Khamis, 20 Mac 2014

Kena jadi macam Ezam Mohd Nor baru boleh hidup dalam Umno

Ni pandangan veteran Umno yang juga penulis blog Zaharin Mohd Yaasin (gambar bawah) isu perlantikan Ezam Mohd Mor sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan dengan gaji RM15,900 sebulan,elaun dan kemudahan kereta oleh Najib Razak;

"Agaknya jika dulu, salepas kena pecat dari Umno, saya masuk PKR, lepas itu saya keluar PKR dan kutuk sikit anwar ibarahin, hari ini tentu saya kaya raya, apa saya minta semua saya dapat, cuba tengok nallakarupan, ezam mohd noor zahid mat arif, lokman nor adam, zahrain hashim, zulkefli noordin dan banyak lagi, ini orang2 yg menyantau umno tahun 98, sekarang nak jadi bomoh pula kononnya nak ubatkan Umno, tp bukan bertambah baik, sebaliknya dah mula nazak. kerana memaki2 anwar Ibrahim dan tak jadi pelik, mereka juga nanti akan memaki hamun najib razak."

Tapi ada jugak yang dalam Pas tak masuk Umno tapi mesra dengan pemimpin Umno, baik dengan Najib tubuh NGO,dapat bantuan kewangan,dapat ikut Najib pi Mekah.Kini suara beliau dalam Pas dah hanyut dengan kemewahan yang dimiliki.

Betoi kata oghang tua-tua dalam dunia ni dua benda kena beringat pompuan dan duit,serban pon boleh jatuh.

Rabu, 19 Mac 2014

Ke mana menghilangya MH370?

Hampir dua minggu sudah pesawat MAS Boeing 777 MH370 hilang.Tiada tanda-tanda pesawat tu akan dijumpai dalam masa terdekat.Yang ada hanya kabar angin samaada daripada media antarabangsa mau pun tempatan dengan segala teori yang hanya menambahkan kesedihan keluarga mangsa pesawat Mas yang bawa 239 penumpang dan anak kapal.

Najib dilihat begitu gabra dan ketakutan berhadapan dengan media dan wartawan antarabangsa yang mahukan jawapan yang meyakinkan , tapi semua tu kini diserahkan kepada pemangku Menteri Pengangkutan Hishamuddin Hussein.Najib dah tak mampu lakukan apa-apa lagi isu MH370 hilang.

Najib hanya kata kini pencarian dilakukan di koridor Utara dan Selatan termasuklah di Kyrzghtan,Kazahktan,Uzbezkistan,Turkmenistan yang jugak berdekatan dengan negara Monggolia tempat tumpah darah wanita cantik yang dibunuh dengan dibom hingga berkecai tapi tak tau sapa yang bunuh Altantuya.Negara Monggolia tak dimasukkan sebagai kawasan yang perlu di cari.Najib jugak dicop sebagai orang yang tak dak otak dan penipu oleh media antarabangsa akibat yang jawapan yang flip-flop.

Semua negara dunia menjadi bingung malah ada jugak yang jadi bengong dan bangang buat kerja bodo dengan jemput Bomoh1Msia yang hanya cari publisiti murahan guna teropong buluh,bubu,buah nyok untuk cari pesawat MH370.

Sebanyak 21 negara pakat cari tapi tak jumpa-jumpa..ni satu perkara hairan bin ajaib sedangkan negara seperti Amerika Syarikat,Australia,China punyai peralatan satelit,tekonologi dan senjata yang canggih untuk kesan walaupun sebesar semut yang melintas di udara,darat dan laut.

Jika pesawat MH370 dirampas ..siapa yang rampas,apa tujuan mereka..kenapa tak mintak wang tebusan atau apa-apa saja yang mereka mau?Jika meletop dan jatuh ke laut dan darat di mana bangkainya?

Bala datang bertimpa-timpa kepada negara kita.Segala bala bencana yang menimpa negara kita adalah hasil dan kerja tangan kita sendiri bukannya pihak lain.

Baca jugak;
Negara2 gerakkan aset ke dua koridor untuk cari pesawat MH370-M'insider.

Isnin, 17 Mac 2014

Konsert liar di Bukit Jalil ..pejuang kalimah Allah awat senyap?

Konsert Future Music Festival Asia di stadium Bukit Jalil yang diwarnai pesta makan dadah dan arak berakhir dengan 6 kematian.Ada Melayu ,Cina dan India jugak warga Singapura.Mereka yang mati ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Saja nak tanya mana pi pejuang kalimah Allah..awat senyap?Ingat depa tu mati syahid ka?Mulut dah kena gam kasut ka?

Pesta liar tu rupanya diadakan setiap tahun tapi cuba disembunyikan daripada pengetahuan masyarakat.Tapi macam mana puluhan ribu boleh hadir ke konsert tu walaupun dibuat secara senyap-senyap?

Dua Pak Menteri yang ada hubungkait dengan kementerian mereka mesti bertanggungjawab atau letak saja jawatan yang hang pa pegang.Dato' Seri Mohamed Nazri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ,Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (dulunya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek .

Budaya apa yang yang hang pa nak jamu kepada anak muda Malaysia?Kalau nak sangat syok pon cukup la takat anak bini hang pa saja bukan jadikan anak muda kita ketagihan dadah dan arak dalam pesta yang amat memalukan umat Islam dan negara.

Hidup Melayu!Hidup 1Malaysia!,,Ketuanan Melayu telah lingkupkan anak semua bangsa,anak muda Malaysia dengan konsert yang dikhayalkan dengan dadah dan arak di stadium Bukit Jalil.Jangan pikirin soal mati kerana dadah,kerana arak yang penting anak muda ni jangan ambik tahu hal-hal politik negara.

Baca juga;
Ambil dadah masa konsert ,14 masuk hospital-M'kini

Sabtu, 15 Mac 2014

Siapa bakal MB selepas PRK Kajang?

Memang tak dapat dinafikan kini dalam PR yang terdiri daripada tiga gabungan parti Pas ,PKR dan Dap ada yang dah tak sebulu dengan sikap MB Selangor Khalid Ibrahim gara-gara MOU air Selangor dengan pihak kerajaan BN di pusat.

Katanya Khalid dilihat banyak buat keputusan sendiri dan belakangkan keputusan mensyuarat exco dalam apa jua perkara.Malah keputusan pimpinan tertinggi PKR pon beliau tak layan.Memang dulu Khalid dapat sokongan kuat daripada Pas untuk pegang jawatan MB Selangor mengatasi saingan musuh beliau dalam parti sendiri Azmin Ali.Kini yang sokong beliau dalam Pas dah berbelah bagi terhadap Khalid untuk terus kekal sebagai MB.

Cakap-cakap pimpinan Pas di Selangor kini banyak tak puashati terhadap pentadbiran dan pengurusan Khalid walaupon beliau dulu dianggap taiko dalam bisnes.Imej kedekut beliau tak berjaya puaskan hati orang parti tapi beliau seolah-olah syok sendiri kerana ingat rakyat bawahan sokong beliau 100 persen.Apa nak dibangga dengan RM2 bilion jika tidak dibelanjakan.

Banyak kontraktor kecik 'sakit perut' apabila sebarang bantuan barangan runcit untuk rakyat bawahan yang kenyang hanya Tesco,Giant,Econsave dan lain-lain gergasi runcit bukan diberikan peluang kepada kontraktor kecik yang lain.

Sikap ini lebih mirip kepada bekas MB Kedah yang dah meninggal dunia.Apabila pimpinan parti kritik arwah MB Kedah di hadapan penyokong parti maka mereka akan tunjuk sikap marah kerana tuduh orang yang kritik arwah MB Kedah sebagai gila kuasa!Sebenarnya tidak tapi untuk selamatkan parti dan PR di Kedah bukannya gila kuasa.Tapi akhirnya nasi dah jadi bubur Pas dan PR di Kedah terkejut beruk apabila kalah dan hilang kuasa di Kedah.Contoh tengok nasib KUIN di Kedah .Belanja dan hutang buat KUIN hampir RM330 juta tapi bayaran balik katanya RM700 juta.Akibat Kedah dah tak dak duit Mukhriz terpaksa lepaskan Maktab Mahmud kepada kerajaan pusat .

Jika Khalid tiru perangai yang sama maka masa depan Selangor akan dibaham BN dalam pru 13 akan datang.

Siapa patut jadi MB seterusnya untuk ganti Khalid bagi selamatkan PR di Selangor?Memang dalam Pas masih ada yang setia sokong Khalid..ya sokong sebab depa takut jawatan yang mereka pegang dalam GLC kerajaan Selangor terlepas ke tangan orang lain jika bertukar MB..Sebab tu ada yang rasa 'lega' bila Anwar terlepas peluang jadi calon di Kajang..terlepas peluang jadi MB.

Azmin Ali main 'politik bodo' dengan Pas..maksudnya kurang mesra dengan Pas sebab tu beliau tak dapat sokongan Pas untuk jadi MB.Ni kelemahan Azmin yang patut diubah.

MH370 dan panas kering: Bukan bala tapi kesilapan teknikal?

Ada yang kata apa yang berlaku kepada pesawat MH 370 tu bukan bala tapi kesilapan teknikal,salah pilot,kena rampas....panas kering berbulan2 tu sebab perubahan tiupan angin monsun,jerubu yang mengancam kesihatan tu sebab pembakaran terbuka di Sumatera..pagi ni dok baca Al Quran Tafsir Ar Rahman surah Ash-Shuraa ayat 30 dan 31 yang bermaksud :

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan."

Kini kita pakat solat hajat mintak Allah kabulkan hajat kita supaya fenomena cuaca luar biasa ni kembali normal,mintak hujan turun,mintak MH370 dapat dijumpai dan yang jadi mangsa masih hidup...Apakah ni semua bukan bala hanya fenomena biasa saja ,bukan ujian Allah swt ke atas kita?

Wallahu a'lam

Jumaat, 14 Mac 2014

Bomoh 1Malaysia nak terajang KJ macam bola..ajak fight :-)

Gila ada macam-macam gila tambah-tambah oghang jahil.Aku bukan la nak sokong KJ tapi tengok cara Bomoh ni cakap mengarut dan cakap besaq sebab kononnya ada anak murid setengah juta.
Yang pasti bomoh ni dah malukan seluruh rakyat Malaysia,agama Islam dan oghang Melayu sendiri di mata dunia dengan buat kerja 'main-main' bawa terpong buluh,bubu ikan,buah nyoq walaupon sebagai simbolik nak cari kapal MAS MH370 yang masih belum dijumpai.Sayap MH tu saja sepanjang 200 kaki ingat kecik nak main cari dengan kelengkapan bomo ni.
Agak-agak hang KJ boleh makan ka oghang tua ni..dia sembang deraih puak hang jugak ..geng BN.Sembang deraih sebab yang ada jawatan lagi besar daripada KJ dok bela dia.Lagi satu takkan standard KJ taraf Tok Mo ja..:-)
Tok Mo kata patut dalam Umno ramai oghang tak suka KJ..tapi macam mana KJ masih menang jawatan Ketua Pemuda Umno takkan KJ pon guna ilmu hitam jugak?
Tapi kalau Tok Mo letak jawatan sebagai Mahaguru bukan takat KJ boleh lawan dia..anak murid Tok Mo pon picit teloq dia..:-)

Tengok video di bawah ni..

Khamis, 13 Mac 2014

Najib tak mampu gelak dan senyum sampai telinga Anwar dihukum penjara 5 tahun

Negara kita kini dilanda pelbagai bala yang membimbangkan kita semua.Bala panas kering yang melampau,hutan terbakar,jerubu yang bisa menjejaskan kesihatan kita.Pemimpin politik jugak dilanda bala mungkin kerana mereka cakap tak serupa bikin ,perebutan kuasa dan jawatan demi kroni ,projek dan anak bini.

Lihat 7-3-14,Mahkamah Rayuan Putrajaya jatuhkan hukuman penjara setelah bersidang dua hari dengan tiga hakim jatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR kerana kononnya 'meliwat' bekas pembantunya si Saipul.Sebelumnya pada 9-1-12 hakim Mahkamah Tinggi Jalan Duta mendapati Anwar tidak bersalah dalam kes tersebut dan melepaskannya.
Kata kawan aku.."jika betoi pun Anwar buat kerja kutuk tu sudah tentu dengan suka sama suka tapi kenapa si Saipul tak dikenakan hukuman yang sama?"

Najib dan BN sudah tentu gembira dengan hukuman yang dikenakan kepada Anwar,bergembira kerana berjaya sekat kemaraan Anwar di PRK Kajang yang kini ditandingi Dr Wan Azizah isteri Anwar.Masih ingat dengan projek 16 Sept di mana ahli parlimen BN dah berpakat untuk berpaling tadah tapi gagal apabila Umno bawa lari ahli parlimen BN untuk makan angin di Taiwan.Begitulah politik...

Hukuman yang dikenakan kepada Anwar tak mampu ketawakan Najib ...ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..Boeing 777 MH 370 pada Sabtu 8-3-14 didapati lenyap dan jadi misteri hingga ke hari ni..Kini dah masuk hari ke 6 pencarian pesawat malang tu yang bawa 239 penumpang hilang tah ke mana jadi misteri yang 'menakjubkan' seluruh dunia.

Najib makin berserabut kerana ditekan pemimpin seluruh dunia dan media antarabangsa kerana pihak Malaysia yang bercakap kepada mereka beri kenyataan yang berbeza-beza antara satu sama lain.Mereka semakin hilang kepercayaan kepada pentadbiran Najib yang dianggap lemah dan tak tahu apa-apa selain panggil bomoh, bot nelayan,cakap orang tepi laut sebagai pencarian pesawat malang tu!

Apa pon marilah kita terus berdoa semoga kehilangan pesawat Mas MH370 tu dapat ditemui segera.Bala datang tak kira siapa sama ada orang beriman atau tidak ..ni semua akibat tangan-tangan kotor yang berkuasa bertindak zalim kepada rakyat,kepada musuh politik mereka hanya demi untuk terus berkuasa.

Rabu, 12 Mac 2014

Najib beli ayam RM1 ja..Rosmah pi Dubai sekali ngap RM400,000..Porrah!

Najib ulas isu pesawat Mas MH370 hilang jadi misteri dengan berkata isu ni jadi iktibar kepada kita ,pengajaran untuk kita masa hidup susah dan senang ..ni semua ketentuan qada dan  qadar ilahi..dalam Tv Al Hijrah.
Tengok-tengok bini Najib Rosmah Mansor dalam masa yang sama didedahkan perabih duit ke Dubai tahun lepas Rm400,000 yang didedahkan dalam parlimen hari ni.Balun duit rakyat suka hati qada dan qadar ilahi ka?

KOS ROSMAH KE QATAR LEBIH RM 400,000-Malaysiakini
MP Seremban, Anthony Loke hari ini mempertikaikan perbelanjaan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya ke Qatar pada tahun lalu yang menelan belanja lebih RM400,00 seperti disahkan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau merujuk kepada soalannya yang dijawab Shahidan (kanan), yang menjelaskan bahawa kos penerbangan Rosmah ke 4th Qatar International business Women Forum pada November lalu sebanyak RM426,489.46.

Shahidan menjelaskan kos itu terdiri daripada kos bahan api sebanyak RM196,614.31 dan RM229,875.15 untuk kos navigasi, terbang lintas dan agen pengendalian darat.

Menurut Loke, ia adalah satu pembaziran apabila dibandingkan dengan tiket pergi balik kelas bisnes menggunakan penerbangan Qatar Airways dan Malaysian Airlines.

"Di mana moral dia (Najib) cari ayam RM1 tetapi isteri dia menggunakan perbelanjaan kerajaan secara keterlaluan," katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan Najib membeli ayam berharga RM1 seekor sewaktu menyampaikan anugerah kedai harga patut kepada pasar raya besar NSK, semalam.

PM cap ayam plus Menteri cap ayam

Malaysia amat malang ada seorang PM yang bernama Najib Razak.Sebelumnya Najib digelar PM kangkong.
Bukan takat PM saja dah jadi cap ayam semua jemaah menteri dah jadi cap ayam!Pesawat MH370 yang dah lima hari hilang hingga kini belum dijumpai.Para pegawai yang bercakap kepada media bagi kenyataan yang berbeza-beza antara satu sama lain lepas tu pakat nafi kata itu dan ini.Memalukan.
Ketika 9 negara lain bertungkus lumus cari pesawat tu tup-tup ada orang atasan jemput Bomoh 1Malaysia untuk teropong MH370 ada di mana dengan gunakan teropong buluh di airport KLIA!Hello ingat ni filem Laksamana Do Re Me ka main teropong ajaib teropong nampak Jason King tengah berak dalam jamban!

Selama ni bukan main lagi media Malaysia yang dikongkong kerajaan BN putar belit isu semasa negara kepada rakyat tapi depa ingat media antarabangsa pun boleh pecaya macam sesetengah rakyat Malaysia pecaya bulat-bulat apa yang beritahu media BN.
Bayangkan nilai nyawa manusia 227 orang tu pon mereka boleh permainkan macam tu ja.Najib buat-buat ubah tajuk beli ayam RM1 seekoq ..apa daaa.



Selasa, 11 Mac 2014

Najib perbodohkan rakyat beli ayam harga RM1

Tengah rakyat rasa sedih,duka dan bimbang akan nasib penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 4 hari yang lalu Najib PM Malaysia buat lawak bodo dengan kononnya beli ayam dengan harga RM1 tapi dengan syarat bijak membeli.

Lapor Malaysiakini;
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihatkan orang ramai membeli belah secara bijak sebelum mengadu berhubung kenaikan harga barangan.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian selepas membeli seekor ayam berharga RM1 hari ini.
"Saya sudah beli satu, ada 999 ekor lagi," katanya sambil tersenyum.


Di kampung kini para penoreh getah makin hidup melarat kerana kejatuhan mendadak harga getah ke paras yang menyebabkan mereka tak mampu lagi sara keluarga untuk persekolahan anak-anak.Ada hang pikiaq Najib?
Betoi Najib beli ayam seringgit sekoq tapi itu hanya gimik politik bodo seorang PM.

Rabu, 15 Januari 2014

Kebencian kepada pentadbiran Najib merentasi semua, lapor Asia Sentinel

Pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak  berdepan kebencian merentasi semua lapisan daripada rakyat sehinggalah dalam Umno sendiri, lapor portal berita Asia Sentinel.
Laman tersebut melaporkan situasi sama semasa penyingkiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kini berulang lagi, memetik sumber dalaman Umno kepada Asia Sentinel.
"Kebencian sama bukan khusus kepada beberapa segmen Umno dan elit pemerintah sahaja.
"Zaman Mahathir, kebencian dan kurang senang hanya di kalangan kumpulan intelektual dan hak asasi manusia. Tetapi Najib, ia merentasi semuanya sehingga ke isterinya dan rakan-rakannya," kata Asia Sentinel yang memetik pendedahan sumber Umno.
Walaupun kumpulan blogger daripada kem bekas perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan tekanan kepada Najib, ia masih tidak memadai.
"Tangan Mahathir dan Daim (bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin) di merata-rata tempat tetapi kuncinya sekarang adalah Najib dan isterinya yang menyediakan semua peluru.
"Tanpa peluru tersebut, Mahathir sukar mengerah bala tenteranya untuk menentang Najib," kata sumber yang dipetik dalam Asia Sentinel.
Asia Sentinel dalam laporannya juga mendedahkan dua blogger kem Mahathir yang lantang mengkritik Najib, Kadir Jasin dan Outsyedthebox.
Kedua-dua blogger tersebut menurut Asia Sentinel seringkali membidas langkah dan polisi pentadbiran Najib yang dilihat banyak membazir.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin sebelum ini membidas Najib susulan kontroversi penggunaan aset kerajaan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan luar negara.
Kadir secara sinis berkata Najib perlu mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Rosmah sebagai menteri.
Selain itu, Dr Mahathir juga tidak ketinggalan membidas Najib apabila mempersoalkan keperluan Putrajaya memiliki banyak kapal terbang berbanding ketika zaman pemerintahannya.
Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang pesawat mewah sewaktu pimpinan beliau namun berpendapat kerajaan kini mempunyai wang mencukupi untuk membelanjakan kemewahan tersebut.
Tahun lepas, Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa Putrajaya kini memiliki sekurang-kurangnya tujuh kapal terbang, termasuk jet kelas perniagaan Boeing.
Kapal terbang itu digunakan oleh VVIP termasuk Yang Dipertuan Agung dan perdana menteri. Ia termasuklah Falcon, Global Express, jet kelas perniagaan Boeing, Blackhawk, 2 Augusta dan Fokker F28.
Menurut Asia Sentinel lagi, suara-suara marah rakyat serta beberapa pemimpin dalam Umno tersebut juga berpunca daripada pemotongan beberapa subsidi yang diberikan kerajaan baru-baru sehingga mengakibatkan kenaikkan harga barang yang mendadak.
Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.
Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.
Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013. – 14 Januari, 2014 .-The Malaysian Insider (MD IZWAN)

Zainudin Maideen bekas Menteri Penerangan mahu Tun Madey kembali duduk dalam kerajaan.Adakah ini menunjukkan bahawa yang mahu gulingkan Najib bukan rakyat yang berdemo bantah kenaikan harga barang yang dituduh mahu gulingkan kerajaan...tapi ada gerakan dalam Umno sendiri mahu gulingkan Najib sebagai PM?Bughah !?
Mufti Perak tersalah fatwa!