Rabu, 15 Mei 2013

Dunia dah terbalik

Manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang bertaqwa bukan kerana dia kaya dan banyak duit,boleh beli undi,boleh belanja kita makan sampai 10 meja dia tak heran sebab dia duit banyak.

Dalam pru 13 orang Cina dan Melayu bandar dikatakan tolak Umno-BN.Oleh kerana nak jaga hati Melayu pemimpin Umno dan Utusan Malaysia naikkan darah Melayu supaya marah Cina dengan kata Orang Cina tak kenang budi,apa Cina Mahu?,semata-mata mereka tak undi BN?Betoika kita ni tak kenang budi.Kenapa Umno hanya marah orang Cina yang tak undi BN tapi berdiam diri apabila Melayu di Kelantan tolak Umno sejak 23 tahun yang lalu?Melayu Terengganu hampir tumbangkan Umno-BN di dalam pru 13 yang lalu di mana PR dapat 15 kerusi dun dan BN dapat 17 kerusi dun.

Kita dok lawan Umno-BN ni dituduh pengkhianat bangsa,pengkhianat agama sedangkan ramai pemimpin Umno yang kedarah rasuah,salahguna kuasa,tibai duit rakyat sesuka hati dipaksa kita undi mereka untuk terus berkuasa!Yang cerdik dan bijak memang dah tak undi BN.Saya yakin orang Cina dan Melayu bandar tolak BN bukan kerana mereka ada kepentingan apa-apa tapi cuma mahu selamatkan negara daripada terus rosak kerana salahguna pemimpin Umno-BN.Bukan kerana depa tak dapat duit BR1M,tayar kereta 4 biji,susu 1Malaysia dua tiga tin yang diMalaysiakan.

Mana satu pengkhianat negara dan pengkhianat kepada amanah rakyat?Rakyat yang tolak BN atau pemimpin Umno-BN.Kalau rakyat lawan salahguna kuasa dianggap pengkhianat dan tak kenang budi puak-puak yang tibai duit rakyat nak panggil apa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan