Pegawai SPR punyai hak demokrasi untuk sertai parti politik,kata Pengerusi-The Malaysian insider
Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak 
demokrasi untuk menyertai parti politik tetapi mereka tidak boleh 
memihak semasa menjalankan tugas, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz 
Mohd Yusof.
Kenyataan pengerusi SPR itu bertujuan menjawab tuduhan PAS terdapat 
pegawai kanan SPR cawangan negeri Sabah mempunyai jawatan penting di 
peringkat pemuda Umno bahagian Kinabatangan.
Sikap memihak SPR terus dipersoalkan oleh pembangkang dan aktivis Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Tidak salah untuk mana-mana pegawai SPR menyertai parti politik. Tidak kisahlah sama ada menyertai PAS, PKR ataupun Umno.
“Itu hak demokrasi,” kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi berkenaan isu tersebut.
Walaubagaimanapun, Abdul Aziz menegaskan pegawai SPR tersebut 
haruslah tidak bersikap memihak atau menyalahgunakan kuasa semasa 
menjalankan tugas.
Beliau juga menegaskan SPR mengalu-alukan jika terdapat kebenaran ke 
atas tuduhan oleh PR jika pegawai itu menyalahguna kuasa dan menggesa 
mereka membuat aduan serta memberi bukti untuk mengukuhkan dakwaan 
tersebut.
“Jika ada bukti yang mengatakan pegawai itu bersalah, sila kemukakan 
bukti. Kalau boleh berikan nama, jawatan dan gambar kalau ada.
“Kami akan siasat tanpa memilih siapapun pegawai tersebut,” kata Abdul Aziz.
Bekas pegawai tinggi kerajaan itu juga bersetuju seseorang pegawai 
SPR yang menyertai parti politik perlulah tidak mencampur-aduk antara 
tugasannya dengan ideologi politik dan berpendapat ia adalah menyalahi 
etika kod kerja seorang penjawat awam.
Pengerusi SPR juga memberitahu tidak terdapat peraturan ataupun 
undang-undang yang menghalang mana-mana penjawat awam untuk menyertai 
mana-mana parti politik cuma jika seseorang itu aktif dalam parti mereka
 perlu menghantar permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu mahu SPR menerangkan bagaimana
 terdapat pegawai mereka memegang jawatan dalam parti politik sambil 
menambah sikap berdiam diri menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap 
kredebiliti SPR selaku organisasi yang bertanggungjawab memastikan 
pelaksanaan demokrasi di negara ini.
“Sekiranya SPR tetap memilih untuk terus membisu dalam isu ini pihak 
dewan pemuda PAS tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran yang 
lebih lanjut berkaitan individu ini,” kata beliau.
Isu pegawai SPR mempunyai jawatan dalam Umno bukan sesuatu baru, 
malahan Abdul Aziz sendiri dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar 
pernah dituduh oleh pembangkang masih lagi menjadi ahli Umno.
Ekoran pendedahan itu pada Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana 
Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tampil membuat penjelasan 
menafikan pengerusi SPR itu masih ahli Umno seperti yang didakwa 
setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail .
Beliau bagaimanapun berkata, Abdul Aziz pernah didaftarkan sebagai ahli Umno kira-kira 30 tahun yang lalu di bahagian Ampang.
“Pengerusi SPR sudah mengesahkan bahawa beliau bukan lagi ahli Umno. 
Beliau sendiri sudah pastikan mengenai perkara berkenaan,” kata Nazri.
Inilah komen paling gampang dari Pengerusi SPR (Suruhanjaya Penipu Rakyat). Kalau dah pegang jawatan tu maknanya aktif. Dan adakah dia ini telah dapat kebenaran dari ketua jabatan atau JPA untuk aktif Politik? Orang macam pengerusi ni kalau PR perintah nanti perlu di siasat dan jika terbukti dan sabit kesalahan perlu didakwa di Mahkamah!
BalasPadam