Khamis, 29 Ogos 2013

Kongsi Gelap wujud dah lama daaa

Siapa yang mula-mula guna kongsi gelap Cina kalau bukan orang bangsawan dan pihak istana kerana perebutan kuasa dan lombong bijih timah.Isu Kongsi Gelap ni dah seratus tahun lebih dan tertulis dalam sejarah.
Dalam Ngah Ibrahim Wikipedia Ensiklopedia bebas menyebut;
Perang Larut Keempat meletus dalam tahun 1873, kurang setahun selepas berakhirnya Perang Larut Ketiga. Selepas Kumpulan Hai San dengan bantuan Ngah Ibrahim menguasai semula kawasan lombong di Klian Pauh, Kumpulan Ghee Hin yang disokong oeh Raja Abdullah menyerang balas dengan pejuang dan senjata yang dibawa dari Singapura dan China...Baca di sini.

Hari ni Menteri Dalam Negeri mendedahkan senarai penuh kumpulan kongsi gelap yang berselerakan di seluruh Malaysia yang terdiri daripada kongsi gelap Melayu,Cina dan India.Katanya pihak polis akan perangi habis-habisan kumpulan kongsi gelap ini.

Patut diketahui siapa dalang atau pemimpin politik yang melindungi kumpulan kongsi gelap atau mafia yang dilihat cetuskan suasana ganas dengan melakukan tembakan bunuh setiap hari.Malaysia yang dilihat dah jadi negara koboi.Adakah anggota polis dan lain-lain jabatan penguatkuasa turut serta jadi ahli kumpulan kongsi gelap?

Yang tak termasuk dalam senarai tapi aktif dalam politik ialah Geng UG,Geng Erdogan,Geng Ostad,Geng Azmin Ali,Geng Khalid,Geng Anwar,Geng Kak Wan,Geng Najib,Geng Muhyiddin,Geng Madey,Geng Ku LI..Geng Sunni,Geng Syiah..dok nampak yang kena serang sakan la ni Geng Syiah..kesian kat depa..sikit lagi Geng Wahabi,Geng Salafi,Geng Kaum Tua.Geng Kaum Muda..antara geng ni ada yang boleh kawtim dalam gelap selepas pru 08 yang lalu..ni semua geng daripada Bani Melayu sikit-sikit campor ngan Cina dan India..:-)


1 ulasan:

  1. ini yang best misai merah anda komen mengikut kebenaran jangan salahkan satu kaum saja tiga line geng melayu head dia sapa cuba selidik saravanan mic sapa ? mamak pun ada geng paling terbaru bangla pun ada geng myanmar pun ada geng polis pula bersubahat dengan taukeh cina dan kroni umno untuk meneruskan pusat judi lagi polis diberi layanan vip bersama girlfriend mereka rasuah punya polis tak malu polis memeng bersubahat dalam operasi salah undang undang dengan menerima habuan berjuta ringgit ALLAH SUATU HARI NANTI AKAN MELAKNATKAN MEREKA , TENGOKLAH BANG MISAI KITA SOKONG KOMEN SAUDARE

    BalasPadam