untuk terus menanam bibit-bibit benci dalam sanubari orang Melayu terhadap kaum lain, khususnya Cina.

Mengikut sifir Umno, “kebencian” itu akan mendorong Melayu bernaung semula di bawah payung Umno dalam menghadapi Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke -13.

Justeru dengan perlindungan penuh KDN yang dipimpin oleh Naib Presiden Umno Hishamuddin, Utusan dan Perkasa pimpinan Ibrahim Ali bebas untuk membakar sentimen perkauman Melayu bagi memenuhi agenda sempit pemerintah.

Natijahnya ialah, rakyat dicengkam dengan keresahan dan kecurigaan mengenai kestabilan politik dan tahap toleransi kaum di negara ini.

Hakikatnya pula ialah, ketegangan kaum semakin membiak di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah, ia menjadi fenomena yang mewarnai sepanjang pemerintahannya sejak 2009.

Kenapakah isu-isu perkauman ini begitu menyerlah di bawah pemerintahan Najib walhal beliau yang memperkenalkan konsep gagasan 1Malaysia dan membelanjakan berjuta-juta ringgit duit rakyat untuk mempromosikan slogan itu.

Jawapannya berpaksi kepada keikhlasan.

Najib tidak boleh mencanang 1Malaysia dan pada masa sama, secara berselindung, merestui segala tindak-tanduk Perkasa dan Utusan Malaysia.

Beliau tidak boleh meraih undi Melayu dengan membariskan Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia untuk membakar sentimen orang Melayu dengan retorik perkauman dan pada masa sama mengharapkan sokongan tidak berbelah kaum Cina, India dan lain-lain.

Ibrahim sendiri mendedahkan pada ceramahnya di Gombak bagaimana Najib terpaksa bermuka-muka untuk menawan sokongan pengundi bukan Melayu demi jangka hayat Umno sendiri.

Berikut petikan ceramah itu:

“Sebab apa, Datuk Najib pun sudah panggil saya, berbahas saya dengan Datuk Najib. Betul juga dia cakap pada saya, kuat pun kuat, saya tidak ada bertolak ansur, Dia kata saya faham,saya pun lebih kurang sama kamu, juga Melayu, tapi saya pimpin parti politik. Saya Perdana Menteri. Baru ni Barisan kalah. Kalau tidak dapat undi Cina, kalau tak banyak pun 30 peratus, tak dapat tarik balik, Selangor kita tak menang. Sebab kerusinya 60 40, 70 30, You Kelantan tak apalah. Di Terengganu tak apalah, di Selangor,di Negeri Sembilan, di Perak tak dapat 20, 30 peratus undi Cina, gabung dengan undi Melayu, jangan berpecah, kita boleh menang. Ini orang Melayu pun sudah berpecah. Cina tak sokong kita, habis kita. Itulah saya kena jadi macam ini, maksudnya Datuk Najib sudah hilang kuasa tawar menawar.”

Petikan ceramah itu menzahirkan kesediaan Najib untuk memberi sokongan atau sekurng-kurangnya memahami dan merestui segala tindak-tanduk Ibrahim Ali kerana akhirnya ia akan menguntungkan Umno.

Sebagaimana beliau tidak boleh melonggarkan ikatannya dengan Pakatan, begitu juga dengan hubungan Najib dan Utusan.

Beliau adalah pemimpin yang menentukan siapa menjadi Ketua Pengarang Utusan Malaysia. Justeru beliau tidak boleh memberi alasan kononnya beliau tidak ada kena mengena dengan desakan Utusan mahukan gagasan 1Melayu 1 Bumi untuk kononnya bersaing penyatuan orang Cina di bawah DAP.

Gagasan sebegitu, seperti Perkasa adalah cara licik untuk menebalkan sentimen perkauman dan memastikan mereka bernaung di bawah Umno.

Justeru selagi Najib tidak ikhlas terhadap konsep 1Malaysia yang dicanangnya sendiri, selagi itu rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu akan disajikan dengan ugutan-ugutan jihad, konspirasi negara Kristian dan apa sahaja yang mengisi agenda sempit politik perkauman Umno.

Utusan dan Perkasa tidak perlu bimbang terhadap sebarang tindakan – selagi Kementerian Dalam Negeri di pimpin oleh sepupu Najib, Hishamuddin Tun Hussein. -Tulisan Wira Arjuna, TVSelangor.com

PDRM: Jangan terlebih Umno daripada Umno kata Ketua Penerangan Keadilan Selangor


Melalui email tanpa edit kenyataan Ketua Penerangan Keadilan Selangor Shuhaimi Hj Shafie;

Semacam ada satu ketakutan dasyat yang melanda parti pemerintah di Putrajaya sehingga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dikerah bertindak keterlaluan mengganggu proses perjalanan siri Ceramah KEADILAN Selangor 'JELAS- Tawan Malaysia!'.

Tindakan keterlaluan pihak PDRM dengan mengenakan sekatan jalanraya ketat menuju ke tempat ceramah, mengarah trak FRU berkumpul di hadapan kawasan ceramah, meletakkan pita garisan had sempadan ceramah di premis persendirian / markas parti dan melengahkan urusan pemberian permit merupakan tindakan luar biasa pihak PDRM, diyakini ianya demi untuk menjaga kepentingan politik UMNO. Ia berlaku di Pelabuhan Klang dan terbaru di Kuala Langat / Sepang.

KEADILAN Selangor ingin ingatkan PDRM, rakyat di Selangor bukanlah pengganas atau puak pelampau yang perlu dikawal sedemikian rupa ataupun pertubuhan perkauman melampau seperti Perkasa pimpinan Ibrahim Ali.

KEADILAN Selangor sekali lagi men gesa PDRM menghormati keputusan rakyat di Selangor yang memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan yang sah pada PRU 12. Segala tekanan yang cuba diberikan oleh PDRM kepada Kempen 'JELAS - Tawan Malaysia!' dengan sendirinya jelas menunjukkan yang pihak PDRM ini ibarat 'terlebih UMNO dari UMNO'. Lagak PDRM tidak ubah seperti 'budak suruhan' UMNO dalam menghalang aktiviti demokrasi Pakatan Rakyat menyampaikan penerangan kepada rakyat di Selangor.

KEADILAN Selangor ingin bertanya, mengapakah institusi PDRM sendiri yang merendahkan martabat yang ada pada mereka? Sedangkan kalau dilihat pada sejarah PDRM sejak puluhan tahun, pernah ketikanya wibawa PDRM tidak boleh dipertikai. Perubahan dan transformasi yang diwar-warkan oleh institusi PDRM satu ketika dahulu seakan dimandulkan dengan tindakan keterlaluan pihak PDRM yang 'terang lagi bersuluh' kelihatan mengambil arahan dari UMNO untuk bertindak.

Sebagai contoh; Di Kuala Langat dan Sepang, pentadbiran polis bagi kawasan Parlimen Sepang terbahagi pada dua pentadbiran iaitu, IPD Sepang dan IPD Kuala Langat. Bagi 5 buah Kampung bermula dari Bukit Changgang ianya terletak dibawah bidang kuasa IPD Kuala Langat. Pada 16 Mei lalu IPD Kuala Langat yang bertanggungjawap tidak membenarkan ceramah di Bukit Changgang dengan menyita Dewan Orang Ramai Bukit Changgang. Pihak KEADILAN Cabang Sepang cuba mengalih tempat ke Dewan Orang Ramai Salak Tinggi, dibawah pentadbiran IPD Sepang. Namun ianya telah ditolak atas alasan permohonan permit adalah terlalu singkat.

Mengikut maklumat yang disampaikan, pihak PDRM Kuala Langat dan Sepang telah menerima tekanan dari UMNO untuk membatalkan ceramah tersebut. Kelihatan kuncu-kuncu UMNO pengikut Ahli Parlimen Sepang dan ADUN Dengkil telah dilihat bersama-sama polis dan sentiasa berulang alik di depan Dewan Orang Ramai Bukit Changgang bagi memantau persiapan yang telah dijalankan.
Apa yang menyedihkah pada hari Ahad 15/05/2011 Dewan Bukit Changgang telah disita menyebabkan pelajar-pelajar sekolah yang mengikuti Program Kelas Tuisyen Rakyat (PTRS) anjuran kerajaan Negeri takut untuk hadir. Hanya 4 pelajar hadir dari 25 orang pelajar. Akhirnya ceramah penerangan ini di buat di Markas PAS Kampung Labuan Dagang, Banting. Itupun ada unsur provokasi pihak PDRM

Tindakan dan lagak PDRM yang 'terlebih sudu dari kuah' dalam menjaga kepentingan politik UMNO ini semakin membosankan rakyat.

Tugas PDRM yang utama adalah menjunjung ikrar taat setia Institusi Kepolisan menjaga keselamatan rakyat seluruhnya.

Ketua Polis Negara wajib jelaskan kepada rakyat di Selangor mengapakah tindakan PDRM mutakhir ini tidak langsung mencerminkan kewibawaan PDRM itu sendiri. Bagaimana PDRM boleh bersekongkol dalam komunikasi halus bawaan APCO Worldwide dengan logo 1Malaysia pada kenderaan yang dimiliki PDRM kalau benar institusi ini bebas dari kongkongan politik?

Tahap kekesanan PDRM wajib dinilai dalam menyelesai kes jenayah yang dialami negara ini dan bukannya Key Performance Indicator (KPI) PDRM dinilai dari segi tindakan keterlaluan menghalang Kempen 'JELAS - Tawan Malaysia! mahupun ceramah penerangan seumpamanya.

Apa pun agenda politik yang tersemat pada PDRM ini, kami tidak akan mengalah dan menghentikan kempen penerangan pada seluruh rakyat di Selangor.

'JELAS- Tawan Malaysia!' diteruskan pada malam ini di Bandar Baru Bangi anjuran KEADILAN Selangor dan Cabang Serdang manakala pada 20hb Mei 2011(Jumaat) diadakan di
Dewan Serbaguna Cheras Baru, Jalan Kuari, Cheras anjuran KEADILAN Selangor dan Cabang Pandan yang akan dihadiri oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Penerangan ini merupakan satu tanggungjawab kami sebagai parti yang diberi mandat oleh rakyat di Selangor untuk memerintah negeri ini.

Semoga teguran ini diambil dari sudut positif supaya Institusi PDRM ini dihormati oleh rakyat di Selangor dan bukannya menjadi bahan jenaka kerana terang terangan menjadi perkakas politik pada UMNO.

Shuhaimi Hj Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / Adun Sri Muda

Lagi pendedahan Wikileaks senarai tokoh korporat yang rapat dengan Najib

Wikileaks dedah 19 'aktor pengaruh' dalam kitar politik Najib-M'insider

Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri. Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib , adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

Khamis, 19 Mei 2011

Anwar kata kenal siapa 'Mat Boroi' dalam video seks

Saya tahu siapa lelaki dalam video seks, kata Anwar-M'insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin mengenalisi pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News.

“Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut, ha ha,” katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.

Dalam perbualan selama 75 minit itu, yang dihoskan Yahoo! Malaysia, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa “Datuk T”.

Bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun kelihatan mempertahankan diri dan kebanyakan soalan yang ditanya dijawab dengn penafian sambil menuduh ia komplot Barisan Nasional (BN).

Apabila ditanya sama ada beliau bersalah, Anwar bagaimanapun kelihatan marah terhadap seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video itu, hasil analisi pakar-pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Pengunjung atas talian Nik Abdul bertanya, “Datuk Seri: Bagaimana pandangan anda apabila pakar dari Korea Selatan dan AS mengesahkan bahawa individu dalam video seks mirip anda? Adakah anda berpendapat ia juga konspirasi?”

Dalam responsnya, Anwar berkata, “contoh tipikal bagaimana orang macam anda boleh terpengaruh dengan media Umno. Pakar mana? Mengapa tidak mereka telus?”

Anwar juga diajukan satu soalan langsung oleh seorang pengunjung yang bertanya sama ada beliau adalah lelaki dalam video itu.

Anwar membalas dengan berkata, beliau dengan keras telah menafikan dan membuat laporan polis mengenainya.

“Pemimpin-pemimpin Umno nampaknya merestui politik pornografi ini. Dan, bagi mereka bercakap mengenai moral adalah hipokrit.”

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Kata Khalid, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

“Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik.”

“Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang,” katanya mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Dalam ulasan hari ini, Anwar terus tegas dengan pendirian beliau yang telah pun menafikan dakwaan berkaitan dengan video seks dan sekali lagi menegaskan tidak perlu baginya menjelaskan keputusannya tidak menyerahkan jam tangan Omega, yang didakwa “Datuk T” ada dirakamkan dalam video seks.

Seorang pengunjung dengan nama samaran “Dr MiM” bertanya, “DSAI, apakah rasional mengelak daripada menunjukkan jam Omega kepada media dan publik? Secara logik, langkah mudah ini akan mengatasi isu moral anda.”

Anwar menjawab, “apa isunya? Pertama, Eskay mendakwa bahawa ia diberikan oleh seorang putera Saudi. Kemudian, ia dibeli di Taiwan pada 2004 (ketika saya di penjara). Apa perlunya saya membuat penjelasan?”

Seorang lagi pengunjung yang mengenalkan dirinya Brandon bertanya sama ada Pakatan Rakyat akan berpecah jika Anwar masuk penjara kerana kes liwat memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan beliau agar membela diri.

Anwar menolak tanggapan sedemikian dengan berkata “tiada sebab” beliau harus dipenjarakan.

“Tiada sebab bagi saya dipenjarakan berdasarkan fakta dan undang-undang. Buat sekarang (yang diperlukan), reformasi!” jawab beliau.

Beliau menekankan tuduhan-tuduhan ke atasnya diperangkap dan adalah akibat konspirasi pemimpin-pemimpin Umno yang mahu mengalih perhatian daripada isu-isu urus tadbir, rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita patut mengatasinya,” janji Anwar.-M'insider

Baca juga;

Video seks:PDRM tak faham mengapa asyik desak dedah pelaku-M'insider

Media Umno buat-buat lupa pendedahan Wikileaks

Saya belek-belek tengok kot-kot ada laporan pendedahan Wikileaks isu Najib- Altantuya dalam media Umno Utusan di muka depan akhbar tersebut tapi tak jumpa yang ada kisah Mat Ezam bekas ahli PKR dalam isu liwat .Teringat juga kata-kata PM Najib yang pernah kata 'jangan ambil kisah dakwaan Wikileaks'.

Semalam Wikileaks mendedahkan isu 'Najib dan pembunuhan Altantuya' tapi disenyapkan media Umno.Kalau Wikileaks buat laporan tentang PR mungkin Utusan hari ini muka depannya akan jadikan Wikileaks sebagai berita utama.Dalam laporan Wikileaks itu antara lain menyebut "Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi,mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia".Baca di sini.

Sekarang baru kita faham kenapa PM Najib kata 'Jangan ambil kisah dakwaan Wikileaks'.Yang tak mau ambik kisah ialah Umno dan Najib tapi rakyat nak tahu siapa pembunuh sebenar isu Altantuya yang tenggelam dan kembali timbul tak habis-habis hingga ke hari ni.Media Umno, pencacai Umno mungkin tak ambik kisah tapi rakyat ambik kisah dakwaan Wikileaks.Kata orang bangkai gajah mana boleh tutup dengan tudung saji.Kisah Altantuya macam kain selimut tak cukup panjang.Tutup atas nampak kaki, tutup kaki nampak kepala.

Adakah Tuan Ibrahim Tuan Man tetap tak mahu bertanding Timbalan Presiden?

Kata Naib Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man pada 16 April 2011

"Saya sudah ada keputusan yang dibincang bersama parti iaitu saya tidak akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

"Saya harap nama saya tidak akan dicalonkan. Biarlah mereka yang lebih layak pergi ke jawatan itu," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan bertanding atau sebaliknya jawatan nombor dua dalam parti pada Muktamar PAS ke-57 Jun ini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, keputusan tersebut dibuat demi memastikan masa depan dan perpaduan parti terjamin.

"Ada ramai lagi calon yang berwibawa dan layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Keputusan saya ini cukup jelas," katanya.

Dengan keputusannya itu, beliau berharap PAS kawasan yang sedang mengadakan mesyuarat mengenai calon yang akan dipilih pada pemilihan parti nanti tidak mencalonkan namanya bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub turut mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden namun sedia mempertahakan jawatan yang disandangnya ketika ini.

"Saya tidak layak untuk ke jawatan itu (Timbalan Presiden).

"Jika saya bertanding, saya hanya berminat untuk mempertahankan jawatan yang sudah disandang (Naib Presiden). Itupun terpulang kepada perwakilan untuk menilai sama ada mahu mengekalkan saya, atau sebaliknya," katanya.-mStar Online.

Bagaimanapun kini nama Tuan Ibrahim Tuan Man turut tersenarai di kalangan 6 pemimpin Pas yang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas dalam Muktamar Pas Jun ini setelah dapat banyak pencalonan selain ust Nasharudin Mat Isa, Mat Sabu, Husam Musa, MB Kedah Ust Azizan dan Salahuddin Ayob.

Adakah Ust Tuan Ibrahim akan terus kekal dengan kata-katanya tidak mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah melihat beliau dapat banyak pencalonan daripada Pas Kawasan ?

Mengapa Pas Kawasan tetap calonkan Tuan Ibrahim walaupun beliau sunguh -sungguh tak mau bertanding jawatan TP Pas?Apa kata kalau semua calon yang layak bertanding jawatan TP Pas tidak menarik diri ..semua pakat bertanding .

Esok jangan lupa demo sisa radioaktif depan kedutaan Australia


Mahasiswa bersama rakyat bantah Lynas esok-M'kini

Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant yang sedang membina kilang pemprosesan nadir bumi di Geneng, Kuantan akan diadakan esok pada jam 2 petang.

Peserta dijadualkan berkumpul di KLCC dan kemudiannya berarak ke Pejabat Suruhanjaya Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pesuruhjaya tinggi negara berkenaan.

Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menulis selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif.

“Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera,” katanya.

Tambahnya, mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia esok bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.

Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan pelbagai acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.

Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu dan bertindak menagkap mereka yang berdemo.