Ramai orang pakat timbulkan persoalan ini apabila towkey karpet Deepak Jaikishan pecah lubang isu akuan bersumpah 1 dan 2 P.Balasubramaniam penyiasat persendirian yang kini berada di luar negara.
Deepak dakwa Najib ada peranan dalam isu SD Bala -Malaysiakini
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.
Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.
"Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.
"Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.
Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.
SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.
Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.
"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.
"(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.
Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.
Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.
Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.
"Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.
"Saya telefon Bala... Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD," dakwa Deepak.
Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.
Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.
Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.
Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.
Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.
Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.
Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.
"Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia," katanya.
Harakah bil 1801
VIDEO l 14.39 mins
Siasatan kes Altantuya perlu dibuat semula-Karpal -Harakahdaily
Pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan tentang akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P Balasubramaniam memerlukan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu disiasat semula.
Pengerusi DAP, Karpal Singh, seorang peguam senior membuat cadangan itu ketika memberikan ucapan pembukaan di Kongres DAP pagi ini.
Karpal juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab segala pendedahan yang dibuat oleh Deepak itu.
Deepak dalam wawancara dengan media termasuk Harakahdaily mendedahkan beliau diarahkan oleh Najib untuk berbincang dengan P Balasubramaniam agar menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mendakwa Najib terlibat dalam pembunuhan gadis Monggolia, Altantuya Shaariibu.
Deepak juga mendakwa, adik Najib, Nazim Razak telah bertemu dengan Bala dan bersetuju membayar wang jutaan ringgit bagi membolehkan Bala membuat perubahan kepada SDnya itu.
Turut serta dalam pertemuan itu adalah isterinya yang sedang sarat mengandung.
Hasilnya, Bala telah membuat SD 2 dan mengubah segala penyataan yang beliau buat dalam SDnya yang pertama.
Kalau kita lihat dari cara Najib bersumpah, ia menunjukkan dia mengenali Altantuya. Cuma cara dia bersumpah adalah dengan cara berlapik. Cuba kita baca semula dari keratan akhbar Utusan Meloya tu:
BalasPadam"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya."
Ayat Pertama - ".....saya tidak terlibat...". Tidak terlibat apa? Sumpahnya sudah agak umum dan terselindung. Tidak dikhususkan dengan isu pembunuhan.
Ayat Kedua - ".....dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya." Kalau ikut daripada ayat ini, Najib mengenali wanita Mongolia tersebut kerana beliau tidak menyebut "......dan tidak mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya."
Bagi pandangan saya yang daif ini, sumpah begini tak boleh pakai sebab terlalu banyak yang samar dan tidak menjurus kepada isu yang berlaku. Itu sebab dia tidak dimakan sumpah. Apa pandangan anda semua???
kah kah kah kah kah kah dia ingot rakyat malaysia bodoh tak pegi sekolah mcm mahatheer muhidin hishamudin dan berahim berahli
BalasPadamorang Malaysia tak la bodoh sangat jika di bandingkan kamu orang yang terang2 kena tipu oleh al-juburiii
BalasPadamjubur pun juburlah janji tak curi duit org miskin
BalasPadamPak Lah jawab Ibrahim Ali Isu Haram