Jumaat, 19 Februari 2010
George Soros Bagi Duit Kepada Ezam dan Anuar Shaari-RPK
Edisi berita dalam Malaysia Today itu disiarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.Kata Raja Petra dalam blog beliau mengenai Ezam dan Anuar Shaari;
Ini berlaku sejurus sebelum pilihanraya umum Mac 2004. Tapi dana pilihan raya puluhan juta ringgit tu tak pernah pun dihantar ke Malaysia. Sebaliknya, ia disalurkan ke Hong Kong dan pilihanraya umum Mac 2004 berlangsung sebelum wang tu sempat disalurkan dari Hong Kong ke Malaysia. Sehingga kini, duit tu ghaib entah ke mana. Tak lama selepas tu, Ezam dan gengnya, termasuklah Anuar Shaari meninggalkan pembangkang dan menyertai UMNO. Ada juga yang meninggalkan pembangkang sejurus sebelum pilihanraya 2004.
Saya kemudiannya diberitahu oleh seorang pemimpin kanan parti bahawa wang itu diberikan oleh George Soros (dapatkan maklumat lanjut mengenai George Soros di sini: http://www.georgesoros.com/). Malah empat sekawan tu bertemu dengan Soros secara peribadi di pejabatnya. Saya juga diberitahu tentang individu yang menetapkan pertemuan tu dan penyaluran wang yang berkenaan.
Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya.
"Ya, saya tahu," jawab saya.
"Awak ada dapat duit daripada mereka?” soal Pawanchik.
"Satu sen pun tak ada," jawab saya.
"Mmm… dah agak dah,” kata Pawanchik. "Saya diberitahu bahawa mereka menggunakan nama awak untuk mengutip jutaan ringgit dan bahawa mereka tidak memberikan satu sen pun kepada awak. Kenapa awak tak tutup saja Free Anwar Campaign? Kalau dibiarkan, puak-puak ni akan memperalatkannya bagi mengutip derma."
Isteri saya yang berada di situ sependapat dengan Pawanchik. "Saya dah lama suruh tapi dia ni degil sangat,” isteri saya menambah.
"Saya takkan meninggalkan Anwar separuh jalan," kata saya kepada Pawanchik. "Saya akan tutup Free Anwar Campaign apabila Anwar dibebaskan.”
"Bagaimana jika dia tak dibebaskan? Bagaimana kalau dia meringkuk selama 15 tahun di penjara? Awak nak ke teruskan Free Anwar Campaign untuk lagi sembilan tahun tanpa dibayar gaji dan terus membiarkan mereka memperalatkannya bagi mengumpul kekayaan?”
"Yelah kot," jawab saya. "Tapi hari ni, Anwar akan dibebaskan. Jadi, saya boleh tutup Free Anwar Campaign hari ni juga.”
"Tak ada seorang peguam pun yang sependapat dengan awak,” kata Pawanchik. Saya hanya mengangkat bahu saya. Dua jam kemudian, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dan saya pulang ke rumah untuk membuat entri terakhir saya, ‘Alhamdulillah, Anwar is now free’ (Alhamdulillah, Anwar kini bebas) dan seterusnya menutup Free Anwar Campaign.
Ya, itulah cerita tentang Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari dan ya… saya juga tahu identiti dua orang lain yang juga pergi ke AS serta ‘orang kelima’, iaitu lelaki yang saya telefon. Saya juga tahu nama pemimpin kanan parti yang memberitahu saya bahawa puluhan juta ringgit tu datang daripada Soros. Selain tu, saya juga semestinya tahu nama orang hubungan saya di AS yang menguruskan segala hal yang berkaitan dengan penyaluran wang tu. Tapi selagi mereka tak kacau saya, maka saya takkan bocorkan rahsia mereka. Tetapi kalau mereka sengaja cari fasal dengan saya, maka saya akan dedahkan nama mereka.Baca semua di sini Anuar Shaari and George Soros-Malaysia Today
Baca juga;
Dana Soros:Anuar ,Ezam didakwa berbohong-Free Malaysia Today
Sebat Syariah dan krisis persepsi SIS
Laporan oleh Faizal Riduan, Malaysiakini;
Kenyataan terbaru Sister in Islam (SIS) oleh Pengerusi Eksekutif barunya Dr Hamidah Merican (bawah) membantah hukuman sebat syariah terhadap tiga pesalah wanita mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) tidaklah menarik sangat.
![]() |
Ini kerana hukuman sebat Syariah yang dikenakan selama ini lebih kepada 'acah-acah' untuk menguji sistem perundangan Syariah secara beransur tahap.
Malah tidak ralat untuk dikatakan hukuman tersebut sebenarnya bersifat separuh masak kerana hukum sebat dalam Islam telah jelas dalam kesalahan hudud seperti jenayah zina bagi yang bujang sebanyak 100 kali sebatan (Surah Al-Nur ayat 2), jenayah qazaf sebanyak 80 kali sebatan (surah Al-Nur ayat 4) dan jenayah peminum arak sebanyak 40 kali sebatan menurut sabda Rasulullah (riwayat Abu Said al-Khudri dan Ali). Tetapi nisbah yang dikenakan terhadap pesalah Syariah setakat ini tidak sampai 10 peratus daripada kadar yang sebenar.
Saya lebih tertarik untuk mengulas kenyataan akhbar SIS terbaru ini apabila melihat muka baru ketuanya, Dr Hamidah Merican buat pertama kali.
![]() |
Keduanya, latarbelakang pendidikan beliau sebagai pemegang ijazah kedoktoran. Namun dengan kesarjanaan dalam Pengurusan Berasaskan Nilai, apalah yang boleh diharapkan sangat dengan interprestasi Islam beliau jika dibandingkan dengan mentornya Prof Madya Dr Amina Wadud, sarjana Bahasa Arab dan Pengajian Islam yang juga pensyarah Pengajian Islam di Universiti Commonwealth Virginia dan pernah berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Amat kontradiksi
Hakikatnya pembawaan nama 'Islam' dalam akronim SIS adalah amat kontradiksi. Ia menyekat kemasukan pejuang wanita yang bukan Islam yang jauh lebih berkarisma seperti Datuk Ambiga Sreenevasan, Irene Fernandez dan Sofia Lim Siu Ching.
Jika mereka yang membuat kenyataan anti sebat Syariah, jujur saya masih boleh menerima kerana perbezaan agama dan pandangan hidup.
![]() |
Masakan tidak, kesan pendarahan dan kecederaan tersebut akan meninggalkan parut luka kepada pesalah yang hanya akan hilang selepas tempoh dua tahun lamanya. Itulah persepsi awalnya.
Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan apabila resolusi Majlis Peguam pada tahun 2007 menegaskan bahawa hukuman sebat secara sivil adalah kejam, amat menyeksakan dan tidak berperikemanusiaan.
Malah isu kempen demonstrasi hukuman rotan secara sivil oleh pihak berkuasa turut dibantah oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melalui pesuruhjayanya Prof Dr Chiam Heng Keng yang mendakwa ia memberikan kesan psikologi dan kecederaan emosi mungkin tidak akan timbul jika dibuat dibuat secara syariah yang lebih tertib dan menyantuni pesalah.
Sebenarnya rasa trauma itu tidak lebih daripada polemik ketidakfahaman tentang pelaksanaan undang-undang berkaitan sebat yang dilaksanakan mengikut undang-undang Islam. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan hukuman sebat Syariah ini seringkali dipukulratakan dengan hukumanan sebat sivil sedangkan dari segi konsep dan pelaksanaan keduanya adalah berbeza.
![]() |
Maka adalah tidak adil kesan ketidak adilan sebat sivil dikesampingkan dengan keadah sebat syariah yang jarak bezanya lebih jauh dari timur dan barat.
Saat ini barulah saya mengisafi lirik lagu Raihan, 'Iman Mutiara' - “Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual beli. Ia tiada di tepian pantai”. Benarlah iman tidak juga semestinya datang dari NGO Islam dan pihak berkuasa Islam.
Iman berada di mana-mana
Iman sebenarnya boleh berada di mana-mana. Malah ia mungkin datang dari dalam gereja seperti keyakinan yang dizahirkan oleh tokoh besar Kristian Eropah, Dr Rowan Williams, Uskup Besar Canterbury England yang menyarankan bahagian-bahagian Undang-Undang Syariah Islam sebagai penyelesaian kesatuan sosial di United Kingdom dalam wawancaranya dengan Radio 4 BBC pada 7 Februari 2008.
Malangnya nur yang sama tidak menerombos hati nurani Dilwar Husain seorang Muslim tokoh Yayasan Islam Eropah yang mempertahankan Undang-Undang British sekular yang didakwanya mesra masyarakat Islam sepertima mana dalam hujahnya, “Most Muslims are perfectly happy with the legal as it exists in UK. They support it. It protects them, it includes provisions for Halal Food and for the bank service. In other words, some of the most important things that concerns people are already in the system. We are not seeking the introduction of a new system - absolutely not”.
Bagi SIS dan Majlis Peguam yang cakap berlapik di atas prinsip ketinggian undang-undang yang diperuntukan dalam Perlembagan dengan Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah, kini perlu mencari alasan lain yang lebih berfakta kerana kenyataan Y.A Abdul Hamid Mohammad, Hakim Mahkamah Rayuan dalam satu penghakiman kes Kamariah binti Ali dan lain-lain lawan Kerajaan Negeri Kelantan dan satu lagi (2002) 3 MLJ 657 menyebut, “Kedua, Perlembagaan itu sendiri memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri (bagi negeri-negeri) untuk mengkanunkan Hukum Syarak dalam perkara-perkara yang disebut dalam Senarai II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan ('Senarai II')…”.
Sudah sampai masanya kerajaan, pihak berkuasa agama dan universiti menjalankan kajian dan penyelidikan serta tidak tercicir dalam retorik kertas kerja seperti dalam Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah tahun lalu.
![]() |
Menurutnya berdasarkan saintifik, sebatan di pungung mampus merembeskan sejenis bahan kimia semula jadi badan manusia, Endorpin yang bertindak sebagai antibodi terhadap kesan ketagihan arah, dadah dan rokok.
Tidak menang tangan merotan
Malah rakan sepasukannya Dr Marina Chuhrova mempunyai 10 pesakit yang sukarela menjalani terapi sebatan rotan tersebut dengan caj merotan pesakit RM342 bagi sesuatu rawatan biasa dan kini tidak menang tangan untuk merotan pesakitnya.
Ia menjadi satu terapi yang komersil berbanding RM10 bagi setiap sebatan diperuntukan kepada pelaku sebat di Malaysia.
Jadi di manakah logiknya kenyataan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abas Syed Ali yang juga ADUN Balung di Sabah yang turut mempertikaikan hukuman 6 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang dengan alasan logik analogi peminum arak sama dengan penghisap rokok yang sukar meninggalkan tabiat ketagihan.
Jika kita memerlukan sampel ujikaji sebagai testimonial maka calon terbaik, saya syorkan ialah Dr Hamidah Merican, Zainah Anwar atau Datuk Syed Abas Syed Ali itupun jika kesalahan menghina mahkamah ditambah dengan hukuman rotan dan tidak cukup sekadar peruntukkan denda dan penjara. Seperti kata orang sekarang, “Belum cuba belum tahu”.
[Penulis ialah Perunding Pembangunan Sumber Manusia]malaysiakini
Yang Hancur Pas Yang Ketawa BN-Ustaz Idris Ahmad
PAS nafi keras lafaz baiah candu lalikan ahlinya
PAS menafikan kalimah “wala, taat, thiqah” yang diamalkan oleh mereka sejak enam dekad yang lalu termasuk lafaz baiah sebagai candu sehingga melalikan pengikut-pengikutnya.
Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad berkata, sekiranya ada pemimpin yang tidak ikhlas mereka akan melarikan diri kerana PAS bukan sesuai untuk “orang jahat”, oleh itu kalimah “wala’, thiqah” bukan candu untuk membolehkan pemimpin-pemimpin melalikan pengikut.
“Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli PAS ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah.
“Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah PAS, yang ketawa ialah Umno BN. Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan intitusi wala, taat dan thiqah,” kata beliau.
Justeru kata beliau, ahli-ahli PAS boleh melahirkan rasa tidak puas hati mereka menerusi platform-platform yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog.
Bagaimanapun beliau secara khusus tidak merujuk kepada mana-mana pihak tulisannya.
“Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.
“Faedah taat, wala dan thiqah, ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti,” kata beliau.
Idris berkata sejarah telah membuktikan mereka tidak taat, wala dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai Umno.
“Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti Mohd Nor Idris, Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik PAS dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan Umno.
“Akhirnya mereka bersama dengan Umno apabila PAS berpisah dengan parti Semangat 46,” katanya.
Soal beliau, “adakah mampu PAS untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan institusi doktrin yang sudah lama dibina”.
Malaysian Insider
Baca juga;
Video detik-detik Presiden Pas selamatkan orang lemas-Harakahdaily
Pesalah Syariah insaf selepas dirotan-Bernama/Malaysiakini
Laksana hukum sebat cara Islam-Harakahdaily
Idris berkata, Umno gagal meroboh daripada luar tetapi jangan pula “kita sendiri yang hendak membantu merobohkan” parti.
“Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala, taat dan thiqah, tetapi PAS ada perkara ini,” katanya.-Malaysian Insider
Khamis, 18 Februari 2010
Bubarkan Saja Dun Perak Biar Rakyat Tentukan -Dr Abdul Aziz Bari
- ABDUL AZIZ BARI
Saya tidak akan membincangkan aspek-aspek teknikal keputusan Mahkamah Persekutuan 9 Februari lalu. Pada saya aspek-aspek itu tidak penting bagi rakyat biasa kerana apa yang lebih kritikal ialah kesan keputusan itu kepada kedudukan kerajaan, khususnya, dan demokrasi umumnya.
Aspek teknikal undang-undang digunakan peguam untuk meyakinkan hakim-hakim bahawa pihak yang mereka wakili perlu menang. Bagaimanapun ada kesan akan timbul, baik pihak mana pun dihakimkan menang. Keputusan mahkamah akan memberi sisi dan ruang lingkup baru kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan yang berkenaan.
Kes diputuskan Selasa itu memberi kesan langsung kepada Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan dipertikaikan dalam Perlembagaan Negeri Perak itu sama dengan apa yang ada di peringkat Persekutuan. Bahkan apa yang menjadi isu di Perak itu sama dengan kedudukan di seluruh dunia Komanwel yang melaksanakan sistem Demokrasi Berparlimen.
Kes itu boleh memberi kesan buruk kepada Barisan Nasional (BN). Sekarang tidak berlaku kerana entah bagaimana mahkamah tidak melaksanakan undang-undang secara konsisten sebagaimana kita lihat dalam kes mengenai kedudukan Speaker. Apabila melibatkan BN mahkamah semacam mencari jalan untuk menyelamatkannya, sedangkan apabila melibatkan kedudukan Pakatan Rakyat lain pula jadinya. Sepatutnya undang-undang dilaksanakan tanpa melihat bulu; siapa pun terkena, undang-undang tidak akan membantu. Saya sebutkan kes mengenai Speaker ini kerana krisis di Perak turut melibatkan kedudukan dan kuasa Speaker.
Berbalik kepada isu Menteri Besar dalam keputusan itu, saya sering mengatakan kerajaan atau eksekutif dalam sistem Westminster seperti Malaysia adalah milik Dewan. Ini kerana ia tidak dipilih secara langsung melalui pilihan raya terbuka seperti di Amerika Syarikat. Sebaliknya dilantik ketua negara atau ketua negeri daripada kalangan ahli Dewan: inilah caranya Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik.
Meskipun kuasa melantik itu adalah budi bicara, tidak bermakna Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri boleh berbuat sesuka hati dan melantik kerajaan mengikut selera mereka. Dalam suasana politik sekarang, parti-parti politik telah menentukan siapa patut mengetuai kerajaan yang mereka bentuk. Sebab itulah dalam konteks UMNO dan BN umpamanya, kepemimpinan dalam parti itu menentukan siapa jadi Perdana Menteri dan Menteri Besar umpamanya. Ini telah kita lihat secara konsisten selama lebih 50 tahun ini. Ertinya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja dan para Yang di-Pertua Negeri mengikut sahaja apa yang dipersembahkan pemimpin politik.
Sememangnya begitulah dan itulah yang berlaku di United Kingdom yang merupakan asal dan prototaip kepada sistem kita amalkan ini. Yang bertempur orang politik, yakni Perdana Menteri Gordon Brown, memimpin Parti Buruh dan David Cameron, memimpin Parti Konservatif. Kita tidak mendengar penglibatan atau peranan Baginda Ratu Elizabeth meskipun beberapa minggu ini kita membaca bahawa ada kemungkinan berlaku keadaan di mana tidak ada parti menang dengan majoriti cukup dalam pilihan raya umum Mei ini.
Kalau itu berlaku di Malaysia kita akan sibuk membincangkan peranan dan kuasa istana. Tetapi di United Kingdom mereka menyinggung peranan dan sikap parti-parti lain yang boleh mempengaruhi pembentukan kerajaan, khususnya Parti Liberal Demokrat.
Salah satu perkara yang ditekankan Mahkamah Persekutuan dalam keputusan tersebut ialah sokongan majoriti boleh ditentukan dengan melihat faktor-faktor di luar Dewan. Hal ini timbul kerana kedudukan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar ketika itu dipersoalkan. Mahkamah menolak hujah Nizar yang mengatakan keadaan itu perlu dibuktikan dengan mengadakan undi tidak percaya di dalam Dewan. Pada mahkamah ini bukan satu-satunya cara kerana ia boleh dibuktikan dengan cara lain. Pendekatan ini tidak salah.
Bagaimanapun ia juga tidak betul seratus peratus. Apalagi di dalam keadaan dan senario yang berlaku di Perak pada hujung Januari dan awal Februari 2009 itu. Saya berpendapat adalah lebih baik jika ia diputuskan Dewan melalui undi tidak percaya atau bubarkan sahaja Dewan supaya pilihan raya baru dapat diadakan. Dalam keadaan kalut dan mengelirukan itu adalah lebih selamat dan muktamad jika keputusan dibuat rakyat sendiri. Biar mereka menentukan.
Di sinilah perlunya undang-undang mengambil kira ketelusan dan perlunya institusi lain, termasuk istana, tidak terlibat dan terseret dalam politik. Ini menuntut perlunya peruntukan Perlembagaan dilihat dalam konteks yang ada. Bukan dilihat dengan cara yang rigid dan terpisah dari apa yang berlaku. Sebenarnya mahkamah sendiri pun, dalam beberapa kes terdahulu, pernah mengambil pendekatan sebegini. Tetapi dalam krisis di Perak ini saya fikir semua orang tahu mengapa istana dan kemudian mahkamah mengambil pendekatan yang rigid tadi.
Pertimbangan itulah yang sebenarnya perlu diambil kira. Hanya dengan itu sahajalah kita dapat memutuskan kes mana patut diikut. Sama ada kes Adegbenro (1963) yang membolehkan sokongan majoriti ditentukan di luar Dewan atau kes Stephen Kalong Ningkan (1966), dibuat melalui undi tidak percaya.
Kedua-dua kes dari Nigeria dan Sarawak itu mempunyai sebab dan senarionya tersendiri. Kedua-duanya boleh digunakan dengan syarat kita sentiasa ingat sifat kerajaan di dalam sistem kita; khususnya sifat demokratik kerajaan itu. Ibarat mengambil hukum; kita perlu tahu sebab dan latar belakang sesuatu kaum itu. Bukan main pakai untuk mengesahkan kedudukan dan kepentingan kita. Sesiapa yang pernah mengerjakan haji tentu faham mengapa di sana, sewaktu tawaf umpamanya, kita tidak memakai mazhab Shafie dalam soal pembatalan wuduk.
Ini yang gagal dihuraikan lima hakim dalam keputusan dua minggu lalu itu. Saya berasa aneh apabila mereka hanya mengeluarkan satu penghakiman sahaja. Saya menduga bahawa mereka, meskipun sepakat dalam soal keputusan akhirnya, tentunya mempunyai sisi-sisi tertentu perlu dihuraikan. Tetapi ini tidak berlaku dan menyebabkan undang-undang perlembagaan kita berundur ke belakang hari itu.
* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun.
Dipetik daripada Sinar Harian Online
Lompat Masuk Pas Tak Pa Jangan Masuk BN
Bagaimana pula jika wakil rakyat lompat masuk Pas? Ini kata Tok Guru dalam laporan Sinar Harian Online;
Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin yang ‘melompat’ dari parti lain untuk menyertai Pas dianggap sebagai sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut Islam.
“Orang Melayu yang kembali kepada Pas, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka berasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama,” katanya.
Beliau turut menyifatkan masalah lompat parti yang berlaku dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai masalah dalaman parti itu dan berlaku di luar dugaan.
“Kita pilih apa sekali pun, pilih orang, jadi suami, isteri, kawan, mana kita nak teka dalam perutnya waktu kita pilih. Kita dia sebab kita rasa dia ni betul. Tetapi dalam perutnya kita tidak tahu macam mana. Wallahualam,” katanya. Baca di sini
Baca juga;
Tiada peluang Zulkifli kembali kepada Pas-Malaysiakini
Zulkifli 'larikan diri' dari lembaga disiplin-Malaysiakini
Pembelaan PERKASA: Untuk apa dan siapa?
Angkatan Muda Keadilan Selangor mempertikaikan agenda perjuangan PERKASA yang kononnya berjuang untuk orang Melayu. Motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan. Malahan sasaran terpilih PERKASA yang hanya dilihat vokal dan lantang hanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menjadi suatu misteri.
Demontrasi dan memorandum bantahan yang dikemukakan adalah sekadar gimik politik murahan yang dipimpin oleh ahli politik yang semakin dipinggirkan. Isu untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu juga seolah-olah hanya wujud di negeri-negeri Pakatan Rakyat sedangkan PERKASA perlu tegas dan berani membawa tuntutan kepada kerajaan pusat yang kini di bawah UMNO/BN.
AMK Selangor juga mempertikaikan untuk apa adanya PERKASA sedangkan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah termaktub dan dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malahan isu mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu yang kononnya PERKASA perjuangkan sebenarnya lebih banyak terhakis hilang hak keistimewaan tersebut di bawah pemerintahan UMNO/BN semenjak 50 tahun.
PERKASA ingin dilihat kononnya berjuang membela nasib orang-orang Melayu yang katanya kian terpinggir. Namun, ia sebenarnya lebih sekadar gimik dan modal politik yang diperkudakan untuk meraih populariti di kalangan orang-orang Melayu apabila jelas UMNO kini semakin ditolak oleh rakyat dan orang-orang Melayu sendiri. Adalah ditegaskan jika benar PERKASA mahu membela nasib orang Melayu desakan kuat dan tuntutan perlu disasarkan kepada parti pemerintah negara ini yang mana gagal membangunkan dan memperkasakan kekuatan bangsa Melayu daripada aspek ekonomi, sahsiah, minda dan politik sejak 50 tahun lepas.Generasi muda kini melihat agenda politik berjuang sekadar untuk membela nasib sesuatu kaum adalah bersifat untuk kepentingan sendiri dan elit-elit tertentu. Sedangkan agenda memperkasakan rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini perlu menjadi keutamaan bagi memastikan negara ini hidup bersama secara harmoni dan berkasih-sayang. Malahan agenda pembanterasan jenayah rasuah dan memperkukuh nilai keadilan dalam pentadbiran adalah keutamaan untuk membina negara ini memacu pertumbuhan dan kemakmuran negara.
Kewujudan PERKASA itu sendiri yang cuba menjadi alternatif kepada perjuangan UMNO apabila parti itu gagal memainkan peranan utamanya semakin banyak kelihatan. Rasa muak rakyat kepada politik UMNO yang ditunjangi oleh gejala politik wang dan kelemahan idea gagasan besar menyebabkan agenda pembaharuan negara tidak berjalan dengan lancarnya. Yang pasti, PERKASA adalah perkakas kepada UMNO jika dilihat mirip dan modus operandi apa yang kononnya diperjuangkan. Justeru rakyat diharap tidak mudah terperangkap dengan agenda mereka kerana tujuan dan motif perjuangan mereka amat kabur dan mengelirukan.
Kita mempertikaikan apa motif PERKASA yang hanya lantang di negeri-negeri Pakatan Rakyat tetapi membisu, lesu dan kaku apabila berada di negeri-negeri di bawah kerajaan UMNO/Barisan Nasional. Ke manakah suara pembelaan PERKASA apabila melihat nasib Bahasa Melayu semakin dipinggirkan? Ke manakah pembelaan PERKASA tatkala undang-undang Islam dipermain-mainkan apabila Mahkamah Syariah dianggap tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil? Ke manakah suara-suara vokal PERKASA apabila pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang berbangsa Melayu terpalit dengan pelbagai skandal moral, rasuah dan penyelewengan kuasa?
Justeru, AMK Selangor sekali lagi mengingatkan agar rakyat bijak dan pintar menilai agenda sempit yang dibawa oleh PERKASA dari masa ke masa. Mereka berjuang kerana apa dan untuk apa sedangkan sudah sekian lama hak dan keistimewaan orang-orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak sekian lama. Bangsa Melayu kian terpinggir dalam dunia persaingan sejagat berpunca antara lain kegagalan UMNO sendiri selaku pentadbir negara selama 50 tahun ini gagal menterjemahkan Islam sebagai cara hidup atau "Ad-Deen" serta tidak melaksanakan ajaran Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya di negara ini.
Akhirnya, kita menggesa agar suara-suara vokal dan lantang PERKASA juga hebat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional. Isu pembelaan Melayu tidak boleh bersifat selektif yang didakwa kononnya hanya wujud di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Malahan perlu hebat dan gah juga suara-suara pembelaan kepada bangsa-bangsa lain. Ingatlah jika Melayu dan Islam adalah asas kepada hubungan akrab persaudaraan sebangsa dan seagama, berlainan agama dan bangsa adalah asas hubungan akrab persaudaraan sesama manusia pula.
*Kenyataan media oleh Mohd Ezli Mashut selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor.
Brahim Ali yang jadi Presiden Perkasa mungkin menyedari peluangnya untuk bertanding lagi di Kelantan sudah tidak ada dan punah gara-gara sikap beliau yang 'menuang racun' kepadaPas yang bagi muka kepada Brahim Ali.Umno pun dah tak percaya lagi kepada Brahim.Jalan terbaik buat Brahim ialah dengan menubuhkan NGO yang bernama Perkasa sebagai alternatif sekiranya peluang Brahim untuk bertanding dah tak ada dalam pru-13 akan datang Brahim boleh lah giat aktif dalam Perkasa sepenuh masa!
Perkasa hanya dianggotai oleh orang-orang yang tak kenal siapa Brahim Ali yang sebenarnya.Di Kelantan ,rakyat Kelantan tak kenal Perkasa tapi mereka tahu siapa manusia yang bernama Brahim Ali.
Baca juga;
Pas will not field Ibrahim Ali in next general election -Harakahdaily
Pas Parti Duit?
Begitu yang yang jadi peniaga mereka turut menyumbang kepada Pas atas nama fisabilillah atau zakat untuk bantu Pas tambahkan sumber kewangan.Kalau harap duit yuran ahli berapa sen sangat Pas dapat.
Kata Ust Zolkharnain dalam blog beliau;
“Syeikh, PAS tiada masalah dengan dasar tetapi PAS akan rosak kerana orangnya. Anta laku dalam PAS bila anta banyak duit atau orang nampak anta pandai cari duit. Bila itu semua tidak ada, anta tunggulah. Sealim mana pun, anta tak akan dapat tempat.”
Panjang benar luahan hatinya. Entahlah, saya tidak berani mengiakan seratus peratus dakwaan itu. Namun, sekali pandang terasa benar juga dakwaan itu.
“Ini pengalaman ana syeikh…!” katanya. Ungkapan itu menjadikan saya mengakui bahawa apa yang didakwanya itu adalah benar. Mencecah 95 peratus.
Mendengar kata-katanya itu, ingatan saya pantas menangkap wajah beberapa individu kenalan saya. Suatu masa, ketika mereka berduit mereka disanjung dan dihormati. Nama mereka disebut dimana-mana. Kadang-kadang tersedak air pun nama mereka disebut.
Namun apabila mereka ditimpa musibah dan tidak mampu lagi menyumbang kepada PAS, mereka tidak disebut lagi. Nama orang lain pula mengambil tempat mereka.
Tetapi, apabila mereka berjaya dan berduit semula, nama mereka disebut semula. Mereka disanjung semula kerana mereka kembali berduit dan boleh menyumbang semula kepada PAS.
Itu yang saya faham daripada apa yang diucapkan oleh sahabat saya ini. Telefon bimbit saya semakin berbahang, bukan sahaja kerana terlalu lama dalam talian tetapi kerana isu yang dibualkan juga semakin panas.
“Tuuutt…”, talian telefon terputus. Agaknya telefon bimbit kami sudah tidak sanggup lagi turut terlibat dengan isu yang kami bincangkan.
“Macam ni syeikh…, PAS sekarang ni, ada kawan tetapi tidak pandai berkawan. Ada musuh tetapi tidak pandai berkelahi…”Baca di sini
Umno Semua Ok!
Khairy sampai sekarang belum dilantik menjadi anggota kabinet dalam kerajaan BN.Kalau tak ada masalah kenapa Khairy tak dilantik jadi Menteri sedangkan anak Tun Mahathir, Mukhriz yang menentang beliau rebut jawatan Ketua Pemuda Umno tapi kalah dilantik jadi Timbalan Menteri?Mungkin Khairy tak mau pegang apa-apa jawatan Menteri hanya mau jadi Ketua Pemuda Umno saja!Baguih sungguh si Khairy. Media pro Umno cuba sebaik mungkin menutup segala sengketa dalam kepimpinan Umno,balut kemas-kemas supaya rakyat tidak tahu bahawa Umno sedang bergelut sesama sendiri merebut jawatan dalam parti dan kabinet kerajaan.
Rakyat diperbodohkan media mereka dengan menyiarkan berita-berita palsu ,adu domba dan batu api supaya segala keretakan dalam Umno-bn tidak diketahui rakyat.
Lapor Malaysian Insider;
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjelaskan pergerakan itu tidak berhadapan dengan sebarang krisis dalaman, sebaliknya pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini hanya merupakan satu “kunjungan hormat”.
“Memang ada banyak spekulasi tentang pertemuan hari ini, saya ada membaca pelbagai portal hari ini. Tetapi kita kena faham bahawa pertemuan kami dengan Perdana Menteri secara kebetulan diadakan selepas pelbagai spekulasi muncul,” kata beliau kepada pemberita di pekarangan Pejabat Perdana Menteri.
“Ia tiada kaitan dengan mesyuarat exco kami yang lepas, ia bukan pertemuan untuk menyelesaikan krisis sebab tiada krisis langsung. Jelas, pertemuan hari ini berkaitan dengan masa depan kami,” kata beliau sambil menambah pergeseran dalaman pergerakan itu tidak disentuh langsung dalam pertemuan dengan Najib.
Khairy juga berkata banyak isu menyentuh pergerakan telah disentuh tetapi perbezaan pandangan akan terus wujud.
“Sebagaimana salah seorang exco saya sebut bahawa saya tidak menguruskan sebuah PIBG, tetapi sebuah organisasi politik dengan 700,000 ahli, salah satu organisasi politik paling berpengaruh di negara ini, jadi sudah tentu akan ada perbezaan pandangan. Sebagai Ketua Pemuda, saya kena terima,” katanya.
Khairy mengetuai Pemuda Umno sejak Mac lalu.
Khairy berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan dengan Najib ialah peranan yang boleh dimainkan oleh golongan muda dalam Umno.
Beliau memberitahu Najib telah meminta pergerakan itu mengemukakan syor berkaitan dengan pelbagai dasar kerajaan.
Pertemuan dua jam dengan Najib ini dihadiri oleh kesemua exco dan ia diadakan kira-kira dua minggu selepas perbincangan “panas” ekoran kenyataan seorang exco, Hishamuddin Yahya telah meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana tidak menunjukkan kepimpinan efektif.
Menarik;Masya Allah! Dia kata, Umno tak lagi anggap agama dan politik berbeza-Penarik beca
Selepas 48 jam sah MB,15 hektar kebun musnah-harakahdaily
KJ nafi jumpa PM kerana 'krisis' Pemuda-Malaysiakini
Rabu, 17 Februari 2010
BN Kelantan edar risalah burukkan Ku Li di sekolah
Barisan Nasional (BN) Kelantan dipercayai menggunakan agensi pelajaran negeri untuk menyebarkan risalah di sekolah-sekolah bagi memburuk-burukkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah ekoran pendirian beliau bahawa Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak
Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya ada menerima risalah berkenaan sejak seminggu lalu terutama selepas Tengku Razaleigh berucap pada satu forum mengenai isu pertikaian wang royalti di sini bulan lalu.
“Ya, memang risalah itu telah diedarkan... ramai guru dapat risalah yang memburuk-burukkan Tengku Razaleigh. Bahkan ramai juga murid-murid yang dapat risalah ini,” kata seorang guru sebuah sekolah yang terletak di Kota Baru.
“Kalau tak silap saya, risalah ini keluar tidak berapa lama (hari) selepas Tengku Razaleigh mengadakan ceramah royalti di stadium (bulan lalu),” kata guru berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan.
Dia memberitahu ada pihak tertentu yang telah menghantar risalah berkenaan ke sekolah untuk diedarkan kepada tenaga pengajar dan murid-murid.
Seorang pemimpin Umno bahagian ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan mengedarkan risalah ini ketika ceramah royalti anjuran Umno Jumaat ini.
Ceramah akan disampaikan oleh Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Risalah itu memuatkan pandangan Tengku Razaleigh bulan lalu dan juga ketika di Parlimen pada tahun 2000 dengan tajuk besar "Ku Li tipu rakyat, Tok Guru Kena Tipu Pulak!"
Gambar Tengku Razaleigh dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dimuatkan pada risalah itu.
Sementara itu rakan kepada guru tersebut pula memberitahu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seolah-olah telah dipergunakan untuk memainkan peranan tersebut.
“Sebab pegawai-pegawai dari JPN bahkan PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) ada bercakap pasal ini. Kalau hendak dikira itu tidak berkait langsung dengan bidang mereka,” kata guru berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Awi.
Sambil itu beliau memaklumkan satu pertemuan dinamakan Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) telah diadakan di salah sebuah hotel dekat sini 1 Feb lalu.
Perkara yang disentuh pada pertemuan tidak pasti tetapi ia dihadiri oleh Mustapa sendiri.
Difahamkan selepas persidangan berkenaan satu perjumpaan khas Mustapa bersama pegawai JPN dan pengetua-pengetua sekolah turut diadakan.
“Pada perjumpaan khas itu memang ada bercakap pasal royalti. Setakat itu saja dapat saya beritahu. Dan, pengedaran risalah memburuk-burukkan Ku Li itu memang ada.
“Orang tengok pun pelik
Zul Lawyer Atau Lawyer Zul?
Kalau tanya Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Bharu mungkin dia tau sebab dia pun orang Kedah.Tapi Zul ni dia betoi-betoi punya Lawyer bukan loyar buruk.Tapi sejak timbul isu kalimah Allah,tidak serasinya Zul dalam PKR dan Pakatan Rakyat.Menyerang rakannya daripada Pas dan PKR cakap-cakapnya menunjukkan sama saja taraf pemikirannya macam nama-nama bergelar yang disebut di atas.
Zulkifli Nordin bila timbul isu Kalimah Allah beliau menyerang hebat MP Khalid Samad kerana tak sehaluan dalam isu Kalimah Allah dan bertindak buat report polis terhadap Khalid Samad kononnya Khalid Samad menghina Sultan Selangor dan enakmen agama Islam di Selangor.
Dah penat berkelai isu Kalimah Allah beliau beralih arah pula menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kononnya telah menyisihkan orang Melayu dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.Beliau pun dipanggil pihak TV3 untuk kutuk parti sendiri dan Pakatan Rakyat.Beliau bagi peluru free kepada media Umno untuk serang rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Terkini Zul serang pula Tok Guru Nik Aziz dalam isu melompat parti.Lapor mStar Online;
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.
Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.
"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.
"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini semalam.
"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.
"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) ini tak wajar, sepaptutnya melihat dulu sejarah beliau sendiri dan melihat kepada politik sekarang yang tidak terlalu mengikut parti," katanya.-mStarOnline
Pendek kata semua orang tak betoi yang betoi MP Zul sorang saja. Perangai macam MP Zul ni kalau tempat kenduri dalam kampung mesti ada sorang dua yang berkelakuan macam tu. Sembangnya deras,kuat dan berapi-api tapi satu kerja tempat kenduri haram tak tolong,yang pandai kondem orang sana - sini.Kalau cerita bela lembu dia kata dia pun bela lembu punya banyak lintas jalan sampai jem jalan!Cerita jual rebung ,dia kata dia tanam rebung sampai 10 ekar punya banyak macam tanam pokok getah!
Orang kampung memang meluat perangai orang macam ni, tapi nak halau dah sekampung dan mereka pun dah faham dah perangai dia macam tu jadi cakap apa pun orang tak pakai dah! Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kalau Pas tak betoi,PKR tak betoi Dap pun tak boleh pakai ,Zul dok tunggu apa lagi? Caa Aliff Buut la...
Berkaitan;
Ada 'Firaun kecil' cuba singkirkan saya dari PKR-Zulkifli Noordin-Bernama
Zulkifli Noordin persoal tarikh kesnya didengar-Malaysiakini
Syed Husin:Ini memang kerja Zulkifli !-Malaysiakini
Presiden Pas sekeluarga selamatkan orang lemas

MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.
(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)
Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.
"Hari itu, lepas solat Asar Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belabor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.
Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.
Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.
Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.
"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.
"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.
Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.
"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.
"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."
Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.
Harakahdaily
Tahniah Tok Guru Presiden!
Wakil rakyat lompat parti tanggung dosa- Mohd Asri

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, individu terbabit harus bertanggungjawab terhadap pemilihan rakyat berdasarkan parti politik yang diwakilinya.
“Individu terbabit perlu meletak jawatan sekiranya ingin lompat parti dan pilihan raya kecil baru perlu diadakan untuk melantik pemimpim lebih baik.
“Rakyat pilih mereka kerana percaya parti politik yang diwakilinya dapat memberi perubahan terhadap kawasan mereka,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam.
Mohd Asri berkata, pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkredibilti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.
“Walau bagaimanapun, sekiranya pemimpin tersebut dipilih bersandarkan ketokohannya,ia tidak memberi kesan kerana rakyat mempercayai kepimpinan individu terbabit selain parti politik yang diwakilinya.:
“Perkara ini juga perlu dijelaskan agar kesamaran tidak timbul untuk mengelak salah faham dalam kalangan rakyat,” katanya.:
Lewat kebelakangan ini, terdapat khabar angin bahawa 10 ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan lompat parti bagi menyertai Barisan Nasional dan Parti Cinta Malaysia (PCM) .
Isu ini bermula apabila tiga ahli PKR Perak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas Februari tahun lalu.
Terbaru, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak jawatannya pada 12 Januari lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Sinar harian online




