Rabu, 4 September 2013

Si Bangang Makanan Si Cerdik

Jangan lupa penduduk luar bandar selamatkan BN PRU13, kata bekas bos NSTP

Datuk A. Kadir Jasin (pic) membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran keputusan menaikkan harga minyak semalam, serta menggesa kerajaan tidak lupa akan rakyat luar bandar yang menyelamatkan mereka pada pilihan raya ke-13 lalu.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) tersebut menegaskan kenaikkan tersebut akan menekan rakyat khususnya luar bandar, dimana keputusan pilihan raya lalu telah menunjukkan secara jelas BN terselamat kerana sokongan mereka.
"Pengurangan subsidi menyebabkan harga minyak naik dan beban pengguna meningkat. Menteri Kewangan kata, kenaikan terbaru ini akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion.
"Di mana penjimatan itu akan dibelanjakan kita kena tahu. Harap-harap janganlah tumpu kepada bandar saja. Ingatlah siapa yang menyelamatkan BN pada 5 Mei lalu!" bidas Kadir dalam tulisan blognya susulan pengumuman kerajaan semalam.
Beliau juga mengecam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana bersikap boros dan tidak berbelanja secara berhemah sehingga menjadikan rakyat sebagai mangsa.
"Dilihat dari luar, nampak kerajaan boros. Belanja lawatan ke luar negara Perdana Menteri saja RM44.07 juta sejak Mohd Najib jadi PM lima tahun lalu.
"Belanja baik pulih dan ubah suai kediaman rasmi pula berapa?" katanya lagi.
Selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu, penganalisis membuat kesimpulan berlaku peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.
BN walaupun berjaya mempertahankan kuasa persekutuan dalam pilihan raya paling sengit negara, mereka telah kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.
BN gagal untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang – dua negeri perindustrian di Malaysia – walaupun berjaya merampas kembali Kedah, negeri pedalaman dan jelapang padi itu.
Putrajaya semalam mengumumkan kenaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.-The Malaysian Insider
Si Bangang,Si bahalol makanan si cerdik yang sentiasa bercakap dengan bahasa putar alam,kaki kelentong menipu rakyat hanya dengan sepatah ayat..Rasionalisasi Subsidi!
Orang berbudi kita berbahasa,BN tarik subsidi rakyat jadi mangsa. Subsidi untuk syarikat kroni diutamakan..inilah masanya untuk sedut duit poket rakyat..pru 5 tahun lagi..

Pemuda Umno kata ..Pantau harga barangan..dah naik minyak nak pantau kepala ba wau ta wau ha apa..semua kenderaaan angkat barang guna lori dll yang dah tentu guna minyak bukan guna air paip !

Sampai tergeliat lidah pembaca berita wanita TV3 apabila sebut perkataan Rasionalisasi Subsidi malam tadi ,ulang sampai dua tiga kali..untuk kelentong kenaikan harga minyak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan