Selasa, 24 September 2013

Ustaz Din 'Lebih Kuah Dari Sudu'

Kaji Semula Ustaz Din dalam Majlis Syura

Sebelum PRU kita sentiasa diingat tv3 dan Utusan adalah agen rasmi UMNO. Tetapi kenapa kini ada juga ahli Pas yang menggunakan Tv3 atau Utusan Malaysia sebagai rujukan.

Yang lebih parah apabila ada juga pimpinan Pas diberi ruang mengunakan medium rasmi UMNO ini. Adakah para penyokong atau ahli Pas kini sudah boleh mempercayai berita-berita yang disiarkan dimedia rasmi UMNO ini. Adakah Hassan Ali 2.0 kini dalam pembikinan?

Hari ini seorang ahli Majlis Syura telah dihubungi TV3 dan memberi komen mengenai hubungan Pas dan pakatan rakyat. Tidak tahu bagaimana TV3 dapat menghubungi beliau. Tetapi sehingga kini beliau tidak menyatakan samaada TV3 memutar belit kenyataan tersebut atau memang itu kenyataan rasmi Ustaz Din.



Ustaz Din kononnya telah diangkat sebagai anggota Majlis Syura Ulama dimana dilantik oleh Dr. Harun Din disebabkan kertas kerja beliau. Maka aku berharap satu kerja khas diadakan untuk mengkaji semula kedudukan beliau sebagai ahli Majlis Syura.

Ustaz Din sebelum ini terkenal kerana secara jelas menghentam Dr Zul dan Yb Khalid Samad. Dr Zul dan YB Zul diantara "orang lama" dalam Pas tetapi atas kapasisti beliau sebagai ahli Majlis Syura secara terbuka menyerang pimpinan Pas yang banyak berjasa kepada Pas.

Hari ini beliau sekali lagi dilihat seolah-olah "lebih kuah dari sudu" apabila memberi komen melalui telefon kepada Tv3. Walau sebelum ini Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan keputusan hubungan dengan Pakatan Rakyat tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Kenapa masih timbul kenyataan seperti ini, dan yang lebih parah apabila menggunakan media Pas. Jika kenyataan ini dieksploitasi, maka Ustaz Din harus membetulkan kenyataan tersebut.

Namun jika ini memang kenyataan dari Ustaz Din, Pas harus membuka kertas kajian khas untuk mengkaji semula kedudukan Ustaz Din dalam majlis syura. Adakah kedudukan beliau dalam majlis syura itu menguntungkan atau memberi kerugian lebih besar. Jika ia merugikan Pas dan Pakatan Rakyat, Ustaz Din sendiri harus meletak jawatan dalam majlis Syur atau Pas sendiri yang mengambil satu keputusan yang tepat. Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jeming Hassan

Ni bukan aku kata tapi orang Pas yang kata.." Ngaji ugama tahap Phd tapi jadi selipar jepun ke musuh.. teruskan ketololan tu.."

Lagi komen terhadap pemimpin Pas yang dok mengenyeh kat media Umno;



DULU-DULU DAN KINI-KINI:

Dulu-dulu: Utusan hanya nombor ekor saja yang betul.
Utusan adalah lidah syaitan.
Utusan haram dibaca.
Utusan hanya sesuai untuk lap taik cicak saja.
Utusan hanya layak dibuat bungkus nasi lemak saja.

KINI-KINI: Utusan adalah tempat meluah rasa.
Utusan sudah mengiktiraf kita.
Utusan adalah lidah kita.
Utusan harus dibaca.
Utusan boleh dikepit kemana-mana.

Kenapa?
Kerana di dalamnya sudah ada suara ulama kita

2 ulasan:

  1. DiLantik Atas Sebab 'Kertas Kerja' Itu la Jadinya..DiSebabkan SeEkor Lembu Membawa Lumpur Semuanya TerPalit.

    BalasPadam
  2. Pelik nampaknya PAS kini dengan adanya ustaz-ustaz yang sedemikian rupa. Malangnya mereka ini telah terserap masuk dalam jemaah bukan melalui cara lazimnya berjemaah tetapi melalui pintu-pintu perkahwinan dan lebih dasyat melalui pimpinan jemaah. Ingatlah bagaimana beberapa jemaah Islam hilang wibawa dan kepercayaan masyarakat seperti apa yang berlaku pada PPP di Indonesia dan Ikhwan di Sudan akibat angkara dan tindakan yang mengelirukan dakwah islamiyah. Memang sifatnya musuh merancang memusnahkan dari dalam. Ingatlah hai jemaah sekalian dan amati ustaz-ustaz sedemikian dan nyahkanlah mereka hatta mereka itu kaum kerabat pimpinan sekalipun sebelum jemaah islam dan dakwah islam hilang wibawa dan berlaku kekeliruan.

    BalasPadam