Jumaat, 19 Julai 2013

Hadiah istimewa sempena Ramadhan dan Aidilfitri

Ni hadiah sempena bulan Ramadhan dan Aidilfitri tak lama lagi..dok geram harga ayam mahai tak habis lagi depa dok keja tambah beban rakyat..maklumlah rakyat kaya2 belaka..tol free tak mau,minyak murah tak mau,pendidikan percuma tak mau..ambik haa ambik!

Tarif elektrik mungkin dinaikkan
KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.
  
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
  
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
  
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
  
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
  
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
  
Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.
  
Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
  
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.
  
Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.
  
Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama

4 ulasan:

  1. Terima kasih kerajaan BN

    BalasPadam
  2. kasi naik harga itu pampers yang dipakai oleh najib lagi bagus BN pukimak kau aku mesti potong konek kau semua yang sokong BN

    BalasPadam
  3. Itu naik, ini naik, ada satu barang dah turun harga murah gila,,,harga getah dh turun harga bawah Rm3,,,kalau x silap Rm2.80 sahaja.satu masa dulu kalau boleh kebun/ladang getah nak kena pasang cctv,takut di masuki pencuri getah sekerap,,,malah ada yg dh lama merantau ke bandar sanggup berhenti kerja,balik kampung untuk menoreh,,habis segala pokok getah tua/muda di cakar untuk mengeluarkan susu getah yg di pandang bagaikan cecair emas putih,,,,itu cerita dimasa harga getah mencecah hampirRm7......bersabarlah wahai penoreh.

    BalasPadam
  4. Buah salak buah kedondong
    Salak di simpan dalam peti
    Bukan salah ibu mengandung
    Salah tangan memangkah undi

    BalasPadam