Khamis, 25 Julai 2013

Haha syok la satu sen tak payah bayaq

KASB setuju ambil alih pinjaman RM250 juta, kata Pengerusi NFCorp

Syarikat usahasama Malaysian-Japanese, Kirimitonas Agro Sdn Bhd (KASB) bersetuju mengambil alih pinjaman RM250 juta projek penternakan lembu, kata National Feedlot Corporation (NFCorp).
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, berkata syarikat itu bersetuju dengan terma itu walaupun Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pernah menyatakan tiada keputusan berhubung hal itu dua minggu lalu
“KASB setuju membuat membayar semula pinjaman kerajaan itu secara penuh," katanya pada sidang media di Restoran Meatworks yang dikendalikan ahli keluarganya di Kuala Lumpur, hari ini.
KASB ialah usahasama secara 60:40 antara Otoshitos Sdn Bhd dan Hannan Food Company dari Jepun, antara sebuah syarikat penternakan lembu terkenal di negara itu.
Salleh kini berdepan pertuduhan jenayah pecah amanah RM47.3 juta kerana menyalah guna dana NFC untuk membeli kondomunium mewah dan lot tanah.
Skandal itu terbongkar berikutan Laporan Ketua Audit Negara mendapati projek berkenaan jauh dari memuaskan manakala saksi pula mendedahkan dana itu disalah guna untuk membeli hartanah.
Pada 9 Julai lalu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan KASB tidak mengambil alih hutang RM250 juta dan kerajaan rugi RM163 juta jika perjanjian itu diteruskan.
Hari ini, Rafizi berkata, NFC bukan dalam posisi untuk terbabit dalam perjanjian kerana ia bersifat projek kerajaan.
“Pinjaman didahulu kerajaan, tanah di Gemas yang menempatkan projek berkenaan milik kerajaan. Jadi sepatutnya kerajaanlah yang buat keputusan
"Dua minggu lalu, saya bertanya kepada Menteri Kewangan II di Parliamen mengenai isu ini dan beliau jawab, kerajaan tidak membuat keputusan terhadap pengambilalihan itu," katanya. - 25 Julai, 2013.-M'insider
Ha ha syok la satu sen tak payah bayaq..hadiah Ramadhan dan Aidilfitri..

3 ulasan:

  1. Macam best je bisnes ni? Rakyat biasa cam aku ni camne nak apply? Tiada modal, tiada risiko, tiada rugi... hehe

    BalasPadam
  2. Salah satu penjajahan bentuk baru, NFC gadai harta negara. daging lepas ni dikawal oleh syarikat Jepun. Kapitalis BN menzalimi rakyat.

    BalasPadam
  3. Kalau macam ni, aku pun boleh buat bisnes! Pinjam duit rakyat menerusi kerajaan, beli benda yang takde kena mengena dengan core bisnes,kayakan anak-anak dengan duit rakyat kemudian cari investor bodoh atau company yang boleh bayar duit yang telah disonglap(ambil alih hutang) habis cerita! Senangnya kerja geng UMNO yang kononya membela bangsa melayu(bela penyangak duit rakyat sebenarnya).Ingat, company ini akan dapat banyak kemudahan dari kerajaan untuk jayakan projek daging nasional.....last sekali, ini semua silap mata....dan duit cukai rakyatlah yang akan membayar kepada syarikat jepun yang ambil alih kerja2 membalun duit rakyat! Memang macam haramjadah je Matleh and Co ni!

    BalasPadam