Suara Media Islam Indonesia melaporkan seorang tokoh agama KH Noer Muhammad Iskandar SQ, Pengasuh Pondok Pasantren Asshididiqiyyah, Jakarta berkata kejadian gempa bumi yang melanda Padang dan Jambi ada disebut dalam al-Quran.
"Masyarakat harus meyakini kebesaran al-Quran, peristiwa gempa di Padang dan Jambi harus di jadikan pengajaran bagi pemimpin dan rakyat."-kata beliau
Sms juga beredar di merata tempat di Indonesia yang mengaitkan peristiwa gempa bumi di Padang dan Jambi sudah disebutkan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Israa dan Al-Anfaal.
Al-Israa ayat 16 Allah berfirman yang bermaksud-" Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."
Al-Israa ayat 58 Allah berfirman yang bermaksud- " Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakan sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."
Begitu juga dengan apa yang terjadi di Jambi yang turut dilanda gempa bumi, sms yang sama turut dikaitkan dengan Al-Quran dalam surah Al-Anfaal ayat 52 Allah berfirman yang bermaksud- "(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya."
Wallah hu a'lam
Isnin, 5 Oktober 2009
Hak Tentera Sebagai Pengundi Pos
Parti Pas bersama rakan-rakannya daripada lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat berusaha gigih untuk menang di PRK N.31 Bagan Pinang walaupun sedar peluang untuk menang agak sukar. Moga Allah merestui usaha gigih Pas yang tidak pernah mengenal erti penat malah terus berjuang untuk capai kemenangan.
Pas sedar undi pos menghantui peluang Pas untuk menang di Bagan Pinang. Undi pos sebanyak 4604 undi ( walaupun Pas dakwa jumlah sebenar kurang daripada itu) boleh gugat kemenagan Pas dan Pakatan Rakyat.
Askar atau tentera juga makhluk Allah yang biasa sama macam rakyat lain yang boleh mengundi cuma mereka dipisahkan oleh SPR , hanya boleh mengundi di kem-kem tentera saja.
Berikut adalah hak tentera sebagai pengundi Pos dalam mana -mana pilihanraya di Malaysia:
Dibenarkan seorang pengundi pos menyimpan sendiri kertas undi pos mereka dan di benarkan seorang pengundi pos menyerahkan sendiri kertas undi pos mereka beserta Borang 2 (Perakuan Pengenalan) kepada mana-mana Pengurus Pilihanraya di dalam kawasan tempat mengundi, pada hari Pilihanraya berlangsung sebelum jam 5 petang.
( Rujuk Peraturan 12&13 Akta Pilihanraya 1958, Peraturan Pilihanraya (Undi Pos) 1959 )

Pengakuan bekas Tentera
Pengakuan Bekas Tentera : Mengundi Bagi Pihak BN
Pengakuan ini dibuat oleh Kepten Mejer (B) ABu Bin Kassim dihadapan Suruhanjaya SPR. Berikut adalah sedutan pertemuan kami dengan SPR.Pada hari isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR. Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman, YB Firdaus, saya sendiri Suhaizan Kayat dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi. Berikut adalah sedutan ucapan saya dalam pertemuan tersebut.
Suhaizan Kaiat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.
Dato’ Wan Ahmad Wan Omar : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?
Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Mejer(B) yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.
Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.
Tan Sri Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?
Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.
Tan Sri Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?
Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.
Tan Sri Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.
Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.
Tan Sri Abd Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.
Suhaizan Bin Kaiat : Saya minta EPP(Ejen Pengundian Pos) dibenarkan mengawal 24jam tuan.
Dato Wan Omar : Perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang. Nanti SPR kena pertisen pulak. Kawalan ini telah dibuat oleh pihak tentera dan polis. Mengapa kita curiga?
Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Masa saya jaga kawalan selepas saya berhenti tentera. Tahun 2000. Masa Roslan Kassim lawan Sothinathan. Tan Sri Isa Samad mahu masuk dalam kawasan Majlis Daerah PD. Saya yang halang tuan.
Dato’ Wan Omar : Saya pun tak pasti Pak Abu ni. Saya banyak terima aduan macam ni. Saya pun tak pasti. Pak Abu begitu lancar sekali. Tan Sri Isa masuk tu tak de bukti. Lagi pun pihak lagi satu(UMNO) pun tidak ada disini untuk mempertahankannya.
YB. Dr Maria : Bukan kita tidak percaya dengan polis dan tentera Tan Sri Pengerusi tetapi kejadian-kejadian yang telah berlaku sebelum ini telah membuktikan bahawa manipulasi tersebut berlaku. Kita kena kawal semua ini Tan Sri.
Pertemuan ini bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2 ptg. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi tiada suatu pun komitmen SPR untuk berubah dalam pilihanraya Bagan Pinang ini. SPR nampak baik aja. Tetapi sebenarnya SPR menyimpan pekung yang sangat besar dalam pengurusan UNDI POS.
Suhaizan Bin Kayat
Pengerusi J/K Khas Undi POS
Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dicopy daripada blogger Bila Kentong Berbunyi
Prk Bagan Pinang:"Nabi Muhammad Dengan Allah Boleh Bertukar Ke?
Salam semua...
Dalam kesibukkan kedua-dua pihak merayu undi antara Umno-Pas yang berlangsung di Bagan Pinang ini apa yang diceritakan oleh seorang petugas Pas yang mengiring Muslimat Pas yang merayu undi di Taman Bayu, Telok Kemang.
Petugas Pas lelaki itu yang ada bersama-sama Muslimat Pas dari Selangor dan Trengganu turut dengar apa yang diucapkan oleh seorang wanita yang dipercayai sebagai Umno tegar itu. Muslimat Pas berkata kepada wanita itu supaya buat perubahan dan tukar fikiran dengan mengundi calon Pas yang bersih daripada rasuah , Zulkefly Mohd Omar, kata wanita itu- "Kalau undi Pas pun bukan boleh tukar kerajaan ke?. Nabi Muhammad dengan Allah boleh tukar ke?"
Aku tanya petugas yang lelaki tu- "Hang jawab apa?" Kata petugas lelaki tu-" Buat apa nak jawab dan bertikam lidah dengan orang yang jahil macam tu?"

Sabtu, 3 Oktober 2009
Kena Gigit 'Kerengga' Kot

Maka berkatalah Ketua Umno Bahagian Baling yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Azeez beliau ditumbuk oleh 9 orang penyokong Pas sampai lebam-lebam di bahagian belakang leher-utusan online. Begitu juga dengan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Perdagangan, Ismail yang kata kononnya beliau juga nyaris-nyaris kena 'balun ' macam Abdul Azeez.
Menteri apa cakap pembohong! waktu Ismail Sabri lalu tu aku tengok ok ja , sapa pun tak sentuh, jentik sikit pun tak ada, malah penyokong pakatan siap iring sampai kepada penyokong BN yang dok nganga depan pintu Pusat Penamaan Calon. Usik mengusik tu ada la, takkan tu pun tak boleh, nama pun menteri tentu rakyat nak tengok muka macam mana bapa kepada artis.
Apa yang polis dan FRU buat kepada pakatan rakyat pakat sembunyi pula dalam baju. FRU yang tunggu depan penyokong pakatan rakyat siap berbaris lagi sampai 4 baris kawat siap-sedia halang penyokong pakatan rakyat daripada berada dekat dengan pusat penamaan calon. FRU buat bulatan kawal keliling tak bagi penyokong pakatan rakyat dapat keistimewaan macam puak Umno-Bn dapat. Gambar di atas FRU yang dok jaga penyokong pakatan rakyat di PRK Bagan Pinang.
Aku ingat siang tadi FRU nak tembak gas dah - Bariiiis kawat praaap praap praaap macam demo GMI.
Penamaan Calon PRK Bagan Pinang
FRU duduk depan penyokong pakatan rakyat

Penamaan calon prk Bagan Pinang berjalan dalam keadaan tegang dan penuh bersemangat antara Umno-Bn dan penyokong pakatan rakyat. Laungan Isa Duit!, Isa Rasuah!, Hidup Rakyat, Hidup Islam! bergema dan bersilih ganti hingga tamat proses penamaan calon. Tindakan pihak polis yang berikan laluan kepada penyokong UMNO-BN di jalan utama depan pusat penamaan calon timbulkan kemarahan penyokong pakatan rakyat yang tidak dibenarkan hampiri jalan depan pusat penamaan calon.Penyokong pakatan rakyat disuruh polis beredar jauh daripada pusat penamaan calon dan timbulkan ketegangan antara pihak polis dan penyokong pakatan rakyat. Kejadian tersebut tidak lama dan polis hilang kawalan bila penyokong pakatan rakyat tidak berganjak dan terus berada depan penyokong Umno-Bn. Penyokong BN juga buat provokasi dengan baling botol minuman dan tidak diambil tindakan oleh pihak polis.Hujan rahmat yang turun pada jam 8.30 pagi tidak jejaskan semangat penyokong pakatan rakyat untuk terus berada di tempat penamaan calon tersebut.
FRU yang ramai berada di sebelah penyokong pakatan rakyat sementara polis biasa kawal penyokong BN.
Jumaat, 2 Oktober 2009
HUKUM ALLAH - TUN MAHATHIR
Berikut adalah apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir dalam blognya:
1. Apabila sesuatu dilakukan dengan nama Islam, ramai yang cepat berkata ia adalah hukum Allah yang perlu kita lakukan. Kita jarang bertanya samada sesuatu itu benar-benar hukum Allah.
2. Saya tertarik dengan rencana bekas mufti Perlis berkenaan dengan kononnya Islam melarang gosok gigi di bulan puasa. Kononnya mulut yang bau busuk kerana berpuasa sebenarnya harum seperti bau kasturi. Ini diulangi berkali-kali dalam televisyen.
3.Benarkah pendapat ini adalah hukum Allah?
4. Sebenarnya hukum ini tidak terdapat dalam Al-Quran. Mungkin ada hadith yang menyarankan bahawa ini adalah ajaran Islam (yang diwajibkan). Tetapi kita tahu banyak hadith yang diterima oleh sesetengah daripada orang Islam adalah lemah atau bukan hadith yang sebenarnya.
5. Sebab itu kita dapati banyak perbezaan daripada segi kepercayaan dan amalan oleh orang Islam di negara-negara Islam. Ada negara Islam di mana purdah atau hijab diwajibkan walaupun oleh perempuan yang sudah tua. Al-Quran tidak mewajibkan wanita tutup muka dan tangan. Bolehkah kita kata amalan pakaian purdah ini adalah hukum Allah?
6. Larangan bagi wanita bersekolah untuk menuntut ilmu juga tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith sahih.
7. Membunuh wanita kerana memalukan keluarga juga tidak ada. Tetapi di beberapa buah negara Islam dilapor berkenaan dengan wanita dibunuh oleh bapa atau abangnya kerana perbuatan tertentu. Islamkah ini? Hukum Allah kah ini?
8. Dalam melaksanakan hukum Islam, Al-Quran menyebut tentang hukuman yang setimpal. Demikian mata dibalas dengan mata, telinga dengan telinga dan seterusnya jiwa dengan jiwa. Dalam pada itu Al-Quran menyebut sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka itu menjadi penebus dosanya.
9. Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai orang yang bertimbangrasa dalam mengena atau melaksana hukum. Yang diutamakan dalam Al-Quran ialah apabila menghukum, hukumlah dengan adil. Terdapat 43 ayat yang menyebut tentang pentingnya hukuman yang adil. Beberapa ayat lagi menegah perbuatan yang zalim.
10. Seperti yang kita semua maklum, alim ulama memahami dan membuat tafsiran berpandu kepada isi kandungan Al-Quran dan hadith dan kitab tulisan ulama silam. Oleh kerana alim ulama bukan rasul kefahaman dan tafsiran mereka tidaklah selalunya sama antara satu dengan yang lain. Demikianlah kelainan antara pendapat dan kefahaman mereka sehingga berlaku perpecahan dan permusuhan dikalangan orang Islam dan rusuhan serta bunuh-membunuh antara mereka.
11. Soalnya apakah mungkin semua alim ulama benar-benar berpegang kepada hukum Allah apabila memberi pendapat atau membuat fatwa? Jika ya, kenapakah ajaran mereka tidak sama dan begitu bertentangan antara sesama mereka?
12. Atau apakah ada diantara mereka yang secara sengaja atau tidak sengaja, telah membuat tafsiran yang salah berkenaan apa yang dikatakan hukum-hukum Allah. Kerap ternampak mereka seolah-olah tidak puas hati dengan kesederhanaan dan kelonggaran yang terdapat dalam Islam.
13. Oleh kerana ada kemungkinan salah tafsiran berlaku janganlah kita terlalu cepat berkata bahawa hukum yang ditentukan oleh alim ulama adalah hukum Allah dan dengan itu kita tidak boleh mempersoalkannya dan kita akan berdosa jika kita abaikannya.
14. Oleh itu sebelum menghukum atau menjalankan hukuman tidak bolehkah kita bertanya dahulu adilkah hukuman yang dikenakan? Dan benarkah hukuman yang dikenakan adalah hukum Allah?
15. Kita juga harus diberitahu dari mana puncanya hukuman yang dijatuhkan, sebelum kita terima hukuman berkenaan adalah hukum Allah.
16. Dan janganlah kita lupa bahawa Allah suka kepada mereka yang bertimbangrasa dan tidak keterlaluan dalam melaksanakan hukum.
17. Juga harus kita jaga kebaikan nama Islam dan tidak melakukan sesuatu yang akan mencemarkannya.
18. Kita disuruh berdakwah dan mengembangkan agama Islam. Kita sendiri berbahagia kerana menganut agama Islam disebabkan pedagang Islam dari negara Arab dan India telah menunjuk kebaikan dan keadilan dalam Islam. Jika kita melakukan sesuatu yang sebenarnya bukan dari ajaran Islam dan ini menyebabkan orang lain menjauhkan diri dari Islam, apakah kita mematuhi tugas berdakwah yang diwajibkan keatas kita semua?
Wallahua'alam.
Perkara no 10 itu Mahathir cuba salah kan ulama yang jadinya berbunuh-bunuh dan rusuhan sesama Islam. Punca pecah belah adalah ulama. Kalau tak ada ulama siapa yang akan bimbing kita dalam dunia akhir zaman ini? Mahathir juga cuba bermain logik akal untuk sanggah apa yang dilakukan ulama. Mana lagi tinggi akal manusia dengan hukum Allah. Akal yang boleh berfikir tu pun Allah bagi. Apa sebenarnya yang Mahathir ingin katakan.....?

Pergi Jahanamlah Sisters In Islam
Sisters In Islam patut buang saja perkataan Islam yang ada pada pertubuhan itu kerana badan itu langsung tak menghormati hukum Islam dan banyak kelirukan umat Islam , malah memperlekehkan hukum Islam.
Kenapa SIS hanya pertikaikan hukum sebat ke atas Kartika Sari Dewi oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tapi tidak pertikaikan hukum sebat dan rogol di Mahkamah Sivil? Kalau SIS anggap hukum sebat ke atas Kartika oleh mahkamah Syariah zalim , kejam dan langgar hak asasi manusia, mahkamah Sivil yang sebat pesalah tu tak zalim ka? Aku sokong NGO2 Islam yang buat bantahan terhadap SIS tu mengenai kes Kartika yang disebat 6 rotan bukannya 40 atau 100 rotan pun. Dewan Pemuda Pas anggap SIS hina dan perlekehkan hukum Islam-malaysiakini
Kalau Kartika sendiri sanggup terima hukum sebat , kenapa SIS kalut dan sibuk sangat failkan di mahkamah untuk tangguh dan batalkan hukum sebat tersebut. Pertubuhan laknat tu dipengaruhi siapa?

Rumah Terbuka YB Khalid Samad -Rodziah Meriah
Khalid Samad layan para tetamu dan bagi duit raya pada kanak-kanak
Rodziah bersama suami
Kumpulan nusantara nyanyi lagu raya
Kacau dodol

OKU tak dilupakanMalam ni 2-10-09 Parlimen Shah Alam dan Dun Batu Tiga meraikan warga Shah Alam dan rakyat keseluruhannya yang berdekatan dengan jamuan Raya Aidilfitri di Tapak Pasar Tani , seksyen 17, Shah Alam. Ribuan orang ramai hadir tak kira Melayu , Cina dan India untuk jamu selera dengan aneka juadah hari raya .
Warga Shah Alam langsung tak fikirkan sebarang agenda politik yang 'panas' di Selangor, khususnya di Shah Alam. Rakyat datang ke jamuan raya meraikan jamuan Aidilfitri bersama pemimpin mereka . Miskin kaya tak dibezakan semuanya diraikan dengan penuh meriah.
Khamis, 1 Oktober 2009
Kenapa Mesti Isa Samad?

Tan Sri Isa Samad tentu gembira kerana telah berjaya dapat jadi calon Umno di prk Bagan Pinang. Isa Samad yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang telah berjaya tundukkan dan lembutkan hati pemimpin tertinggi Umno Pusat untuk iakan saja pencalonan Isa sebagai calon 'terbaik' Umno di Bagan Pinang.
Umno pusat terpaksa terima Isa Samad sebagai calon Umno di Bagan Pinang kerana Isa dikatakan ada pengaruh yang kuat di Bagan Pinang walaupun imej Isa yang terpalit dengan politik wang dalam pemilihan jawatan tertinggi Umno.
Dengan kekuatan undi pos 4604 undi yang dikatakan akan memihak kepada Umno, tapi Umno masih takut dibayangi kekalahan kerana masih trauma dengan 7 kali kalah dalam prk yang telah diadakan kepada parti2 daripada Pakatan Rakyat , lalu Isa dipertaruhkan untuk menang di Bagan Pinang. Bagi Umno selain Isa Umno takkan menang walaupun ada undi pos.
Bagi Umno soal calon tu perasuah atau keji tidak penting, yang penting calon tu ada 'cara' untuk 'menang', soal maruah dan moral perkara terakhir difikirkan Umno. Matlamat menghalalkan cara!
Jika pengundi Melayu di Bagan Pinang yang berjumlah 63% tolak Umno dan Isa Samad maka berkuburlah Umno dan Satu Malaysia PM Najib dan Rosmah Mansor. Jika pengundi Melayu dan bukan Melayu tolak Umno di Bagan Pinang maka betullah apa yang Tun Mahathir katakan umno akan ditolak dalam pru-13 akan datang kerana amalakan rasuah dan dipandang tidak hormat lagi oleh orang ramai.
Jika Pas pula menang(ini kuasa Allah tak siapa dapat menghalangnya) alhamdulillah, jika kalah terima saja ...
Pakar Motivasi Atau PJ
Datuk dr Hasan Ali yang dulunya pakar motivasi sekarang memegang jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco kerajaan Negeri Selangor.Kerja sebagai pakar motivasi yang handal selalunya akan memulihkan semangat para pelajar yang lemah dan tak berdisiplin untuk kembali bersemangat dalam meneruskan pelajarannya untuk kembali cemerlang.
Adakah kerja sebagai PJ Selangor dan sebagai seorang Exco sama dengan kerja sebagai pakar motivasi?Adakah Datuk Hasan Ali terbawa-bawa cara motivasi untuk mengeluarkan idea beliau hingga berlaku perbalahan sesama pemimpin Pakatan Rakyat dan sesama pemimpin Pas di Selangor? Aku tak kata Hasan Ali tu tak betul atau kerana aku tak sokong beliau.
Selalunya pakar motivasi akan sampaikan motivasi yang berbeza kepada orang yang berbeza , dalam politik pula kalau buat lagu tu tak dapat diterima oleh orang yang mendengarnya. Pagi cakap lain petang cakap lain, atau mungkin kerana terlupa apa yang telah diucapkannya.
Isu SELCAT telah menimbulkan 'ribut di luar cawan ' bukan dalam cawan lagi antara Hasan Ali dan Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam dan Teng Chang Kim, Pengerusi SELCAT yang juga Speaker Dun Selangor mengenai adakah wajar pegawai kerajaan negeri Selangor disiasat oleh SELCAT secara terbuka atau diadakan siasatan dalaman. Hasan Ali kononnya membela pegawai kerajaan negeri Selangor disiasat secara dalaman oleh SELCAT supaya maruah pegawai kerajaan negeri tidak tercemar. Kalau tak salah mengapa pegawai kerajaan negeri nak takut disiasat secara terbuka?Berani kerana benar takut kerana salah.
Lagi satu adakah pemimpin Pas di Selangor tidak boleh ditegur oleh pemimpin Pas yang lain jika berlaku rasa tidak puas hati dengan hujah yang dikeluarkan? Mengapa hendak dilakukan 'pembersihan' untuk matikan segala kritikan oleh pemimpin Pas yang lain? Adakah ini bukan cara Umno?
Adakah Pas Selangor termakan dengan kempen Umno yang mengatakan Pas jadi kuda tunggangan DAP dan Keadilan dengan tujuan untuk pecahbelahkan Pakatan Rakyat di Selangor, lalu ada sebahagian orang Pas Pemimpin Pas mainkan isu Melayu-Islam. Bukankah syarat jadi ahli Pas itu Islam bukan Melayu?

Calon Yang Bersih Pun Boleh Kalah, Yang Kotor Pun Boleh Menang
Tun Mahathir memang kecewa kerana saranan beliau supaya Umno jangan pilih Isa Samad sebgai calon Umno di Bagan Pinang tak dipedulikan oleh pemimpin tertinggi Umno. Tun Mahathir berkata beliau tidak akan turun berkempen untuk bantu Umno di prk Bagan Pinang seperti di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Tun Mahathir dalam blognya yang menulis mengenai 'Calon Pilihanraya' berkata- calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang dalam pilihanraya. Umno dah tercemar dengan politik wang dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi parti. Kata Tun lagi rakyat dan orang ramai dah tak hormat lagi pada Umno dengan gejala rasuah yang berluasa dalam Umno. Besar kemungkinan rakyat atau pengundi tak akan undi lagi Umno dalam pru-13.
Kalau kita menganggap dadah itu musuh negara, musuh masyarakat dan dianggap sebagai najis adakah orang yang amalkan rasuah, makan suap, jolok duit untuk kerabat jadi Naib Presiden Umno tidak boleh dianggap sebagai kotoran dan najis malah musuh negara?
Adakah pengundi Bagan Pinang yang sokong Umno mau bergelumang dengan pemimpin yang jadi najis itu. Kalau Isa Samad itu dianggap banyak jasa, banyak buat pembangunan walaupun terpalit dengan rasuah politik wang adakah beliau boleh dianggap bersih? Biil Clinton masa jadi Presiden USA pun kerana berbohong dan ada skandal dengan pembantu peribadinya pun ditolak oleh rakyat Amerika. Kalau pengundi Bagan Pinang dah berfikiran maju macam rakyat Amerika kena tolak Isa Samad macam rakyat Amerika tolak Biil Clinton.
Tak malukah pemimpin Umno macam Ketua Menteri Melaka , Ali Rustam yang kata Isa Samad calon paling layak. Layak kerana pandai jolok duit untuk menang? Layak kerana ada pangkat dan kedudukkan, bukan kerana moral dan maruah diri.

Langgan:
Catatan (Atom)