Selasa, 2 Julai 2013

Pi la hang pa berambus

RCI: Warga asing beritahu terima kad pengenalan di hutan, kedai kopi

Warga asing yang dipanggil memberi keterangan di Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini memberitahu panel  mereka memperolehi kad pengenalan di dalam hutan ketika bekerja di kem balak di Kinabantangan, dan juga di kedai kopi di Kota Kinabalu.
Mameng Saleng, 63, berasal dari Sulawesi memberitahu panel RCI beliau telah menerima kad pengenalan sewaktu bekerja dengan syarikat pembalakan pada 1980an selepas majikannya ketika itu mempelawa kad pengenalan tersebut kepada pekerjanya.
"Pada 1983 pengurus tanya saya mahu IC atau tidak, saya kata mahu ...," katanya kepada panel RCI yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong merujuk kepada kad pengenalan.
Mameng yang memasuki Sabah pada 1981 mengakui, segala urusan dokumentasi kad pengenalan yang ditawarkan kepadanya dilakukan di kem balak berkenaan, tanpa beliau perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya tangkap gambar, isi borang semua di kem ... tiada surat akuan diperlukan," katanya ketika menjawab soalan pegawai penyiasat RCI.
"Masa itu ada dua lelaki (urus pemberian kad pengenalan) ... saya tidak kenal," katanya, dan menambah, proses mendapatkan kad pengenalan itu hanya mengambil masa sekitar dua bulan.
Bagi tujuan itu, beliau hanya perlu membayar sejumlah RM150, dan tidak pernah terlepas peluang mengundi ketika pilihan raya umum.
Sementara itu, Ahmad Soso, 53, mengakui menerima kad pengenalan di sebuah kedai kopi di Kota Kinabalu selepas bertemu seorang individu berketurunan Bugis bersama tujuh rakannya.
Ahmad yang lahir di Sulawesi berkata beliau hanya perlu membayar RM10 duti stem bagi memperolehi kad pengenalan, tanpa perlu menghadirkan diri ke JPN.-M'insider.
Puak-puak pengkhianat negara,jual negara ni yang patut berambus dari Malaysia bukannya yang dok kritik Umno-BN,SPR,JPN,Polis disuruh halau dari Malaysia.Hang pa duit banyak boleh merasuah rata cerok dunia untuk jadi warganegara lain..

3 ulasan:

  1. yg jd agen2 KOMUNIS & agen phil-kuda tu pon SATU kepala mcm cilanat @ PENGKHIANAT ummat juga.
    Tuduh2 FITNAH khianat tu kerja jahannam laa!!

    BalasPadam
  2. Yg terlibat beri IC pg org asing sah pengkhianat dah la tu haramjadah pulak, termasuk pencacai2 yg sokong haramjadad2 tu.

    BalasPadam
  3. Hah!!!buat dan dapat i/c tanpa perlu ke jpn,nk ambil i/c tunggu ja kat mana2,ini satu lagi bukti malaysia telah mencapai tahap teknologi tinggi dlm penghasilan i/c,,,,rakyat x perlu buang masa ke jpn,,,,i/c jarak jauh,,,

    BalasPadam