Sabtu, 25 Mei 2013

"Apa lagi yang ada pada Umno?,Umno sudah sampai jalan mati"-TGNA

Cadangan BN Sebagai Parti Tunggal : UMNO Sudah Sampai Di Jalan Mati

Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.

Pada saya, ini menandakan bahawa UMNO sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia. Sekalipun UMNO menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan Barisan Nasional di parlimen membuktikan bahawa UMNO hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar. Golongan inilah yang masih termakan umpan UMNO sehingga tertelan dengan mata kail. 

PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, UMNO akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang. Di dalam syurga dan neraka kelak, penghuninya tidak ditentukan atas nama bangsa. Rasulullah SAW di dalam bulan Rajab ini diisrakkan oleh Allah SWT ke langit dan baginda telah diperlihatkan syurga dan neraka. Carilah di dalam hadis berkenaan kisah ini, tersuakah kita dengan kalimah bangsa sebagai faktor penghuni syurga atau neraka? Sedikitpun tidak, tetapi UMNO berkokok membela Melayu bagaikan itulah segala-galanya bagi UMNO tanpa menyedari bahawa tempikan seperti itulah yang menjadi punca pemecah belah masyarakat.

Saya bukan anti Melayu, tetapi saya anti perjuangan hipokrit UMNO yang banyak menipu dalam segala hal. Dalam nampak bersungguh membela Melayu, Melayu Kelantan ditindas lebih dua dekad hanya kerana memilih PAS di dalam pilihanraya. Royalti dinafikan, projek lebuhraya dicabut, peruntukan perumahan entah kemana dan banyak lagi senarai kezaliman UMNO kepada Melayu Kelantan. Sebab itu jika UMNO menjerit bela Melayu, pada saya itu maknanya UMNO sedang berbohong. Jika dikatakan UMNO bela Islam, itu juga satu pembohongan. Betapa banyak karat jahiliyyah yang UMNO tinggalkan di Kelantan terpaksa dibersihkan oleh PAS apabila mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990? Adakah itu bukti UMNO bela Islam. Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh UMNO. Ketelusan di dalam pilihanraya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia.

Lantas, jika Melayu pun tidak dibela, Islam pun ditolak dan demokrasi pun dinafikan, apa lagi yang ada pada UMNO? Cukup-cukuplah membohongi rakyat. 

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

5 ulasan:

  1. umno ADA keranda KIta rakyat MESTILAH HARUSLAH SUDAH TENTULAH DAN KEWAJIPAN KITA KEPADA TUHAN SEBAGAI MANUSIA YANG SOLEH MARILAH RAKYAT MALAYSIA KITA SAMA SAMA MASUKKAN umno DAN bn KE DALAM KERANDA TERSEBUT DAN BAKAR KITA JUGA HARUS MASUKKAN MAHATEER MAMAK IBRAHIM ALI KE DALAM KERANDA TERSEBUT DAN MAMAK MAMAK KURANG AJAR DARI SELURUH MALAYSIA

    BalasPadam
  2. betul tu sapa yang bagi komen di atas itu ngua sokong dia , kalau hidup di dunia ini manusia mesti sedar janganlah tua tua keladi macam mahatheer najib rosmah mahukan asyik songlap duit rakyat hey mahatheer kau dah hampir ke liang lahad ingatlah tuhan sikit, hari ini saya duduk kedai kopi pak mat semua orang kutuk UMNO BN ada yang memberi sumpahan teruk kepada BN UMNO yang saya tak pernah dengar sebelum ini hey orang UMNO BN mereng otak kamu ikutlah petua zahid komidi lari dari malaysia sebelum rakyat baham kau orang celaka no1 dunia ini ialah orang BN UMNO ada hutan amazon ikut mD NOH lari sana pun boleh rakyat benci kau orang pukimak kau orang

    BalasPadam
  3. hey you kurang dua kaum lagi indon dan bangla saya dah muladah

    BalasPadam
  4. "Apa lagi yang ada pada Umno?

    yang ada pada Umno sekurang kurangnya 7 DOSA DOSA BESAR

    Dosa yang 1 - Bertohankan sesama Makhlok
    Bertuhankan makhlok yang bernama Lord Reid, Mengkalu dok amek hat lain dari petunjok Allah dan Rosul, penyudahnya SESAT

    Dosa yang ke2 -
    Makam kedarah reta negara macam reta pak dia, bagi kat anak menantu, kengkawan, bini, betina penyedap, untok diri seniri tak abeh dah

    Dosa yang ke3 - buat naya ke rakyat miskin
    Amek duit rakyat miskin atas nama cukai, kemedian dok bahagi peraid sesama OMNO, lagi besag pangkat lagi banyak kebaeh. Rakyat hat bukan OMNO mampoih hang la

    Dosa yang ke4 - Omno Takpa - orang lain takleh
    mengamalkan peratoran BERAT SEBELAH/ PERATORAN DAJJAL MENGANDAG. Mengkalu OMNO buat tak salah, kalu salahpon rengan, Mengkalu orang lain buat kira salah berat, tadak maaf
    Omno buleh kerah budak sek.rendah usong bendera cap kati. orang lain tak buleh
    Omno buleh guna segala kemudahan awam/reta kerajaan untok urusan politik. orang lain tak buleh
    Omno buleh gunapakay petua ugama drp orang sepak keretaeh cap ayam dari Geting Tupat yang bukan jawatan kuasa mejeleh petua negeri/kebangsaan. orang lain tak buleh
    Umno buleh

    Dosa yang ke5
    Dok pemohong rakyat, KEBAEH duit negara konon buat pojek untok rakyat, padahal buat perot TEMOLOK sendiri
    Mana ada orang bela lembu dalam kondo
    Mana ada enjin kapaitrebang hat rosak buleh terebang sendiri ka Argentina, badan ada sini. Mengkalu terebang sekali dengan body menasabah sikit
    Mana ada rakyat biasa TERUS angkat sumpah jadi menteri/timbalan menteri
    Mana ada...Mana ada...Mana ada.... TAPI OMNO ada semua ini
    Kot kot akan datang KarotKhan tiba tiba angkat sumpah jadi menteri kabinet kajaan kita, atau mamat Bangla mana rakyat tak kenaipon buleh jadi, jangan heran -OMNO BULEH -Buleh dok pemohong rakyat

    Dosa yang ke6 - Putor Belit Isu
    PENYOKONG sendiri pon Omno mohong, pemimpin Omno bagi tau penyokong dia kunun pimpinan PAS membenarkan orang kapey guna kalimah ALLAH, padahal rakyat sedia tahu bahawa yang bagi kebenaran bawak masok kitab Injil bahasa melayu yang bercetak kalimah Allah ialah kerajaan BN seperti disebut oleh Idris Jala dalam dewan rakyat.

    Dosa yang ke7 - Bekawan dengan Setan
    Biasanya entiti yang dikaitkan dengan setan ialah HEBLEH
    Oleh yang demikian jelaslah siapa OMNO ni?

    HEBLEH yang berkawan dengan SETAN
    patotla burok dan hudoh perangai kelakuan

    BalasPadam
  5. tanpa nama 31 mei cunlah hang punya komen

    BalasPadam