Selasa, 5 Oktober 2010

Shafie Apdal kata Umno Kedah 'mantop'

Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Shafie Apdal kata keadaan Umno yang nampak letih dan tak bertenaga di Kedah dah kembali kuat dan 'mantop'. Kata Shafie Apdal;

"Saya pun tak nak lama. Saya hanya nak bantu. Mereka minta saya bantu...maka saya pun bantulah. Di Kedah, Umno di sini sudah lain dan kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional juga semakin mantap," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aildifitri Barisan Nasional Kedah di Alor Setar hari ini.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata UMNO Bahagian Sungai Petani yang digantung pengurusan pentadbirannya masih ditadbir oleh Badan Perhubungan Umno Negeri.

Katanya, Umno negeri telah mengatur pertemuan antara dua kumpulan yang bertelagah di bahagian itu bagi mencari jalan penyesaian.Baca di sini.

Kalau Umno dah jadi kuat bagaimana pulak dengan kekuatan Pas dan Pakatan Rakyat di Kedah? Adakah bertambah kuat atau sebaliknya? Kalau tengok daripada segi sambutan rakyat terhadap majlis-majlis jamuan raya di seluruh Kedah anjuran Pas dan Pakatan Rakyat memang la hebat sampai tak cukup makanan yang disediakan.

Di Changlon pada 2-10-10 yang lalu (Sabtu) jamuan raya anjuran Pas Changlon dikabarkan dapat sambutan hebat masyarakat setempat hingga semua makanan yang disediakan habis licin. Ini adalah program tahun ke dua jamuan raya Pas Changlon diadakan. Orangramai yang hadir lebih daripada 10 ribu orang. Tapi kawasan tu adun nya ialah Umno (Zaini Jaafar, Adun Bukit Kayu Hitam).

Baca juga;
Naik tarif:MB Kedah tetap salahkan BN-The Malaysian Insider

Isnin, 4 Oktober 2010

Ku Nan kata Ku Li dah setuju

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hari ini berkata sepanjang pengetahuan pengurusan BN, veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, bersetuju untuk menjadi pengarah pilihan raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata, surat pelantikan itu telahpun ditandatangani perdana menteri yang juga pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, dan akan diserahkan kepada ahli parlimen Gua Musang itu sekembalinya beliau ke tanahair Jumaat ini.

"Bagi kita, pada masa ini, beliau (Tengku Razaleigh) telah bersetuju menjadi pengarah pilihan raya bagi DUN Galas.

"Beliau adalah orang yang tepat kerana beliau adalah ketua bahagian, beliau tahu kawasan itu dengan lebih baik daripada orang lain. Jadi kita berharap beliau dapat membantu kita untuk mendapat balik Galas kepada BN," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibupejabat Polis Daerah Putrajaya 2010, di Putrajaya.-Malaysiakini.

Ku Nan puji Ku Li , besa la ayat nak pujuk kena 'power'. Silap pujuk Ku Nan dan Muhyiddin terduduk! Yang empunya tubuh tak jawab betoi ka tidak tapi yang tak berkenaan tolong jawab kata Ku Li dah setuju jadi Pengarah prk dun Galas.Jangan sampai nanti jadi macam buat kenduri kahwin . Kenduri dah buat menikah tak jadi!

Semua pihak menunggu-nunggu jawapan daripada mulut Ku Li sendiri macam menunggu keputusan pengistiharan Majlis Raja-Raja nak raya aidilfitri tempohari. Ada yang pandai-pandai kata nak raya hari Khamis walaupun sebenarnya hariraya jatuh pada hari Jumaat.

Tak bengkak tapi terus bernanah!

Saya tertarik dengan apa yang ditulis saudara prof Hamirdin dalam blog beliau 'Bercekak' antara lain beliau menulis ringkas tapi tajam ;

Sekarang mana nak sorok? PKR bercekak. DAP bercekak.
PAS pun ada bercekak. Tapi belum bengkak.Baca di sini.

PKR yang amalkan satu ahli satu undi untuk pilih pemimpin mereka yang merupakan parti pertama di Malaysia amalkan siatem tersebut nampak berserabut dan ada sampai tahap adegan baling kerusi, tumbuk menumbuk, dan selerakkan kertas undi dan tong undi dalam pusat kira undi.Akhlak dan moral dibuang ketepi yang penting jawatan yang ditandingi tidak terlepas ke tangan orang lain. Ada calon yang kalah teruk tuduh calon yang menang banyak sebagai penipu dan beli undi. Tu PKR , Dap pon dah mula berkocak semua berpunca daripada ketidakpuasan sesama sendiri seperti yang berlaku di Perak.

Pas? Kata Hamirdin "Pas pun ada bercekak. Tapi belum bengkak". Tapi apa yang berlaku kepada Pas Kawasan Pendang di Kedah di mana hampir separuh daripada kepimpinan Pas Kawasan Pendang letak jawatan menunjukkan air yang tenang jangan disangka tiada buaya! Mungkin tak bengkak tapi dah bernanah-nanah tunggu hari nak meletup. Baca di sini dan di sini.

Pas Pusat belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Pas Pendang yang dikatakan mempunyai ahli Pas paling ramai dalam Malaysia.

MB Selangor kekal ketua cabang Kuala Selangor


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berhadapan siri 'serangan' dan 'tekanan' ke atas kepimpinannya sejak awal tahun ini berjaya mempertahankan kerusi ketua cabang Kuala Selongor yang keputusannya diumumkan awal pagi ini.

Bekas pengerusi PKR Selangor ini memperoleh 772 undi untuk menewaskan dua pencabar lain.

Majoritinya 427 undi walaupun dilihat 'bekerja keras' untuk mempertahankan kerusinya.

Seorang pencabar telah menarik diri saat-saat akhir sebelum pemilihan.-The Malaysian Insider.

Aku nak ucapkan tahniah kepada MB Selangor yang hilang jawatan Pengerusi PKR Selangor tapi suara akar umbi PKR masih terima beliau selaku ketua mereka.

Berkaitan ;

Azmin menang mudah ketua cabang Gombak-The Malaysian Insider

Ahad, 3 Oktober 2010

Nak tunjuk hero tapi bodo

Kata orang hujah dijawab dengan hujah tapi kalau tunjuk kelaku yang seolah-olah diri sendiri ja nampak cerdik tapi orang lain kata ,"Awatla hang bodo sampai tara ni, hang ingat hang cerdik ka buat lagu ni?Nak jadi hero pun biaqla cerdik sikit." Yang syok lagi tu seorang warga emas yang pulangkan duit ihsan tu dilaporkan ;

Seorang warg emas Habsah Saib, 81, berkata dia mengubah fikiran untuk memulangkan wang ihsan selepas mendapati ia datang daripada sumber-sumber yang tidak halal.

“Saya boleh bayar wang ini sekarang ketika saya masih hidup, tetapi tidak berupaya untuk buat apa-apa apabila saya sudah mati. Saya tidak mahu wang ini,” katanya lagi.

“Saya bersama dengan Umno selama 53 tahun, saya tidak pernah dengar mereka lakukan begini,” katanya.

Makcik-makcik ni tak salah depa tak tau apa mata pun dah kelabu tapi yang nak tunjuk hero tu la nampak bodo.Baca di sini.



Baca la di bawah tak larat hari ni perut buat hal;
Dap cabar wakil rakyat Umno pulangkan elaun jika persoal wang ihsan-The Malaysian Insider
Wang Ihsan: Pemuda Pulau Pinang demo di lapangan terbang-The Malaysian Insider
PA Zahrain pulangkan RM1000 wang 'haram'-Malaysiakini

Sabtu, 2 Oktober 2010

Orang Pas hisap rokok tak boleh jadi calon dun Galas-TGNA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara kriteria calon PAS bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah kalangan mereka yang diterima penduduk seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan.

“Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon,” kata Nik Aziz.

“Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik.

“Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik,” kata beliau dipetik Bernama.

Ada yang tak hisap rokok , bukan kaki pompuan , solat tak tinggal tapi dia suka sangat-sangat dengan rasuah yang tu pun nak kena ambik kira! kira nak komisen ja kopiah dok atas kepala tak pernah buang!

Pilih Ku Li jadi calon , ada benda tak kena-TGNA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.

“Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

“Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini.Baca di sini.

Berkaitan;

Galas: Umno mahu hina Ku Li?-Harakahdaily

Jamuan Raya Pas Kawasan Shah Alam

Pas Kawasan Shah Alam bersama Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini buat jamuan raya Aidilfitri untuk penduduk Shah Alam bertempat di Seksyen 24 , Shah Alam.Majlis bermula jam 2 petang hingga 6 petang

Majlis jamuan raya tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada orangramai . Turut hadir meriahkan majlis ialah pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Orangramai beratur untuk dapatkan makanan seperti briani kambing, laksa, bihun sup, nasi himpit, lemang dan ubi kayu rebus pun ada.

Kanak-kanak turut dapat duit raya daripada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Minggu depan hari Sabtu habislah raya Aidilfitri, kita ramai-ramai pakat pi beraya pulak di prk Dun Galas , Kelantan.

Mat Sabu cabar Putrajaya dedah jumlah kutipan 'cukai dosa'


Pemimpin PAS mencabar kerajaan pusat mendedahkan kepada umum jumlah kutipan wang cukai dosa sejak memerintah negara sepanjang lima dekad lalu ekoran tindakan Umno Pulau Pinang mempertikaikan ‘kesucian’ wang ihsan RM100.

Demikian dinyatakan oleh ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Mohamad Sabu dalam ceramah isu semasa di Markas PAS, Pongsu Seribu di sini malam tadi berkata, kerajaan wajib berbuat demikian.

Menurut beliau lagi, kerajaan wajib mendedahkan kepada rakyat negara ini supaya perbezaan antara wang dari cukai dosa seperti pungutan dari sumber judi, arak, cukai rumah urut da pusat hiburan dapat diketahui.

“Tolong hebahkan melalui media massa termasuk media milik BN bahawa sehingga tahun 2010 berapa pungutan dari Toto, Magnum, Kelab Lumba Kuda, Carlsberg serta rumah-rumah urut yang bertaburan dalam negara telah mereka kutip.

“Ke manakah hasilnya jika bukan disatukan sebagai dana disatukan.

“Dari hasil penyatuan inilah gaji kepada kakitangan awam turut dimanfaatkan.

“Oleh kerana itu, sepatutnya Umno dan BN jangan memainkan isu sumber judi yang boleh memudaratkan mereka sendiri,” katanya lagi.

Mohamad juga menyelar tindakan Umno Pulau Pinang yang menimbulkan isu sumber judi di Pulau Pinang bagi membuktikan kepada rakyat kononnya kerajaan negeri tidak layak untuk memerintah.

“Umno di Pulau Pinang sepatutnya sedar, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan apa-apa lesen judi.

“Kerajaan pusat yang mereka pimpinlah yang telah meluluskan lesen judi kepada Sports Toto, Magnum Corporation, Genting Berhad, agensi empat nombor ekor serta kilang-kilang yang mengeluarkan arak, pusat penjualan arak dan sebagainya,” katanya.

Mohamad berkata, seandainya isu ini terus dipermainkan oleh Umno dan BN, beliau yakin ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya “tamparan seperti meludah ke langit akan mengenai batang hidung mereka sendiri.”

Katanya lagi, tiada perbezaan antara wang ‘sin tax’ yang dipungut oleh kerajaan pusat yang disatukan dengan pendapatan yang diterima oleh mana-mana kerajaan negeri sekiranya ia tidak diasingkan.

“Dalam konteks kerajaan negeri Pulau Pinang, mereka telah menyatakan terdapat lebihan dari peruntukan sebanyak RM20 juta bagi program penghargaan warga emas.

“Hanya RM10.7 juta yang telah digunakan. Lebihan sebanyak RM9.3 juta lagi masih ada hasil dari sistem cekap, akauntabiliti dan telus yang dilaksanakan,” tegas beliau.

Tambah Mohamad, usaha yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kerusi Penaga, Datuk Azhar Ibrahim baru-baru ini supaya warga emas memulangkan wang penghargaan sebanyak RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri juga tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti masyarakat Melayu.

Beliau juga tidak menafikan kemungkinan sebilangan warga emas yang telah dibawa ke Pusat Khidmat ADUN Penaga dalam program mengembalikan wang tersebut adalah warga emas yang tidak mendaftar dengan kerajaan negeri atau pun telah diperdayakan bagi retorik politik Umno dan BN.-The Malaysian Insider.

Akhbar harian pr0 Umno siarkan keputusan nombor ekor....tak berdosa ka?

Berkaitan;

Umno BN tidak tentang judi lulus lesen-Harakahdaily

Pemuda Pas dakwa Datuk Bandar KL tak bebas jadi 'kuli' Umno


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail gagal menjadi seorang pemimpin bebas memimpin warga ibu negara kerana mempunyai kaitan dan digunakan untuk parti politik Barisan Nasional (BN).

Pemangku Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen berkata sebagai penjawat awam Ahmad Fuad sepatutnya bebas dari kekangan dan pengaruh politik.

“Kita kesal kerana beliau (Ahmad Fuad) membenarkan dirinya menjadi ‘kuli’ kepada Umno,” katanya.

Kata beliau, ia terbukti apabila Umno Titiwangsa secara jelas meletakkan gambarnya pada semua kain rentang mempromosikan program majlis rumah terbuka Aidilfitri bahagian tersebut yang akan diadakan esok.

“Apakah maksud gambar beliau diletakkan di kain rentang itu? Selalunya gambar yang diletakkan dalam kain rentang mempunyai kaitan dengan organisasi yang dikeluarkannya,” katanya.

Program itu anjuran Umno Bahagian Titiwangsa dan Persatuan Penduduk PPR (Program Perumahan Rakyat) Hiliran Ampang.

“Apa yang pasti, beliau bukanlah penghuni rumah PPR atau ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Herman berkata, tiada keperluan gambar Ahmad Fuad diletakkan pada kain rentang tersebut kecuali beliau mempunyai kepentingan peribadi melibatkan Umno.

“Sebagai penjawat awam yang menjadi orang nombor satu dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beliau sepatutnya bebas daripada kekangan politik atau pengaruh orang politik walaupun yang menjadi Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar adalah orang kuat Umno Wilayah Persekutuan.

“Beliau gagal menunjukan imej bebasnya dan melanggar peraturan penjawat awam yang tidak membenarkan pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional untuk terlibat dalam politik kecuali bagi guru sekolah,” katanya.

Tambah Herman, peraturan yang melarang penjawat awam terlibat dalam politik perlu dimansuhkan serta-merta.

“Jika kerajaan mahu bertindak adil peraturan ini harus dimansuhkan.

“Selain itu, kita juga berharap Datuk Bandar Kuala Lumpur dapat berkhidmat dengan adil bagi semua rakyat dan wajib memberikan kerjasama kepada semua Ahli Parlimen di Kuala Lumpur yang majoritinya adalah dari Pakatan Rakyat.

“Beliau seharusnya menghabiskan lebih banyak masa dengan wakil rakyat yang dipilih rakyat bukannya dengan ketua-ketua bahagian Umno,” katanya lagi.-The Malaysian Insider.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Ku Li nak makan kepala gajah pun Muhyiddin sanggup carikan!

Tengku Razaleigh Ketua Umno Bahagian Gua Musang seperti yang dilaporkan Malaysiakini Siapa ketuai BN di Galas? Ku Li terus berteka teki belum bagi kata putus terima atau tidak perlantikan Ku Li oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yaasin sebagai Pengarah PRK Dun Galas bagi pihak BN. Muhyiddin juga bukan takat lantik Ku Li sebagai Pengarah Prk Dun Galas malah sedia melantik Ku Li sebagai calon Umno untuk kerusi Dun Galas. Dalam keadaan sekarang semua nak diserahkan kepada Ku Li malah jiwa raga sekalipun kalau Ku Li mintak Muhyiddin akan bagi. Jangankan telor rebus kepala gajah pun Ku Li nak makan Muhyiddin sanggup carikan!

Katalah Ku Li tolak siapa yang akan malu? Umno pusat nak letak muka tang mana. Kalau Ku Li anggap beliau bukan lagi 'Ghurka Umno' pemimpin Umno pusat nak kata apa?Dah terdesak baru cari Ku Li yang disisihkan Umno Kelantan dan pusat.

Kata Ku Li dalam twitter nya menafikan pelawaan Muhyiddin;

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” tulisnya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Tengku Razaleigh kini berada di Ireland, bagi melawat universiti di mana beliau mendapat pendidikannya - Queen's University di Belfast. Beliau dijadualkan pulang pada 9 Oktober ini.

Namun pada awalnya, tidak dapat dipastikan sama ada Tengku Razaleigh merujuk kepada pengumuman kenyataan Muhyiddin atau cadangan dari pihak lain yang beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya BN.

Bagaimanapun, gambaran semakin jelas, apabila seorang daripada pengikutnya mengemukakan soalan di Twitter kepadanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Menjawab soalan itu, Razaleigh menyerahkan perkara berkenaan kepada Muhyiddin dengan berkata beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan.

"Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan,” jawab Razaleigh.-Malaysiakini.

Kalau Ku Li tolak serahkan saja kepada NGO Perkasa, kalau Ku Li terima itu tak menghairankan sebab Ku Li masih ahli Umno dan ahli Parlimen Gua Musang (Umno).Kalau Ku Li nak kenakan Muhyiddin Ku Li akan tolak kerana Muhyiddin banyak kritik Ku Li yang sokong Kelantan tuntut royalti minyak bukan wang ehsan daripada kerajaan pusat.

Apa yang pemimpin Umno tak kata kepada Ku Li yang dituduh sealiran dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu royalti minyak?Bila timbul prk di Galas mereka memuji dan memuja Ku Li takut-takut Ku Li tolak jawatan kosong yang ditawarkan Umno pusat di dun Galas. Adakah Muhyiddin sedang menghina Ku Li dengan apa yang ditawarkan Muhyiddin kepada Ku Li?

Khalid Samad cabar Brahim Ali jadi calon Perkasa di Galas



Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad cabar Presiden Perkasa Brahim Ali jadi calon Perkasa dalam prk Dun Galas yang akan diumumkan SPR minggu depan untuk buktikan 'keperkasaan' di kalangan orang Melayu. Kata Khalid Samad dalam blog beliau PRK Galas -Peluang Bagi Perkasa ;

Kita sering dihidangkan dengan ‘aksi pertelagahan’ di antara PERKASA dan semua yang lain, termasuk juga UMNO, di mana PERKASA mendabik dada sebagai satu-satunya badan yang memperjuangkan kepentingan Melayu. PERKASA ‘menolak’ UMNO dan UMNO pula ‘menolak’ PERKASA dan segala kenyataan yang menyatakan bahawa ‘aksi pertelagahan’ dan ‘tolak-menolak’ adalah sandiwara semata-mata telah dinafi dengan keras oleh kedua-dua pihak. Sebagai bukti ketidak serasian perjuangan PERKASA dengan UMNO, YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, telah menyatakan secara terbuka bahawa beliau akan meninggalkan UMNO sekiranya UMNO menerima perjuangan PERKASA.

Pilihanraya kecil Galas sebenarnya merupakan peluang terbaik untuk PERKASA membuktikan sejauhmana perjuangan mereka disokong oleh ahli UMNO peringkat akar umbi dan masyarakat Melayu secara amnya. Ianya merupakan peluang baik untuk membuktikan samada dakwaan mereka sebagai pejuang Melayu yang sebenarnya diterima oleh orang Melayu atau mereka hanya syok sendiri.

Galas merupakan kerusi majoriti Melayu di dalam kawasan Parlimen Gua Musang, iaitu Parlimen kubu kuat UMNO, yang tidak berjaya dimenangi PAS walaupun pada zaman tsunami politik 2008. Bagi saya, ianya merupakan kerusi yang ‘ideal’ untuk PERKASA mencabar kedudukan UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu demi membuktikan bahawa masyarakat Melayu lebih bersetuju dengan pendirian dan pendekatan mereka berbanding dengan pendekatan UMNO. Ianya merupakan kerusi ‘ideal’ untuk dijadikan sebagai kerusi ‘debut’ atau pemunculan pertama di muka umum bagi PERKASA yang akan menandakan kemasukkan PERKASA ke dalam arena politik secara serius. Oleh kerana kerusi ‘debut’ adalah penting maka calon yang terbaik untuk diturunkan bagi pihak PERKASA adalah Presidennya sendiri, iaitu Dato’ Ibrahim Ali.Baca semua klik tajuk di atas.


Tunggu apa lagi Brahim ni la masanya ...