Jumaat, 23 Ogos 2013

Jangan terkejut Azilah dan Sirul bebas daripada tuduhan bunuh Altantuya

Sirul, Azilah bebas pertuduhan bunuh Altantuya

Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Panel  tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.
Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.
Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. – 23 Ogos, 2013.-The Malaysian Insider.
Jangan terkejut kenapa mereka dibebaskan..Mubarak yang zalim tu pon boleh terlepas..kini siapa pembunuh sebenar Altantuya?Siapa?

7 ulasan:

  1. Kalau cikgu Murni nak tahu......sebenarnya orang yang membunuh Altantyuya tu saya memang kenal....Akhil ka...Ajib ka....saya tak berapa ingat namanya....Tapi orangnya Aji juga....Kapal Selam di laut gedung di darat semua komisen dimilikinya......orangnya cukup berkuasa banyak harta.....Pendek kata mana kangaroo court di dunia ini pun tak mungkin boleh menyabitkan kesalahannya........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adussss!!!!!bisanya dialog ni, macam ingat-ingat lupa pula. Mungkin kena soalsiasat arwah Tan Sri P.Ramly tentang siapa pembunuh sebenar....he he he dan mungkin juga cikgu murni patut dipanggil untuk diambil statement atau dibawa sebagai saksi? Entah bilalah wayang cina dari pekan ni nak habih dan kambing hitam mana pulaklah yang nak dicari untuk sembelih? Jangan2 ini semua anuar punya pasal ?

      Padam
  2. ,

    Heran jugak ye... PAS yang kononnya ada nama Islam pada partinya .... sering melaung-laungkan merekalah pejuang Islam.... malah bertakbir untuk menunjukkan mereka adalah lebih Islam dari orang lain.... TETAPI... tak ambil kisah langsung pasal Isu Kalimah Allah yang permohonan pihak Gereja membuat rayuan di mahkmah telah ditolak, semalam.... Malah, Harakah langsung tak siarkan walau sepatah ayat pun berita mengenainya..... KENAPA..???
    ALLAH itu tak penting bagi PAS ke?metallica Mesir tu lebih penting ke PAS atau hamPAS ?NAUZUBILLAH! Macamana Allah SWT nak tolong PAS ......NAMA ALLAH pun PAS taksanggup PERTAHANKAN? Malah setuju lagi diganti ye ke?takot benor dengan DAP dan PKR yeee?tapi tak takot ALLAH SWT?

    BalasPadam
  3. Sebelum nak ckp ttg hal isu kalimah Allah ni..kita kena laa berilmu...klu tk tw jgn nk memandai-mandai yaaa...
    pi cari ilmu dulu bwu ckp!!!

    BalasPadam
  4. Jangan dok lari tajuk yang dibincangkan..jangan nak corner!

    BalasPadam
  5. aku dah duk jangka sejak dulu lagi kes nie akan setel.X dak orang yang bunuh altantuya.makhluk asing yang bunuh.donia akhir zaman.terlepas didonia x lepaih kat padang mashyar sok. Tunggu lah.ALLAH Yang Esa.Yang sekoq tu yang nama ahlee tu melalut x tentu pasai pa,makan pil kuda kot.Biaq buta mata jangan buta hati.Bodoh punya menesia.

    BalasPadam
  6. sabarlah ye

    BalasPadam