Isnin, 9 September 2013

Pemilihan Tim Pres Pas:Game makin panas

Pemuda setuju ulama jadi timbalan presiden
Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mencerminkan hasratnya untuk menyaksikan ulama mengisi jawatan timbalan presiden parti itu tidak bermakna beliau mengetepikan pihak lain.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berpendapat, memandangkan parti itu memperjuangkan Islam, maka jawatan tersebut perlu diisi dengan calon yang mendalami Islam.

“Jawatan presiden dan timbalan presiden adalah tunjang parti. Sebab itu ia perlu digalas oleh mereka yang betul-betul mendalami Islam.

“Saya setuju dengan cadangan yang beliau utarakan. Tapi bagi saya cadangan itu juga tidak membawa sebarang maksud  memperkecil atau mengetepikan peranan pihak lain yang ada dalam parti,” katanya pada Sinar Harian semalam.

Katanya, semua pihak, termasuk ulama, profesional dan aktivis, berperanan memperkukuhkan parti itu.-Sinar harian

Apa sebenarnya yang TGNA kata?Kenapa follow apa yang Utusan Meloya kata sebagai hujah?Macam mana pulak dengan komen TGNA yang kata secara mantik 'semua ahli Pas ulama cuma yang beza ialah sedikit atau banyak ilmu yang mereka ada..ekor serban panjang belum tentu cerdik politik awat tak berani komen?

Benarlah bahawa mereka cuba sedaya upaya kini untuk rebut kerusi Tim Pres daripada tangan bukan ulama supaya senang depa 'buat kerja'..

Pemuda Pas kini tidak lagi hebat sudah hilang taring hanya macam buih Coca Cola ja habih buih habis la..tak dak apa..

Jawatan besar dalam parti mesti diisi oleh mereka yang bertanggungjawab, buat kerja bukan hanya seronok pegang jawatan tapi jadi pemalas,tidak ke depan dalam apa jua isu yang libatkan parti dan negara,sedia berdamping erat dengan rakyat bukan hanya kilik kitab di masjid 24 jam.

Sabtu, 7 September 2013

Penyandang jawatan Tim Pres dan Naib Presiden Pas akan kecundang dalam muktamar Pas datang?

Penyandang jawatan Tim Pres Pas Haji Muhammad Sabu dijangka dapat tentangan sengit kali ni daripada tim ulama yang dijangka bawa masuk muka baru diperingkat nasional iaitu Nik Amar yang juga TMB Kelantan.Ada juga ura-ura bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man juga berminat dengan jawatan tersebut sekiranya Nik Amar tidak bertanding jawatan Tim Pres dalam pemilihan pucuk pimpinan Pas dalam muktamar akan datang.

Golongan yang pro ulama dan ustaz kini termasuk di peringkat Pemuda sedang bekerja keras dengan mengadakan pelbagai program seperti Liqa dan Multaqa sebagai kempen secara halus untuk naikkan golongan ustaz dan ulama dalam pucuk pimpinan tertinggi Pas.Tambah-tambah pulak pungkoq jadi semakin kembang kerana ramai tim ustaz menang dalam pru 13 yang lalu!

Seterusnya bagi perebutan jawatan Naib-Naib Presiden tim pro ulama sudah ada nama senarai calon yang dijangka dinaikkan duduk kerusi Naib-Naib Presiden,antara nama yang disebut-sebut ialah Ustaz Abu Bakar Chik,Ustaz Idris Ahmad dan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menentang tim bukan ulama iaitu Husam Musa,Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub yang kini memegang jawatan Naib Presiden.

Jawatan Presiden Pas dijangka tiada pertandingan dan terus kekal di tangan TGHA.

Sementara itu Murshidul Am Pas TGNA dilaporkan berkata ,"Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak itu (yang membezakan), mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya.
"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan dia kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya.

Bayangkan jika Tim Pres Ustaz,Naib-Naib Presiden ustaz,AJk Pas Pusat ustaz dan ustazah..syok la!

Bayangkan jugak jika yanga ada gelaran ustaz dah nazak dan kritikal tapi masih menang jawatan YDP kawasan nak kira lagu mana.Yang bodo bukan yang dilantik tapi silap orang yang memilih konon-kononya perjuangan Islam ni tak ada persaraan..awat..kalau tak ada jawatan ingat tak boleh berjuang?

Khamis, 5 September 2013

Alasan naik minyak untuk kelirukan rakyat jika pon tak bodohkan rakyat

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara." 

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat. 

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata? 

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat. 

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen. 

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang. 

Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah." 

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!-

Prof Dr Mohammad Agus Yusoff

Tak lama lagi Najib akan ditendang macam Pak Lah

Mengekalkan lagi Najib sebagai PM umpama menambah dosa


Kenaikan harga minyak yang diumumkan Najib menimbulkan keributan yang bukan sedikit rupanya. Tidak saja rakyat biasa yang mengeluh dan meluahkan kemarahan, kalangan ahli dan pemimpin Umno juga mempunyai rasa yang senada. Mereka turut kecewa dengan kenaikan itu, bukan saja kerana tiada angin atau ribut yang mengatakan harga minyak dunia meningkat tetapi juga kerana kenaikan itu diumumkan begitu pantas iaitu hanya kira-kira lebih sedikit daripada 100 hari selepas kemenangan tipis yang diraih BN dalam pilihan raya umum lalu.
Ditambah pula, dengan kemeriahan sambutan Hari Raya yang masih terasa dengan Perdana Menteri dan semua menteri kabinet dilihat begitu bergembira dengan pesta rumah terbuka berserta jamuan yang hebat di sana-sini dengan menggunakan wang rakyat, tiba-tiba rakyat mahu dibebankan pula dengan kenaikan harga minyak yang tentunya juga akan diiringi dengan pelbagai kenaikan lainnya dalam perkhidmatan dan barangan pengguna.
Oleh kerana tahun ini tahun pemilihan Umno, gah dan meriahnya majlis rumah terbuka menteri lebih jelas dapat dirasakan, terutama mereka yang mahu bertanding jawatan lebih tinggi atau mempertahankan jawatan sedia ada. Sudahlah ada rumah terbuka Perdana Menteri bersama menteri kabinet, ada pula rumah terbuka kementerian, kemudian semua agensi pula turut mengadakan rumah terbuka. Di kawasan Parlimen juga, menteri dan timbalan menteri mengadakan rumah terbuka.
Habisnya, sebulan Syawal ini jadual menteri dan timbalan menteri hanya asyik dengan rumah terbuka saja. Oleh kerana tahun pemilihan juga dan bimbang undi berkurangan, menteri turut mengambil kesempatan hadir ke rumah terbuka kementerian lainnya.
Tentu terlihat tidak sopan, setelah pemimpin berpesta dan menghabiskan duit rakyat manakala rakyat hanya dapat menatapnya melalui tv dan akhbar, tiba-tiba bebannya mahu dilonggokkan ke bahu rakyat.
Bagi sesetengah pihak, ini diskriminasi dan penindasan yang tiada tolok bandingnya. Jika diambil kira dengan pelbagai kemewahan dan perbelanjaan lainnya yang dilakukan pemimpin, termasuk kos lawatan Najib ke luar negara hampir RM50 juta, keghairahan kerajaan menukar jenama baru untuk kereta rasmi menteri dan sebagainya, kerajaan dilihat seolah-olah tidak punya perasaan langsung apabila menaikkan harga minyak ini.
Pada masa sama, kenaikan harga minyak itu juga dilakukan di tengah-tengah kebanggaan yang diumumkan bahawa Petronas pada 2012 mencatat keuntungan sebanyak RM59 bilion manakala keuntungan pada suku kedua 2013 ini pula mencecah angka RM21.9 bilion.
Dengan keuntungan sebesar itu, Najib terlihat begitu kemaruk dengan penjimatan RM1.1 bilion melalui kenaikan harga harga minyak dan memotong subsidi rakyat yang mana sebahagian besarnya penerima nikmat subsidi ini adalah orang kampung dan luar bandar yang selama ini penyokong tegar Umno serta penyumbang utama kepada kemenangan BN dalam pilihan raya lalu.
Apakah RM1.1 bilion itu tidak boleh ditampung melalui sumber lain dan lebih besar nilainya daripada menghimpit kehidupan rakyat ke kancah yang lebih sukar?
Sebaik menang piliharaya, Najib seperti sudah lupa siapa yang menyokong dan menjadikannya kekal sebagai Perdana Menteri. Lalu, dengan pelbagai keluhan dan sungutan mengenai kenaikan harga minyak ini, di manakah slogan "Kami mendengar" dan kerajaan sentiasa bersama denyut nadi rakyat yang sering dilaungkan selama ini?
Sebab itu, tidak hairan kenaikan harga minyak kali ini turut mendapat reaksi yang tidak menyenangkan daripada pemimpin Umno sendiri. Sementara ramai yang berdiam diri kerana tidak bersetuju tetapi tidak mahu meluahkan perasaan secara terang-terangan kerana bimbang periuk nasi terjejas, terdapat juga yang berani berterus-terang.
Seorang pemimpin pemuda, Lokman Nor Adam mahu Najib dan kerajaan memikirkan semula kenaikan harga minyak ini dan mencari kaedah lain untuk menampung kos RM1.1 bilion yang diperlukan untuk meneruskan subsidi minyak yang dikurangkan itu.
Di pelbagai peringkat lainnya, ramai lagi pemimpin dan ahli Umno yang turut kecewa dengan tindakan Najib ini. Mereka meluahkan kekecewaan dengan cara tersendiri. Ada yang meluahkannya melalui perbualan dengan kawan atau ketika sambil berbual-bual di kedai kopi.
Seorang pemimpin Umno yang ditemui jelas kecewa dengan tindakan Najib ini. Beliau kecewa bukan saja kerana tindakan ini dilihat menyusahkan rakyat tetapi juga membuat pemimpin sepertinya menghadapi kesukaran untuk mempertahankan keputusan Najib itu apabila dipersoalkan pengikut serta penyokongnya.
Penyokong dan pengikutnya yang rata-rata berpendpaatan rendah dan sederhana jelas begitu terpukul dengan kenaikan minyak ini kerana selama ini pun kehidupannya seharian mereka sekadar cukup makan sebagai kakitangan kerajaan mahupun swasta.
Lebih menggusarkan pemimpin tadi ialah apabila anaknya juga turut marah, kecewa dan tidak setuju dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan Najib ini. Menurutnya, apabila anaknya yang belajar di universiti turut mempertikaikan tindakan Najib berserta dengan fakta, angka dan rasionalnya, beliau menghadapi masalah dan tidak upaya berbuat apa-apa kerana pendapat golongan muda seperti anaknya itu banyak kebenarannya.
Mahu mempertahankan kerajaan serba-salah, tidak mempertahankan kerajaan pun serba-salah juga. Kita sebagai pemimpin Umno pun susah dibuatnya dengan tindakan Najib ini, rungutnya lagi.
Dengan kecenderungan Najib berbelanja mewah dan boros serta kemungkinan akan mengenakan beberapa lagi kenaikan seperti tarif letrik, pengenalan cukai GST dan sebagainya sebagai langkah mudah menyeimbangkan kedudukan ekonomi negara, beliau juga percaya kehidupan rakyat akan terus sulit dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang.
Sehubungan itu, tambahnya, mengekalkan lagi Najib sebagai Perdana Menteri hanya seperti menambah dosa saja kerana kehidupan rakyat yang sudah sedia terbeban dipercayai akan terus terbeban selagi beliau kekal di tempatnya sekarang. – shahbudindotcom.blogspot.com, 4 September, 2013.
Tak lama lagi nasib Najib akan jadi macam Pak Lah..tak percaya?Sama-sama kita tengok nanti.
Ni hujah budak-budak Umno bila harga minyak naik RM0.20 seliter..Apa la pembangkang ni minyak naik RM0.20 seliter bising,riuh rendah tuu harga rokok sekotak RM10.50 awat tak bising..

Ada sapa-apa isi minyak motor satu liter,minyak lori satu liter,minyak keta 1 liter..cuba habbaq mai..bukan semua orang hisap rokok..pakar ekonomi mana habaq kat depa buat perbandingan harga minyak dengan nilai harga tudung,harga spendar dan harga rokok?

Rabu, 4 September 2013

Si Bangang Makanan Si Cerdik

Jangan lupa penduduk luar bandar selamatkan BN PRU13, kata bekas bos NSTP

Datuk A. Kadir Jasin (pic) membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran keputusan menaikkan harga minyak semalam, serta menggesa kerajaan tidak lupa akan rakyat luar bandar yang menyelamatkan mereka pada pilihan raya ke-13 lalu.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) tersebut menegaskan kenaikkan tersebut akan menekan rakyat khususnya luar bandar, dimana keputusan pilihan raya lalu telah menunjukkan secara jelas BN terselamat kerana sokongan mereka.
"Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata, kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion.
"Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu!" bidas Kadir dalam tulisan blognya susulan pengumuman kerajaan semalam.
Beliau juga mengecam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana bersikap boros dan tidak berbelanja secara berhemah sehingga menjadikan rakyat sebagai mangsa.
"Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu.
"Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa?" katanya lagi.
Selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu, penganalisis membuat kesimpulan berlaku peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.
BN walaupun berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling sengit negara, mereka telah kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.
BN gagal untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah, negeri pedalaman dan jelapang padi itu.
Putrajaya semalam mengumumkan kenaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.-The Malaysian Insider
Si Bangang,Si bahalol makanan si cerdik yang sentiasa bercakap dengan bahasa putar alam,kaki kelentong menipu rakyat hanya dengan sepatah ayat..Rasionalisasi Subsidi!
Orang berbudi kita berbahasa,BN tarik subsidi rakyat jadi mangsa. Subsidi untuk syarikat kroni diutamakan..inilah masanya untuk sedut duit poket rakyat..pru 5 tahun lagi..

Pemuda Umno kata ..Pantau harga barangan..dah naik minyak nak pantau kepala ba wau ta wau ha apa..semua kenderaaan angkat barang guna lori dll yang dah tentu guna minyak bukan guna air paip !

Sampai tergeliat lidah pembaca berita wanita TV3 apabila sebut perkataan Rasionalisasi Subsidi malam tadi ,ulang sampai dua tiga kali..untuk kelentong kenaikan harga minyak..

Selasa, 3 September 2013

Minyak naik pemimpin Umno buat lawak bodo

Najib kata sebagai ganti kepada kenaikan harga minyak dua kupang seliter kerajaan akan tambah pemberian duit Brim dalam bajet 2014..woiit! Ingat duit Brim tu semua orang dapat, ingat bagi tiap-tiap bulan ka..Najib juga kata kenaikan harga minyak juga adalah rasional dengan nilai subsidi yang diberikan kerajaan..haha..mulut manis macam tapai bila telan jadi racun..ambik!

Najib juga kata pembangkang akan politikkan kenaikan harga minyak..sebelom kita politikkan Najib awai-awai lagi politikkan harga minyak dengan menipu dan berbohong kata tidak ada kenaikan harga minyak selepas pru 13!..dajey...Kalau tak mohong dan kaki putarbelit bukan Umno namanya..terlupa la pulak kata parti syaiton tu kaki menipu..Melayu mudah lupa..


Ni pon lagi satu contoh cakap bodo sebagai ahli parlimen yang bangang.Tu pon terhegeh-hegeh puak kita nak tebiang dengan pemimpin Umno yang memang otak macam haramjadah.Hina orang kampung yang mereka anggap hanya macai untuk sokong BN dalam pilihanraya
Jika macai dan pencacai Umno kot bawah ni cakap bodo isu kenaikan harga minyak tu memang dah tak boleh buat apa sebab dibayar upah untuk pertahankan parti syaiton tapi yang di atas tu jugak jadi pengampu Najib untuk senang dapat habuan yang lebih besar.

Apa pulak kata golongan akademik dan agama isu kenaikan harga minyak;


Lepas ni harga tol di lebuhraya pulak akan naik.Ni semua hadiah hariraya dan hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia yang tak buat apa-apa berpeluk tubuh dengan sikap kerajaan syaiton yang rakus hisap darah rakyat.

Jika di negara Indonesia,Mexico ka,Brazil ka depa tau ja harga minyak naik walaupon dua sen dah pakat keluaq ke jalanraya dah demo menentang kenaikan harga petroleum..kita?

Isnin, 2 September 2013

Masuk Umno untuk jadi kaya-Tun Madey

Dr M: Umno perlu dibersihkan, ramai masuk nak jadi kaya

Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti nanti kerana ramai yang memasuki parti tersebut semata-mata mahu menjadi kaya.
Bekas perdana menteri paling lama tersebut menggesa supaya pemimpin baru dan muda supaya diberikan peluang kerana hanya dengan langkah tersebut Umno akan dibersihkan.
"Bahkan pemimpin Umno di semua peringkat dianggap menyertai Umno bukan kerana bangsa, agama dan negara tetapi ingin memperkayakan diri.-The Malaysian insider
Apa yang disebut Tun Madey ni tidak menghairankan memang tu pon matlamat yang ada dalam Umno..ni yang tak hairan jugak ialah golongan agama yang dimulutnya penuh dengan ayat al Quran ,besa jadi ulama besar,ada jawatan tinggi dalam Parti yang lawan Umno juga berhimpit-himpit dengan Parti Umno,dengan pemimpin Umno untuk turut dapat habuan dan laba untuk kayakan diri sendiri!
Hilang jawatan merajuk dan berbaik-baik dengan pemimpin Umno,malah ada yang dah masuk Umno lama dah..kaya depa!Masuk Umno takat pacak bendera,panjat pokok,tampal poster tu dalam Pas pun ada..bodo la masuk Umno nak buat keja tu...yang tak masuk Umno tapi dok beromen dengan Umno di belakang tabir pon banyak dah..ana anta ana anta kita yang terkena .

Haha depa bohong berlanggar dengan lori taik pon kita percaya..

Khamis, 29 Ogos 2013

Nak pi Mekah ka nak pi menikah?

Apa boleh buat hanya orang macam ni saja yang ada layak pegang jawatan besar sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji..Takat tu ja boleh pikiaq sebagai pengerusi Tabung Haji?
Cadangan tu tak salah tapi tahap pemikiran tu yang dikira terlalu amat tidak layak untuk jadi Pengerusi Tabung Haji...

Kongsi Gelap wujud dah lama daaa

Siapa yang mula-mula guna kongsi gelap Cina kalau bukan orang bangsawan dan pihak istana kerana perebutan kuasa dan lombong bijih timah.Isu Kongsi Gelap ni dah seratus tahun lebih dan tertulis dalam sejarah.
Dalam Ngah Ibrahim Wikipedia Ensiklopedia bebas menyebut;
Perang Larut Keempat meletus dalam tahun 1873, kurang setahun selepas berakhirnya Perang Larut Ketiga. Selepas Kumpulan Hai San dengan bantuan Ngah Ibrahim menguasai semula kawasan lombong di Klian Pauh, Kumpulan Ghee Hin yang disokong oeh Raja Abdullah menyerang balas dengan pejuang dan senjata yang dibawa dari Singapura dan China...Baca di sini.

Hari ni Menteri Dalam Negeri mendedahkan senarai penuh kumpulan kongsi gelap yang berselerakan di seluruh Malaysia yang terdiri daripada kongsi gelap Melayu,Cina dan India.Katanya pihak polis akan perangi habis-habisan kumpulan kongsi gelap ini.

Patut diketahui siapa dalang atau pemimpin politik yang melindungi kumpulan kongsi gelap atau mafia yang dilihat cetuskan suasana ganas dengan melakukan tembakan bunuh setiap hari.Malaysia yang dilihat dah jadi negara koboi.Adakah anggota polis dan lain-lain jabatan penguatkuasa turut serta jadi ahli kumpulan kongsi gelap?

Yang tak termasuk dalam senarai tapi aktif dalam politik ialah Geng UG,Geng Erdogan,Geng Ostad,Geng Azmin Ali,Geng Khalid,Geng Anwar,Geng Kak Wan,Geng Najib,Geng Muhyiddin,Geng Madey,Geng Ku LI..Geng Sunni,Geng Syiah..dok nampak yang kena serang sakan la ni Geng Syiah..kesian kat depa..sikit lagi Geng Wahabi,Geng Salafi,Geng Kaum Tua.Geng Kaum Muda..antara geng ni ada yang boleh kawtim dalam gelap selepas pru 08 yang lalu..ni semua geng daripada Bani Melayu sikit-sikit campor ngan Cina dan India..:-)


Rabu, 28 Ogos 2013

Pemuda Perkasa desak Haji Najib letak jawatan

Perkasa panggil ketua pemuda kerana desak Najib letak jawatan

Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mengejutkan ramai pihak apabila membuat gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran gagal menguruskan negara dengan baik.
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan."
"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," kata Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada The Malaysian Insider, serta meluahkan rasa terkejut atas kenyataan Irwan itu.
Marah apa ni..tak kesian ka kat Najib yang didesak daripada segenap penjuru termasuklah oleh mantan PM Tun Madey.
Sebab tak dapat projek ka?Adakah mantan Tun Madey berkomplot dengan Perkasa untuk jatuhkan Najib menjelang perhimpunan agung Umno akan datang?

Adakah Pemuda Perkasa turut geram kerana gagalnya pencarian siapa bunuh Altantuya?

Isnin, 26 Ogos 2013

Berita bodohkan rakyat sikit ja kalau banyak..

'Berita perbodoh rakyat hanya sedikit'
Penasihat redaksi agensi berita Bernama Datuk Azman Ujang berpendapat hanya sebahagian kecil dari laporan yang diterbitkan oleh media arus perdana bersifat "memperbodoh-bodohkan" rakyat.
NONEBeliau berpendapat demikian kerana akhbar arus perdana masih dibeli dan dibaca orang ramai.

"Jika akhbar-akhbar memperbodohkan isi kandungan mereka, lambat laun orang akan berhenti membaca akhbar itu dan saya tidak merujuk kepada mana-mana akhbar secara khusus di sini.

"Hakikat bahawa akhbar-akhbar ini masih berada dalam pasaran bermakna orang ramai percaya bahawa berita-berita yang didakwa memperbodohkan orang ramai hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang mereka mahu baca," katanya.
Beliau berkata demikian dalam forum di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini.-Malaysiakini

Tu pon dok kutip baca lagi walaupun dah terbukti benar media arus Perdana memperbodohkan rakyat...katanya yang berita bodoh tu sikit ja kalau banyak agaknya BN dapat 2/3 majoriti dalam parlimen..

Berita fitnah Utusan Meloya menyebabkan akhbar tersebut seringkalah dan kena bayar saman berjuta ringgit tu pon masih tak sedar dok percaya lagi..yang bodo bertambah bodo bukan lagi cerdik..sikit cerdik pon tak dapat

Salahkah mintak jawatan?Bukan mintak balak dan projek

Menjelang muktamar Pas beberapa bulan lagi semakin hebat perang cyber antara antara kedua pihak dan penyokong masing-masing.Salah satu isu yang ditimbulkan memintak-mintak jawatan yang seolah-olah haram dalam Pas walaupun depa tak kata macam tu!

Ni kisah bab mintak jawatan oleh Nabi Yusuf A.S yang ditawarkan jawatan oleh Raja sebagai orang khas untuk bermesyuarat tapi ditolak. Kata Nabi Yusuf A.S seperti yang dijelaskan dalam Surah Yusuf yang bermaksud;
Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".-55..tafsir Ar Rahman menjelaskan bahawa ini jadi dalil bahawa tentang harusnya seorang itu memuji dirinya secara benar untuk mengenalkan dirinya bagi orang yang belum mengenalnya;dan juga tentang harusnya meminta sesuatu jawatan ..mukasurat 449 Tafsir Ar Rahman..
Kalau ada yang kata tu Nabi..boleh la..habis kalau tak ikut macam Nabi dan diterangkan dalam Al-Quran nak ikut sapa lagi?


Bukan mintak balak,bukan minta projek kat negeri yang PR berkuasa cuma mintak untuk berkhidmat kepada parti pebetoi skru dan nat tang mana longgar takkan berdosa..takkan salah kot..?

Tawar diri untuk jadi ketua atau pemimpin dikira minta jawatan dalam Pas..yang pakat berebut kerusi semasa pilihanraya umum ke 13 yang lalu boleh pulak..salahkah mintak jawatan untuk berkhidmat kepada Parti ..lain la kalau merasuah untuk menang jawatan ..ni teloq lawan dengan teloq ja..!

Pas bukan parti pak lebai dan jugak parti untuk yang berjubah dan berserban tapi turut dianggotai sayap penyokong bukan Islam yang berminat dengan Pas.Jangan sampai nanti anak muda yang berkebolehan perlahan-lahan tinggalkan masuk parti Dap,PKR dan Sosialis kerana dipinggirkan oleh Pas semata-mata kerana mereka bukan lulusan agama.

Kata sifu blogger yang dah pencen kat aku,"Ustaz Harun Din cabar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS 2007.Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man cabar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS 2011. Adakah mereka sanggup kata kedua2nya gila kuasa dan meminta2 jawatan?"
Ni aku kata adakah kerana kedua2nya ada gelaran ustaz makanya dikatakan tidak meminta jawatan dan gila kuasa..?