Khamis, 22 Ogos 2013

Dah pilih BN kena la bayaq buat apa nak kecoh-kecoh!

Tiga perkara utama yang menjerat dan mencekik darah rakyat diumumkan selepas PRU 13 ialah;
1- Pelajar yang pinjam duit PTPTN yang tidak bayar akan disenarai hitamkan dan tidak boleh ke luar negara.Hasil perbincangan kabinet Najib maka rancangan ini ditangguhkan setelah dapat bantahan ramai.Elok pun dikenakan tindakan sebab PR semasa kempen PRU 13 yang lalu dah berjanji mahu hapuskan PTPTN tapi mak bapak pelajar yang kebanyakkannya orang Melayu tak percaya dengan janji PR,kini baru kelamkabut dok mengamuk marah kerajaan BN kerana mahu blacklist anak mereka.Dah nama pun pinjam kena la bayaq PR offer pendidikan percuma hang pa tolak mentah-mentah!

2-Ketua Polis Negara yang berlagak pakar undang-undang cadangkan sesiapa yang tak bayar saman trafik layak dibatalkan lesen mereka.Ini adalah satu lagi projek untuk kerajaan dapat duit segera setelah habis banyak wang dalam pru 13 yang lalu.

3-Kamera AES.Kerajaan umumkan akan ambil alih urusan kamera AES daripada terus dikendalikan syarikat yang diberikan kuasa uruskan saman kamera AES.Ingat baik-baik hanya ambil alih urusan saja tapi saman AES kena bayar jugak!

Kenaikan harga barang yang melambung tinggi sudah tidak terkawal pihak pemerintah pulak tambahkan beban yang bertimbun-timbun dengan pelbagai ugutan untuk kutip wang daripada rakyat secepat yang mungkin.Tak bayaq lesen memandu batal,tak bayaq PTPTN nama blacklist..padan muka!Bayaq la dah pilih BN jangan buat kecoh!

Ya la nak pilihanraya pun lambat lagi nanti dekat nak pilihanraya ke 14 rakyat kena kencing dan tipu lagi dengan janji manis lepas pru.. kena tipu lagi dan lagi dan lagi..lagi ..lagi! Tak serik-serik walaupun dan acapkali kena kena tipu dengan syaiton yang dikenali.

Adakah segala ugutan dan mencekik darah rakyat ini menunjukkan bahawa kerajaan BN sudah kekeringan wang untuk urus perbelanjaan negara..mana dia duit BR1M 1200 yang dijanjikan dalam pru 13 bila nak bagi..rakyat nak duit ni..nanti boleh bayar saman!

Tu laa pakat kalut sangat dengan perbezaan mazhab..sana sesat sini kapiaq haaa ambik BN dok cekik darah rakyat sapa tak ambik peduli padan muka!

2 ulasan:

  1. Betoi tu admin jgn duk marah kat kera jaan "kita" yg duk pangkah dia ari tu,marah la kat diri kita sendiri.macam kat kedah la nie la duk kecoh staff kuin tak dapat gaji dulu masa kera jaan pakatan perintah hangpa gak yang wat taik,hangpa gak yang jadi gunting lam lipatan.kekadang aku naik meluat duk dengaq cerita kuin nie.ha la nie baru padan ngan muka "kita" terima la pa yang kera jaan janjikan kat kita "RAKYAT DIDAHULUKAN" nie pula da ulama lam pas duk sokong nazri lantik anak dia jadi pembantu.Pas la nie dah jadi haru biru dah cakap pun ikut kepala lutut ja. tak leh tuliuh banyak2 nanti sakit ati.Wassalam!

    BalasPadam
  2. Salam Bro,nasib baik aku pangkah BN.Kalau aku pangkah PR,aku ingat lagi teruk !

    BalasPadam