Jumaat, 27 September 2013

Ustaz Din Tantawi kalah kerana keras kepala?

Ketua Pemuda PAS kalah pemilihan parti di kawasan sendiri

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
SEPTEMBER 26, 2013
Suhaimi Saad berjaya menewaskan pencabarnya Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan (gambar) dalam perebutan jawatan Naib Yang di-Pertua Indera Mahkota pada pertengahan bulan ini.
Menurut laporan Astro Awani, Nasrudin yang memperoleh 60 undi di peringkat kawasan itu tewas kepada Suhaimi yang memperoleh lebih daripada 100 undi namun pendedahan ini tidak disahkan beliau yang masih belum mengetahui jumlah sebenar undi tersebut.
“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas perkara ini kerana isu pemilihan PAS masih menjadi perbualan hangat.
“Kekalahan Nasrudin dalam pemilihan di peringkat kawasan kali bukanlah kerana unsur sabotaj tetapi pewakilan mahu Ahli Parlimen Temerloh itu lebih menyerlah di peringkat pemilihan PAS pusat,” kata Suhaimi ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Sementara itu, seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya didedahkan lega apabila dimaklumkan kekalahan Nasrudin di peringkat kawasan itu.
Katanya, kekalahan Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah akibat sikap keras kepala dan tidak boleh ditegur pemimpin berkenaan.
“Saya setuju dengan kekalahannya. Ini membuktikan golongan profesional mempunyai peluang yang luas untuk memenangi pemilihan PAS di peringkat pusat.
“Ini pengajaran buat beliau dalam arena politik. Kena sekalu bersederhana. Jangan anggap lebai, baik dan syumul tidak boleh ditegur.
“Ulama’ bukan maksum dan mereka perlu berdepan realiti,” katanya kepada The Malaysian Insider.



8 ulasan:

  1. Memang patut pun. Dah diduga dari awal.

    BalasPadam
  2. Dia ni cakap macam pandai sangat tapi hampehhh.

    BalasPadam
  3. Setuju Memang Pun..Dia Perlu Merenung KeDalam Dirinya Sendiri.

    BalasPadam
  4. Dia patut kalah kalau PAS ingin maju kedepan. Pada pandangan saya ustaz ini tiada cukup karima dan dinamisma untuk memacu pemuda kehadapan. Saya pun tercari2 juga, apakah kejayaannya setakat ini sejak dia memegang teraju pemuda PAS?.

    BalasPadam
  5. Saya nampak dia dan Harun Taib memang satu jenama. Banyak bercakap tetapi hasil tak seberapa. Lagi lama mereka pegang jawatan, lagi rosak PAS.

    BalasPadam
  6. Memang betul. Tantawi ni, banyak cakap dari kerja. Macam mana dia terlepas jadi Ketua Pemuda saya pun tak faham. Patut pun dia tak menang.

    BalasPadam
  7. Maka kecundanglah satu lagi Nasa (HT) selepas Nasa (MI), pergilah Menteri pendidikan bayanagan sendiri, semoga tidak ikut jejak MI - tabahkan hati HT perjuangan banyak ujian dan perlu belajar..... Saya suka sahabat tewas agar belajar untuk lebih berhemah bila berkata-kata.......

    BalasPadam
  8. Saya hanya hormat dan mendokong ulama macam TGNA saja...yang lain saya tapis dulu walaupun serban sebesar bakul dan waktu memulakan ucapan menyebut ungkapan-ungkapan dalam bahasa Arab berjela-jela. Yang penting pemimpin yang saya sokong ialah mereka yang iklas berjuang untuk agama dan kesejahteraan rakyat. Yang mengangkat diri sendiri ke mertabat ULAMAK belum tentu iklas. Ramai di kalangan mereka yang GILA KUASA atau HIPOKRIT

    BalasPadam