Rabu, 3 Mac 2010

Ahli Parlimen For Sale

Berita Harakahdaily;

Menjelang PRU 13

Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini."

Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera).

"Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.

"Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.

Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja.Baca semua di sini dan sini


Selasa, 2 Mac 2010

Lagi Bukti Melayu Umno Tak Sehaluan dengan Melayu Ibrahim Ali

Berita Bernama;

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada hari Selasa menyelar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

"Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar.

"Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat sini.Baca di sini

Sementara Melayu Ibrahim Ali memberi tempoh kepada Pas selama sebulan supaya segera bawa isu minyak Kelantan ke Mahkamah kalau tidak beliau sendiri sebagai rakyat Kelantan akan bawa isu minyak Kelantan ke mahkamah.Baca di sini

Memang Umno dah meluat dengan gelagat Ibrahim Ali yang turut dikecam rakan Umno dalam BN iaitu MCA kerana Brahim Ali minta kerajaan hentikan pemberian kontrak dan tender kepada kontraktor Cina yang tak reti berterimakasih.

Pengkhianat perjuangan rakyat layak bersama Umno

Abdul Aziz Mustafa
Pengkianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.



Mengulas aksi lompat beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata, kemasukan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke dalam Umno dan pengisytiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas adalah untuk menyempurnakan agenda Umno dan BN.

Apa yang berlaku itu, katanya, membuktikan Umno dan BN adalah ‘parti tong sampah dan tong najis’ yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis di dalamnya.

"Keluarnya mereka akan mewujudkan suasana persekitaran PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih baik.

"Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukkan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari menjadi sarang pengkhianat perjuangan rakyat. Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan BN," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebelum ini, kata Mahfuz, ‘parti tong sampah dan tong najis’ itu berkerjasama dengan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang didedahkan oleh Umno dan BN sendiri sebagai perasuah.

Kes kedua-dua mereka begitu menggemparkan kerana turut melibatkan rasuah seks.

"Mereka ini keluar dari PKR bersama seorang Adun dari DAP untuk menyokong 'parti tong sampah dan tong najis' merampas kerajaan PR Perak.

"Umno dan BN sanggup bersekongkol dengan orang-orang yang dilihat rendah moral oleh rakyat untuk kepentingan politik singkat mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun melihat apa yang berlaku itu sebagai satu proses pembersihan dalaman PKR dan PR.

"PAS telah melalui proses ini satu waktu dulu, bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden PAS, pimpinan tertinggi dan mereka yang digelar ulama meninggalkan PAS.

"Namun PAS terus mantap dan maju dengan didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas," katanya.

Proses tersebut juga, katanya, membuktikan parti-parti kompnen PR hanya layak didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memartabatkan kuasa rakyat.

"Ini adalah proses yang natural dan tak mampu dilakukan oleh proses organisasi.

"Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam-dalamnya niat dan agenda sebenar seseorang.

"Tetapi proses alam semulajadi (sunnatullah) yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan parti dari pengkhianat perjuangan rakyat," katanya.

Beliau menggesa mana-mana wakil rakyat yang keluar dari PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka.

Harakahdaily

Berkaitan;

Sebab Tan keluar KEADILAN perlu dianalisa-Zaid (Malaysia Free Today)

Tong ikan kayakan kroni

Berita Bernama;


Di BUKIT KAYU HITAM, gabungan pengimport dan pemborong ikan terbesar di Semenanjung yang terdiri daripada 35 syarikat bernaung di bawah Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia bertegas tidak akan menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG).

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Yusoff Ismail berkata alasan yang diberikan LKIM bahawa penggunaan KIBFG adalah lebih selamat dan daripada segi kesihatan dan keselamatan terjamin juga meragukan.

"Lebih 20 tahun kami menggunakan kotak plastik untuk membawa masuk ikan dari Thailand dan Indonesia. Daripada tiga aspek tersebut tiada sebarang masalah berlaku.

"Malah proses pemindahan tong berisi ikan dari lori ke lori dan scan di Kompleks LKIM juga amat mudah dibuat," katanya kepada pemberita semasa meninjau kemasukan lori ikan dari Thailand di Kompleks LKIM Bukit Kayu Hitam, hari ini.

"Kami tidak mahu langsung KIBFG digunakan walaupun kerajaan memberi subsidi harga tong. Subsidi RM24 juta KIBFG yang diumumkan MOA itu pergi ke mana? Jika ia mengalir kepada rakyat tidak mengapa. Kenapa pula syarikat KM Marketing Sdn Bhd saja diberi hak monopoli pengedaran tong itu," katanya.

Katanya anggota gabungannya dari Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Johor tidak lagi membawa masuk ikan mulai hari ini sehingga kerajaan memberi kepastian tentang penggunaan KIBFG secara rasmi dan bukan melalui notis.

Tindakan itu bererti negara kekurangan kira-kira 1,000 tan metrik ikan dalam pasaran yang pasti memberi kesan kepada pengguna sekiranya harga ikan meningkat kerana kekurangan bekalan.

Mengenai kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang melabelkan keputusan pihaknya menghentikan pengimportan ikan berikutan isu KIBFG sebagai pengkhianatan terhadap negara, Yusoff berkata jika benar PPIM berjuang untuk kepentingan pengguna mereka seharusnya menyokong tindakan jawatankuasa itu.

"Apabila kami terpaksa menukar tong, kos itu itu pasti akan dipindahkan kepada pengguna. Apakah PPIM akan tanggung kos ini?" kata Yusoff.

Sementara itu seorang pengusaha pengangkutan yang mengimport ikan dari Thailand, Ab Wahab Salleh, 53, berkata beliau terpaksa mengeluarkan hampir RM5 juta untuk menggantikan 40,000 tong ikan plastik yang digunakannya sekarang.

"Lebih 20 tahun saya menggunakan tong plastik, tidak ada satu masalah apapun. Kualiti ikan, aspek kesihatan dan keselamatan juga tidak tergugat tanpa menggunakan KIBFG," katanya.Baca lanjut di sini

Umno-Bn memang kaya dengan idea untuk kayakan kroni Umno.Buka Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dapat projek uniform ,bekal makanan dan macam-macam lagi sapa kalau bukan kroni Umno.

Sama juga dengan syarikat yang monopoli tong ikan yang baru yang dapat satu syarikat saja .Ketika rakyat dalam kesusahan mereka puak-puak Umno sedang bersenang lenang fikirkan projek-projekl baru untuk ditelan. Rakyat nak hidup susah,barang makan mahal itu rakyat tanggung sendiri janji kami pemimpin Umno tak hidup susah macam rakyat.Tu saja yang ada dalam kepala otak puak -puak Umno.Pemimpin Umno bangkit pagi ingat projek bukan ingat kesengsaraan rakyat.Tapi apa boleh buat orang Melayu sayang sangat kat Umno,sayang sangat kat dacing walaupun dah senget sebelah.

Konspirasi Fairus Khairuddin

Seperti makluman semua orang, Fairus Kharuddin merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Semalam beliau meletakkan jawatannya semalam dan terus menandatangani borang UMNO serta menyerahkan borang tersebut secara terus kepada Presiden UMNO Dato' Seri Najib Razak.

Untuk pengetahuan umum Fairus Khairuddin sebelum ini telah disiasat oleh SPRM atas tuduhan rasuah, tetapi beliau digugurkan dari tuduhan itu apabila SPRM menyatakan bahawa beliau bersih dari rasuah. pada masa yang sama beliau juga mengumumkan peletakkan jawantannya dan menyertai UMNO.Baca lanjut di sini

Satu Malaysia Rakyat Ditipu Ekonomi "Palsu"

Ini adalah email yang dihantar ke dalam blog ini oleh media pekerja tanpa edit.Aku cuma siarkan saja;

Kita berpendapat bahawa kenyataan Najib Tun Razak terhadap
pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus baru-baru ini
merupakan satu penipuan ‘terang-terangan’ kerajaan BN kepada rakyat.
Pengumunan Najib itu umpama memperbodoh-bodohkan kecerdikan rakyat
Malaysia.

Keadaan ini adalah begitu bertentangan dengan kenyataan Datuk Maznah
Mazlan , Timbalan Menteri Sumber Manusia seperti yang dilaporkan oleh
Bernama baru-baru dimana Maznah melaporkan bahawa jumlah penganggur di
Malaysia dari Oktober 2008 sehingga Disember tahun lepas mencatatkan
sebanyak 36,000 orang atau 3.6 peratus daripada jumlah penduduk
Negara.

Kita juga tertarik dengan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang dengan lantang menyarankan bahawa pengumuman itu tidak
menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat
pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada
tahun ini.

Tegas Anwar lagi hakikatnya dengan pada kadar tersebut, Malaysia
ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura,
Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam
tahun 2010 kelak

Kita berpendapat bahawa Najib tidak bersikap jujur dan telah
memutarbelitkan fakta bahawa ekonomi kita masih belum pulih
terutamanya daripada sektor perkilangan yang terjejas teruk ekoran
kekurangan eksport kerana kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat pada
2008.

Kadar penggangguran kita besar kemungkinan menyamai jumlah yang
dicatatkan pada krisis ekonomi Asia 1997, sekiranya kita masih terus
gagal memulihkan ekonomi kita sepenuhnya.

"Akibat krisis ekonomi melanda di Amerika Syarikat, ramai
pekerja-pekerja dari sektor perkilangan elektronik, pembuatan dan
perkhidmatan terpaksa diberhentikan kerja secara sementara.

Syarikat-syarikat tempatan terpaksa mengecilkan jumlah pengeluaran
kerana permintaan yang kurang.

Kita berpendapat kempen kerajaan BN cuba menonjol-nonjolkan ‘40 orang
terkaya bertaraf Billionnaire’ di Malaysia termasuk adik Najib sendiri
Datuk Nazri Tun Razak merupakan tindakan ‘damage control’ bagi
mengalihkan pandangan rakyat terhadap kegagalan Najib memulihkan
ekonomi Negara.

Kita tertarik dengan kenyataan Anwar "Saat apabila ekonomi negara
yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir
tiba,"


ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Pengerusi Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan
Rakyat Negeri Selangor (SELPROA)

Menarik;
Bukti Umno Tipu Melayu-Penarik beca

Isnin, 1 Mac 2010

Hat ayaq masuk hidung semua pi kat Umno

Ni apa yang dikatakan oleh Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR;

"Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun parti tidak mampu berbuat demikian," jelas Dr Syed Husin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dr Syed Husin berkata parti membantu Fairus sebanyak RM4,000 sebulan "atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya" namun beliau tidak berpuas hati dan terus memburukkan pimpinan parti.

"Fairus memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," ujar Dr Syed Husin.-Suara-Keadilan.com

La ni cuaca panas yang amat rumah yang tak pasang aircond cuma ada kipas siling lagi kuat kipas pusing lagi panas bukan lagi sejuk.Pelipat kepala lutut berpeluh,bawah cabang paha pun berpeluh yang tak berpeluh yang tidoq dalam aircond.Cuaca panas ,hujan turun pun panas tak tau pasai apa, tapi ini semua kerja Tuhan kita tak boleh nak tahan-tahan apa yang Tuhan nak buat.Politik kita pun sama panas macam cuaca yang sedang panas sekarang ini.

Mana yang tak tahan,hutang banyak,putus duit,ayaq dah masuk lubang hidung, lubang telinga ,rezeki yang dapat tak cukup dok dalam Pakatan Rakyat ni akan jumpa 'Tok Bomoh' yang bernama Umno kot -kot boleh tolong pelepas masalah penyakit yang dihadapi.Mana tau kot-kot Umno boleh tolong hembus lega la sebulan dua lepas tu pandai-pandai la nak hidup.

Apa yang berlaku dalam PKR patut dijadikan pengajaran jangan ambik calon bidan terjun untuk jadi wakil rakyat.Mereka-mereka yang melompat parti ni memang tak guna,pendek akal,penting perut sendiri malah mereka telah melukakan segala perasaan pengundi yang pilih mereka atas dasar bencikan Umno -bn bukan sokong batang tubuh mereka yang langsung tak dak untung.

Baca-Najib ,Rosmah dalang beli pemimpin Keadilan-Suara-Keadilan.com

Melayu Brahim Ali Lawan Melayu Umno

Kata Penarik beca sifu blogger dalam blog beliau;


Di Malaysia, belum hilang kuasa pun, puak itu kini bagai Korea Utara dan Korea Selatan - Satu Umno dan satu lagi Perkasa (tentu ada yang kata, Perkasa ditubuhkan untuk mengukuhkan Umno. Tetapi, mengenali Datuk Ibrahim Ali, adakah akhirnya akan jadi begitu? Bagaimana kalau dia bertanding seabagai calon Bebas di Pasir Mas, Umno pun buat bodoh letak calon jugak lawan dia dan PAS? Agak-agak, bagaimana kelaku dia masa itu? Umno nak letak dia sebagai calon? Adakah orang Umno Pasir Mas akan terima dengan rela?).

Apa pun, kalau mahu Umno punah ranah, kita kena pakat-pakat kerja kuat dan bersistem. Kena fikir juga bagaimana nak menghadapi orang-orang PAS yang gila nak menghantar ambulan kepada Umno.

Ha bab ni memang betoi,Brahim Ali sekarang ni sedang mengumpulkan 'bala tenteranya' atas nama Ngo-Ngo Melayu yang prihatin dengan nasib Melayu-Islam yang katanya semakin terhakis dan digoncang-goncang Melayu itu hingga dah tak ada apa-apa. Umno pula seperti yang sedia maklum terus mainkan isu umat Melayu terpinggir untuk raih simpati undi hinggalah sampai pru akan datang.Selagi isu Melayu masih laku selagi itulah Umno akan terus kekalkan kuasanya untuk terus sapu kekayaan negara sampai bila-bila.Amat malang kerana orang Melayu belum sedar daripada mimpi walaupun dah mimpi banyak kali Umno tipu Melayu tapi tak sedar-sedar kerana mereka menjadikan Umno 'dewa' orang Melayu.

Segelintir orang Pas yang termakan umpan Umno pula terikut ikut dengan resmi Umno untuk turut perjuangkan Melayu -Islam sebab itu sekarang ni orang Pas anggap Umno tu bersaudara walaupun capnya lain-lain.Mereka yang tak berjiwa kental dalam Pas lupa bahawa 'Umno tak sayang kita tapi kita terhegeh-hegeh nak kesian kat Umno'!

Apakah Ngo Melayu Brahim Ali yang bergabung dengan lain-lain Ngo Melayu tidak ada politik sendiri-sendiri nak dapat keuntungan atas nama Melayu?Wajib ada! Umno yang perguna Brahim Ali atau Brahim Ali yang perguna Umno? Umno memang dah tak percaya kat Brahim Ali, kalau Umno percaya kat Brahim Ali dah lama Brahim diberi peluang untuk 'bertaubat' untuk kembali sertai Umno.Brahim sedar semua tu.

Dalam laporan Malaysian Insider Menteri Kewangan kedua nafi kenyataan Ngo-Ngo yang menubuhkan Majlis Perundingan Melayu bahawa bumiputera dipinggirkan dalam pembangunan ekonomi negara;

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menolak kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, termasuk pendirian Majlis Perundingan Melayu (MPM) semalam bahawa model ekonomi baru yang diumum bulan depan akan menyebabkan golongan Bumiputera dan orang Melayu terus ketinggalan daripada segi ekonomi.

Apa yang disebut Brahim Ali disanggah Umno kerana Umno tahu Brahim pun ada kepentingan politik bila cakap pasai isu Melayu.Dah betoi dah jadi Korea Utara dan Korea Selatan yang saling tak percaya antara satu sama lain walaupun mereka sebangsa.

Nak berjuang Melayu cara Umno kena ada duit selagi duit boleh ditabur dan dikutip-kutip oleh yang menerimanya maka Melayu Umno akan terus hidup dan terus disokong mereka.Melayu cara Brahim Ali pula tak berapa ada duit, ya la nak kutip mana duit ,jadi Brahim Ali kena jerit lebih kuat perkataan Melayu untuk dapat sokongan mereka yang tidak kenal siapa Brahim Ali.

Bagaimana Adik PM dapat kekayaan RM385 juta?

Dzulfikar Mashoor
BUKIT MERTAJAM, 1 Mac: Kedudukan Datuk Nazir Tun Razak, iaitu adik kepada Perdana Menteri Malaysia disenaraikan sebagai antara 40 individu terkaya di Malaysia seperti yang dimahsyurkan oleh majalah Malaysia Bisnes sebelum ini masih dipersoal.

Berdasarkan laporan Malaysia Bisnes berhubung pegangan saham di Bursa Saham Malaysia yang dibuat pada 15 Januari lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoal kedudukan Nazir tersebut adakah disebabkan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan CIMB.

“Kumpulan CIMB tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia dan Nazir adalah CEOnya.”

“Adakah kekayaan yang dimiliki oleh seorang adik Perdana Menteri ini adalah kekayaan yang dikaitkan dengan kumpulan CIMB itu sendiri,” soalnya.

Beliau bertanya sedemikian berdasarkan kaedah biasa yang diamalkan oleh korporat, iaitu perlantikan seseorang CEO berasaskan pada pegangan syer saham terbesar dalam sebebuah syarikat.

“Kalau ikut kaedah yang diguna, untuk mengenal pasti kekayaan seseorang (adalah) berdasarkan pegangan syer di dalam syarikat yang tersenarai ini, bermakna Datuk Nazir memiliki sejumlah pegangan di dalam Kumpulan CIMB.”

Ekoran itu, beliau berkata, kedudukan Nasir juga boleh ditentukan berasaskan kedudukan kumpulan CIMB sendiri dalam Bursa Saham Malaysia.

“Seperti yang dinyatakan (Malaysia Bisnes), kekayaan Datuk Nazir dinilai dari jumlah pegangan syer beliau dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia (maka) syarikat yang dimaksudkan sudah tentulah Kumpulan CIMB,” jelasnya.

Persoalan yang dibangkitkan itu sekaligus mendorong Mahfuz mempersoal kedudukan CIMB sendiri sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Setahu saya, (kumpulan) CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan (GLC) dan Datuk Nazir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB.

“Isunya sekarang, selain pemegangan syer terbesar oleh adik Perdana Menteri itu, apakah pula status terbaru CIMB sekarang? Adakah Kumpulan CIMB masih (berstatus) sebagai syarikat kaitan kerajaan (GLC),” soal beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa rakyat berhak diberi penjelasan tentang status terkini kumpulan CIMB tersebut kerana syarikat tersebut berasal dari Bank Bumiputera, iaitu sebuah bank yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri.

“Walaupun Nazir adalah inividu yang memiliki pegangan saham terbesar, adakah kerajaan sendiri memegang syer terbesar (golden syer) dalam kumpulan CIMB pada masa yang sama,” soal beliau lagi.

Beliau juga secara berjenaka, mempersoal kaedah adik Perdana Menteri Malaysia menguruskan kumpulan CIMB sehingga disenaraikan antara 40 individu yang terkaya di tanah air.

“Adik Perdana Menteri dibayar gaji berapa oleh CiMB, bila Nazir mula menjadi pemegang saham terbanyak, daripada mana dia dapat duit kerana tiba-tiba beliau memiliki kekayaan RM385 juta.

“Ini sudah boleh dianggap pelik bin ajaib, bukan lagi adik Perdana Menteri Malaysia,” ujarnya

Harakahdaily

Elok la 'sampah-sampah' tu keluar sekarang supaya longkang tak tersumbat

Berkata seorang kawan kat aku isu pemimpin dan ahli politik PKR keluar parti."Baguih juga mereka keluar sekarang sebelum pilihanraya Umum 13 muncul.Sampah-sampah ni elok dikeluarkan supaya longkang tak tersumbat air pun boleh jalan laju."

Ya la daripada jadi perosak daripada dalam elok juga depa pakat pakat meloroih keluar senang sikit nak buat kerja.Nasib mereka yang melompat masuk Umno ni pun tak kemana jadi kupang tembaga saja dalam Umno.Contoh dah banyak kita tengok.Ezam Mohd Nor, Osman Jailu danJamaludin (bebas mesra BN) depa ni semua apa pun tak dapat.Umno tak bodoh sangat nak kutip orang-orang ini nak duduk dalam Umno ditempat yang selesa.Umno hanya mahu kutip mereka-mereka ni untuk keluar daripada PKR saja lepas tu depa nak jadi apa pun hang pa punya pasai la,tanggung sendiri.

Dua-tiga bulan laku la dalam Umno lepas tu hilang tanpa berita.Sebulan dua mereka ni diusung ke sana kemari untuk jadi tukang karut Umno buruk-burukkan parti yang mereka dah tinggal.Kalau dah jadi sampah tempat sampah juga la duduknya.Tak kemana pun.Banyak lagi orang-orang dalam Umno yang tak dapat apa takkan nak bagi jawatan penting kepada mereka-mereka ni yang melompat ke dalam Umno.Khairy Jamaludin yang jadi Ketua Pemuda Umno Malaysia pun tak boleh jadi menteri tambah la yang melompat masuk Umno.

Baca juga;

Tan Tee Beng keluar PKR, jadi bebas-Malaysiakini
Zulkifli Nordin nafi keluar parti-Malaysiakini
Lagi gelora melanda PKR-Malaysiakini
Fairus nafi masuk Umno kompromi dibersihkan SPRM-Malasyian Insider
Salehuddin ramal lebih 10 MP bakal keluar PKR-Malaysiakini
Syukur mereka keluar-Syed Husin-Harakahdaily

Bekas SU Agung PKR Pula Keluar PKR

Malaysian Insider;

Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim yang melepaskan jawatan itu akhir Januari lalu turut telah mengambil langkah untuk keluar parti itu.

Salehuddin ketika dihubungi mengesahkan yang beliau telah berbuat demikian dua minggu selepas mengakhiri tempoh khidmatnya sebagai setiausaha agung PKR.

“Saya tidak mahu keluar parti semasa tempoh khidmat saya secara rasmi bersama PKR belum berakhir. Dan, selepas itu saya sudah memaklumkan (kepada parti) bahawa saya sudah keluar parti,” kata beliau yang memegang jawatan setiausaha pengelola sejak 2004 dan kemudian sebagai setiausaha agung selepas pilihan raya umum ke-12.

Keputusan itu walaupun tidak mendapat publisiti sebelum ini tetapi dilihat sebagai satu kejutan atas kapasitinya sebagai bekas setiausaha agung parti dan pemimpin kanan.

Apabila ditanya sama ada beliau akan turut menyertai mana-mana parti termasuk Umno, Salehuddin hanya berkata, “saya seorang ahli politik yang sudah bersara.”Baca lagi di sini

Mohd Fairus sertai Umno

Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini.

Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah.Baca di sini

Sementara berita lain rumah Ketua Umno Cheras ,Syed Ali Alhabshee dipecah masuk dan kerugian RM400,ooo banyak tuu..baca di bawah;

Selain barang kemas bernilai kira-kira RM400,000, beliau berkata mangsa turut kehilangan wang tunai RM10,000 yang disimpan di dalam peti besi di biliknya.-Bernama