Sabtu, 21 September 2013

'Jangan minta jawatan bagi jawatan ok..'

Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin At Takiri menjawab dan pertahankan jawatan Presiden dan TP kena ulama.Antara lain kata beliau;
4. Mencadangkan Presiden dan Timbalan di kalangan "ulamak yang faqih dan memahami realiti semasa" adalah cadangan berasaskan merit dan kelayakan untuk diberi keutamaan (afdhal/lebih baik) untuk menjadi pemimpin iaitu ilmu agama di samping sifat kepimpinan yg lain seperti beriman, bertaqwa, bijak dan amanah.

5 . Cadangan tersebut tidak menafikan kelayakan untuk memimpin bagi individu-individu yang mempunyai sifat-sifat pemimpin seperti beriman, bertaqwa, bijak dan amanah namun memiliki kekurangan pada keilmuan dan kefaqihan agamanya.

6. Cadangan tersebut juga tidak menghalang mana-mana individu yg mempunyai sifat kepimpinan seperti beriman, bertaqwa, bijak dan amanah tetapi masih kekurangan pada keilmuan dan kefaqihan agamanya, meskipun latarbelakang pekerjaannya pelbagai tetapi masih tetap berkelayakan untuk menjadi pemimpin di semua peringkat parti sama ada cawangan, kawasan mahupun pusat. Dan itulah yang telah berlaku selama berdekad dalam PAS sejak awal penubuhannya. 

7. Cadangan ilmu dan faqih agama sebagai merit kelayakan pemimpin utama gerakan Islam bukanlah cadangan yg undur ke belakang sebagaimana dakwaan setengah pihak kerana ia selari dgn Islam sebagaimana yg telah dicontohkan oleh para rasul dan khulafa rashidin. Kegemilangan mereka menjadi teladan kepada kita dalam mengemudi gerakan Islam pada masa kini. Merit ini perlu turut digabungkan dengan sifat quwwah dan amanah yg menjadi sebahagian kriteria umum kepada sesebuah kepimpinan. Malah menentang cadangan tersebut adalah langkah mundur meninggalkan Islam yg menjadi asas rujukan gerakan islam. Baca semua di sini.

Dalam pada itu seorang pemimpin Pas yang bukan latarbelakang agama ketika ditanya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden kena ulama mengulas isu tersebut dengan berkata,"Kalau ada ustaz atau ulamak yang amalnya, zuhudnya dan akhlaknya baik serta mempunyai daya kepimpinan yang baik maka itulah yang layaknya kita pilih sebagai pemimpin seperti almarhumTG Fadhil Nor, TGNA dan TGHH. Tapi kalau Ustaz atau Ulamak yg amalnya, zuhudnya dan akhlaknya sama dengan kita ja...baik pilih mereka yg lebih mempunyai daya kepimpinanya."

Macam-macam Hadis dikeluarkan ketika ini bab jangan memintak-mintak jawatan..katanya jawatan itu amanah jika tidak ditunaikan boleh bawa bala di akhirat kelak.Peringatan ini memang baguih tapi yang bercakap jangan mintak jawatan tu pon ada jawatan dan nak jawatan!Memang adat mana-mana parti pon tak kira la parti komunis ka,parti kaum Yahudi ka memang ada pertandingan ini kita kena terima kenyataan.Sama ada tawarkan diri untuk bertanding dan dicalonkan untuk bertanding adakah bawa kepada haram dan masuk neraka semata-mata kerana menentang calon sedia ada?Mana boleh menang percuma..syok la macam tu!

Kepada ulama muda Pas yang jadi ulama pelapis jangan sampai jadi ulama penapis sudah la..jangan terlalu bernafsu buat kempen hingga boleh bawa kepada fitnah semata-mata mau semua jawatan dalam parti dibolot geng ulama.Menang kalah adat bertanding tapi jangan terlalu 'menggila' kempen hingga boleh bawa fitnah kepada golongan ulama lain yang tidak terlibat.

4 ulasan:

  1. Kalau tengok kepada prasyarat dan kriteria ulamak yang di tetapkan oleh SU Dewan Ulamak PAS Pusat nampaknya Ulamak ni 'perfect' sangat! Tapi realiti di Malaysia ni ada ke ulamak yang semacam itu? Kalau baca tulisan Ustaz Idris Ahmad tentang siapakah yang dimaksudkan dengan ulamak, maka sangat sukar untuk kita tunjuk mana satu yang boleh bergelar ulamak dalam barisan pemimpin PAS waima dalam Dewan Ulama sendiri! Jadi kepada ustaz yang merasakan diri sebagai ulamak atau berharap orang menggelarkan diri sebagai ulamak, perlulah muhasabah dan sentiasa tengok diri dan tanya hati nurani....adakah aku ni ulamak dan adakah aku ni sempurna untuk jadi Presiden dan Timbalan Presiden.... Kalau rasa tak layak, maka disarankan janganlah mengada-ngada nak ujudkan halangan atau tutup peluang kepada orang lain untuk bertanding jawatan P dan TP. Ustaz ka, professional ka atau aktivis ka semua ada kelebihan dan kekurangan...semuanya saling lengkap melengkapi dan tolong menolong! Jadi kepada yang 'perasan' ulamak....tolong fikir! Apapun TGNA adalah terbaik sehingga hari ini!

    BalasPadam
  2. Sekarang ni umno dengan pas nampak macam sama je...

    BalasPadam
  3. If some one wishes expert view concerning running a blog afterward i recommend him/her to pay a quick visit
    this webpage, Keep up the nice job.

    Feel free to visit my weblog Flyer

    BalasPadam
  4. berebut2lah sakan..
    kemaruk beruklah mu sekelian..
    gunalah sgl nas2 hadis quran..

    masing2 tunjukkan lah perangai iblis setan
    masing2 belakonlah warak tawadokk sakan
    masing2 perasan perasanlah perasan
    wahai ulamak2 perasan!

    BalasPadam